Menginsafi Nasib Umat Islam Masa Kini
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Disediakan Oleh,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Pada kesempatan yang mulia ini, dan dihari yang penuh dengan keberkatan ini, saya berseru kepada diri saya sendiri dan kepada tuan-tuan sidang Jumaat sekalian agar beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benarnya takwa iaitu dengan mengikut segala suruhannya dan ajaran Allah S.W.T. disamping meninggalkan segala bentuk larangannya. Inilah tanda bahawa seseorang itu benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 51 :
Maksudnya : Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yag beriman ketika mereka diajak kepada kitab Allah dan sunnah rasulnya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu diantara mereka, hanyalah mereka berkata " Kami dengar dan kami taat". Dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Pertanyaan diantara kebenaran dan keadilan telah bermula sejak sekian lama iaitu semenjak para nabi dan para rasul S.A.W. diutus untuk menyampaikan risalah tauhid dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Pertarungan ini pastinya tidak akan berakhir bahkan akan terus-menerus sehinggalah hari kiamat kelak. Oleh kerana itulah kita dapat melihat hari ini bahawa musuh-musuh Allah tidak akan berdiam diri, malah mereka sentiasa bekerja keras dan berusaha dengan segala bentuk perancangan yang tersusun rapi demi menghancurkan Islam dan umatnya. Perkara ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T. dalam surah A-Saff ayat 9 - 8:
Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian) tuhan yang tetap menyempurnakan cahayanya itu, dialah yang telah mengutus rasulnya (Muhammad) dengan membawa hadiah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam) supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan-bawaan agama yang lain walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Oleh kerana perasaan dendam yang tidak pernah kunjung padam, yang membara dalam setiap hati golongan kuffar samasa Yahudi ataupun Nasrani, dari timur atau barat, semuanya mempunyai matlamat yang satu iaitu untuk menghancurkan Islam dan umatnya dengan melalui berbagai-bagai cara dan pendekatan, diantaranya ialah :
1. Melenyapkan sistem pemerintahan Islam dimuka bumi Allah.
2. Berusaha menjauhkan umat Islam daripada berpandukan kitab Al-Quran disamping cuba menghilangkan Al-Quran dari dada umat Islam.
3. Merosakkan akhlak generasi belia Islam melalui budaya dan hiburan dari barat, pergaulan bebas yang melalaikan dan menanamkan unsur-unsur lucah di dada pemikiran belia-belia Islam.
4. Mereka sentiasa berusaha untuk menimbulkan berbagai-bagai keraguan dan kesangsian terhadap akidah Islamiah dan kesucian hadis Rasulullah S.A.W.
5. Memecahkan kepentingan umat Arab dan melaga-lagakan mereka di atas pentas politik dunia supaya mereka itu tidak lagi bersatu di atas kalimah Allah S.W.T.
6. Berusaha memusnahkan keperibadian akhlak Rasul S.A.W. dengan melakukan penghinaan dan fitnah supaya ianya tidak menjadi panduan dan ikutan oleh umat Islam.
Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,
Marilah kita perhatikan dengan penuh penelitian bahawa semua agenda permusuhan terhadap Islam tersebut dilancarkan secara begitu rapi dan tersusun samada melalui kekerasan seperti dasar pecah dan perintah, memastikan urusan agama dengan kehidupan atau lebih dikenali sebagai fahaman 'Sekularisme', dasar ekonomi, bibas, budaya dan sosial dicemari dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama Islam yang sebenar, maka dengan ini natijahnya, sebahagian umat Islam akan terus tinggal nama sahaja dan cara hidup mereka tidak lagi sempurna yang dikehendaki oleh Islam. Umat islam hari ini dihina, ditindas dan dibunuh dengan sewenang-wenangnya samada lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang tua, harta benda umat Islam dimusnahkan, dibakar dan dibuang. Itulah nasib umat Islam hari ini. Marilah kita lihat apa yang terjadi di timur tengah, orang-orang Yahudi di Palestin hanya seramai lebih kurang tiga juta sahaja, tetapi tidak dapat dikalahkan oleh umat Islam arab sekelilingnya yang berjumlah beratus juta orang. Begitu juga di Bosnia Hergovinia, Afghanistan, Filipina dan India. Bahawa umat Islam sentiasa dihina dan dibunuh seolah-olah darah umat Islam yang mengalir membasahi bumi ini tidak dihargai langsung dan tidak ada pembelaan dari saudara-saudara Islam mereka.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T.
Umat Islam banyak bergantung kepada kepakaran dibidang teknologi ekonomi dan ilmu pengetahuan moden dari orang-orang yang bukan Islam. Oleh kerana itulah segala sumber kekayaan alam yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. seperti minyak yang terdapat diperut bumi negara umat Islam sebahagian besarnya mengalir dan dikuasai oleh orang-orang yang bukan Islam, malah mereka pula menggunakan kekayaan itu untuk menentang umat Islam sendiri.
Dunia hari ini masih lagi memperlihatkan terdapatnya umat Islam yang masih kebuluran, buta huruf, buta Al-Quran dan sebagainya. Akhlak dan keperibadian umat Islam hampir-hampir hilang sepertimana yang dituntut oleh Islam. Itulah nasib umat Islam, sekiranya umat Islam tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, mereka akan mendapat kehinaan daripada Allah S.W.T. sebagaimana firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 41 :
Bermaksud : Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T.,
Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan setiap kita umat Islam yang digelarkan sebaik-baik umat oleh Allah S.W.T. melengkapkan diri dengan keteguhan iman, ilmu dan amal yang mantap untuk mengikis segala perancangan musuh Islam melalui proses didikan yang sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W kerana hanya didikan yang bersumberkan wahyu Allah sahajalah akan dapat mengembalikan umat Islam menjadi umat terbaik, umat yang memerintah, bukan yang diperintah. Hanya dengan menghayati Islam dan telaksananya Syariat Allah S.W.T. dimuka bumi ini akan menjadikan kita mulia dan menjadi umat contoh yang memberi rahmat kepada seluruh alam bertepatan dengan Saidina Omar Al-Khattab R.A.
Maksudnya : Kami adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan Islam selama mana kami mencari kemuliaan yang bukan dari apa yang Allah muliakan kami dengannya, maka kami akan mendapat kehinaan Allah S.W.T.
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Hari ini, saya menyeru kepada seluruh kaum muslimin, marilah kita mengorak langkah bekerjasama meningkatkan keimanan, ilmu dan amal serta berdoa kehadrat Allah S.W.T. agar umat Islam seluruhnya diberi keselamatan dan kesejahteraan didunia dan di akhirat.

Comments
Post a Comment