SEJARAH DAN KONSEP AHLI'S-SUNNAH WA'L-JAMA'AH



Oleh: Muhammad 'Uthman El-Muhammady 

 




PENDAHULUAN
TAKDIRNYA mazhab Ahli's-Sunnah Wal-Jama'ah merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah ummat ini dan ianya merupakan mazhab yang orthodoks dalam pengertian yang asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walaupun di dalamnya terdapat beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah awal Islam - yang memang tidak boleh dielakkan - hakikat ajaran dan pendiriannya adalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam sejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan 'deployment' proses perkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya pokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak awal lagi. Dalam nota ringkas i.22
Bab I
SEBELUM dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincangan ini dengan meneliti istilah Ahli's-Sunnah wa'I-Jama'ah itu sendiri dan punca-puncanya. Penggunaan istilah jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu 'jamaah' dan 'firqah' dengan pluralnya 'firaq'. Dalam Sunan Ibn Majah 1 riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu: 

Maksudnya: 'Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan'.

Dalam catitan nota kakinya oleh Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi dinyatakan bahawa mereka yang dikatakan 'umatku' itu adalah umat ijabah, ahli Qiblat, dan perpecahan yang dimaksudkan itu adalah dalam bidang usul dan 'aqidah, bukan dimaksudkan dalam bidang furu' dan 'amaliyat. 

Sebuah hadis lagi ialah diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda salla'Llabu 'alaihi wa sallam bersabda
Maksudnya:'Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?'. Jawab Baginda 'Jama'ah'.

Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah 'jama'ah'.

Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa'id 3 bahawa isnadnya terdiri daripada mereka yang dipercayai. 

Dalam sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya'Llahu'anhu bahawa baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Maksudnya:'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama'ah'.

Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah 'al-Jama'ah'. Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan 5 isnadnya adalah sahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkik adalah mereka yang kepercayaan (rijaluhu thiqat). 

Kepentingan berpegang kepada jama'ah Muslimin yang berada atas jalan yang hak itu disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya'Llahu 'anhu, katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda bila diminta baginda menyifatkan penyeru-penyeru kepada neraka jahannam pada akhir zaman, katanya, 'Mereka itu kaum dari bangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita'. Lalu Hudhaifah bertanya, 'Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?'. Jawab Baginda: 'Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka. Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam mereka, hendaklah engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu'. 

Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka. 

Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari 7 riwayat daripada Hudhaifah bin al-Yaman; di dalamnya disebutkan oleh baginda S.A.W. penyeru-penyeru yang menyeru manusia kepada neraka jahannam, dan Hudhaifah meminta arahan daripada baginda apa yang patut dilakukan dalam keadaan itu. Sabda Baginda:
Maksudnya: 'Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka....... (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semua golongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu'.

Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala ada menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam bab awal kitabnya itu.
Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amru radiya'Llahu 'anhu Baginda diriwayatkan bersabda:
Maksudnya: 'Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan).
Mereka bertanya Baginda, 'Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?'. Jawab Baginda, '(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)'.

Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yang diriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya: 'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan ('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al-jama'ah'.

'Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnya daripada Nabi S.A.W berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itu banyak isnad-isnadnya.9 Satujamaah daripada para sahabat meriwayatkan hadith itu daripada Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abu Darda', Jabir, Abu Sa'id al-Khudri, Ubay bin'Ka'ab, 'Abdullah bin 'Amr bin al-'As, Abu Umamah dan Wathilah bin al-Asqa'dan yang lain daripada mereka itu. 

Beliau menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa' alRashidin radiya'Llahu 'anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akan berlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan yang selamat, yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat mereka mengalami kebinasaan.
Beliau menyatakan lagi bahawa Baginda S.A.W. menunjukkan kecelaan kaum Qadariyah dan menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat ini 

Selain dari itu ada riwayat daripada Baginda S.A.W. yang menunjukkan kecelaan kaum Murji'ah beserta dengan kaum Qadariyah itu; ada riwayat yang menunjukkan kecelaan kaum Khawarij. Selain daripada riwayat daripada Baginda S.A.W. sendiri, ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a'lam as-sahabah) berkenaan dengan kecelaan kaum Qadariyah,Murji'ah dan Khawarij. 

Pada fahaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi 12 yang disebutkan sebagai golongan-golongan yang keji itu yang dikatakan ahli neraka itu merujuk kepada golongan-golongan dari kalangan para fuqaha' (firaq al-fuqaha') yang mempunyai pendirian yang berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetuju dalam bidang usul agama. Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yang demikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara furu' tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan 'ulama' Muslim ada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua pandangan mujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu'fiqh. Pada pendapat mereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar. Keduanya mereka yang menganggap di d
Seterusnya beliau menyatakan bahawa Baginda S.A.W. mendetailkan sebutan tentang golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah)sebagai golongan-golongan mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamat itu dalam perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalam al-Wa'd dan al-Wa'id, bab al-Qadr dan al-Istita'ah, atau dalam bab Taqdir baik dan buruknya, bab hidayah dan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi'ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau bab Ru'yah atau Idrak (Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab sifat-sifat Allah dan nama-namanya, atau dalam satu bab daripada bab-bab ta'dil dan taj'wiz, atau satu bab daripada bab-bab nubuwwah dan syarat-syaratnya dan sebagainya, daripada bab-bab yang di dalamnya Ahli's-Sunnah Wa ' I-Jama'ah bersepakat. Yang tidak bersepakat de
Hadith-hadith sebagaimana yang disebutkan di atas didapati dalam Sahih Tirmidhi, 14 riwayat dari Abu Hurairah; diriwayatkan bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya:'Sesungguhnya orang-orangyahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh, satu golongan atau tujuh puluh dua golongan, dan orang-orang Kristian seperti itu juga, dan umatku akan berpecah menj adi tujuh puluh tiga golongan (firqah) '. Dinyatakan oleh Tirmidhi bahawa ini hadith hasan sahih.
Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat 'Abdullah bin 'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya: 'Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda '(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku'. Hadith gharib.

Tentang hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda S.A.W., maka kita teringat kepada hadith riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki 'Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat mengucap selam ' at tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?' Lalu Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya: 'Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu'. Hadith hasan sahih. 

Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan para Khulafa' a]-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar.
Hadith yang demikian itu juga didapati dalam Sunan Ibn Majah 17,juga nwayat dari 'Irbad bin Sariyah radiya'Llahu 'anhu, bahawa Nabi S.A.W. bersabda selepas daripada Baginda memberi nasibat yang cukup berkesan pada hati, katanya:
Maksudnya: 'Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi. Dan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan). Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan. Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu. Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengadaadakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah kesesatan'.

Boleh diperhatikan dalam hadith ini kelainan kalimat dadpada hadith terdahulu, laitu ikhtilafah shadidan mengganti ikhtilafan kathiran. Yang ditekankan dalam hadith ini ialah keperluan berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W. dan para Khulafa' al-Rashidin. Berkenaan dengan konsep Khulafa' alRashidin, dikatakan oleh pentahkiknya bahawasanya ada kaul yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan Khulafa'al-Rashidin itu bukan sahaja terbatas kepada mereka itu, tetapi termasuk mereka yang menjalani perjalanan sebagaimana mereka itu yang terdiri daripada para pemimpin Muslimin (min a'immat'ul-Islam). Kata beliau lagi: Mereka itu adalah para khalifah bagi Rasulullah S.A.W. yang menegakkan al-haqq dan menghidupkan agama dan memimpin manusia kepada perjalanan yang benar. Penafsiran demikian ini nampaknya

Maksudnya: 'Moga-moga rahmat Allah dicucurkan ke atas para khalifahku. Baginda ditanya: Siapakah para khalifah tuan hamba ya Rasulullah?. Mereka yang menghidupkan Sunnahku............... (Hadith riwayat dari al-Hassan) 18
Selain dari itu juga kita boleh sebutkan sebuah lagi hadith riwayat Ibn Majah 19 juga riwayat daripada al-'lrbad bin Sariyah radiya'Llabu 'anhu bahawa Baginda bersabda bila diminta tambahkan wasiatnya:
Maksudnya: 'Aku telah meninggalkan kamu dalam perjalanan yang terang benderang ('yang putih' (al-baida') yang bennaksud millah dan hujjah yang nyata yang tidak ada kekeliruan lagi di dalamnya); Malaninya adalah seperti siangnya. Tidak menjadi terseleweng selepasku melainkan orang yang sengaja membinasakan dirinya. Sesiapa daripada kamu semua yang hidup (sampai masa itu) maka ia akan melihat perselisihan yang banyak (ikhtilafan kathiran); maka hendaklah kamu berpegang kepada apa yang kamu ketahui daripada Sunnahku dan Sunnah Khulafa'al-Rashidin yang dikurniakan hidayat (oleh Allah). Hendaklah kamu berpegang kepadanya dengan gigi geraham kamu. Dan hendaklah kamu taat (kepada para pemimpin kamu) walaupun (yang diangkat menjadi pemimpin itu) seorang hamba bangsa Habshi. Sesungguhnya seseorang Mu'min itu

Jelas dalam hadith ini tuntutan di atas umat supaya mengikuti Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan Khulafa'al-Rashidin dan mereka yang sedemikian itu pedalanannya. Demikian juga ditekankan kepada mereka dasar ketaatan yang sewajamya yang dituntut oleh Syara'. 

Selepas meneliti beberapa hadith berkenaan dengan masalah perpecahan ummat dan golongan yang selamat serta tuntutan supaya orang mu'min itu mengikuti Sunnah Nabi S.A.W., Sunnah Khulafa'al-Rashidin, dan pedalanan para Sahabat, Allah meredhai mereka itu, ada beberapa pengamatan yang boleh dibuat berkenaan dengan nas-nas ini. 

Antaranya bahawa hadith-hadith itu adalah kuat sandarannya, maka oleh itu jelas mengapa itu semuanya dijadikan sandaran bagi memahami perihal ini di kalangan para ulama' kita yang mu'tabar. Tentang perpecahan-perpecahan yang berlaku dalam sejarah tiga agama besar itu, itu nampaknya biasa, sebagaimana yang didapati dalam al-Quran yang kerap menyebut tentang AhlilKitab yang terdiri dari al-Yahud wan-Nasara. Maka dalam hadith-hadith berkenaan dengan perpecahan ini tersebutjuga al-Yahud wan-Nasara. Kalimat-kalimat yang digunakan bagi menyebut 'golongan' itu ialah antaranya 'firqah' jamak 'firaq', 'millah', tapi tidak disebut jamaknya;

yang tidak ada kekeliruan kemungkinan lagi di dalamnya. Orang yang terseleweng daripadanya adalah Orang Yang mempunyai kecenderungan yang tidak baik Yang dengan sengaja mernbinasakan dirinya. Istilah ini menarik hati kita oleh kerana ianya memberikan konsep tentang kewujudan umat yang berdiri di atas aiaran dan Pegangan yang nonnative, yang menjadi penentu,
atau neraca bagi memutuskan sesuatu itu benar atau wajar atau sebaliknya' 20 Itulah ummah ahlul-haqq yang orthodoks dalam pengertian yang sebenar-benamya. Neraca inilah yang menentukan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang sistem keilmuannya dihuraikan kemudiannya. 

Bab II
Untuk meneliti beberapa tahap perkembangan sejarah Islam yang kemudiannya membawa kepada berbagai perselisihan dan khllaf itu, menasabah kita mengingati kembali beberapa persoalan yang berhubungan dengan hal itu. Antaranya ialah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dalam al-Farq baina'l-Firaqnya. 21 Dinyatakan oleh bellau bahawa pada masa wafat Baginda S.A.W. (iaitu pada tahun 10 hijrah) berada dalam perjalanan agama yang satu dalam dasar-dasar agama (usulu'ddin) dan cawangan-cawangannya, selain daripada mereka yang menzahirkan persetujuan dan yang menyembunyikan kemunafikan. Perkara khilaf yang pertama berlaku ialah berkenaan dengan kewafatan Baginda S.A.W. Akhimya mereka yang menyangka Baginda tidak mati tetapi diangkat oleh Allah sebagaimana Sayyiduna 'Isa
'Sesungguhnya engkau mati dan mereka pun mati',

+
Beliau juga berkata kepada mereka, 'Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Baginda telah wafat, dan sesiapa yang menyembah Tuhan Muhammad, maka la Maha Hidup dan tidak mati'. Kemudian timbul khilaf tentang tempat hendak dikebumikan Baginda S.A.W. Akhimya ia selesai dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan kepada mereka hadith daripada Nabi S.A.W. yang bermabsud: 'Sesungguhnya para anbiya' dikebumikan di mana mereka wafat'.,,3 Maka Baginda dikebumikan dalam biliknya di Madinah. Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan khilafah, pihak al-Ansar ingin memberi bai'ah kepada Sa'd bin 'Ubadah; kemudian pibak Quraish menyatakan bahawa imamah mestilah di tangan orang-orang Quraish berdasarkan kepada hadith yang bermaksud, 'Imam-imam hendaklah dari kalangan orang-orang Quraish'
Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan harta Fadak, akhimya diselesaikan dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan hadith yang berinaksud: 'Sesungguhnya para anbiya' tidak dipusakai,,.25 Lepas itu timbul masalah tentang mereka yang tidak mahu menunaikan zakat, lepas itu mereka bersetuju dengan keputusan Abu Bakar bahawa golongan yang enggan itu hendaklah diperangi. Lepas itu mereka sibuk dengan peperangan melawan Tulaihah bila ia mengaku menjadi nabi dan murtad daripada agama Islam. Selepas ia lari ke Syam, kemudian kembali dalam zaman Umar kepada agama Islam, ia keluar jihad bersama Sa'ad bin Abi Waqqas dalam peperangan Qadissiyyah dan ia syahid dalam peperangan Nehawand. Kemudian Musliniin sibuk dengan peperangan melawan Musailamah al-Kadhdhab yang mengaku nabi, serta alAswad
Adapun dalam masalah-masalah fiqh ada berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka misalnya keadaan datuk menerima pesaka berserta saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan serta dengan bapa dan emak atau serta dengan bapa, demikian seterusnya, tetapi perselisihan atau kelainan pendapat itu tidak membawa kepada timbulnya kekafiran atau kesesatan di kalangan mereka. Demikianlah keadaannya di zaman pemerintahan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiya'Llahu 'anhum ajma'in.
Kemudian berlaku khilaf di kalangan mereka berkenaan dengan 'Uthman bin 'Affan dan perkara-perkara yang dituduh ke atasnya sehingga para penzalim membunuhnya; kemudian mereka berikhtilaf lagi tentang para pembunuhnya dan mereka yang menghasut manusia supaya menentangnya itu; demikianlah khilaf itu masih ada sampai zaman kemudian, sampailah pada zaman alBaghdadi, dan boleh kita katakan sampai abad kita ini.
Selepas itu berlaku ikhtilaf pula dalam hubungan dengan keadaan 'Ali bin Abi Talib radiya'Llahu 'anhu dan mereka yang terlibat dalam peperangan alJamal, juga tentang kedudukan Mu'awiyah dan mereka yang terlibat dalam peperangan Siffin, serta dua orang hakam iaitu Abu Musa al-Ash'ari dan 'Amru bin al-'As; ikhtilaf yang melibatkan mereka ini kekal sampailah ke zaman kemudian, dan kita sekarang boleh mengatakan ianya kekal sampai hari ini.
Kemudian dalam zaman muta'akhkhirin dari kalangan para Sahabat berlakulah khilaf golongan Qadariyah berkenaan dengan Qadar dan istita'ah atau ikhtiar makhluk, yang datang dari Ma'bad al-Juhani dan Ghailan al-Dimashqi, serta Ja'd bin Darham. Mereka yang muta'akhkhirin di kalangan para Sahabat bebas daripada perkara itu semua, seperti 'Abdullah bin 'Amr, Jabir bin 'Abdullah, Abu Hurairah, Ibn 'Abbas, Anas bin Malik, 'Abdullah bin Abi Aufa, 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani dan yang semasa dengan mereka itu.26 Mereka ini mewasiatkan orang ramai supayajangan memberi salam kepada golongan Qadariyah dan jangan pergi sembahyang jenazah mereka itu.
Kemudian berlaku ikhtilaf di kalangan golongan Khawarij sehingga mereka berpecah menjadi dua puluh golongan, tiap-tiap satu daripadanya mengkafirkan yang lain lagi. Kemudian berlakulah pada zaman al-Hassan al-Basri radiya'Llahu 'anhu khilaf dengan Wasil bin 'Ata' dalam masalah Qadar dan masalah manzilah bainal-manzilatain (iaitu kedudukan antara dua kedudukan: antara iman dan kufr); masalah itu menjadi bertambah pula dengan timbulnya bid'ah daripada 'Amru bin 'Ubald bin Bab yang keduanya disingkir oleh alHasan daripada majlisnya, Ialu mereka berdua meninggalkanjamaah di Masjid Basrah. Keduanya itu dan para pengikutnya dipanggil Mu'tazilah kerana mereka itu memisahkan diri daripada pegangan ummat di mana mereka mendakwakan bahawa orang fasiq dari kalangan Muslimin tidak Mu'min dan juga tid
Adapun golongan Rawafid maka cawangan yang dipanggil al-Sababiyah di kalangan mereka menzahirkan bid'ah mereka itu pada zaman 'Ali bin Abi Talib lagi. Mereka itu dihukum oleh 'Ali dan Ibn Saba dikenakan hukuman pembuangan kerana bid'ahnya. Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpendapat 'Ali radiya'Llahu 'anhu sebagai Tuhan. Selepas zaman 'Ali, golongan Rafidah itu berpecah menjadi empat golongan laitu Zaidiyah, Imamiyah, Kaisaniyah dan golongan Ghulat(pelampau). Golongan Zaidiyah pula menjadi berpuaK-puaK,, satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28 Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timb
Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah. 

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid, yang kuat di kalangan mereka ialah tiga iaitu Janidiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib pada hari keluarnya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik.
Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya kembali kepada dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang lain. 

Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah, Shumaitiyah,'Ammariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna 'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisharn bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi,Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang 'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum. Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah. 

Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imam-imam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara', dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.
Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdlyah, Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimiyah, Shu'aibiyah, Ma'lumiyah, Majhuliyah, Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah. Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan menjadi Hafsiyah, Harithiyah,Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah. Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada pendapat bahawa shari'at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam). Demikian juga daripadaGolongan Qadariyah Mu'tazilah yang memisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah golongan lsliyah, 'Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, 'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah,Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah,Kalblyah, Jubba'iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i. Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himariyah.29

Zaidiyah pula menjadi berpuak-puak, demikian juga Imamiyah dan Ghulat, satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28- Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bemama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Zlyah, 'uga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya. 

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah. 

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid,yang kuat di kalangan mereka ialah tiga iaitu Jarudiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib pada hari keluamya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik. 

Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya kembali kepada dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang lain. 

Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah, Shumaitiyah, 'Animariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna 'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisham bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi, Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang 'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum. Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah. 

Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imamimam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara', dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.
Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah,



http://www.islam.gov.my/en/sejarah-dan-konsep-ahlis-sunnah-wal-jamaah



Apakah Pengertian Ahli al-Sunnah Wal Jamaah?



Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Keterangan/Hujah: 

DALIL-DALIL DARIPADA AL-QURAN:- 1. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 100:

 


 

Maksudnya: "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah memberi bantuan) darikalangan orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." 2. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-An"am ayat 153:

 

 


 


Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa. 
DALIL-DALIL DARIPADA AL-HADIS

1. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar, perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid"ah dan tiap-tiap bid"ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

2. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka. (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Dalam menimbang untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis berpandukan Fatwanya itu atas dasar-dasar yang di bawah ini mengikut keutamaan seperti berikut:

1. Al-Quran al-Karim.
2. Hadis Sahih.
3. Ijma"Sahabat.
4. Fatwa Sahabat yang lebih hampir kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
5. Hadis Mursal dan Daif.
6. Qiyas ketika darurat.
7. Mashalih al-Mursalah.
8. Saddu Zarai".
9. Istihsan dan Istishab.
10. U"ruf.
11. Qawaid Fiqhiah.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0


KHUTBAH JUMAAT NEGERI PERLIS (1/2/2013 BERSAMAAN 20 RABIUL AWWAL 1434 HIJRAH) - ALLAH MENURUT AQIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH

by Dr Juanda Jaya (Notes) on Friday, February 1, 2013

إِنَّ الحَمْدَ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَعُوذُ بِالله مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلِهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِاِحْسَانٍ اِلَى يَوْمِ الدِّيْن.
  
أَمَّا بَعْدُ, فَاِنَّ أَصْدَقَ الحَدِيْثِ كِتَابُ الله, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, وَشَرَّ الأُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ, وَكُلَّ ضَلَالَةٍ فِى النَّارِ. 

SIDANG JUMAAT  YANG DIKASIHI  ALLAH   SWT ,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “ALLAH MENURUT AQIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH”

SIDANG JUMAAT  YANG DIRAHMATI  ALLAH   SWT ,

Menurut aqidah ahlussunnah waljamaah, kita wajib mengenali Allah SWT, beriman kepada nama-namanya dan sifat-sifat-nya, sebagaimana yang diterangkan dalam al-qur’an dan sunnah rasulnya s.a.w., menurut apa yang layak bagi Allah S.W.T., tanpa ta’wil, ta`til tanpa yakni menghilangkan makna atau sifat Allah swt, tanpa mempersoalkan hakikat nama-nama dan sifat Allah swt dengan bertanya “bagaimana” dan tasybih yakni tanpa menyerupakan Allah SWT dengan makhluk-Nya, berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah asy-syura ayat 11:

Maksudnya: Tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Ayat yang dibaca tadi jelas menafikan tidak ada sesuatupun  yang menyerupai Allah SWT biarpun dari sudut zatnya mahupun sifatnya dan Allah SWT menetapkan bahawa Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka Dia diberi nama dan sifat dengan nama dan sifat yang Dia sendiri berikan untuk diri-Nya dan dengan nama dan sifat yang disampaikan oleh Rasul-Nya (melalui hadis). Al-Qur’an dan as-Sunnah dalam pekara ini tidak boleh dilanggar, kerana tidak ada seorangpun yang lebih mengetahui Allah daripada Allah SWT sendiri, dan tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui Allah daripada Rasul-Nya. Maka barangsiapa yang mengingkari nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya atau menamakan Allah dan menyifati-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk-Nya, menta’wilkannya dari maknanya yang benar, maka dia telah berbicara tentang Allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya. Sepertimana Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 15:

Maksudnya: Maka tidak ada Yang lebih zalim dari orang-orang Yang berdusta terhadap Allah.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Prinsip dasar salafussoleh iaitu para sahabat nabi saw, para ulama at-tabi’in dan ulama tabi`ut-tabiin dalam perkara nama-nama dan sifat Allah swt ialah mengimani dan menetapkannya sebagaimana ia datang tanpa tahrif (mengubah), ta’thil (menafikan), takyif (menanyakan bagaimana) dan tamtsil (menyerupakan), dan perkara  itu termasuk pengertian beriman kepada Allah. Imam Ahmad bin hambal rahimahullah berkata: Allah tidak boleh disifati kecuali dengan apa yang disifati oleh-nya untuk diri-nya atau apa yang dia sifatkan melalui rasul-nya, serta tidak boleh melampaui al-qur’an dan al-hadis.  

Para salafussoleh tidak menyamakan atau menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk-Nya. Sebagaimana mereka tidak menyerupakan zat-Nya dengan zat pada makhluk-Nya. Mereka tidak menafikan apa yang Allah SWT sifatkan untuk diri-Nya, atau apa yang disifatkan oleh Rasul-Nya. Seandainya mereka menafikan, bererti mereka telah menghilangkan nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya, dan bererti mengubah kalam dari tempat yang sebenarnya, dan bererti pula mengingkari nama-nama Allah dan ayat-ayat-Nya. Allah SWT mempunyai nama-nama dan sifat-sifat kesempurnaan, sepertimana tersebut dalam surah al-a`raaf ayat 180:

Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.

Ayat yang agung ini memberi pengajaran kepada kita semua seperti berikut:

YANG PERTAMA:  Menetapkan dan mengithbatkan nama-nama untuk Allah s.w.t., maka sesiapa yang menafikannya bererti ia telah menafikan apa yang telah ditetapkan Allah dan juga bererti dia telah menentang Allah S.W.T.

KEDUA:  Bahawasanya nama-nama Allah S.W.T. semuanya adalah Al-husna. maksudnya sangat baik. kerana ia mengandungi makna dan sifat-sifat yang sempurna, tanpa kekurangan dan cacat sedikit pun. ia bukanlah sekadar nama-nama kosong yang tidak bermakna atau tidak mengandungi erti.

KETIGA:  Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kita supaya berdoa dan bertawassul kepada-nya dengan nama-nama-nya. Maka perkara ini menunjukkan keagungan-nya serta kecintaan Allah Kepada doa yang disertai nama-nama-nya.

KEEMPAT:  Bahawasanya Allah S.W.T. mengancam orang-orang yang berpaling dari kebenaran dan Allah SWT  akan membalas perbuatan mereka yang buruk itu.


SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SEKALIAN,

Kandungan nama-nama  Allah SWT  yang mulia ini bukanlah sekadar nama kosong yang tidak mengandungi makna dan sifat, justeru ia adalah nama-nama yang menunjukkan kepada makna yang mulia dan sifat yang agung. setiap nama menunjukkan kepada sifat, maka nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim menunjukkan kepada sifat rahmah; As-Sami’ dan Al-Bashir menunjukkan sifat mendengar dan melihat; Al-‘Alim menunjukkan sifat ilmu yang maha luas; Al-Karim menunjukkan sifat Karam (dermawan dan mulia); Al-Khaliq menunjukkan dia menciptakan; dan Ar-Razzaq menunjukkan dia memberi rezeki dengan jumlah yang banyak sekali. begitulah seterusnya, setiap nama dari nama-nama-nya menunjukkan sifat dari sifat-sifat-nya, sepertimana yang tersebut dalam kitab majmu’ fatawa, Sheikhulislam Ibnu Taimiyah berkata: “setiap nama dari nama-nama-nya menunjukkan kepada zat yang disebutnya dan sifat yang dikandungnya, seperti al-‘alim menunjukkan zat dan ilmu, al-qadir menunjukkan zat dan qudrah, ar-rahim menunjukkan zat dan sifat rahmat.”

Golongan-golongan yang menyeleweng fahaman mereka seperti Jahmiyah, Muktazilah menyalahi pegangan Ahlussunnah Wal Jama’ah dalam hal sifat-sifat Allah. mereka menafikan sifat-sifat Allah atau menafikan banyak sekali dari sifat-sifat itu atau menta’wil-kan nas-nas yang menetapkannya dengan ta’wil yang batil. Kekeliruan mereka dalam perkara ini adalah kerana mereka menyangka bahawa penetapan dalam sifat-sifat Allah ini menimbulkan adanya penyerupaan Allah dengan yang selainnya. Oleh kerana sifat-sifat Allah ini juga terdapat pada makhluk, maka penetapan-nya untuk Allah pun menimbulkan penyerupaan-nya dengan makhluk. kerana itu harus dinafikan (menurut mereka) atau harus dita’wilkan dari zahirnya, demikianlah fahaman mereka dalam sifat-sifat Allah, dan inilah kekeliruan dan sikap mereka terhadap nas-nas yang ada. Sifat-sifat Allh SWT telah ditetapkan oleh nas-nas al-Qur’an dan as-Sunnah yang mutawatir. Sedangkan kita diperintahkan mengikuti al-Kitab dan as-Sunnah, sepertimna Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-A’raaf ayat 3:

Maksudnya: (Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad): "Turutlah apa Yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin Yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis sahih:
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ مِنْ بَعْدِي
Ertinya:“Ikutilah sunnahku dan sunnah para khulafa’ Rasyidin sesudahku.”

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Maka barangsiapa yang menafikan nama-nama Allah dan sifat-sifatnya bererti dia telah menafikan apa yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan bererti pula dia telah menentang Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya kaum salaf (terdahulu) yang terdiri daripada para sahabat, tabi’in, dan tabiut-tabiin, semuanya menetapkan nama-nama dan sifat-sifatnya sepertimana yang ditetapkan Allah dan Rasulnya SAW dan mereka tidak berselisih sedikit pun tentangya.  Sesungguhnya beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatnya memberi kesan yang  baik bagi perilaku seseorang dalam hubungannya dengan Allah SWT dan dengan sesama makhluk, antara kesan hubungannya dengan Allah SWT ialah:

1 – Jika seseorang mengetahui nama-nama Allah dan sifat-sifatnya, juga mengetahui erti dan maksudnya dengan benar, maka yang demikian itu akan mengenal Allah SWT dan keagungan-Nya. Sehingga dia tunduk dan khusyu’ kepada-Nya, takut dan mengharapkan-Nya, tunduk dan memohon kepada-Nya serta berdoa kepada-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya.

2 – Jika seseorang mengetahui Allah SWT Maha Perkasa, Maha berkuasa, Maha Mendengar, Maha Melihat , Maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak satu pun terlepas dari ilmu-Nya dan amat keras azab siksaannya maka perkara itu akan membuatkannya merasa diawasi Allah SWT, maka seseorang itu akan takutkan Allah dan menjauhi perbuatan maksiat yang dimurkainya.

3 – Jika seseorang mengetahui Allah adalah Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Kaya, Maha Mulia, maha menerima taubat hamba-Nya, mengampuni semua dosa dan menerima taubat orang yang bertaubat, maka perkara itu akan membawanya kepada taubat dan istighfar, juga membuatnya bersangka baik kepada Rabb-nya dan tidak akan berputus asa dari rahmat-Nya.

4 – Jika seseorang mengetahui Allah yang memberi nikmat, yang menanugerahi, dan yang di tangan-Nya segala kebaikan, dan Dia Maha Kuasa atas segalanya, Dia yang memberi rezeki, membalas dengan kebaikan, dan memuliakan hamba-Nya yang mukmin, maka perkara itu akan membawanya kepada sifat cinta kepada Allah dan mendekatkan diri kepadanya serta mencari apa yang ada di sisinya dan akan berbuat baik serta taat menurut apa yang diperintahkannya.

5-Dan antara kesan hubungannya dengan sesama makhluk ialah: Jika sesorang mengetahui bahawa Allah adalah Hakim yang Maha Adil, tidak menyukai kezaliman, kecurangan, dosa, dan permusuhan; dan Dia Maha Membalasperbuatan orang-orang yang zalim atau orang-orang yang melampaui batas atau orang-orang yang berbuat kerosakan, maka ia pasti akan menahan dirinya dari kezaliman, dosa, kerosakan, dan khianat. Dan dia akan berbuat adil sekali pun terhadap dirinya sendiri, juga akan bergaul dengan teman-temannya dengan akhlak yang baik. Dan masih banyak lagi pengaruh terpuji lainnya kesan mengetahui nama-nama Allah dan beriman kepada-Nya. Demikianlah, Allah memperkenalkan Diri-Nya dengan nama-nama itu agar hamba-Nya mengenal-Nya dan memohon kepada-Nya sesuai dengan isi kandungannya dan juga agar sentiasa berbuat baik kepada sesama hamba-Nya yang lain. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-baqarah ayat 195:

Maksudnya: Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berbuat baik.


KHUTBAH KEDUA

أَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ   وَ نَسْتَغْفِرُهُ وَ نَعَوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَ مِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُوْنَ، اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Sekali lagi saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang jumaat sekalian, marilah kita semua  bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Juga saya berpesan agar sidang jumaat sekalian mengutamakan amalan yang berlandaskan nas Al-Quran dan As-Sunnah serta meninggalkan segala bentuk amalan syirik, bidaah, khurafat dan rekaan.

Muslimin yang dikasihi Allah Sekelian,
Perbalahan yang berlaku sesama umat yang disebabkan oleh isu politik dan sebagainya boleh menyebabkan maruah umat tergadai dan menjadi hina. Umat yang bersatu padu dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh memecah belahkan umat islam adalah umat yang berminda kelas pertama dan diredhai Allah SWT, oleh itu marilah kita sama-sama kembali beramal dengan petunjuk Al-Quran dan As-sunnah menurut fahaman salafussoleh untuk  memperolehi nikmat persefahaman dan perpaduan dalam usaha mempertahankan agama islam, bangsa dan negara.Rasulullah s.a.w. menggambarkan sifat umat islam dalam sebuah hadith ,

))   الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَ لاَ يُسْلِمُهُ ((…..… 
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)...' (Riwayat Al Bukhari ) 

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

          Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56 :


Maksudnya : Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas Nabi.

          Nabi SAW bersabda dalam hadis riwayat Imam Muslim, yang bermaksud ; “barangsiapa berselawat ke atas aku satu kali, maka Allah membalasnya dengan pengampunan dan rahmatnya sebanyak 10 kali.

اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.أَللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ وَقَاضِىَ الْحَاجَاتِ.

         Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatmu kepada kami dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitabmu dan sunnah nabimu Muhammad SAW. Jadikanlah kami semua sebagai hamba-hambamu yang cekal beribadat sepanjang masa dan terus berusaha menghindari dosa dan maksiat daripada diri kami, keluarga kami dan daripada masyarakat negeri kami.

          Ya Allah! Angkatlah martabat setiap hambamu yang berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabimu. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghapuskan amalan syirik, bid’ah, khurafat dan maksiat,. Mudah-mudahan agama Islam yang engkau redhai ini dapat dijulang ke tahap yang paling tinggi.

          Ya Allah! Jadikanlah Negeri Perlis ini sebagai negeri yang makmur, rakyatnya bersatu padu dan dilimpahi berkat. Tetapkan iman dan amal kami, murahkan rezeki kami, kayakan kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkan jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikan generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungi kami daripada bala bencana seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, kemiskinan dan persengketaan sesama umat Islam.

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ. رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِىْ قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوْفُ الرَّحِيْمُ. عِبَادَ اللهِ! اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالاحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ

https://www.facebook.com/notes/dr-juanda-jaya/khutbah-jumaat-negeri-perlis-122013-bersamaan-20-rabiul-awwal-1434-hijrah-allah-/499999590038387 

Comments

Popular posts from this blog