Cebisan daging hangus manusia bertaburan [Tragedi Disember 1977]

Memori pahit.
MAS Arline terhempas di Tanjung Kupang, tragedi 1977.

Fobia juga mendengarkan tragedi pesawat terhempas ni. Kalau nak naik flight tu, make sure sembahyang cukup dan doa lah banyak-banyak supaya perjalanan tu selamat. Kalau mengenangkan tahun 1977, sudah tentu aku belum lahir lagi pada masa tu. 10 tahun selepas tragedi barula aku lahir. Selepas membaca berita berkenaan tragedi ini di suratkhabar 2 minggu lepas, aku tertarik untuk membuat entri.


*Kronologi kapal terbang terhempas,sila klik*
Pada tarikh 4 Disember 1977, berita pesawat terhempas telah menggemparkan rakyat malaysia terutamanya seluruh penduduk di Tanjung Kupang, Johor. Pesawat MH635 yang terhempas itu telah mengorbankan 100 nyawa, 73 orang daripadanya ialah rakyat Malaysia.


*Pemeriksaan harta pusaka mangsa*
Penduduk Kampung Tanjung Kupang telah mengalami ketakutan yang teramat sangat apabila gegaran kuat berlaku di kampung mereka. Disertai dengan letupan dan percikan api yang hebat,rata-rata penduduk kampung telah bergegas untuk melihat kejadian tersebut dengan mata kepala sendiri. Ada juga yang hanya duduk berselindung di sebalik pintu rumah.
*Harta pusaka mangsa*

Bagaimana boleh terhempas?Mengikut pelbagai sumber, berlakunya tragedi rampasan kapal terbang yang telah menyebabkan pesawat yang sepatutnya mendarat di LTAS (Subang) telah meneruskan penerbangan ke Singapura. Hingga akhirnya kedua-dua pilot MH635 mati ditembak dan mengundang keterhempasan kapal terbang tersebut.


*Menghancurkan kawasan ladang getah sepanjang 2.5 km*

Perkara yang sangat menyayat hati adalah tiada tengkorak dijumpai di kawasan terbabit. Hanya cebisan-cebisan daging dan isi perut yang hangus bersepahan di kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

*Masih menjadi misteri*

p/s : Malang tidak berbau. Ajal di tangan Tuhan. Semoga kita dijauhkan daripada malapetaka,bencana,dan perbuatan kejam manusia.

Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.
Jom bagitau pakcik makcik tentang entri ni, cuma tekan like saja !

Comments

Popular posts from this blog