Perjudian Haram

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dewasa ini kita sering dipaparkan dengan kegiatan perjudian yang telah merebak dengan begitu meluas dinegara kita samada di kampung-kampung, pekan mahupun bandar-bandar besar. Ianya merupakan satu penyakit yang boleh mengancam dan menimbulkan akibat buruk kepada individu itu sendiri, keluarga dan masyarakat. setiap penjudi memang berhasrat untuk mendapat keuntungan dengaan cepat dan memparolehi kesenangan dengan mudah tetapi mereka lupa tidak seorangpun boleh menjadiu kaya atau hidup mewah hasil dari berjudi.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Maidah ayat 90:

maksudnya: "wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnyaa minum arak, berjudi, pemujaan berhala dan merenung nasib adalah keji dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya"

Ramai di kalangan remaja kita hari ini seronok dan terpedaya kepada mesin slot perjudian seperti jackpot dan mesin kuda. sesuatu yang pasti pengusaha premis permainan video ini adalah dikalangan mereka yang bukan islam daan malangnya rata-rata pengunjungnya adalah anak-anak melayu. Lebih menyedihkan lagi ada dikalangan mereka ini masih di alam persekolahan dan ianya akan mengakibatkan gejala ponteng sekolah, lepak, mencuri dan sebagainya. Dalam perkara ini ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak. Ibu bapa tidak seharusnya leka tanpa memikirkan dengan siapa dan kemana anak mereka pergi. Lebih buruk lagi dalam sesebuah keluarga ialah bapa borek anak rintik. Disebabkann berjudi rumahtaangga menjadi porak peranda kerana sering penjudi itu lebih mementingkan keperluan berjudi daripada keperluan keluarganya. Ini akan menimbulkan keretakan hubungan mesra antara suami isteri. Anak-anak pula akan merasa tidak tenteram dan terganggu pelajaran mereka kerana si bapa tidak lagi mampu untuk membiayai keperluan persekolahan mereka disebabkan menanggung hutang yang banyak.

Ikhwanul Muslimin,

Hubungan penjudi dengaan Allah S.W.T adalah semakin jauh disebabkan dalam keseronokan yang melalaikan. Mereka lupa tanggungjawab mereka kepada tuhanNya. Dengaan masyarakat, pula boleh menimbulkan pelbagai konflik yang akhirnya boleh membawa perpecahan. Terdapat juga berlaku penceraian antara suami isteri dan menderitalah anak-anak yang menjadi mangsa. Pendeknya perbuatan berjudi ini banyak menimbulkan implikasi negatif sekurang-kurangnyaa diperingkat keluarga dan tidak mustahil akan menggangu ketenteraman masyarakaat seterusnya, negara.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran ayat 104:

maksudnya: " Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepadaa ma’ruf dan mencegah dari mungkar. Merekalah yang beruntung.

Sesungguhnya sikap suka berjudi ini adalah satu amalan yang paling keji. Sekalipuun orang yang menang berjudi itu merasa puas dan menganggap dirinya bertuah, tetapi kemenangan itu tidak bererti sama sekali kerana ia sudah mengalami kekalahan yang teruk iaitu tunduk kepada hawa nafsu yang ditunjangi oleh syaitan. sekiranya kalah, sudah tentu ia merasa hampa dan kecewa yang akhirnya seseorang penjual itu menjadi pemarah dan bengis apabila menghadapi sesuatu tekanan terutama masalah kewangan. Akibat dari ketagihan berjudi, kadang kala mendorong seseorang itu meminjam, berhutang atau berbohong semata-mata untuk berjudi. malah lebih teruk dari itu, ada yang sanggup mencuri.

Sidang Jumaat sekalian,

Semuanya itu membayangkan kepada kita betapa buruknya kesan berjudi kepada masyarakat. Kita mahu mencapai wawasan Selangor Negeri Maju Tahun 2005. tetapi adakah kita mahu lahirkan generasi masa hadapan sebagai generasi yang lalai, lemah dan tidak proaktif?

Sebab itulah mengapa Islam melarang penganutnya berjudi dan membuang masa. Islam telah meletakkan satu asas bahawa pencarian rezeki itu hendaklah dari punca dan daya usaha yang betul-betul halal dan bersih, bukan dengan berjudi atau dengan sebarang cara yang haram. Sekiranya seseorang bapa itu berjudi, sudah tentu perbuatannya itu salah disisi Islam dan hasilnya adalah haram. Bagaimana jika hasil kemenangan dari berjudi itu dibelikan makanan untuk ahli keluarganya. Maka samalah ertinya ia menyuapkan batu-batu dari api neraka kedalam mulut anak isterinya. Sanggupkah kita melakukannya kepada keluarga kita?

Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya: " Setiap daging yang terjadi dari bahan makanan yang haram itu api nerakalah yang layak baginya".
(Riwayat Tarmizi)

Oleh kerana tabiat berjudi merupakan satu tabiat yang sangat buruk, maka wajiblah setiap orang menjauhkan diri daripadanya. Amalan itu tidak boleh dicuba-cuba walau sekecil mana sekalipun kerana ia akan merebak dengan menguasai diri manusia. Para remaja janganlah dibiasakan atau dimulakan tabiat ini, walaupun dalam kadar yang kecil seperti menikam gambar dan sebagainya kerana ia akan mudah berkembang kepada yang lebih besar seperti perrmainan kuda, jackpot, nombor ekor,loteri dan sebagainya
.

Disediakan Oleh,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Comments

Popular posts from this blog