Media Statements
Saya ingin memaklumkan pelantikan Y.Bhg. Dato’ Long See Wool, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan), Kementerian Pengangkutan, P.T.D. Gred Utama B sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan, P.T.D. Gred Utama Turus III mulai 26 Januari 2010 bagi menggantikan Y.Bhg. Dato’ Sri Zakaria bin Bahari yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 25 Januari 2010.
2. Pelantikan Y.Bhg. Dato’ Long See Wool, 55 tahun, dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pengurusan pengangkutan. Beliau telah bertugas di Kementerian Pengangkutan pada keseluruhan karier perkhidmatannya sebaik sahaja menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (P.T.D.) pada 26 November 1979, dengan memegang jawatan-jawatan berikut:
• Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan), Kementerian Pengangkutan mulai 1 November 2006;
• Setiausaha Bahagian Udara, Kementerian Pengangkutan (2002-2006);
• Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Udara, Kementerian Pengangkutan (1983-2002); dan
• Penolong Setiausaha, Kementerian Pengangkutan (1979-1983).
3. Y.Bhg. Dato’ Long See Wool berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah/Hubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya.
4. Saya percaya pengalaman dan pengetahuan mendalam beliau mengenai polisi dan pengurusan pengangkutan akan membolehkan Y.Bhg. Dato’ Long See Wool mengetuai Kementerian Pengangkutan dengan penuh integriti dan efisien bagi mencapai ‘outcome’ yang dipertanggungjawabkan. Ini termasuk membantu merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat, seperti yang digariskan di bawah salah satu 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).
( TAN SRI SIDEK HASSAN )
Ketua Setiausaha Negara
19 Januari 2010
MEDIA STATEMENT BY YB. DATO’ SRI ONG TEE KEAT, MINISTER OF TRANSPORT
(Sourced from MOT website)
I wish to congratulate Dato’ Long See Wool on his promotion as the Ministry of Transport’s new Secretary-General. I have worked with Dato’ Long since I joined the Ministry of Transport in March 2008. As the then Ministry’s Deputy Secretary-General for planning, Dato’ Long has displayed a thorough understanding of his job and a sound commitment towards service excellence.
Having served the Ministry of Transport for over 30 years, I am confident Dato’ Long has the necessary experience and aptitude to take on the Ministry’s many challenges. Dato’ Long is assisted by a strong team, including Deputy Secretary-General for operations, Dato’ Yap Kin Sian, the various Undersecretaries, Directors-general and heads of Departments.
I would also like to take this opportunity to thank outgoing Ministry Secretary-General Dato’ Sri Zakaria Bahari for his contributions to the Ministry. Dato’ Zakaria, whose term ends on January 25, 2010, has put in a lot of effort to bring the Ministry to greater heights. I would also like to wish him happy retirement.


Secretary General, MOT
The Secretary General of Ministry of Transport Malaysia, Yang Berbahagia, Dato' Haji Zakaria bin Haji Bahari, and colleagues. Puan Wan Hasmah, Director of Trade Practices and Puan Nor Wahida, Director FTA MITI

Comments
Post a Comment