TAZKIRATUL NAFSI" PEMBERSIHAN HATI DAN JIWA

Sidang jumaat yang dihormati allah sekalian,

Khatib hari ini ingin berpesan, marilah sama-sama kita bertakwa kepada allah dengan sebenar-benar takwa, dengan mensyukuri segala nikmat yang dianugerahkannya kepada kita selama ini yang berupa kesenangan hidup didunia, disamping itu kita juga bersungguh-sungguh mentaati segala perintahnya serta menjauhi segala larangannya, semoga kita beroleh rahmat didunia dan akhirat.

Sidang jumaat sekalian,

Allah telah menciptakan manusia dalam keadaan fitrah (bersih) dari segala dosa dan noda. Terciptanya manusia dalam dalam keadaan sedemikian mempunyai fungsi dan tujuan yang telah direncanakan oleh allah sejak dari azali lagi. Fungsi manusia dijadikan oleh allah didunia ini adalah bertujuan untuk memperhambakan diri (beribadat) kepadanya semata-mata dengan mentaati segala titah perintahnya dan menjauhi segala laranganya sepertimana firman:

(Al-Hasyr: 65)

Bermaksud : " Dan (Ingatlah), aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaku".

Manusia juga diciptakan oleh allah s.w.t adalah untuk menjadi khalifah (pemimpin) seluruh makhluk. Bagi diri manusia yang memahami tujuan iainya diciptakan oleh allah dan tanggungjawab dirinya selaku hamba dan pemimpin alam, akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan dirinya bersih dari kemaksiatan dan dosa. Dia tahu bahawa setiap jiwa yang melakukan maksiat dan dosa kepada allah, tidak akan terlepas dari perkiraan allah di mahsyar dan jiwa yang jahat akan dibalas oleh allah diakhirat kelak dengan balasan api neraka, manakala jiwa yang baik akan dibalas oleh allah dengan syurga. Firman allah:


(Al-Hasyr :18)

Bermaksud :" Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada allah (dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya), dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan dari ( amal-amalnya), untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan), bertakwalah kepada allah, sesungguhnya allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan".

Muslimin yang dihormati allah sekalian,

Menjadikan diri bersih daripada dosa dan maksiat kepada allah hukumnya adalah wajib. Persoalannya bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang yang bersih jiwanya dari dosa dan maksiat?. Islam telah mengajar menganutnya akan pendekatan bagaimana manusia dapat menyucikan dirinya daripada dosa dan maksiat, diantara caranya islah :

1- Melakukan solat lima waktu sehari semalam dengan penuh khusyuk, disamping mengerjakan solat sunat diwaktu malam, firman allah s.w.t:

Bermaksud:"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar".

(Al-Ankabuut: 54)

2- Sentiasa bermuhasabah (menghitung diri) dan bermuraqabah (mengadakan penelitian terhadap diri). Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah (menghitung diri) dan bermuraqabah (mengadakan penelitian terhadap diri) didalam setiap kehidupan yang dilalui, sentiasa memikirkan serta merenung segala kejadiannya, firman allah didalam surah Az-Zalzalah ayat 6 hingga 8 :


Bermaksud: "Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka".

" Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatkan (dalam suratan amalnya)".

"Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya)".

3- Berusaha untuk menjauhkan diri daripada perbuatan dosa dan maksiat kepada allah s.w.t. Firman allah :

(At-Taubat :71)

4- Sentiasa beristigfar dan bertaubat kepada allah. Firmannya:

(Hud :90)

Firman allah didalam surah An-Nur ayat 31 :

Bermaksud :" Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya".

Firmannya lagi:

(An-Nisa' :111)

Bermaksud :" Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau mengenai dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada allah, nescaya ia akan dapati allah amat pengampun lagi amat mengasihani".

Sidang jumaat sekalian,

Demikianlah diantara beberapa cara yang telah digariskan oleh islam kepada sesiapa yang ingin menyucikan dirinya kepada allah. Setiap insan yang berjaya menjalani proses penyucian dirinya kepada allah, nescaya dirinya akan menjadi seorang mukmin yang sejati, yang j uga sentiasa diredai oleh allah s.w.t dan akhirnya umat islam akan dipandang mulia oleh seluruh makhluk didunia ini serta dapat mengembalikan kekuatan umat islam seperti dizaman kegemilangan islam, sebaliknya jika cara ini ditinggalkan, maka akibat buruk pasti akan menimpa umat islam masa kini dan dimasa-masa akan datang.

Akhir kata, penyucian diri umat Islam dari dosa dan maksiat kepada allah adalah pemangkin kepada kekuatan umat dan seterusnya berjaya memartabatkan islam dibumi allah ini.

Comments

Popular posts from this blog