ANDA BIJAK JAUHI ZINA

JIKA seorang bercinta dan terjebak dalam maksiat tetapi tidak sampai melakukan zina, adakah dikira berdosa dan apakah dosa seseorang diampunkan selepas dia sedar melakukan banyak dosa, lalu insaf dan menyesal dengan apa dilakukannya?

Dalam satu situasi pula, adakah si A berdosa jika dia mengaibkan si B, walaupun memang betul si B berkelakuan seperti yang si A ceritakan kepada orang lain?

Mengenai kegagalan seseorang mengerjakan solat fardu, apakah ia perlu diganti jika individu terbabit ingin kembali ke pangkal jalan dan bagi lelaki, bagaimana pula dengan solat Jumaat yang ditinggalkan?
SITI BALQIS,
Kedah.

Jawapan:

MELAKUKAN maksiat kepada Allah dengan mengingkari suruhan dan larangan Allah tetap berdosa. Bagaimanapun, apabila seseorang insaf dan bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, dosanya akan terampun.

Bagi dosa kecil boleh terhapus dengan beristighfar, iaitu memohon keampunan kepada Allah. Mengambil wuduk juga dapat menghapuskan dosa kecil.

Dalam bercinta, nasihat saya supaya anda tidak keluar berdua-duaan kerana boleh menjurus kepada dosa yang besar iaitu zina.
Sebagai ingatan, zina termasuk dalam dosa besar yang perlu dijauhi. Ini kerana ia mempunyai akibat buruk di dunia dan akhirat. Akibat dosa zina, amalan baik tidak dikira kecuali dia kembali bertaubat, beriman dan melakukan amal yang seterusnya.

Ini jelas apabila Allah berfirman: “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqan (25): 68-70).

Perbuatan mengaibkan seseorang dikira berdosa. Seorang beragama Islam hendaklah menjaga aib dan maruah seorang Islam yang lain. Membuka aib orang lain walaupun ia adalah satu kebenaran termasuk dalam dosa mengumpat.

Solat fardu yang ditinggalkan hendaklah diganti (qada) seboleh mungkin di samping bertaubat kepada Allah dan memastikan solat fardu seterusnya tidak ditinggalkan.

Di samping itu, seseorang dinasihatkan banyak melakukan amal soleh seperti solat sunat dan bersedekah memandangkan qada solat tidak menyamai solat fardu itu sendiri.

Sekiranya meninggalkan solat Jumaat, individu terbabit hendaklah menggantikannya dengan solat Zuhur (jika dia tidak menunaikan solat Zuhur pada waktu terbabit). Ia sama seperti mereka yang tidak dapat bersolat Jumaat hendaklah solat Zuhur.

Petikan Utusan
http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/11/20/jauhi-zina-ketika-bercinta/


ANDA BIJAK JAUHI ZINA

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”
Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina di hukum dengan 100 kali sebatan, sebagaimana yang Allah firmankan dalam surah An-Nur ayat ke-2, yang bermaksud: “Perempuan-permpuan dan laki-laki yang berzina, hendaklah keduanya didera(sebat) dengan masing-masing 100 deraan(sebatan).”
Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta system kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembab ditambah lagi dengan ceteknya ilmu dan lemahnya iman menyebabkan kes zina semakin merebak.
Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus denga perbuatan hina ini dan mati sebelum bertaubat kerana seksaan di akhirat leboh dasyat dari 100 sebatan.
Rasulullah s.a.w ketika Israk dan Mikraj di perlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka diganting pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan lender yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh, meminta agar mereka dijauhi dari penzina tersebut.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
 “Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan.
Tiga bala sewaktu didunia iaitu:
-Allah mengurangkan rezekinya
-Hilang keberkatan hidupnya
-Seksaan sewaktu nyawanya dicabut.”
Menjauhi zina ialah dengan berpakaian menutup aurat, menghindari bahan lucah dan menghindari pergaulan bebas kerana sekiranya kita menghampiri zina, syaitan akan mengoda kita untuk mencuba perbuatan terkutuk itu.
 Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Thabarani:
Jauhilah kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah tidak bersunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya, dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.”
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:
 “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya, yang demikian adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Katakanlah kepada wanita yang beriman:
“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa namapak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya…
An-Nur(24): 30-31
 http://ocelot-5255.blog.friendster.com/2008/10/anda-bijak-jauhi-zina/


Comments

Popular posts from this blog