Vending Machine Jual Kondom di Tempat Awam

 

Mesin-mesin menjual kondom seperti di bawah ini kini mula dipasang secara besar-besaran di India sebagai langkah untuk menggalakkan budaya seks selamat dan membendung penularan penyakit berjangkit seperti AIDS.


Sesungguhnya ia satu langkah yang progresif oleh bahagian Negeri UP AIDS Control Society Wilayah Uttar Pradesh, India, yang telah memutuskan untuk memasang kira-kira 250 mesin menjual kondom di Lucknow untuk menggalakkan kesedaran tentang seks yang selamat. Mereka melihatnya sebagai langkah yang baik kerana penduduk di India masih malu untuk membeli kondom di kedai-kedai ubat atau farmasi.
 
Dan mesin ini bukan sahaja akan dipasang di hospital malah ia akan turut dipasang di kawasan hang-out popular seperti pusat membeli-belah, pawagam dan pasar awam. 


 
 
  


Chinglish : Salah Terjemahan Bahasa Inggeris di China

Jika anda berjalan-jalan di China, anda akan dapati kebanyakan papan tanda bahasa Inggeris di sana menggunakan bahasa Inggeris yang salah tatabahasa sehingga wujud istilah yang digelar Chinglish.

 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


(VIDEO) Ahli Perniagaan Bertumbuk Semasa Berdebat di TV
 
 
Seorang hartawan Rusia yang memiliki dua stesen televisyen di Britain, Alexander Lebedev menumbuk seorang ahli perniagaan, Sergei Polonsky dalam satu rakaman perdebatan di stesen televisyen NTV.


Dia menumbuk Polonsky di depan sejumlah penonton sehingga menyebabkan ahli perniagaan itu melarikan diri dan terjatuh dari pentas.

Lebedev berkata, dia terpaksa bertindak menumbuk ahli perniagaan tersebut kerana bimbang akan ditumbuk terlebih dahulu. Ketika kejadian, kedua-dua ahli perniagaan itu berdebat mengenai krisis ekonomi global. Menurut tulisan dalam blognya, Lebedev mendakwa Polonsky terlalu agresif dalam perdebatan tersebut.

"Dalam situasi kritikal, tiada pilihan lain lagi. Saya meneutralkannya," kata Lebedev.

Dia menumbuk Polonsky di bahagian kepala menyebabkannya dia terjatuh dari pentas. Beberapa orang kemudian tampil untuk menenangkan kedua-dua ahli perniagaan tersebut.

Lebedev yang merupakan bekas ejen agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB, kini memiliki akhbar The Independent dan London Evening Standard.

Lebedev merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$3.1 bilion (RM9.58 bilion). Dia juga memiliki syarikat penerbangan Aeroflot dan akhbar Rusia, Novaya Gazeta.


sumber: kosmo, telegraph.co.uk

Comments