Golongan orang yang menggadai Agama untuk kepentingan dunia
Rasulullah saw. bersabda maksudnya: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).
Huraian:
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang orang yang
menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat habuan dan keuntungan dunia
yang mereka kejar. Mereka rela menggadaikan agama untuk mengejar kuasa,
nama, pangkat, dan harta dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan
dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan
memutarbelitkan kenyataan.Ini lah yang di sebut menghalalkan cara.
Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan
alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan
tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan
kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka
sendiri.Contohnya pada hari ini kita dapat melihat ramai dari kalangan
orang orang politik dan ahli ahli perniagaan melakukan perkara
ini. Mereka termasok dalam golongan yang di sebut dalam hadis ini iaitu
memperalatkan agama untuk “politik gain” dan perniagaan mereka.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga
orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah
fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan
menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
Wallahu’alam.
(Sumber: Ustaz Abu Ali Al Banjari An Nadwi dalam bukunya 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman).
http://fitrahislami.wordpress.com/
Comments
Post a Comment