HARTA JAMINAN DUNIA, IMAN JAMINAN AKHIRAT
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah
dianugerahkan Allah kepada kamu, (kebahagiaan) negeri akhirat dan
janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan
berbuat baiklah kamu (kepada orang lain) seperti mana Allah berbuat baik
kepada kamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” (Surah
al-Qasas, ayat 77)
Kehidupan dunia pada kaca mata Islam bukanlah satu matlamat yang dicari-cari dan dikejar oleh insan yang mengaku dirinya beriman kepada Allah. Sebaliknya, dunia hanyalah wasilah atau wadah menuju ke arah kehidupan lebih abadi yang diredai Allah iaitu kehidupan akhirat.
Kehidupan dunia pada kaca mata Islam bukanlah satu matlamat yang dicari-cari dan dikejar oleh insan yang mengaku dirinya beriman kepada Allah. Sebaliknya, dunia hanyalah wasilah atau wadah menuju ke arah kehidupan lebih abadi yang diredai Allah iaitu kehidupan akhirat.
Seseorang yang bertakwa menjadikan dunia persinggahan sementara untuk
dia membuat persediaan menghadap Allah sesuai sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Bandingan aku dengan dunia adalah seumpama seorang pengembara yang
singgah beristirehat di bawah teduhan sepohon pokok, kemudian setelah
bersiap sedia dia pun beredar dan berlalu pergi meninggalkan tempat
itu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dunia menurut kaca mata Islam bukanlah satu perkara yang terlarang kepada umatnya untuk mencari dan merebutnya kerana cintakan kepada dunia adalah sifat semula jadi yang sememangnya ada pada semua manusia.
Cinta dunia yang dilarang Islam ialah cinta keterlaluan dan berlebihan sehingga meminggirkan ajaran Islam. Islam adalah agama seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Barangkali inilah amaran Allah kepada umat Islam mengenai hakikat dunia.
Firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), dan (juga hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.” (Surah al-Hadid, ayat 20)
Islam daripada awal lagi memperingatkan umatnya supaya jangan terlalu mementingkan kehidupan dunia sehingga melupakan kehidupan akhirat. Begitu juga, Islam melarang umatnya hanya menumpukan akhirat dan meminggirkan dunia yang menjadi jambatan menuju akhirat yang abadi.
Sejarah silam merakamkan detik-detik kebinasaan kaum Bani Israil akibat terpesona kepada dunia iaitu wanita seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud:
1
2
3
4
5
6
7
8
“Dunia ini penuh pesona lagi mengasyikkan dan Allah mengamanahkan kepada kamu untuk mengimarahkan dunia. Allah akan melihat dan memerhati terhadap apa yang telah kamu kerjakan di dunia. Maka hendaklah kamu takutkan dunia dan takutkan juga wanita. Sesungguhnya fitnah besar yang pertama menimpa kepada kaum Bani Israil ialah kerana wanita.” (Hadis riwayat Ahmad)
Maka, tidak hairanlah Rasulullah SAW sering mengingatkan umatnya sentiasa berhati-hati dengan kehidupan dunia dan jangan mudah terpedaya pesona indah digembar-gemburkan oleh dunia. Syaitan tidak ketinggalan menjadikan dunia perangkap untuk menyesatkan umat manusia.
Orang yang cintakan dunia digambarkan sebagai orang yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju kehidupan. Rasulullah SAW membuat perumpamaan orang yang cintakan dunia seperti buih di lautan, mudah dibawa arus tanpa arah tujuan dan matlamat untuk menghempas di tepian pantai.
Sebenarnya tidak salah jika seseorang itu ingin mencari kekayaan dan harta benda melimpah ruah di dunia ini, tetapi alangkah baiknya segala kekayaan dan harta benda itu digunakan sebagai jalan atau tiket untuk menempah tempat di syurga nanti.
Comments
Post a Comment