Gambar DJ

Datuk Masidi Manjun,
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah
Melancarkan Cahaya.FM sebagai Radio Online Islam Pertama di Sabah pada 25 September 2010.

Tuan Hj. Saprin Karim,
Penaja Pelancaran Cahaya.FM

Today
Kurnia Fahmi balik la bagi org yg telah berkeluarga...anak2 da tunggu...tp bg yg bujang tu....karja tarus hehehe
12:28 PM
Noor Jannah Rusinin uploaded a new avatar
12:02 PM
Yesterday
shamizi and JaLiFaH AzLiZa AzLaN are now friends
06:39 PM
Mohd Rais and JaLiFaH AzLiZa AzLaN are now friends
06:39 PM
Aznan and JaLiFaH AzLiZa AzLaN are now friends
06:39 PM
  • Buat Bernama Wanita "وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۢ ۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌۭ مِّ...
  • Mesej Quraan "وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفًۭا مِّنَ ٱلَّيْلِ ۚ إِنَّ ٱلْحَسَنَتِ يُذْهِبْنَ ٱ...
  • JIHAD "وَمَن جَهَدَ فَإِنَّمَا يُجَهِدُ لِنَفْسِهِۦٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَلَمِينَ Dan bara...
  • Mesej Quraan "وَٱلْأَرْضَ مَدَدْنَهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَسِىَ وَأَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍۭ بَهِيج...
  • Mesej Quraan "أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ خَلَقَ ٱلسَّمَوَتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّ ۚ إِن يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأ...
PORTAL ISLAM
KKFM KROS
 
 
Jualan Amal PDF Print E-mail
Tentang Cahaya.FM - Pentadbiran
Written by Nazri Abdullah   
Saturday, 12 March 2011 23:25
Assalamualaikum. Sempena cuti sekolah minggu ini, program mencari dana untuk membantu beberapa keluarga mualaf dilancarkan. Untuk tujuan ini, Cahayafm melancarkan jualan amal berupa baju koperat dan baju T-shirt (contoh; seperti dalam gambar). Bagi pendengar dan fan Cahayafm yang berminat mendapatkan baju ini, sila maklumkan butiran seperti saiz baju dan jenis ( baju koperat /baju T ) Harga setiap baju akan dimaklumkan selewat-lewatnya Isnin, depan. Kepada yang berminat bolehlah membuat pesanan melalui emel cahayafm@yahoo.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Nota; Bentuk baju sebenar akan diposkan pada Isnin ini. Logo tulisan Cahayafm adalah kekal.
Keterangan lanjut sila klik di sini http://cahayaislam-aldusuni.blogspot.com/
Last Updated on Saturday, 12 March 2011 23:35
 
Solat Sebagai Asas Disiplin Hidup PDF Print E-mail
Fakta - Isu Semasa
Written by Mohd Fadli Yusuf, Kuala Lumpur   
Friday, 11 March 2011 07:24

Membanyakkan solat mudah, tapi menjiwai solat amat susah sekali. Bagaimana solat yang dijiwai mendisiplinkan kehidupan?
Di antara beberapa faktor penting yang menentukan kejayaan di dalam sesuatu usaha adalah sebagai berikut :
1. Ketepatan waktu
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا
Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (An-Nisaa' 4:103)Waktu atau masa adalah perkara yang sangat penting di dalam solat. Salah satu dari syarat sah solat ialah mengerjakannya di dalam waktunya. Orang yang mengerjakan solat di luar waktunya bererti tidak sah dan tidak ada nilai di sisi Allah SWT. Oleh kerana itu ketepatan waktu sangat penting. Selanjutnya Allah akan memberi bonus tambahan kepada mereka yang mengerjakannya di awal waktu sedangkan barang siapa yang melewatkannya dibenci oleh Allah. Disiplin ini secara otomatik akan mendorong manusia untuk berlumba-lumba menunaikan solat bukan hanya di dalam waktunya bahkan juga di awal waktu. Di samping itu juga orang yang datang lebih awal ke tempat solat akan mendapat keuntungan berada di saf depan. Allah memberikan ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang berada di saf yang lebih depan. Apabila seseorang itu berjaya menjaga disiplin dalam solat, maka apabila ia terjun ke dalam dunia kehidupan secara otomatik akan dapat mendisiplinkan diri. Di dalam perniagaan umpamanya, ketepatan masa sangat dititik beratkan. Setiap masa yang terbuang bererti semakin banyak kerugian yang terjadi. Setiap detik dibiarkan berlalu ertinya kerugian. Jika solat dapat mendorong manusia untuk berlumba-lumba berada di saf depan, maka jika dilaksanakan dalam kehidupan akan melahirkan manusia yang senantiasa berlumba untuk maju ke depan. Lumrahnya orang yang senantiasa datang lebih awal tentu akan merebut peluang apapun yang ditawarkan. Solat sepatutnya menjadi asas pengurusan masa umat Islam.

Last Updated on Friday, 11 March 2011 07:30
 
TUGAS DAKWAH PDF Print E-mail
Fakta - Isu Semasa
Written by Ustadz Abu Isma'il Muslim al-Atsari   
Tuesday, 22 February 2011 15:41
Mengajak manusia menuju agama Allah merupakan salah satu ibadah yang agung, manfaatnya menyangkut orang lain. Bahkan dakwah menuju agama Allah merupakan perkataan yang paling baik. Allah Azza wa Jalla berfirman:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru menuju Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". [Fushshilat:33].

Dakwah mengajak kepada agama Allah merupakan tugas para nabi, maka cukuplah sebagai kemuliaan bahwa para da’i mengemban tugas para nabi. Allah Azza wa Jalla memerintahkan RasulNya untuk mengatakan, dakwah merupakan jalan Beliau, dengan firmanNya:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَ مَآ أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Katakanlah: "Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata (ilmu dan keyakinan). Maha suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". [Yusuf:108].

Karena dakwah merupakan ibadah, maka harus dilakukan dengan keikhlasan dan mengikuti Sunnah Nabi. Sebagaimana telah maklum, dua perkara ini merupakan syarat diterimanya ibadah.

Last Updated on Tuesday, 22 February 2011 15:48
 
http://www.cahayafm.net/

Comments

Popular posts from this blog