e-fatwa
Ucapan Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam
Keputusan :
i) Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam, sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
ii) Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
iii) Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
12 Jun 2007 • Muzakarah Kali Ke-78

Friday, December 31, 2010
Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat
Keputusan :
Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
21-23 November 2006
Muzakarah Kali Ke-76

Friday, November 26, 2010
Hukum Menulis Ayat AlQuran Dalam Hiasan
Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya
Keputusan :
i. Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang;
ii. Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca;
iii. Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampur-adukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca;
iv. Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya; dan
v. Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
13-15 Jun 2005 • Muzakarah Kali Ke-69

Sunday, November 14, 2010
Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang
Keputusan :
Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
6 – 8 September 2007 • Muzakarah Kali Ke-79

Thursday, November 4, 2010
Zakat KWSP
Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif
Keputusan :
i. Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya.
Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, Jumhur lama’ berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
ii. Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa yang bersidang Kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut:
Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
25-27 Julai 2006 • Muzakarah Kali Ke-74

Saturday, October 30, 2010
Penggunaan Ayat Suci Dalam Telefon Bimbit
Hukum Penggunaan Ayat-ayat Suci al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit
Keputusan :
Pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
10 -12 April 2007 • Muzakarah Kali Ke-77

Wednesday, October 6, 2010
Pengiriman Al-Quran Melalui Pos
Keputusan :
i. Pengiriman Al-Quran melalui pos hendaklah dengan cara berdaftar dan dibungkus serta dibalut dengan sempurna.
ii. Untuk menjaga keselamatan dan kesucian al-Quran, maka pengiriman melalui pos tidak digalakkan.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
10 Oktober 1983 • Muzakarah Kali Ke-6

Monday, September 27, 2010
Bayi Tabung Uji
Keputusan :
i. Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya, benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung itu adalah tidak sah.
ii. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.
iii. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

Thursday, September 2, 2010
Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur
Keputusan :
Amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
13 Oktober 2004 • Muzakarah Kali Ke-65

Tuesday, July 27, 2010
Hukum Penjualan Air Zam-Zam
Keputusan :
Berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam. Walaubagaimanapun, pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
10 -12 April 2007 • Keputusan Kali Ke-77

Sunday, June 13, 2010
Hukum Wang Polisi Insuran Nyawa
Isu :
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima pertanyaan yang bertanyakan fatwa berkenaan dengan perkara di bawah iaitu :
1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati?
2. Adakah wang insuran di atas di kira pusaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)?
3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan saya dilantik sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja?
Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.
Keputusan :
1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :
1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.
Keputusannya :
Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara'.
1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pusaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)?
Keputusannya :
Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia, hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu.
1.3. Bapa Saudara yang meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan saya dilantik sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja?
Keputusannya :
Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.
Rujuk: Keputusan Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan

Wednesday, June 9, 2010
Hukum Simpanan Wang Kwsp Bagi Ahli Yang Beragama Islam Yang Meninggal Dunia
Fatwa :
(1) Wang KWSP yang disimpan oleh ahli adalah dianggap harta pusaka.
(2) Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.
Rujuk: Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan
Tarikh Pewartaan : 9 Mei 2002

Wednesday, June 2, 2010
Pemindahan Jantung Dan Mata
Pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambil-kira:
a. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
b. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.
c. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.
d. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
23-24 Jun 1970, 1-2 Okt 1970 & 22 Feb 1973
• Muzakarah Kali 1 & Kali Ke-6

Friday, May 28, 2010
Mengawet Mayat
Mengawet mayat atas sebab-sebab yang mendesak, hukumnya adalah harus.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
11 Oktober 1993 • Muzakarah Kali Ke-33
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
11 Oktober 1993 • Muzakarah Kali Ke-33
Saturday, May 22, 2010
Harta Sepencarian
Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai Harta Sepencarian
Keputusan :
Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
22 Februari 2005 • Muzakarah Kali Ke-67

Tuesday, May 18, 2010
Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam
Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam dan Sebaliknya.
Keputusan :
i. Menderma darah hukumnya harus.
ii. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.
iii. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
Muzakarah Kali Ke-4 & Kali Ke-6
13-14 April 1982 & 10 Oktober 1983

Monday, May 10, 2010
Kaedah Pengendalian Mayat Pesakit AIDS Di Malaysia
Keputusan :
a. Mayat pesakit AIDS tidak termasuk dalam kategori yang diberi pengecualian dari dimandikan dan dikapankan. Tidak termasuk dalam kategori boleh diberi kelonggaran (rukhsah) dengan tayamum. Oleh itu mayat pesakit AIDS wajib dimandi, dikapan, disembahyang dan dikebumikan seperti mayat orang Islam yang lain.
b. Pengurusan mayat (jenayah) pesakit AIDS hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai sarung tangan, muka dan mencuci tangan dengan Clorox.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
19 Februari 1992 • Muzakarah Kali Ke-29

Saturday, May 8, 2010
Mayat Terdampar - Menurut Perspektif Islam
a. Mayat yang tidak dikenal-pasti identitinya (termasuk kanak-kanak) terdampar boleh dianggap penduduk negara mayat itu dijumpai.
b. Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara orang Islam, tanpa bantuan pengenalan diri dan dokumen berkaitan, maka mayat itu dianggap Islam dan sekiranya mayat itu dijumpai di negara bukan Islam dan tidak ada dokumen atau tanda-tanda yang mayat itu seorang Islam, maka ia dianggap bukan Islam.
c. Mayat yang bercampur-aduk antara orang Islam dan bukan Islam dan tidak dapat dibezakan maka hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan niat kepada orang Islam sahaja. Mayat tersebut pula tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam. Sebaliknya, mayat itu hendaklah dikebumikan di suatu kawasan berasingan atau di bahagian yang berasingan di tanah perkuburan orang Islam.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
3 April 2000 • Muzakarah Kali Ke-48

Sunday, April 11, 2010
Air Musoffa
Penjualan air musoffa secara komersial adalah dilarang kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan.Rujukan:
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
23 Januari 2006 Muzakarah Kali Ke-72
(Buku Terbitan JAKIM, Keputusan Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hal. 13)
http://bliss-infinity.blogspot.com/search/label/e-fatwa.intranetportal.my
Comments
Post a Comment