Mem'bin'kan Anak Angkat
Soalan:
Tujuan saya menghadapkan surat ini adalah untuk mendapat penjelasan berhubung dengan cara membinkan anak angkat.Sebagai makluman Tuan, ibu dan bapa angkat saya sudah lama kembali ke Rahmatullah.
Sehubungan dengan perkara di atas saya memohon fatwa apakah saya boleh mengekalkan nama bapa angkat saya sebagai nama kedua selepas Abdul Rahman (sebagai alias sahaja). Sebagai contoh: AWANG ABDUL GANI BIN ABDUL RAHMANI HAJI ABDUL RAHIM.
Jika perkara di atas tidak dibolehkan, saya meminta pandangan daripada Tuan bagaimanakah cara yang paling baik bagi saya untuk membinkan nama saya dengan tidak menjejaskan segaIa dokumen yang ada.
Jawapan:
Anak angkat tidak boleh dibinkan atau dibintikan kepada bapa angkatnya, bahkan haram berbuat demikian. Ini jelas berdasarkan firman Allah: أدعوهم لأبآئهم هو أقسط عند الله فإن لم تعلموا ءابآءهم فإخونكم فى الدين وموليكم.وليس عليكم جناح فيما أخطأتم به ولكن ما تعمدت قلوبكم.وكان الله غفورا رحيما.
Tafsirnya: "Panggillah anak-anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "(Surah Al-Ahzah: 5)
Adapun sebab turun ayat ini ialah mengenai Zaid bin Haritsah. Perkataan Ibnu 'Umar: "Kami pada masa dahulu tidaklah memanggil Zaid bin Haritsah melainkan Zaid bin Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam", menunjukkan bahawa mengangkat anak telah berlaku pada masa jahiliah dan semasa Islam.
Dengan mengangkat anak itu berlakulah waris mewarisi (di antara bapa angkat dan anak angkat) sehingga Allah memansukhkan hukum pengangkatan anak yang membawa kepada waris mewarisi itu, firman Allah: أدعوهم لأبآئهم هو أقسط عند الله.
Tafsirnya: "Panggillah anak-anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. (Surah Al-Ahzab: 5)
Dengan ayat ini Allah memerintahkan supaya dipanggil anak angkat itu dengan bapanya yang sebenar, yang diketahui. Jika anak angkat itu tidak mempunyai bapa yang diketahui, maka hendaklah dinasabkan kepada bekas tuannya Jika dia bekas seorang hamba yang telah dimerdekakan).
Jika dia tidak mempunyai bekas tuan yang diketahui, maka dipanggil kepadanyaيا أخي(wahai saudara) dalam Islam. (Lihat 14/119 AI-Jami' Ii Ahkam AI-Qur'an: AI-Qurtubi)
Zahir ayat di atas menunjukkan adalah haram bagi seseorang dengan sengaja memanggil seseorang bukan dengan bapanya yang sebenar, sebagaimana ia dilakukan pada masa jahiliah.Adapun jika panggilan itu bukan dalam bentuk zaman jahiliyah seperti seorang tua memanggil seorang kanak -kanak dengan rasa kasih sayang seperti "wahai anakku," maka secara zabir ayat di atas tidaklah haram.
Seumpama panggilan kanak-kanak bukan kepada bapa yang sebenarnya ialah dengan menasabkan seseorang itu bukan kepada bapanya padahal dia mengetahui orang yang dinasabkannya itu bukan bapanya.
Panggilan sedemikian ini bagi kebanyakan para ulama mengumpulkannya sebagai dosa besar .Pengangkatan anak di zaman jahiliyah menjadikan anak yang diangkat itu boleh waris mewarisi.Membinkan atau membintikan anak angkat kepada bapa angkat mendapat ancaman keras darlpada Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam dengan sabdanya:
من أدعى إلى غير أبيه وهو يعلم أنه غير أبيه فالجنة عليه حرام.
Maksudnya: Barangsiapa mengaku bernasabkan seseorang sebagai bapa kepada orang yang bukan bapanya, padahal dia. mengetahui bahawa orang itu bukan bapanya, maka syurga diharamkan ke atasnya. "(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Adapun jika seorang memanggil seseorang dengan nama lain daripada nama bapanya, akan tetapi dia menyangka bahawa nama itu nama bapanya, maka hal yang demikian itu tidaklah mengapa, berlainan apabila seseorang dengan senghaja dan bertujuan memanggilnya dengan bukan nama bapanya. Panggilan semacam ini adalah salah dan berdosa.
Apabila seseorang anak angkat tidak diketahui bapanya yang sebenar, maka harus bagi seorang anak angkat itu dibinkan atau dibintikan dengan Abdullah (hamba Allah) atau nama-nama lain daripada nama-nama Allah seperti Abdul Rahman (hamba yang mempunyai rahmat yang sangat luas).
Abdullah atau Abdul Rahman itu bukanlah seseorang yang tertentu atau nama bapa angkat.Adalah tidak harus bahkan haram seseorang membinkan dirinya kepada Abdul Rahim, padahal dia tahu dan pasti bahawa nama bapa angkatnya itu ialah Abdul Rahim, walaupun "Ai-Rahim" itu salah satu daripada Asma' Al-Husna (nama-nama Allah) kerana dengan membinkan kepada Abdul Rahim itu boleh mendatangkan kekeliruan, lebih-Iebih lagi Abdul Rahim sekarang- sudah bernama Haji Abdul Rahim, yang menjadikan nama itu benar-benar merujuk kepada Abdul Rahim bapa angkatnya yang sebenarnya, bukan lagi semata-mata bertujuan sekadar memakai atau memilih nama Abdul Rahim itu kerana ia daripada Asma' Al-Husna.
Adapun cadangan supaya Polan bin Abdul Rahman/Haji Abdul Rahim (nama Haji Abdul Rahim sebagai 'alias' sahaja) masihboleh mendatangkan kekeliruan, kerana dikhuatiri Abdul Rahmani Abdul Rahim boleh diertikan sebagai orang yang sarna, iaitu Haji Abdul Rahim itulah juga Abdul Rahman.
Sebagai mengatasi masalah kesusahan-kesusahan yang berbangkit atau timbul daripada perubahan nama ini, sebagai irsyad bukan fatwa bolehlah pihak yang berkuasa (katakan Pendaftaran Anak Angkat) membuat pengisytiharan atau kenyataan bersurat atau lain-lain cara yang difikirkan patut menyatakan bahawa:
Polan bin Abdul Rahim[Pemegang Kad Pengenalan OOOXXX]
dengan ini dikenali sebagai
Polan bin Abdul Rahman[Pemegang Kad Pengenalan OOOXXX]
Kemudian mengedarkan kenyataan ini kepada pihak-pihak lain yang difikirkan patut mendapat makluman seperti Bahagian Kad Pengenalan, Bahagian Paspot, Pejabat Perjawatan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan lain-lain supaya pihak yang berkenaan akan membuat perubahan mengenai rekod penama yang baru itu.
Atau mana-mana pihak berautoriti mempunyai cara yang difikirkan patut, selama tujuannya dapat memudahkan atau menghuraikan persoalan ini menepati hukum syara' .
Comments
Post a Comment