BILLY INFO
- Hello Kitty Restaurant Yang Serba Pink!
- 12 Eyeshadows Paling Cool !!
- 10 Lokasi Bunuh Diri Paling Terkenal di Dunia
- Bir Halal Barbican, Disahkan HALAL - Majlis Fatwa Kebangsaan
| Posted: 26 Jul 2011 09:09 AM PDT Di sini segalanya pink! Tidak hanya restoren yang dihias dengan tema 'Hello Kitty' pink, malah pelayan restoren dan makanan-makanannya juga bertemakan 'Hello Kitty' pink. Bagi yang meminati Hello Kitty tak menjadi masalah, tetapi bagi yang sensitif kepada warna pink, pastikan anda memakai pelindung kaca mata khas (spek hitam ke) sebelum datang ke sini!
Dekorasi pink yang menyilaukan mata... Yang menariknya disini, anda akan dilayan oleh pelayan restoren yang memakai kostum bertemakan Hello Kitty. Antara menu yang boleh didapati di sini: Hello Kitty Classic dinner roll Baked shellfish with cheese Hello Kitty shaped cheese hamburger Chicken curry Hello Kitty Mango slushie Hello Kitty Chocolate slushie Mango mousse cake with a dollop of whipped cream Classic creme brulee Hello Kitty Cheesecake Hello Kitty shaped jello macam mana, meleleh tak air liur anda? ke dah buta warna sebab banyak sangat kaler pink? Buat peminat Hello Kitty, jangan risau sebab tak lama lagi Malaysia akan ada Hello Kitty Theme Park yang pertama di dunia kat Iskandar Malaysia..yeehaa p/s: Jom baca cerpen terbaru Encik Billy bertajuk: Azalea Natasha |
| Posted: 26 Jul 2011 04:25 AM PDT Jika anda suka akan sesuatu yang luar biasa dan bosan dengan bagaimana diri anda dilihat, anda mungkin akan mempertimbangkan teknik-teknik solekan di bawah. Bukankah sesuatu yang luar biasa itu cool? Owh ya, anda mungkin juga meminati teknik solekan berikut: Arabic Style Make-up source: http://www.coolpicturegallery.us |
| Posted: 26 Jul 2011 12:41 AM PDT Bunuh diri adalah penyebab kematian ke-13 tertinggi didunia, dan berada di tempat ke-3 di kebanyakan negara yang mempunyai ramai penduduk di antara usia 10-24 tahun. Dipercayai bahawa seramai 815,000 orang membunuh diri setiap tahun di seluruh dunia yang bererti satu kematian bagi setiap 40 saat. Berikut merupakan 10 lokasi bunuh diri terkenal di dunia: 1. Golden Gate Bridge,san fransisco california (Lebih dari 1500 kes bunuh diri) 2. Beachy Head,East sussex england (Lebih dari 500 kes bunuh diri setahun) 3.Clifton Bridge,North Somerset, England (lebih dari 500 kes bunuh diri setahun) 4.Aurora Bridge,Seattle washington (lebih dari 220 kes bunuh diri setahun) 5. Humber Bridge,Near kingston England (Lebih dari 200 kes bunuh diri setahun) 6. Brooklyn Bridge,Brooklyn new york (ratusan kes bunuh diri setahun) 7. Jacques Cartier Bridge,Montreal Quebec canada (lebih dari 140 kes bunuh diri setahun) 8. Sunshine Skyway Bridge,Tampa bay Florida (lebih dari 120 kes bunuh diri setahun) 9. Throgs Neck Bridge,The Bronx,Bayside, Queens, New York City (lebih dari 40 kes bunuh diri setahun) 10. Verrazano-Narrows Bridge,Staten Island – Brooklyn, New York City ( lebih dari 30 kes bunuh diri setahun) |
| Posted: 25 Jul 2011 08:36 PM PDT Boleh diminum. Itulah rumusan dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18 Jun lalu berhubung isu minuman ringan buah-buahan berperisa malta, Barbican yang mencetuskan kegemparan berikutan dakwaan kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan. Ketika mengumumkan perkara itu, pengerusinya, Tan Sri Abdul Shukor Hussin berkata, selepas berbincang dan meneliti beberapa keputusan muzakarah sebelum ini berkaitan alkohol dalam makanan dan minuman serta ubat-ubatan, pihaknya membuat keputusan minuman berkenaan dan beberapa jenis yang lain diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak boleh diminum. Menurutnya, alkohol terkandung dalam minuman terbabit juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan bersesuaian dengan keputusan muzakarah pada kali ketujuh pada 1984, ke 19 pada 1987 dan ke 91 pada tahun lalu. “Muzakarah juga menasihatkan supaya pengeluar minuman berkenaan tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada umat Islam. Justeru, orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan status minuman ini kerana ia sudah diputuskan halal,” katanya dalam sidang media, semalam. Abdul Shukor berkata, pihaknya mendapati kandungan alkohol di dalam Barbican adalah kurang daripada 0.01 peratus iaitu pada kadar dibenarkan untuk produk akhir sebanyak 0.05 peratus sekaligus tidak mendatangkan kesan yang memabukkan jika diminum. “Kami juga ingin maklumkan kadar 0.01 peratus seperti dilaporkan di dalam media bukanlah hasil muzakarah kerana kami dapati jika ia ditetapkan pada kadar itu, banyak jenis makanan dan minuman yang bukan diproses untuk pembuatan arak akan diambil kira. “Jadi, kami putuskan untuk buat kajian lebih terperinci dan menyeluruh supaya kadar ditetapkan selaras dengan kaedah hukum syarak,” katanya. Menurutnya, dibantu pakar Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM), jawatankuasa merumuskan setiap minuman arak mengandungi alkohol dan bukan semua alkohol itu adalah arak dan jika ia diperoleh dari pembuatan arak, hukumnya haram. Selain itu katanya, muzakarah khas berkenaan juga menetapkan alkohol diperoleh bukan menerusi proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum kerana ia racun yang boleh membunuh. Katanya, minuman ringan dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti membuat arak sama ada kandungan alkoholnya sedikit atau banyak haram diminum begitu juga dengan alkohol disuling. “Makanan atau minuman yang mempunyai alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya hukumnya tidak najis dan boleh dimakan atau diminum. “Manakala yang mengandungi bahan perisa atau pewarna mengandungi alkohol untuk penstabilan adalah boleh digunakan sekiranya ia tidak dihasilkan menerusi proses pembuatan arak dan kuantiti dalam produk akhir tidak melebihi 0.5 peratus,” katanya. sumber: harian metro |




























Comments
Post a Comment