Lima Perkara Sebelum Lima Perkara
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:
“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”
- Masa muda sebelum masa tua.
- Jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknys, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua.
- Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya, pasti akan menjadi masa tua dengan penuh dengan kesyukuran.
- Masa sihat sebelum masa sakit.
- Hampir keseluruhan kebahagian dan kenikmatan hidup bergantung dengan kesihatan.
- Masa sihat perlu digunakan sebijak mungkin bagi melakukan segala yang datang manfaat untuk diri dan orang di sekeliling kerana akan mudah dilakukan ketika badan masih sihat.
- Masa kaya sebelum masa papa.
- Harta boleh dicapai sebanyak mana dan sedaya yang mampu dilakukan oleh manusia, tetapi bukan untuk menjadi Qarun yang mabuk dengan kekayaannya.
- Jangan abaikan kekayaan itu tanpa dimanfaatkan sepenuhnya, kerana jika alam semesta ini pun boleh kiamat, maka tidak mustahil kekayaan juga akan musnah pada bila-bila masa.
- Masa lapang sebelum masa sibuk.
- Hadis ini menekankan betapa masa itu sangat bernilai. Masa adalah usia.
- Masa lapang perlu dihargai kerana keterbatasan masa yang dimiliki oleh manusia memungkinkan mereka membiarkan masa berlalu begitu sahaja dengan sia-sia.
- Masa hidup sebelum datangnya saat kematian.
- Allah s.w.t kurniakan hidup dengan kelahiran manusia daripada Rahim ibu, sebagai suatu rahmat yang mesti disyukuri.
- Mengisi kehidupan itu mestilah dengan aktiviti dan program yang mendatangkan manfaat untuk kehidupan di dunia dan yang paling penting lagi ialah hidup selepas mati sama ada di alam barzakh atau kehidupan di akhirat.
Lima perkara itu akan ditanya sebaik sahaja manusia dibangkitkan di hari Mahsyar. Semua soalan tersebut mesti dijawab, sayangnya yang menjawab bukanlah lidah, tetapi dari setiap anggota yang bertanggungjawab melakukan segala tindakan.
Allah s.w.t. telah berfirman mengingatkan hamba-Nya dengan firman-Nya, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus.” Surah at-Tin (95: 4-6)
http://saifulbahri.com/drsaifulblog/lima-perkara-sebelum-lima-perkara/lima-perkara-sebelum-lima-perkara/
Comments
Post a Comment