KOLEKSI Nurul Fara (Iluvislam)





19 hadis Nabi mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi Saw ::

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya lagi, "wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang takbur."
Riwayat at-Tarmizi
kelebihan solat TASBIH::
Rasulullah s.a.w. "jika engkau m'buat solat tasbih ,Allah akan menghapuskan dosamu baik yg lama atau baru, yg disengaja atau xsengaja.yg kecil ataupun yg besar, yg sembunyi atau secara terang2." (Riwayat Abu Daud no.1297)
tanda-tanda mati/meninggal dalam kemuliaan.::
(luangkan masa seketika untuk membaca dan renungkan)
Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim#

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya #dahi# berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." #Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud#

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." #Hadis Riwayat Ahmad#

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut #iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya#, dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."#Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi#

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." #Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad#

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." #Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad#

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan #bangunan atau tanah gelongsor# adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." #Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad#

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis #TBC#.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." #Hadis riwayat Thabrani#

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya #dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh# adalah syahid." #Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad#

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama #keyakinannya#, dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah #jiwanya# dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga #waspada# di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga #waspada# di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan #solat# pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur #fitnah kubur#."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah
 :PERNIAGAAN yang TIDAK PERNAH RUGI::
Allah berfirman, "Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi." (Al-Fathir :29)
Ustaz Azhar Idrus ( Original )
22 tanda hari kiamat semakin hampir :
1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
by: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah
 ''Pada Hari kiamat, seorang hamba Allah berasa hairan dengan amalan kebaikannya, sedangkan di dunia dia tidak pernah melakukan kebaikan itu. Lalu dia bertanya pada Allah.

"Wahai Tuhanku, dari mana datangnya kebaikan ini sedangkan aku tidak pernah mengerjakannya sewaktu di dunia?"

Lalu Allah berfirman: "Kebaikan itu datang dari orang yang mengumpat kamu sedangkan kamu tidak mengetahui."
 :remaja sekalian yang masih belum kawin, selagi belum akad nikah, selagi itulah ada jarak di antara kamu dan pasangan kamu. Selagi itulah ada pemisah di antara kamu dan dia. Selagi itulah ada syaitan di antara kamu dan dia. Selagi itulah akan ada murka Allah di antara kamu dan dia:
(Diriwayatkan as-Syafie dan at-Tabrani daripada Anas, isnad : "Bahawa tiap-tiap hari Jumaat Allah Azzawajalla mempunyai enam ratus ribu orang yang dimerdekakan dari api neraka."

Pada hadis yang diriwayatkan Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila selamatlah hari Jumaat, nescaya selamatlah segala hari."
 "Tujuh golongan berada dalam lindungan Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain lindunganNya; pemimpin yang adil, pemuda yang rajin beribadah, seseorang yang hatinya selalu terkait dengan masjid, dua individu yang menjalinkan cinta dan kasih kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya, seorang lelaki yang dirayu wanita cantik dan berkedudukan namun berkata, 'Aku takut kepada Allah!', seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah sendirian lalu bercucuran air matanya." (HR al-Bukhari dan Muslim).
 Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)'
sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Sesiapa sahaja yg memberi kerana Allah, mencintai kerana Allah, menolak kerana Allah,membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka berertin ia telah sempurna imannya" (Riwayat al-hakim)
 FACEBOOK
http://www.facebook.com/nurul.fara3?ref=pymk
♥ Kerana Facebook : kawan menjadi musuh
♥ Kerana Facebook : Couple boleh gaduh sebab cemburu
♥ Kerana Facebook : Boleh clash dengan couple kita
♥ Kerana Facebook : Hidup Boleh Diperbodohkan
♥ Kerana Facebook : Kawan Lupa Kawan
♥ Kerana Facebook : Kita Tertipu
♥ Kerana Facebook : Wujudnya Adik Beradik Angkat
♥ Kerana Facebook : Kita Tak Tidur , Tak Makan
♥ Kerana Facebook : Segala-galanya Berubah dengan sekelip mata
 Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain."
(Muslim)
6 perkara yg ALLAH rahsiakan

::Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
::Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
::Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
::Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.
::Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
::Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
 :Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah bertanya kepada Nabi SAW :
Wahai Rasulullah, "Apakah ada umatmu yang nanti dapat masuk syurga tanpa hisab?" Jawab baginda,"Ada, yaitu orang yang mengenang dosanya lalu dia menangis." masyaAllah ~~
'Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh berbicara sebentar, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri. -(Imam Ghazali-')
 Rasullah saw. pernah bersabda
“Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))
 Gadis : Kenapa awak ikut saya ni ?
Lelaki : Saya tak tahu.. Awak cantik sangat.. Saya rasa , saya dah cintakan awak, Gadis : Hmm , awak tak jumpa lagi kawan saya , dia lagi cantik dari saya..
Lelaki : Hmm ?
Gadis : Dia ada di belakang awak...
Lelaki : *pusing* Tak ada siapa pon..
Gadis : Kalau awak betul2 cintakan saya , tak mungkin awak akan pusing ! *cintailah seseorang itu seadanya & bukan kerna paras rupa
 - Allah suruh kita solat, kita kata awal lagi
- Allah suruh kita bayar zakat, kita kata belum gaji
- Allah suruh kita puasa, kita kata belum sedia lagi.....
- Allah suruh kita sahut seruan haji, kita kata duit tak cukup lagi
- Allah suruh kita tutup aurat dengan sempurna, kita kata belum sampai seru lagi

ALLAH SURUH KITA TAUBAT, DAN KITA JAWAB APA??
KITA JAWAB ALAAA BELUM NAK MATI LAGI..
??????? (renungan bersama) masyaAllah ~~~
''Ada sorang perempuan..Umur 15 tahun..Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."
-Orang kata dia tue perempuan hina..Tak suci..Tak malu..Tapi takda orang taw..Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..

"Ada sorang lelaki..Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri..Tapi takda orang taw..Dia ada penyakit..Makan tak makan..Tiap² hari berat badan naik..

"Ada sorang orang tua..Mata dia buta..Telinganya takda.."
-Orang kata dia tue hodoh..Sangat² hodoh..Tapi takda orang taw..Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..

p/s: Banyak benda dalam dunia nie..Kita nampak..Tak bermakna..Kita taw segala²nya..
Kelas Satu Bahasa Inggeris.
Zaidi : cikgu... bleh sye tanya?
Cikgu: bleh...tanyalah...
Zaidi : apa maksud"I don't know" cikgu?...
Cikgu: sye tak tahu...Zaidi
Zaidi : takkan tu pun cikgu tak tahu...
cikgu : -_
 http://www.facebook.com/nurul.fara3?ref=pymk

Comments

Popular posts from this blog