Jangan Jadi Orang yang DEGIL!

Assalamualaikum wbt.



Hari ini seorang sahabat berkongsi sesuatu dengan saya. Katanya sebelum dia berjumpa dengan saya, dia sempat berjumpa dengan Syeikh yang selalu mengajarnya. Seronoknya dia dan siapa - siapa yang dapat talaqqi dengan Syeikh. Saya tak pernah lagi talaqqi direct dengan mana - mana Syeikh. Cuma pernah dibawa oleh seorang kakak berjumpa dengan Syeikh tersebut dan sempat berkenal-kenalan. Tapi, Syeikh bercakap dalam bahasa arab. Saya susah nak faham. Verily, languange is a barrier. huhu.

Apa yang sahabat saya kongsikan ni, dia dapat dari Syeikh tersebut.

"Di pagari syurga dengan perkara yang tak disukai, Di pagari neraka dengan perkara yang disukai"

Saya tak pasti ini hadith atau apa. Tapi kalau rujuk kitab Riyadhus Salihin dalam bab mujahadah, hadith yang ke-7, matannya lebih kurang sama : "Dihijab neraka itu dengan perkara syahawat (kesenangan), dan dihijab syurga itu dengan perkara yang tidak disenangi" - mutafaqun 3alaih-

Mencapai syurga itu bukan mudah. Kita akan menempuh pelbagai perkara yang kita tidak suka. Islam itu sendiri, untuk kita menegakkan segala syariat di dalamnya bukanlah mudah. Semuanya dirasakan berat. Semuanya kita tidak suka. Tengok saja orang sekarang, usah cerita perkara - perkara yang besar, cerita dulu perkara yang asas dalam Islam.

Solatnya, sempurnakah?
Puasanya, bersungguhkah?
Zakatnya, tertunaikah?

Inikan pula menyentuh perkara - perkara yang lebih luas.

Halal dan haram. Aurat. Ikhtilat. dan macam -macam lagi.

Orang sekarang, marah kalau kita nilai mereka dari luaran.

Kalau cakap tentang aurat, mereka akan kata, "alahh.. orang bertudung labuh tu belum tentu baik.."

Kalau orang buat amar makruf nahi mungkar, mereka akan kata, " elehh.. macam laa dia tu baik sangat. dulu lebih kurang sama je dengan kitorang.."

Anda tahu apakah tugasan para Rasul? Peranan mereka ada 3 :

1. Menanamkan pegangan Islam dalam hidup semua manusia.

2. Mengajak mereka yang sudah menerima Islam supaya membentuk hidup mereka mengikut corak Islam.

3. Menubuhkan Daulah Islamiyah.


Tapi, antara kesilapan orang pada hari ini, mereka hanya melaksanakan yang pertama sahaja dan mengabaikan yang kedua.

Tidak cukup jika Islam hanya dipegang dengan hati sahaja. KeIslaman kita perlu dipamerkan. Hidup kita, perlu dicorakkan dengan Islam.

" Eleh pakai kopiah.. konon alimlah tu?!"

"Saya ni nampak je tak pakai tudung, bukak aurat sana sini.. tapi hati saya baik.."

"Saya ni luar je nampak macam ni..tapi dalam orang tak t
ahu.."

"Awak ni siapa nak tegur-tegur saya, ingat awak pakai tudung labuh tu baik sangat ke?"


Inilah antara dialog - dialog orang yang degil! Mereka menolak Islam kerana mereka degil. Mereka tidak mahu mendalami Islam kerana mereka takut Islam akan menyekat mereka.

Mereka takut untuk belajar tentang halal dan haram kerana mereka takut mereka tidak boleh buat apa yang mereka sukai. Mereka takut untuk belajar soal ikhtilat kerana mereka takut mereka tidak lagi boleh bergaul bebas perempuan dan lelaki. Mereka takut belajar tentang aurat kerana mereka nanti tidak lagi boleh berpakaian ketat dan seksi yang mereka sukai dan berfesyen dengan fesyen-fesyen terkini yang tidak endah soal aurat.

Mereka menolak Islam kerana mereka degil! Mereka ini sama seperti golongan jahiliyyah pada zaman Rasulullah s.a.w. Golongan - golongan jahiliyyah terdahulu menolak ajaran Rasulullah s.a.w dan cuba untuk menyekat Rasulullah s.a.w daripada menyampaikan kebenaran dan risalah Islam.

Mengapa?

Kerana mereka takut sekiranya pengaruh dan kepentingan mereka terhakis disebabkan kewujudan Islam yang bercanggah dengan amalan jahiliyyah mereka selama ini. Mereka takut sekiranya mereka menerima Islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w, kemewahan mereka akan hilang, pangkat mereka akan tercabut dan pengaruh mereka akan terluput.

hurmm, letih sungguh bercakap dengan orang-orang yang degil ini kan?

Kalaulah tidak kerana dakwah itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang terbesar, pasti tidak ramai yang sanggup untuk meneruskan perjuangan di jalan dakwah yang penuh dengan cemuhan dan makian ini.



Kalaulah tidak kerana kita faham bahawa syurga itu dipagari dengan perkara - perkara yang tidak kita sukai, pasti kita tidak gagah menempuh perkara yang tidak kita sukai itu dengan sabar agar kelak kita dapat melangkah ke syurga Allah s.w.t.

Dan kalaulah kita tidak faham bahawa kesenangan dan perkara - perkara syahawat itu memagari neraka, sudah tentu kita akan leka dengan kesenangan dan menerobos masuk ke lembah neraka.

Kikislah karat - karat jahiliyyah yang bertapak dalam hatimu. Janganlah menjadi orang yang degil!

http://ismisyakila.blogspot.com/2010/10/mereka-yang-degil.html

Comments

Popular posts from this blog