Balai warisan - Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Dalam senarai Balai Warisan ini ialah nama-nama orang Melayu
yang terkenal semenjak pencapaian kemerdekaan negara. Wira-
wira bangsa dan negara ini dipilih atas ketrampilan mereka dalam
bidang-bidang yang mereka ceburi. Penulisan mengenai beberapa
orang kenamaan yang tersenarai mungkin agak ringkas kerana
kesuntukan maklumat pada ketika ini. Dan ingin mohon maaf atas
kekurangan ini.

Mari lah bersama-sama merenung seketika....
Menyelam sambil munum air... aku masukkan sekali untuk tatapan korang,...
Mungkin ada orang sebelum aku buat macam ni tentang tokoh-tokoh
soo kalau dah ada .. Krew delete jeelaa tajuk aku ni...

yang mana telah pergi bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah
semoga roh mereka diberkati rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang salleh

Negarawan dan Pembina Negara

DATO' ONN JAAFAR. Pemimpin orang Melayu yang menolak pe-
nubuhan Malayan Union. Beliau telah mempelopori penubuhan
UMNO pada 11 Mei 1946 dan menjadi presidennya yang pertama.
Beliau juga telah menerajui the Independence of Malaya Party
pada tahun 1951, dan Parti Negara tiga tahun kemudiannya.
Seorang patriot berkaliber tinggi, beliau dianggap oleh ahli politik
terkenal, D.R. Seenivasagam, sebagai pengasas Malaya moden yang tidak dapat dinafikan lagi serta pemimpin yang mewujudkan kesedaran politik di kalangan rakyat Malaya.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ. Dilantik sebagai
presiden UMNO pada tahun 1951. Pada tahun 1956, beliau selaku
Ketua Menteri Malaya telah memimpin rombongan ke London
untuk merundingkan kemerdekaan negara dengan kerajaan Brit-
ish. Perundingan ini telah berakhir dengan persetujuan bahawa
tarikh kemerdekaan Malaya ditetapkan tidak lewat daripada 31
Ogos 1957 dan Malaya akan dikenali dengan nama Persekutuan
Tanah Melayu. Sudah semestinya gelaran Bapa Kemerdekaan tepat
sekali bagi memperingati beliau.

TAN SRI FATIMAH HASHIM. Ketua Kaum Ibu sejak tahun 1956
dan telah menganggotai Parlimen selama 14 tahun. Beliau juga
merupakan menteri kabinet wanita yang pertama. Terkenal seba-
gai pejuang isu tuntutan gaji serata bagi mereka yang bertugas
dalam perkhidmatan kerajaan. Perjuangan ini telah berjaya dilak-
sanakan pada tahun 1971.

TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN. Berasal dari Pekan Pahang, be-
liau telah mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu
dan kemudiannya diterima masuk oleh Maktab Melayu Kuala
Kangsar. Beliau lulus daripada Raffles College pada tahun 1940.
Pada tahun 1947, beliau melanjutkan pelajaran di Lincoln's Inn,
United Kingdom sebagai seorang Queen's Scholar. Sejurus selepas
tamatnya pengajian, beliau memasuki perkhidmatan awam. Pada
tahun 1955, beliau menceburkan diri dalam lapangan politik. Satu
daripada sumbangan agung beliau ialah penghasilan Laporan
Razak 1956 yang pada suatu ketika dahulu merupakan asas sistem
pelajaran nasional. Pada tahun 1970, beliau telah menggantikan
Tunku Abdul Rahman sebagi Perdana Menteri Malaysia. Dikenali
sebagai Bapa Pembangunan, jasa dan sumbangan beliau dalam
rancangan pembangunan luar bandar dan pelancaran Dasar Eko-
nomi Baru (DEB) tetap dikenang.

TUN DR. ISMAIL ABDUL RAHMAN. Pejuang, pembela,
pemimpin dan diplomat luar biasa. Kewibawaan beliau sebagai
Menteri Dalam Negeri amat terserlah, khususnya sejurus selepas
peristiwa mengejut 13 Mei 1969. Menjadi Timbalan PerdanaMen-
teri semasa pentadbiran Tun Abdul Razak.

TUN HUSSEIN ONN. Daripada golongan bangsawan Johor.
Mendapat pelajaran awal di English College Johor Bahru. Semasa
periode pendudukan Jepun, beliau ditempatkan di Military Acad-
emy Dehra Dun, India dan telah berkhidmat di Egypt, Syria,
Palestin, Persia dan Iraq. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau me-
masuki perkhidmatan awam negeri dan menceburkan diri dalam
lapangan politik. Beliau kemudiannya menuntut ilmu undang-
undang di England dan telah menjadi seorang pengamal undang-
undang selepas tamatnya pengajian. Beliau pernah, antara lain, di-
lantik sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri.
Beliau menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia sepening-
galan Tun Abdul Razak pada tahun 1976.

DATO' SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD. Dilahirkan di Alor
Setar, beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu
dan di Maktab Sultan Abdul Hamid (di mana bapanya telah me-
megang jawatan sebagai pengetua yang pertama). Pada tahun
1947, beliau melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of
Medicine di Singapura, dan seterusnya di Universiti Malaya di
sana juga. Beliau kemudiannya telah melibatkan diri dalam lapan-
gan politik dan berjaya memenangi kerusi parlimen pada tahun
1964. Walaupun beliau kehilangan kerusi yang sama pada pilihan-
raya berikutnya, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri oleh Tun Hussein Onn pada tahun 1976. Pada tahun
1981, beliau menerajui pucuk pimpinan negara sebagai Perdana
Menteri Malaysia. Periode kepimpinan beliau adalah panjang
tetapi begitu penuh peristiwa dan terserlah sekali. Beliau digelar
Bapa Pembangunan Teknologi atas perjuangannya yang tak kenal
lelah untuk memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020.


Aktivis Politik

DATUK ABDULLAH SANI RAJA KECIL (lebih terkenal dengan
nama DATUK AHMAD BOESTAMAM). Seorang wartawan,
penyajak dan penulis novel yang telah sekian lama berkecimpung
dalam arena politik. Cenderung kepada corak politik sosialis dan
dianggap sebagai seorang nasionalis Melayu. Semasa dalam tahan-
an, beliau telah menulis empat buah novel.

DATUK NIK AZIZ NIK MAT (TOK GURU NIK AZIZ). Seorang
tokoh Islam yang berpolitik di bawah panji-panji PAS. Beliau
sudah menerajui kerajaan negeri Kelantan selama dua penggal,
dengan mendapat mandat yang lebih memerangsangkan pada kali
kedua.

DATIN SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL. Presiden Parti
Keadilan, yang telah bertanding merebut kerusi parlimen Per-
matang Pauh pada pilihanraya umum 1999. Mendapat kemenang-
an baik walaupun baru sahaja menceburkan diri secara langsung
dalam politik. Wanita pertama menyandang jawatan ketua parti
pembangkang.


Pendidik

AMINUDDIN BAKI. Ketua Penasihat Pelajaran yang penuh dedi-
kasi terhadap perjuangan orang Melayu dalam bidang pendidikan.
Beliau langsung tidak mengenal penat lelah mendorong
masyarakat Melayu bergerak aktif mempertingkatkan tahap pen-
capaian dalam pelajaran. Terkenal dengan siaran Gerakan Obor
beliau melalui rangkaian udara.

PUAN SRI PROFESOR DR. FATIMAH HAMIDON. Pakar
pendidikan yang terkenal di peringkat antarabangsa. Beliau telah
berkempen selama tiga dekad untuk menanamkan kesedaran pada
ibu bapa yang bekerja supaya prihatin tentang aspek penjagaan
dan pemeliharaan anak-anak mereka, di samping memper-
juangkan isu-isu mengenai pendidikan wanita sejagat dan
keamanan melalui pendidikan.

PROFESOR DR. NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM. Beliau telah
memperjuangkan kegunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
penyatuan rakyat dalam konteks pembangunan negara. Pada ta-
hun 1989, beliau menjadi wanita pertama yang memegang
jawatan timbalan ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Be-
liau juga merupakan dekan wanita pertama di Fakulti Sastera,
Universiti Malaya. Pernah menyandang jawatan presiden Per-
tubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi).

TAN SRI DATO' DR. AWANG HAD SALLEH. Tokoh kebangsaan
yang terulung dalam bidang pendidikan. Amat disegani dan
banyak menyumbangkan pandangannya yang bernilai mengenai
isu-isu semasa dalam bidang pendidikan. Beliau dianggap sebagai
satu-satunya pendidik klasik yang boleh dijadikan teladan kepada
yang lain.

TAN SRI DR. WAN ZAHID MOHD. NOORDIN. Bekas Ketua
Pengarah Pendidikan, yang menjadi Pengerusi Yayasan Guru-
Guru Malaysia Berhad. Beliau ialah pengasas cadangan untuk
menjadikan pendidikan agama sebagai teras sistem pendidikan
negara bagi tujuan pembentukan sahsiah yang sempurna dari
sudut intelektual, rohaniah dan fizikal.


Peguam dan Sarjana

RAJA AZLAN SHAH (sekarang SULTAN AZLAN SHAH. SUL-
TAN PERAK). Merupakan hakim mahkamah tinggi yang termuda
dalam Komanwel pada tahun 1965 ketika berumur 37 tahun.
Menjadi Ketua Hakim Negara pada umur 54.

TAN SRI PROFESOR AHMAD MOHAMED IBRAHIM. Cen-
dekiawan dan ilmuwan yang terulung dalam bidang perundangan.
Sebagai pelajar di Cambridge University, prestasinya amat terser-
lah. Pernah menjadi Dekan Fakulti Undang-Undang di Universiti
Malaya dan juga Universiti Islam Antarabangsa. Ketrampilan dan
sumbangan beliau dalam perkembangan undang-undang Islam di
Malaysia begitu besar hinggakan beliau diberi penghormatan se-
bagai Tokoh Ma'al Hijrah bagi tahun 1988.

TAN SRI ISMAIL KHAN IBRAHIM KHAN. Hakim Mahkamah
Tinggi Melayu yang pertama pada tahun 1958. Lulusan undang-
undang dari University College, London dan Bar-at-Law dari Mid-
dle Temple. Menjadi Hakim Besar Borneo (1969) dan Yang di Per-
tua, Dewan Negara, hingga tahun 1986.

TUN MOHAMED SUFFIAN HASHIM. Pada tahun 1961, beliau
menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai peguam-
cara negara (solicitor-general). Beliau dianugerahkan dengan The
Ramon Magsaysay Award pada tahun 1965. Kecemerlangan beliau
dalam perkhidmatan kehakiman telah membawa kerjayanya ke
mercu kejayaan, iaitu sebagai Ketua Hakim Negara.

DATUK SITI NORMA YAAKOB. Peguam wanita Melayu pertama
di dalam perkhidmatan perundangan. Beliau dilantik sebagai
hakim persekutuan pada tahun 1983 dan merupakan wanita per-
tama yang mencapai tahap itu di Malaysia.

TAN SRI ABU TALIB OTHMAN. Peguam Negara Malaysia yang
paling terkemuka. Beliau telah menangani dan memenangi
banyak kes yang penting bagi Kerajaan semasa dalam perkhid-
matan beliau yang begitu cemerlang.

MAH HASSAN OMAR. Graduan fakulti undang-undang Univer-
siti Malaya ini telah mencipta sejarah apabila berjaya menjadi
peguam bertauliah tanpa penglihatan yang pertama di dalam
negara dan di rantau Asean pada tahun 1989. Beliau menganggap
kejayaannya sebagai hasil ketekunannya dan dorongan serta
sokongan keluarganya yang miskin di Besut.

USTAZ UTHMAN EL-MUHAMMADY. Sarjana Islam dan Fellow
Kehormat IKIM, yang menjanakan konsep pembentukan sebuah
negara Islam sunni untuk mencapai tahap pembangunan negara
yang syumul.


Pekerja Sosial

TUNKU PUAN BESAR KURSHIAH. Begitu terkenal dengan
perkhidmatannya yang cemerlang dalam bidang kebajikan
masyarakat dan kerja amal. Bergerak cergas dalam usaha
peningkatan martabat wanita Melayu, khususnya melalui Lem-
baga Kebajikan Wanita Islam Malaysia.

TAN SRI HAJAH ZAINUN SULAIMAN. (lebih terkenal dengan
nama IBU ZAIN). Wanita pertama yang gigih membuka jalan ke
arah perjuangan mempertingkatkan taraf wanita ke tahap kebe-
basan dan pembangunan melalui proses pendidikan. Beliau juga
kuat menentang perkahwinan peringkat kanak-kanak dan poli-
gami.

TOH PUAN HAJAH SAADIAH SARDON. Presiden Pan Pacific &
Southeast Asia Women's Association yang memperjuangkan
keamanan sejagat melalui persefahaman dan persahabatan. Pe-
menang Tokoh Wanita 1998 Johor.

TAN SRI MOHAMED KHIR JOHARI (PAK KHIR). Beliau
banyak menyumbangkan tenaga dan berjasa kepada kegiatan amal
serta usaha pemeliharaan alam melalui World Wildlife Founda-
tion.


Personaliti Penggerak Ekonomi

TUN DAIM ZAINUDDIN. Disanjung oleh majalah terkemuka Fi-
nance Asia sebagai salah seorang 'Asia's Financiers of the Century'.
Beliau dianggap ramai sebagai pemimpin yang bertanggungjawab
membantu memulihkan ekonomi negara pada waktu kemelesetan
ekonomi pada pertengahan tahun 80-an dan juga pada lewat ta-
hun 90-an semasa mata wang Malaysia diserang oleh penyangak
asing.


Personaliti Berkaliber Dalam Perkhidmaran Awam

RAJA TUN MOHAR BADIOZAMAN. Bekas pegawai tertinggi
kerajaan yang berwibawa dan disegani. Pernah memegang jawatan
Penasihat Ekonomi Kerajaan Malaysia. Sehingga sekarang, jasa-
jasa beliau masih dikenangi dalam sektor korporat yang berada di
bawah naungan kerajaan.

PROFESOR DI RAJA UNGKU ABDUL AZIZ (PAK UNGKU).
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya serta pakar ekonomi yang
terkenal dan dihormati ramai. Salah seorang cendekiawan terke-
muka di negara ini yang diberi penghormatan dengan anugerah
Tokoh Ma'al Hijrah. Terkenal dengan penyelidikannya dalam bi-
dang ekonomi desa. Tokoh yang memperolehi ijazah kedoktoran-
nya dari sebuah universiti Timur Jauh ternama, Waseda Univer-
sity.

TUN ISMAIL MOHAMED ALI. Seorang Queen's Scholar lulusan
Cambridge University dalam bidang ekonomi. Beliau merupakan
bekas Gabenor Bank Negara Malaysia yang berwibawa dan berhe-
mah tinggi. Dalam bidang korporat, seperti di Sime Darby Berhad
dan di PNB, beliau juga amat dihormati dan disegani.

TUN MOHAMED SALLEH ISMAIL. Ketua Polis Negara yang
pertama (1962-73) dengan personaliti dan keupayaan yang amat
terserlah. Terkenal kepada masyarakat umum dengan konsep
Salleh 'beat-base'nya.

RAJA TAN SRI MUHAMMAD ALIAS RAJA MUHAMMAD ALI.
Pengerusi Felda yang penuh dedikasi dan komitmen terhadap misi
Felda untuk memberi tanah kepada yang tidak bertanah. Pe-
menang Ramon Magsaysay Award 1980. Sekarang, beliau masih
menerajui pucuk pimpinan Felda dan syarikat-syarikatnya yang
terpaksa berhadapan dengan cabaran baru, iaitu persaingan sengit
dengan sektor korporat disebabkan tanah sudah menjadi sumber
yang begitu kekurangan.

TAN SRI DATO' SERI AHMAD SARJI ABDUL HAMID. Salah
seorang Ketua Setiausaha Negara yang paling berkesan melak-
sanakan tugasnya. Berwibawa, bertawaduk dan berkebolehan
tinggi, keberkesanan beliau adalah hasil daripada pengalaman
yang luas sama ada di peringkat negara, negeri mahupun daerah.
Sebagai pengerusi IKIM dan PNB, perkhidmatan beliau nyata
terserlah.

TAN SRI DR. OTHMAN YEOP ABDULLAH. Pengerusi eksekutif
Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Develop-
ment Corporation) yang bertanggungjawab ke atas pembangunan
strategik Koridor Raya Multimedia dalam bidang teknologi tinggi.
Memandangkan Malaysia sedang berada di ambang 'k -economi',
peranan beliau sebagai kuasa penggerak ke arah kecemerlangan
dalam bidang ini adalah kritikal. Tambahan pula, syarikat-syarikat
yang melabur dalam MSC mempunyai pengharapan yang amat
tinggi. Pengalaman beliau yang luas dalam perkhidmatan kerajaan
dan bidang akademik pasti akan meningkatkan lagi nilai sumban-
gan beliau kepada perkembangan teknologi tinggi negara.

TAN SRI HAJI BASIR ISMAIL. Bekas pemimpin Perbadanan Ke-
majuan Ekonomi Johor dan tokoh korporat yang telah diberi
tugas untuk menganjurkan lumba kereta Grand Prix Formula One
di Sepang pada tahun 1999-natijahnya pengiktirafan dan
penganugerahan yang paling memberangsangkan oleh pengerusi
Formula One Management (FOM), yang menyatakan bahawa
pengendalian lumba kereta Fl oleh Sepang International Circuit
Sdn Bhd (SIC) adalah yang terbaik sekali pada musim itu. Jelaslah
bahawa Formula One di Sepang sudah mencapai taraf dunia,
walaupun itu merupakan kali pertama perlumbaan tersebut dian-
jurkan di Malaysia.

TAN SRI JEN.(B) MOHAMED HASHIM ALI. Sebagai pengerusi
jawatankuasa yang menganjurkan Sukan Komanwel 1998 di Ma-
laysia, beliau telah membuktikan keupayaannya untuk menJadi-
kan sukan itu terbaik yang pernah diadakan setakat ini. Dengan
pencapaian yang gemilang ini, kini Malaysia mampu menganjur
sukan-sukan yang besar seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

DATUK SHAHRUM YUB. Bekas pengarah inovatif Muzium
Negara. Di bawah pengurusan beliau, Muzium Negara telah ber-
jaya memikat hati 26 juta pelawat yang dapat menyaksikan ber-
aneka macam pertunjukan, pameran dan lain-lain lagi. Beliau
diberi pengiktirafan dengan anugerah Ramon Magsaysay Award.

DATUK ZAKIAH HANUM ABDUL MAJID. Pemenang Ramon
Magsaysay Award pada tahun 1989 yang telah mentadbir Arkib
Negara dengan cukup teratur sehingga meletakkan institusi itu ke
tahap yang paling profesional dan termaju di Asia Tenggara.

DATUK ZAINI OMAR. Ketua Pengarah JKR yang masih berkhid-
mat. Sebelum ini, beliau mendapat kepujian kerana kecermelan-
gan pentadbirannya dalam Jabatan Penerbangan Awam (Depart-
ment of Civil Aviation), yang pada masa lampau telah mengalami
banyak peristiwa yang menjejaskan imejnya. Beliau merupakan
satu model yang boleh dicontohi oleh pegawai-pegawai kerajaan.


Saintis

PROFESOR DATUK DR. MAZLAN OTHMAN. Wanita Malaysia
pertama yang melakukan pengkhususan dalam bidang astrofizik
yang melibatkan kajian ke atas keadaan kimia dan fizik bintang di
angkasa lepas. Beliau pernah menjadi ketua pengarah Planetarium
Negara, sebelum diberi penghormatan tinggi oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah melantik beliau sebagai wanita
pertama menyandang jawatan tertinggi di U.N. Office for Outer
Space Affairs � sekaligus menjadikan beliau seorang saintis dan
diplomat pada masa yang sama.


Penulis dan Dunia Penulisan

TAN SRI ZAINAL ABIDIN AHMAD (PENDITA ZA'ABA). Sar-
jana dalam ilmu agama, Bahasa Melayu dan sastera. Beliau banyak
memberi pesanan dan dorongan kepada orang Melayu supaya
bertekad meninggikan martabat agama, bangsa dan negara. Beliau
merupakan pelajar Melayu pertama di Negeri Sembilan yang lulus
peperiksaan Senior Cambridge. Pada tahun 1953, ketika Za'aba
berumur 58 tahun, beliau berjaya memperolehi ijazah B.A.(Hons.)
dari Universiti Malaya di Singapura.

ASRAF ABDUL WAHAB (PAK ASRAF). Pengarang, penyunting,
penterjemah, ahli bahasa dan sasterawan Melayu moden yang ter-
bilang. Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganugerahkan
ijazah kehormat M.A. kepada beliau pada tahun 1983.

DATUK DR. ISHAK HAJI MOHAMED (lebih terkenal dengan
nama gelarannya PAK SAKO). Penulis nasionalis yang telah
menerima anugerah Sasterawan Rakyat.

KAMALUDIN MUHAMMAD (KERIS MAS). Pemenang
Anugerah Sasterawan Nasional 1981 atas sumbangan beliau dalam
bidang cerita-cerita pendek bermutu tinggi.

USMAN AWANG. Novelis terkenal dan penyajak agung. Beliau
telah diberi pengiktirafan sebagai seorang daripada penulis yang
terkemuka di rantau Asean dengan penganugerahan SEA Write
Award pada tahun 1982.

A. SAMAD AHMAD. Penyusun Sejarah Melayu dan pengarang
banyak buah buku termasuklah Sejarah Kesusateraan Melayu 1,2,3
(1958), Tak Melayu Hilang di Dunia (1960), Singapura diLanggar
Todak (1963), Laksamana Tun Tuah (1969), dan yang paling
dikenangi, Batu Belah Batu Bertangkup (1937). Sebagai seorang
nasionalis, Samad Ahmad pernah dipenjarakan oleh kuasa British
dan rakan sebilik penjaranya ialah Ahmad Boestamam. Beliau ter-
masuk dalam golongan wira yang yakin bahawa status Bahasa
Melayu akan menentukan naik-turunnya bangsa Melayu di dalam
negara ini. Beliau juga giat berusaha menegakkan peranan Bahasa
Melayu sebagai lingua franca di rantau ini.

TAN SRI A. SAMAD ISMAIL. Bekas ketua pengarang kumpulan
New Straits Times yang amat berpengaruh. Pengetahuan beliau
yang mendalam tentang jaguh-jaguh politik seperti Tun Abdul
Razak, Lee Kuan Yew, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein
Onn telah membolehkan beliau menulis dengan begitu tajam
sekali mengenai peristiwa-peristiwa selepas merdeka.

TAN SRI MELAN ABDULLAH (PAK MELAN). Haa ni jiran aku
Boleh diakatana dekat laa tapi sayang sewaktu pemergian beliau
aku tiada di KL dan berita tu pun aku tau bila sampai KL. Pada
hari hari raya beliau pernah berkata di surau �ramai orang-orang
besar yang menjemputnya datang kerumah dan solat bersama
dekat masjid besar dekat sana tu,� Dia berkata selali lagi selepas
berhenti seketika �saya ada terfikir, jika saya mati, bukan mereka
yang nak tanam jenazah saya, tapi orang kampung ni�. Beliau
banyak bagi semagat dan dorongan mahupun bentuk kewangan
pada penduduk-penduduk terutama di tempat aku duduk seka-
rang supaya orang melayu maju dan terus pandang kedepan
Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan ini merupakan tokoh
wartawan yang dihormati kerana sumbangan besar beliau dalam
dunia kewartawanan Melayu. Beliau dianggap sebagai ejen reformasi
aliran kewartawanan Melayu pada awal era kemerdekaan. Apabila
ditanya mengenai pesanannya kepada wartawan hari ini, beliau
berkata, "Kalau hendak tulis berita, ambil kira kepentingan berita
untuk negara, jangan tulis berita panas tetapi boleh rnerosakkan
negara." Tan Sri Melan Abdullah diberi penghormatan dengan
anugerah Tokoh Wartawan Negara.

ADIBAH AMIN. Pengarang, pengulas dan penterjemah popular.
Antara novel-novel yang dihasilkan oleh beliau termasuklah Gadis
Sipu, Puteri Asli (1949), Bangsawan Tulen (1950), Seroja Masih di
Kolam (1968), Garam Gula Duka Bahagia (1980) dan Tempat Jauh
Lagi diKenang (1983). Penterjemahan novel Shanon Ahmad yang
beliau usahakan, iaitu No Harvest buta Thorn (1981), telah mem-
bolehkan beliau mendapat pengiktirafan di peringkat antara-
bangsa.

MAHSURI S.N. Karya beliau sudah mula diterbitkan tatkala be-
liau baharu berumur 17 tahun. Walaupun sudah berumur 71
sekarang, beliau masih lagi belum berhenti menulis. Dalam
koleksi esei terakhir beliau berjudul, Kreativiti dan Kemanusiaan
dalam Kesusasteraan, beliau telah menunjukkan komitmen yang
berterusan sebagai penyair/penyajak terkemuka.

ZAIN AZAHARI ZAINAL ABIDIN. Seorang peguam yang men-
jadi penasihat peribadi profesional kepada Oxford University
Press (OUP) di Malaysia semenjak tahun 1958. Beliau telah mem-
bantu menubuhkan pejabat pertama OUP di Malaysia dan mem-
buat pemantauan segala perubahan yang berlaku padanya. Beliau
menjadi pengerusi penerbit Fajar Bakti pada tahun 1986. Pada 31
Julai 1999, beliau telah diberi penghormatan istimewa oleh Ox-
ford University dengan penganugerahan ijazah M.A. kehormatdi
majlis konvokasinya.


Diplomat

TAN SRI MOHD. RAZALI ISMAIL. Presiden Persidangan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke 51. Beliau adalah dip-
lomat yang amat disegani dan sekarang merupakan penasihat
kepada Perdana Menteri Malaysia. Pada awal tahun 2000, beliau
dilantik sebagai duta khas Setiausaha-Agung PBB, Kofi Annan, ke
Myanmar untuk menyiasat hak asasi manusia.

TAN SRI DATO' SERI ZAIN AZRAAI ZAINAL ABIDIN. Pada
suatu ketika dahulu, beliau merupakan Wakil Tetap Malaysia ke
Bangsa-Bangsa Bersatu di New York yang amat disegani.

TAN SRI MUHAMMAD GHAZALI SHAFIE. Begitu terserlah
dalam hal-ehwal luar negeri semasa beliau menyandang portfolio
Menteri Luar Negeri. Pengaruh beliau di rantau Asean diakui
ramai.


Pengamal Perubatan

DATUK SERI DR. MEGAT KHAS MEGAT OMAR. Doktor
Melayu pertama yang diterima menjadi ahli London's Royal Col-
lege of Physicians. Beliau telah berkhidmat selama 25 tahun dalam
perkhidmatan kesihatan dan perubatan Malaysia.

DR. LATIFAH B GHOWS. Beliau memperolehi MBBS dari Uni-
versity of Hong Kong pada tahun 1942 semasa peperangan sedang
berlaku. Merupakan doktor wanita Islam yang pertama.

DATUK PADUKA DR. SALMA ISMAIL. Doktor wanita Melayu
pertama yang mendapat kelulusan MBBS dari University of Singa-
pore pada tahun 1949. Beliau pernah menyandang jawatan presi-
den Selangor & Federal Territory Medical Practitioners' Associa-
tion dan presiden Pan Pacific Southeast Asia Women's Associa-
tion.

DATO' DR. YAHYA AWANG. Ketua jabatan dan perunding kanan
pembedahan 'cardio-thoracic' di Institut Jantung Negara.


Arkitek

DATUK DR. HAJI BAHARUDDIN ABU KASSIM. Arkitek ber-
taraf antarabangsa yang terlibat dalam merekabentuk dua masjid
terkemuka, iaitu Masjid Negara dan Masjid Negeri Shah Alam.

ENCIK HIJJAS KASTURI. Arkitek bertaraf antarabangsa yang
teriibat dalam merekabentuk beberapa bangunan yang tersergam
indah di Kuala Lumpur, seperti Bangunan Tabung Haji, Menara
Shahzan, Apera ULT, Menara Maybank dan Lot 10.


Juruukur

DATO' ABD. RAHIM RAHMAN. Pengerusi eksekutif Rahim &
Co., doyen golongan penilai harta and perunding hartanah. Beliau
memiliki rangkaian pejabat di peringkat antarabangsa.


Jurutera

TENGKU DATUK DR. MOHD. AZZMAN SHARIFFADEEN.
Presiden dan ketua eksekutif Mimos serta jurutera mikro-elek-
tronik yang berkaliber. Boleh dijadikan teladan bagi mereka yang
bercita-cita menceburkan diri dalam bidang teknologi tinggi kom-
puter.


Wira

JEN. (B) TAN SRI MOHD. GHAZALI MOHD. SETH. Panglima
angkatan tentera yang bertanggungjawab merencanakan strategi
perang bagi menentang pengganas komunis semasa periode
Darurat. Beliau adalah satu-satunya pegawai tentera yang dilatih
di Sandhurst, England.

JEN. (B) TAN SRI DATO' WIRA BORHAN AHMAD. Askar yang
profesional dan gagah berani. Beliau telah bertugas di Congo di
bawah panji-pairji Bangsa-Bangsa Bersatu walaupun pada
peringkat awal perkhidmatannya.

JEN. (B) TAN SRI ABOO SAMAH ABOO BAKAR. egawai ten-
tera Malaysia pertama yang telah diberi penghormatan mengetuai
pasukan penyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di So-
malia.


Pengurus Kosmopolitan (Global)

DATUK MEGAT ZAHARUDDIN MEGAT MOHD. NOR. Pengu-
rus Malaysia pertama yang dilantik oleh syarikat global Shell un-
tuk berkhidmat sebagai ketua eksekutif yang bertanggungjawab ke
atas operasi di Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Tengah ter-
masuk Russia. Kenaikan pangkat daripada jawatan terdahulu, iaitu
ketua eksekutif Shell Malaysia. memang merupakan penghor-
matan yang amat tinggi kepada beliau dan Malaysia.

PUAN RAFIAH SALIM. Pernah menyandang jawatan sebagai
dekan fakulti undang-undang Universiti Malaya serta pegawai
terkanan Maybank dan Bank Negara. Setelah itu, beliau dilantik
sebagai penolong Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu di New York dan bertanggungjawab dalam pengurusan
hal-ehwal sumber manusia. Ini merupakan satu penghormatan
yang amat membanggakan.


Usahawan Terpuji

TAN SRI SHAMSUDDIN ABDUL KADIR. Pengerusi kumpulan
Sapura yang merupakan salah seorang tokoh korporat yang tidak
banyak terjejas ekoran serangan ke atas ringgit Malaysia pada per-
tengahan tahun 1997. Boleh dianggap sebagai tokoh korporat yang
berjaya memberi penekanan terhadap aspek-aspek rohaniah
(agama), pemodenan dan keusahawanan dalam kehidupannya.

TAN SRI YAHAYA AHMAD. Bekas pengerusi eksekutif DRB-Hi-
com. Inovatif, berani dan berwawasan dalam pengurusan seluruh
entiti korporatnya.

TAN SRI WAN AZMI WAN HAMZAH. Bekas akauntan yang kini
merupakan ahli perniagaan korporat yang berjaya. Mengawal
Land & General Berhad dan merupakan pemegang syer terbesar
Bell & Order Berhad serta Amway. Telah dilaporkan bahawa beliau
memegang 40% modal saham dalam konsortium yang me-
menangi tender Skim Bekalan Air Sungai Selangor (Fasa 3), iaitu
sebuah projek yang bernilai RM2 bilion.

TAN SRI MOHD. TAJUDIN RAMLI. Pengerusi Sistem Penerbang-
an Malaysia (MAS), TRI dan Celcom. Seorang ahli peniaga yang
bijak dan cekal, beliau juga merupakan presiden Dewan Pernia-
gaan Melayu Nasional.

DATUK MUHAMMAD ALI HASHIM. Ketua eksekutif Johor
Corporation (JCorp), iaitu perbadanan negeri yang paling berjaya
sekali j'ika dibandingkan dengan perbadanan kemajuan ekonomi
di lain-lain negeri. Beliau mengurus berdasarkan prinsip mawad-
dah-wa-rahmah (kasih sayang dan belas kasihan) terhadap kebaji-
kan pekerja-pekerj'a JCorp. Baru-baru ini, beliau mengumumkan
bahawa 25% daripada saham-saham 66 syarikat JCorp akan dijual
kepada pekerja-pekerja yang berbakat menjadi usahawan baru.
Tujuannya ialah untuk mewujudkan segolongan usahawan baru di
kalangan pengusaha muda Melayu.

DATO' MOHD. RADZI ABDUL MANAN. Pengerusi Le Proton,
iaitu syarikat penganjur pertunjukkan tahunan LIMA di Langkawi
yang telah mendapat perhatian dunia.


Pengembara

ZAINI SHARANI. Semasa berumur 28 tahun, beliau telah men-
daki Gunung Everest sehingga ke tahap 24,200 kaki tanpa me-
makai tanki oksigen. Sesungguhnya, tanki oksigen biasanya diper-
lukan apabila seseorang itu mencecah ketinggian 18,000 kaki. Be-
liau terpaksa melepaskan peluang untuk mendaki ke kem tertinggi
pada tahap 26,000 kaki kerana kekurangan sumber kewangan un-
tuk membiayai alat pendakian yang lebih canggih.

DATUK AZHAR MANSOR. Pelayar pertama di dunia yang
mengelilingi bumi dengan menggunakan laluan timur-barat pada
tahun 1999 tanpa bantuan kuasa enjin. Semasa pelayaran, tiang
kapal layar beliau, iaitu Jalur Gemilang, patah tiga kerat! Walau ba-
gaimanapun, beliau berjaya dalam melaksanakan misinya juga.
Sekarang beliau menjadi idola dan penggerak utama kepada anak-
anak muda Malaysia mencapai cita-cita mereka.

MUHAMMAD AMIR HAMZAH. Berumur 10 tahun, Muham-
mad merupakan anggota pasukan payung terjun beriringan yang
termuda sekali di Malaysia. Muhammad telah terjun dengan ban-
tuan Kapt. (B) Sazali di padang kapal terbang RMAF, Sungai Besi
pada 19 Mac 2000 untuk membolehkan namanya dicatatkan ke
dalam Malaysian Book ofRecords.


Jaguh Sukan

MOKHTAR DAHARI. Salah seorang pemain bola sepak terke-
muka Malaysia yang telah berjaya merembat 125 gol dalam per-
lawanan peringkat antarabangsa. Antara babak-babak yang
menarik dalam riwayat Allahyarham termasuklah rembatan dua
gol dalam permainan di mana pasukan pilihan Malaysia menen-
tang pasukan Arsenal yang membuat lawatan ke Malaysia

MIRNAWAN NAWAWI. Kapten pasukan hoki Malaysia ke Sukan
Olimpik di Sydney. Digelar The Boss' oleh rakan-rakan
sepasukannya, beliau pernah dipilih untuk bermain dengan
pasukan World XI menentang Holland, iaitu juara World Cup
1999. Sebelum ini, beliau telah mewakili Malaysia sebanyak dua
kali di Sukan Olimpik, tiga kali di Sukan Asia dan merupakan kap-
ten pasukan yang memenangi pingat perak di Sukan Komanwel
1998. Beliau telah bermain dalam pasukan kebangsaan hoki Ma-
laysia lebih daripada 260 kali - suatu rekod yang sukar ditandingi.

SHALIN ZULKIFLI. Juara sukan acara boling bertaraf dunia.
Telah mewakili negara dalam banyak acara peringkat antara-
bangsa dengan mendapat kemenangan cemerlang.

FAIZNUR MISKIN. Ahli pasukan gimnastik berirama yang telah
memenangi lima pingat emas di Sukan SEA 1989.


Seniman

TAN SRI P. RAMLEE. Seniman agung yang popular sepanjang
zaman. Sama ada dalam bidang seni lakon, muzik mahupun
drama, Allahyarham begitu terserlah dengan mesejnya mengenai
keadilan, kebenaran, patriotisme, ketaatan dan ketaqwaan.

SUDIRMAN HAJI ARSHAD. Peguam yang gemar menyanyi. An-
tara pencapaian beliau yang tertinggi ialah kejuaraan di Salem
Music Awards Festival yang berlangsung di Royal Albert Hall Lon-
don, di mana beliau telah mendendangkan nyanyian berjudul One
Thousand Million Smiles.

DATO' RAHIM RAZALI. Seniman virtuoso yang terserlah dalam,
antara lain, arena lakonan, drama, perfileman dan pengulasan
acara sukan.

DATIN AZANIN EZANE DATUK AHMAD. Pencipta tarian
drama yang berteraskan legenda Melayu klasik. Pada tahun 1998,
beliau telah diundang oleh World of Music, Arts and Dance
(Womad) untuk membawa tarian Melayu ke pentas dunia�
persembahan beliau di Sepanyol itu telah mendapat sambutan
yang amat membanggakan.

RAIHAN. Kumpulan nasyid popular di dalam mahupun di luar
negara. Mengikut laporan, kumpulan ini pernah diundang oleh
Prince Charles untuk membuat pementasan di United Kingdorn.


Chef

CHEF RADZUAWAN (lebih dikenali di media sebagai CHEF
WAN). Beliau ialah seorang akauntan yang telah mengalihkan
fokusnya kepada bidang masakan tempatan dan selera antara-
bangsa. Chef Wan merupakan pengarang beberapa buah buku
resipi suka-ramai, termasuklah Hidangan Kegemaran Chef Wan
dan Simply Sedap! di mana beratus-ratus resipi telah dike-
mukakan.


Bagi mereka-mereka yang rasakan maklumat ni kurang tepat..
aku mintak maaf lee..

Tujuan saya memaparkan maklumat ringkas mengenai sumbangan
orang-orang kenamaan ini adalah untuk memerangsangkan orang
Melayu ke arah kecemerlangan.

Rujukan
Takkan Melayu hilang di dunia
Ismail Noor
Muhammad Azaham

Comments

Popular posts from this blog