Perhimpunan Guinness World Record 2012 Ia adalah himpunan pelbagai keganjilan — paling besar, paling kecil, paling panjang, paling lama dan sebagainya. Dengan pelbagai kelebihan itu, mereka berjaya menempatkan nama masing-masing dalam buku Rekod Dunia Guinness edisi 2012. Dan baru-baru ini mereka dihimpunkan dalam satu majlis khas di London sebagai penghargaan. Berikut antara highlight pemegang rekod dunia bagi edisi 2012: Dari Jepun, 13 anjing Sarkas Super Wan Wan diterima sebagai pencatat rekod dunia apabila berjaya melakukan lompatan bersama menggunakan satu tali. Tidak ketinggalan, Stewie — kucing domestik paling panjang di dunia dengan mencatat rekod 1.23 meter. Bagi ciri luar biasa di kalangan manusia, pelajar daripada California, Chanel Tapper, 21, boleh berbangga kerana turut mencatat nama dalam Guinness World Records 2012. Dengan 9.65 sentimeter, Chanel diiktiraf sebagai wanita memiliki lidah terpanjang di dunia. \ Turut mendapat tempat ialah Christine Walton, 45, dari Las Vegas, yang dicatat sebagai manusia memiliki kuku jari tangan terpanjang (3 meter di tangan kiri dan 2.92 meter di tangan kanan). Aevin Dugas, 36, daripada New Orleans, diperakui sebagai pemilik rambut kerinting semula jadi terbesar dengan ukur lilit sepanjang 132 sentimeter. Satu lagi rekod dicatatkan pasangan adik-beradik Britain, Daniel dan Natalie Bent yang melakukan acara triatlon luar biasa. Selain berlari dan berbasikal seperti atlet triatlon biasa, mereka turut melakukan selaman di dalam paya gambut dan aktiviti itu ditamatkan dalam tempoh dua jam 45 minit. Tidak ketinggalan, Mark Byles dari Aylesford, Kent, yang berjaya menyiapkan 150 pasu tanah liat dalam tempoh hanya satu jam. Dan jika membaca rekod terbaru ini membuatkan anda berasa lapar, ingatlah bahawa pizza komersial terbesar berjaya dihasilkan ialah sebesar 137.16 sentimeter. Kedai Big Mama’s and Papa’s Pizzeri di Los Angeles mengeluarkan belanja £121 (hampir RM591) dan mampu mengenyangkan 100 orang. sumber: hmetro, guinness world record |
Asia's Top 10 Cities For Business - Kuala Lumpur di Tempat Ke-3 Smart Travel Asia melalui undian Best in Travel Poll baru-baru ini telah mengeluarkan keputusan undian untuk kedudukan 10 Bandaraya Terbaik di Asia Ketegori Bisnes Untuk 2011. Apa yang membanggakan adalah kedudukan Kuala Lumpur di tempat ke-3 yang berkongsi kedudukan yang sama dengan bandaraya Seoul, Korea Selatan. Berikut adalah senarai lengkap ranking tersebut: Smart Travel Asia merupakan satu-satunya majalah pengembaraan online dengan lebih sejuta pembaca di seluruh dunia. Ia menawarkan ulasan editorial yang ditulis oleh wartawan berpengalaman bagi membantu orang ramai membuat pilihan yang bijak. SmartTravelAsia.com 2011 Best in Travel Poll kini memasuki tahun ketujuh yang menggarap persepsi pembaca dan jenama pengembaraan pilihan. sumber: http://smarttravelasia.com/ |
CARA-BOAT : Mini Caravan Yang Boleh Terapung Orang ramai tidak lagi perlu memilih sama ada mahu berkhemah atau belayar ketika pergi bercuti selepas seorang pereka Jerman, Daniel Straub mencipta karavan yang boleh bertukar menjadi sebuah bot. Karavan yang diberi nama Sealander itu ditarik kenderaan lain di atas jalan raya tetapi ia dipandu secara berasingan dengan menggunakan sebuah motor elektrik apabila berada di dalam air. Selain dua tempat tidur, karavan, Sealander turut dilengkapi sebuah dapur, tandas dan meja makan. Straub yang mengambil masa dua tahun untuk menguji karavan ciptaannya sebelum ia memasuki fasa pengeluaran memberitahu: "Mereka yang pergi bercuti boleh berkhemah pada malam hari dan pada waktu siang, mereka boleh belayar di tasik untuk aktiviti memancing". Karavan unik itu dijadualkan memasuki pasaran tahun depan pada harga £13,000 (RM63,495). source: kosmo, dailymail.co.uk |
Presiden Terkuat dan Paling Versatil di Dunia Vladimir Putin, bekas presiden yang berusia 58 tahun dan kini memegang jawatan Perdana Menteri Rusia, telah ditanam dengan imej awam yang tersendiri dalam tempoh beberapa tahun yang lalu. Ahli politik itu telah memandu pesawat tempur, menangkap ikan paus, menaiki kereta lumba, berburu di dalam hutan dan pernah menyelam dengan kapal selam pada kedalaman terdalam di dunia 1400 meter (4600 kaki) di bawah permukaan Tasik Baikal. Berikut adalah koleksi beberapa gambar menarik yang diambil sepanjang tempoh Vladimir Putin memegang sebagai Perdana Menteri Rusia sejak beberapa tahun yang lalu. |















































Comments
Post a Comment