SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, July 7, 2011










RAWATAN BATU KARANG

 


Sebelum teruskan bicara, Erisya ingin mohon maaf kerana tidak pernah membalas pertanyaan mengenai rawatan batu karang di Melaka....bukan apa , kerana kami sendiri tak pernah ke sana! Sekarang baru Erisya berani memberikan alamat dan no tel.

Ahad lepas,kami sekeluarga ke rumah en Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh. Dari plaza tol kami terus memandu ke arah jejantas/jambatan  di hadapan.Selepas jejantas/jambatan , kami belok ke kiri iaitu ke arah Sungai Udang (ada signboard). Terus memandu ikut arah Sg Udang. Dalam perjalanan , boleh nampak PLKN di sebelah kiri.

Setibanya di traffic light yang ke DUA , belok ke kanan (ada signboard Durian Tunggal). Perlahankan kereta. Di sebelah kiri ada gerai kecil dan signboard UMNO bahagian Gangsa. Masuk ke lorong tersebut. Di sebelah kanan ada parking lot (RM2). Selepas parking berjalan ikut lorong tadi. Setibanya di rumah berwarna putih, belok ke kiri. Dihujung lorong ini adalah rumah en Jamil. Ada orang menjual jajan di sebelah kirinya.

Oh ya..Jangan lupa bawa bekas air kosong ke sana. Tapi kalau tak ada pun tak pe sebab di sana jiran2 menjual bekas kosong dengan harga RM4.

Kemudian pesakit harus ambil nombor giliran (macam hospital lak..tapi tak de misi/suster  cun!). Namun nasib kami baik kerana orang tak ramai jadi tak perlu lah ambil no. Lima orang masuk ke dalam bilik rawatan. Erisya tak ikut masuk sebab seganlah...semua lelaki! Menurut suami, en Jamil menggosok2 bahagian belakang pinggang. Kemudian beliau pegang bahagian perut kanan...rasa pedih ..tetiba voila! ada seketul batu. Menurut suami, semasa orang sebelah terima rawatan, dia asyik memandang tangan en Jamil...kotlah ada batu! tapi kedua belah tangan memang kosong..tetiba .terdengar bunyi batu bergeser semasa en Jamil menggosok...bila en Jamil keluarkan tangan, .rupanya ada dua biji batu dikeluarkan dari pesakit sebelah!

Keluar bilik, pesakit dibekalkan air yasin dan satu bekas krim panas (RM10)...bayaran lain, berilah seikhlas hati.

Erisya enggan membuat spekulasi mengenai kaedah rawatan beliau. Yang pasti, suami tidak lagi kencing berdarah, ari-ari dah tak sakit dan perutpun tidak senak lagi. Namun masih belum berkesempatan nak scan di hospital lagi. Menurut seorang kenalan, dia pernah membawa anaknya menerima rawatan di situ. Bila ke hospital, doktor pun heran sebab tiada batu karang lagi!

Semua nya dengan keizinan Allah taala. Kita hanya berusaha. Bagi yang berminat untuk mencuba:

En Jamil
Kpg Gangsa , Durian Tunggal Melaka 
No Tel: 016-6166694
Pusat Rawatan dibuka setiap hari KECUALI Isnin, Khamis Jumaat (jam 6 pagi hingga 4 ptg)

Jalan ke rumah Tuan Haji Jamil penawar batu karang hempedu

 tanya jalan ke rumah
Tuan Haji Jamil
kalau sesiapa yang termiss citer sebelumnyer
boleh refer kat entry ni yer

Inilah direction...tp aku ni bukannya pandai sgt nak kasi direction
so harap2 korang pahamla yer
  1. Sampai jer di exit tol Air Keroh, bayar tol ikut lorong kiri
  2. Exit ke Durian Tunggal nampak signboard Batu Berendam ambil kiri
  3. Masuk ke highway Batu Berendam. Sebelah kiri PLKN
  4. Terus jumpa muzium automatif dan Pusat Simpanan Kenderaan Berat
  5. Jalan terus nampak simpang empat ada lampu isyarat
  6. Ambil Lorong kanan ...bila lampu hijau rapat kiri
  7. Lebih kurang 100 meter akan nampak bus stop dan kedai nasi ayam
  8. Ada signboard Kampung Gangsa...masuk lorong tu ada akan nampak bungalow biru 2 tingkat
  9. Tak boleh masuk kereta yer...leh park kereta kat sebelah bungalow tu RM2 ajer
  10. Jalan masuk ke rumah tuan Hj Jamil lebih kurang 200 meter
Jangan risau sampai jer kampung kot blur2 lagi leh nampak
orang2 kampung situ jual botol kosong...harga dalam RM4
Ingat!!! tak perlu bawa air dari rumah yer...beli botol tu terus tulis nama pesakit
nanti depa akan isikan dgn air yang telah dibacakan dgn ayat2 quran...lepas jer dapat air tu terus letak kat kereta...senangkan sementara nak tunggu tu bolehla p breakfast kat gerai berdekatan

Lagi satu rawatan bermula pukul 6am...sampai awal takper lebih baik kalau tak jenuh nak tunggu nombor giliran...lagi satu tempat solat disediakan...

Setakat ni ada yang bertanya keadaan Mr Y lepas menjalani pembedahan batin ni camana
alhamdullilah nampak dia " segar" & "aktif"
cuma yang penting kena jaga pemakanan.....
Semuanya ketentuan Illahi kita sebagai manusia hanya mampu berikhtiar & berdoa sebanyak yang mungkin
Wallahualam


Psst: Kalau korang betul betul ikut direction ni insyallah sampaila sebab mmg takde alamat diberikan untuk kerumah Tuan Hj ni....beliau berubat pun bukan untuk tujuan komersil tetapi sekadar membantu kepada yang memerlukan



Sebetulnya en Jamil ni boleh merawat lain-lain penyakit juga...namun kebanyakan pesakit adalah penghidap sakit batu karang. Rakan sekerja juga pernah bercerita, sedaranya pernah berubat batu karang (tapi tak ingat di mana). Semasa rawatan, mereka sekeluarga boleh melihat batu tersebut. Namun bila dilihat dalam foto, batu itu tak kelihatan...invisible! wallahuaklam..namun bagi pesakit en Jamil...masing-masing pulang membawa souvenir....batu karang bukan dari lautan.... tapi dari badan.

http://erisya-celahkehidupan.blogspot.com/2011/01/rawatan-buah-pinggang.html

2 minit aje..

Pagi tadi.. lebih kurang jam 4.30 am aku memulakan perjalanan aku ke Melaka dengan membawa Leen dan Aleya.. Lokasi tujuan aku di Melaka adalah Kampung Gangsa, Durian Tunggal.. Aku mahu bawa Leen berubat disana..

Sepanjang perjalanan ke sana aku terpaksa lebih berhati-hati ketika memandu kerana pada waktu sebegitu lori-lori dan sewaktu denganya menguasai lebuhraya tersebut. Aku berhenti seketika di Hentian Senawang.. aku dah mula rasa mengantuk.. pekena rokok sebatang dan aku teruskan kembali perjalanan.. jam menunjukan hampir 6.00 a.m... aku kini berhenti pula di Hentian Ayer Keroh.. Kakti call .. bertanya kedudukan perjalanan kami.. *Terima kasih kakti kerana selalu ambil berat..*

Selepas keluar aje dari Tol Ayer Keroh aku pun ikut panduan jalan yang telah diberi.. cari punya cari ambil masa hampir 30 minit barulah aku dapat sampai ke tempat yang dituju.. jam menunjukan 10 minit lagi ke 7.00 am..

Aduh... dapat no 52... angka giliran yang diberikan kepada Leen.. lama lagi tu.. aku tengok baru angka 10 di skrin... Aleya dah mula meragam.. bila dia tengok ramai orang mula lah dia melasak... Aku pun dukung Aleya... ada kedai minum didepan pusat perubatan tersebut.. aku layan nescafe segelas...

Alhamdulillah.. ada insan yang berhati mulia.. disebabkan kami mebawa anak kecil maka dia telah berjumpa dengan Tuan Haji.. No giliran kami dipanggil walaupun ketika itu no di skrin baru 16..

Masuk je dalam bilik rawatan tersebut.. kami disambut dengan senyuman..Leen memperkenalkan diri dengan Tuan Haji.. Sambil mulut berbual Tuan Haji menyapu krim di perut Leen sambil seakan akan menyubit perut tersebut.. nah... terus Tuan Haji masukan batu karang sebesar kacang goreng ke dalam plastik... Fuyoo.. cepatnya.. aku tergamam.. 2 minit je dah selesai..

Alhamdulillah... segalanya selesai.. lepas ni aku gi scan dan nak tengok ada lagi tak batu karang tersebut didalam hempedu Leen.. nih rupa batu karang tersebut:
Batu karang

Disini aku nak ucapkan Ribuan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Leen..
Kakti: terima kasih kerana selalu ambil berat terhadap kami.
Norazman: Terima kasih kerana sudi pinjamkan kereta untuk kesana.
Amar, Alie dan Aliesya: terima kasih sbb tolong tengok-tengokan cc untuk aku..
Kak Kikin: terima kasih.

http://ujinms.blogspot.com/

Batu Karang Hempedu


Oleh: Shafinaz Sheikh Maznan, Utusan Malaysia
Dr. Abd. Hamid Mat Sain
Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan


Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

"Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.


Simptom-simptom

  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

    "Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

    Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

    Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

    Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

    "Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

    Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

    "Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

    "Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Diagnosis

Dr. Abd. Hamid memberitahu, kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain.

"Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal.

"Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh."

Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan

  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

    Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
Bukan pembedahan

Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
  • Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
  • Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.
 http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/01/batu-karang-hempedu.html




2 comments:

  1. Saya pernah keluarkan 12 ketul batu karang melalui 8 lawatan ke Kg Gangsa . Dua tahun akhir ini tiada masalah batu karang. Saya percaya Hj Jamil memang ada kelebihan pemberian Tuhan. Selepas itu saya hanya kena ikuti pantang larangnya, tak boleh makan kacang tanah, dan kurangkan seafood. Walaupun Hj Jamil tak larang, saya tidak boleh minum soyabean. . . . Sekarang saya makan Himalaya Cystone (RM 25 enam puloh biji) boleh didapati di farmasi, ubat herba untuk menghindar kejadian batu karang, dan penguat saluran urinal tract. Rumah saya dekat, di pekan alor gajah, 15 minit ke Kg Gangsa. Kadang-kadang saya pergi seawal 3 pagi untuk membooking nombor giliran untuk saudara mara yang datang dari jauh.

    ReplyDelete
  2. Saya pernah tanya Tuan Hj Jamil apa lagi penyakit dia boleh merawat. Jawabnya, "Semua penyakit kecuali penyakit berkaitan dengan talipusat (umblical cord).

    ReplyDelete