TIGA ATAU EMPAT RAKAAT
saudara,
dalam post ini kita lihat pula apakah panduan as-Sunnah, jika berlaku
keadaan bilamana ketika kita sedang solat, disebabkan gangguan syaitan,
kita terlupa rakaat berapakah kita telah kerjakan, yg ketiga ke atau yg
akhir ke? Atau, yg kedua ke atau ketiga ke? Ini sering berlaku jika
ketika kita solat fikiran kita dirasuk syaitan fikiran kita mengelamun,
kemudian bila sedar kita terlupa sudah rakaat ke berapa!
Di
dalam kes yang disebutkan di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w)
pernah memendekkan (yakni, tidak cukup rakaat solatnya dan dia memberi
’salam’) atau memanjangkan solatnya (yakni, buat lebih daripada rakaat
yang ditetapkan bagi solat tersebut).
Adakah anda khusyuk dalam solat???
Diriwayatkan
hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Bersolat Rasulallah (s.a.w),
maka berkata Ibrahim: ‘Adakah menambah atau mengurang (akan solat)?’
Maka ketika sudah memberi ‘salam’, ditanyakan baginya (oleh makmum):
‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Adakah membuat pembaharuan dalam solat akan
sesuatu?’ Bersabda dia: ‘Adakah demikian?’ Berkata mereka (memberitahu):
‘Bersolat engkau demikian dan demikian.’ (Berkata Abdullah): ‘Maka
Rasulallah (s.a.w) melipatkan kakinya (i.e. seumapama duduk ketika
Sujud) sambil memandang ke qiblat, maka Sujud dia dua Sujud, kemudian
memberi ‘salam’. Kemudian beliau menghadapi kami dengan mukanya, maka
bersabda: ‘Sesungguhnya jikalau membuat pembaharuan dalam solat sesuatu,
(aku) memberitahu akan kamu dengannya (yakni, akan diberitahu sahabat
secara resminya), dan akan tetapi (terlupa aku dan) sesungguhnya aku
manusia biasa sebagaimana kamu sekelian. Maka ketika lupa, maka ingatkan
aku dan ketika ragu salah seorang kamu (bilangan rakaatnya) di dalam
solat, hendaklah pegang pada (bilangan rakaat) yang terakhir, maka
sempurnakanlah (yakni, sambung semula) atasnya (i.e. sempurnakan rakaat
yang belum dibuat), kemudian Sujudlah dua Sujud (yakni, Sujud Sahwi)’
[Hadith Muslim, Kitab Solat]
Di
dalam hadith di atas jemaah hairan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersolat
tidak cukup rakaatnya (yakni, patut empat rakaat dibuat tiga) atau
terlebih rakaatnya (yakni, patut empat dibuat lima). Maka beliau kembali
duduk seumpama duduk dalam Tahiyat Akhir, dan beliau Sujud dua
kali (Sujud Sahwi). Di dalam hadith tersebut juga Rasulallah (s.a.w)
memberikan satu prinsip atau ketetapan baru. Apabila kita bersolat, kita
terlupa rakaat berapakah kita berada, contonyha tiga atau empat. Maka
dalam keadaan sedemikian kita disuruh Rasulallah (s.a.w) hitung atau
kira rakaat yang terendah, yakni, dalam contoh ini, kita anggapkan kita
berada di rakaat ketiga. Maka kita sempurnakan solat kita dengan membuat
satu rakaat lagi selepas rakaat yang kita sedang solatkan. Kemudian,
sebelum ‘salam’ ataupun sesudah ‘salam’, kita buat ‘Sujud Sahwi’ dua sujud.
Di
dalam sepotong hadith lain, dimuatkan oleh ibnu Majah, terjadi bahawa
Rasulallah (s.a.w) solat Zohor atau solat ‘Asar, tetapi beliau memberi
‘salam’ selepas rakaat kedua. Kemudian beliau masuk ke rumahnya. Para
sahabat hairan, dan ada yang bertanyakan perkara kurang rakaat itu. Maka
setelah beliau bertanya kepada sahabat lain yang berjemaah dengannya,
dan apabila disahkan, beliau kembali masuk mesjid, berdiri dan
mensolatkan rakaat ketiga dan ke-empat, kemudian beliau membuat ‘Sujud Sahwi’dan kemudian memberi ‘salam’.
Maksud perkataan sahwi dari segi bahasa ialah
lupakan sesuatu. Menurut Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin
rahimahullah:
Sujud sahwi adalah nama dua sujud yang dilakukan oleh
seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi
ketika solat yang disebabkan kerana lupa.[1]
Kebiasaannya di Malaysia sujud sahwi ini
dilaksanakan seperti berikut:
-
Ianya dilakukan selepas tahiyat (tasyahhud) akhir sebelum salam.
-
Bacaan dalam sujud سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa).
Sebagaimana dalam bab-bab yang lalu, kita sentiasa menyarankan untuk
berpegang teguh dengan perintah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam
untuk mencontohi baginda dalam ibadah solat sebagaimana sabdanya:
"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat”[2]
maka sepatutnya dalam pengamalan sujud sahwi ini ianya juga
harus sejajar dengan tatacara yang dilaksanakan oleh baginda
shalallahu 'alaihi wasallam.
Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah:
“Sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud sebelum salam
atau sesudahnya oleh seseorang yang sedang bersolat. Kedua cara ini
memang diajarkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.”[3]
Setelah meneliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi
wasallam, kita dapati sujud sahwi ini dilakukan samada
sebelum atau sesudah salam bergantung kepada situasi kekurangan atau
penambahan yang berlaku dalam solat. Muhammad bin Shalih
al-‘Utsaimin rahimahullah menyatakan:
Sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi dalam solat secara
global ada tiga hal iaitu:
-
Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.
-
Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.
-
Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat.[4]
Sebelum kita meneruskan perbincangan di dalam bab
ini, adalah baik sekiranya terlebih dahulu ditegaskan bahawa
penambahan atau pengurangan gerakan dalam solat secara sengaja boleh
membatalkan solat. Sujud sahwi hanya disyari’atkan ke
atas kekurangan atau penambahan yang berlaku di dalam solat secara
tidak sengaja. Ini sebagaimana Sabda Nabi shalallahu 'alaihi
wasallam:
إِذَا
زَادَ الرَّجُلُ أَوْ نَقَصَ فَلْيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ.
Jika solat seseorang terlebih atau terkurang, maka hendaklah
dia
sujud dua kali.[5]
Tatacara Sujud Sahwi Ketika Penambahan Dalam Solat
Apabila kita tersedar bahawa dalam solat kita, samada ketika masih
bersolat atau sesudah selesai mengerjakannya, ada tertambah sesuatu
seperti jumlah rakaat, sujud, duduk antara dua sujud dan lain-lain,
maka sujud sahwi hanya dilakukan sesudah salam.
Sebagai contohnya sekira seseorang itu ketika bersolat Maghrib dia
telah mengerjakan empat rakaat dan hanya sedar ketika tasyahhud
akhir, maka dia sempurnakan tasyahhudnya lalu memberi salam.
Setelah itu dia perlu lakukan sujud sahwi lalu memberi salam
lagi. Sekiranya dia hanya teringat setelah memberi salam, maka dia
perlu melakukan sujud sahwi serta merta lalu memberi salam.
Sekiranya pada rakaat keempat tersebut baru dia tersedar bahawa
solat Maghrib sepatutnya hanya tiga rakaat, maka dia harus duduk
ketika itu juga untuk mengerjakan tasyahhud akhir dan
kemudiannya memberi salam. Sesudah itu dikerjakan sujud sahwi
dan memberi salam sekali lagi. Dalilnya adalah dari hadis yang
diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Mas’ud radhiallahu’anh:
صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ
خَمْسًا
فَقِيلَ لَهُ أَزِيدَ فِي الصَلاَةِ؟ قَالَ: وَمَا ذَاكَ؟
قَالَ: صَلَّيْتَ خَمْسًا فَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ بَعْدَ مَا سَلَّمَ.
Pada suatu ketika Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersolat Zuhur
lima rakaat,
lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah
ditambah?”
Baginda bertanya: “Mengapa demikian?”
Para sahabat
menjawab: “Anda telah melakukan solat lima rakaat.” Maka bagindapun
sujud dua kali setelah memberi salam itu.[6]
Ini berbeza sekali dengan amalan sesetengah umat Islam di Malaysia
yang menganggap solat yang terlebih atau terkurang rakaat secara
tidak sengaja itu telah terbatal lalu perlu diulangi keseluruhan
solat tersebut. Sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam
yang sebenarnya adalah tidak diulangi solat tersebut (menunjukkan
solat itu sah) tetapi dikerjakan sujud sahwi setelah memberi
salam.
Termasuk juga dalam al-Ziyadah atau penambahan gerakan adalah
memberi salam sebelum solatnya sempurna. Contohnya seseorang sedang
bersolat Asar lalu pada rakaat kedua dia telah melakukan
tasyahhud akhir dan memberi salam menunjukkan berakhirnya
solatnya
itu.
Ini dianggap penambahan kerana dia menambahkan salam di rakaat kedua
tersebut. Di dalam situasi sebegini sekiranya dia tersedar akan
kesilapannya setelah berlalu waktu yang lama, maka dia harus
mengulangi solatnya. Namun begitu sekiranya dia tersedar dalam waktu
yang singkat seperti dua atau tiga minit setelah mengakhiri
solatnya, maka dia harus menyempurnakan baki solatnya yang dua
rakaat lagi itu lalu memberi salam. Setelah itu hendaklah dikerjakan
sujud sahwi dan memberi salam sekali lagi. Ini adalah
sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Hurairah radhiallahu’anh:
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam solat bersama kami pada salah
satu solat di siang hari (iaitu Zuhur atau Asar), ternyata baginda
hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Baginda lalu
pergi ke sebuah kayu yang terbelintang di masjid lalu berteleku di
atasnya seolah-olah sedang marah. Tangan kanannya diletakkan di atas
tangan kirinya sambil menggenggam jari-jarinya, sedang pipinya
diletakkan di atas telapak kirinya bahagian luar. Kemudian ada yang
segera keluar dari pintu-pintu masjid sambil mengatakan: “Solat
telah diqasarkan (dipendekkan)”.
Di antara orang ramai itu terdapat pula Abu Bakar dan Umar. Keduanya
malu untuk bertanyakan akan hal itu. Kebetulan di antara mereka
terdapat pula seorang lelaki bernama Dzulyadain, yang bertanya:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَسِيتَ أَمْ قَصُرَتْ الصَلاَةُ؟
قَالَ: لَمْ
أَنْسَ وَلَمْ تُقْصَرْ. فَقَالَ: أَكَمَا يَقُولُ ذُو الْيَدَيْنِ؟
فَقَالُوا: نَعَمْ. فَتَقَدَّمَ فَصَلَّى مَا تَرَكَ ثُمَّ سَلَّمَ
ثُمَّ كَبَّرَ
وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ
رَأْسَهُ وَكَبَّرَ
ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ
أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ.
“Ya Rasulullah, apakah anda lupa atau solat tadi memang diqasarkan?”
Baginda bersabda: “Saya tidak lupa dan solat tadi tidak pula
diqasarkan.”
Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat: “Apakah
benar yang
dikatakan oleh
Dzulyadain?” Para sahabat menjawab: “Benar.”
Maka baginda pun menuju
kembali ke tempatnya semula dan menyempurnakan baki rakaatnya,
kemudian memberi salam. Sehabis salam itu baginda bertakbir,
sujud
sebagaimana sujud biasa atau agak panjang sedikit,
lalu mengangkat
kepala dan takbir. Seterusnya baginda takbir lagi lalu sujud seperti
biasa atau agak lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya kembali.”[7]
Tatacara Sujud Sahwi Ketika Terdapat Pengurangan Dalam Solat
Sekiranya di dalam solat kita terdapat kekurangan secara tidak
sengaja di dalam perkara yang rukun ataupun fardhu maka sujud
sahwinya dilakukan sebelum salam. Contohnya
apabila seseorang itu tertinggal tasyahhud awal dan terus
bangun untuk meneruskan rakaat yang ke tiga, maka dia tidak perlu
untuk duduk kembali untuk mengerjakan tasyahhud awal
tersebut. Dia hanya perlu meneruskan solatnya dan melakukan sujud
sahwi selepas tasyahhud akhir dan kemudiannya barulah
memberi salam. Sekiranya dia teringat bahawa dia lupa membaca
tasyahhud awal ketika dia belum bangkit untuk berdiri ke rakaat
ke tiga secara sempurna, maka bolehlah dia duduk semula untuk
mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dalil tentang hal ini
adalah sebagaimana hadis dari Abdullah bin Buhainah
radhiallahu’anh:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِمْ
الظَّهْرَ
فَقَامَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ الأُولَيَيْنِ لَمْ يَجْلِسْ
فَقَامَ النَّاسُ مَعَهُ حَتَّى إِذَا قَضَى الصَّلاَةَ وَانْتَظَرَ
النَّاسُ تَسْلِيمَهُ كَبَّرَ
وَهُوَ جَالِسٌ فَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ
قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ ثُمَّ سَلَّمَ.
Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat Zuhur bersama
mereka.
Baginda bangkit pada rakaat kedua dan tidak duduk
(maksudnya, tidak melakukan tasyahhud awal), para makmumpun ikut
berdiri bersama baginda;
hingga ketika hendak selesai solat, sedang
makmum menunggu salamnya,
baginda bertakbir dalam posisi duduk lalu
sujud dua kali sebelum salam, kemudian baru salam.”[8]
Mughirah bin Syu’bah radhiallahu’anh pula telah berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
إِذَا قَامَ
أَحَدُكُمْ مِنْ الرَّكْعَتَيْنِ فَلَمْ يَسْتَتِمَّ قَائِمًا
فَلْيَجْلِسْ
فَإِذَا اسْتَتَمَّ قَائِمًا فَلاَ يَجْلِسْ وَيَسْجُدْ
سَجْدَتَيْ السَّهْوِ.
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Apabila salah
seorang di antaramu berdiri dari rakaat kedua
(dalam keadaan lupa
untuk tasyahhud awal – pen) dan belum sempurna berdirinya
maka
hendaklah dia duduk kembali (untuk mengerjakan tasyahhud awal
tersebut – pen), dan apabila telah sempurna berdirinya maka
janganlah dia duduk (teruskan solatnya – pen) dan hendak dia sujud
sahwi dua kali.”[9]
Tatacara Sujud Sahwi Ketika Berlaku Keraguan Dalam Solat
Menurut Muhammad bin Sallih al-‘Utsaimin rahimahullah:
“Syak (ragu-ragu) adalah kebimbangan di antara dua hal tentang yang
mana sebenarnya telah dilakukan.”[10]
Contohnya seseorang yang sedang bersolat Isyak dan dia terlupa
samada dia sedang berada dalam rakaat ketiga atau keempat, maka
terdapat dua kemungkinan dalam keraguan tersebut iaitu:
a) Dia
memiliki keyakinan kepada salah satu antara dua hal tersebut.
Contohnya dia mempunyai keyakinan yang lebih bahawa dia sebenarnya
berada dalam rakaat ke empat. Dalam keadaan sebegini maka dia
mengikut keyakinannya dan meneruskan solatnya. Sujud Sahwi
dilakukan sesudah salam dan kemudian dia memberi salam
lagi. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin
Mas’ud radhiallahu’anh:
وَإِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَلْيَتَحَرَّ الصَّوَابَ فَلْيُتِمَّ عَلَيْهِ ثُمَّ لِيُسَلِّمْ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ.
Dan apabila salah seorang dari kalian ragu dalam solatnya,
maka
hendaklah dia memilih yang (dianggap – pen) benar,
lalu hendaklah
dia menyempurnakan solatnya lalu salam, kemudian sujud dua kali.[11]
b) Dia
tidak memiliki keyakinan di antara dua hal tersebut. Contohnya
dia tidak memiliki kepastian samada dia sedang berada dalam rakaat
ketiga atau keempat. Dalam keadaan yang sebegini dia sepatutnya
memilih rakaat yang paling sedikit iaitu rakaat yang ke tiga lalu
menyempurnakan solatnya dan melakukan sujud sahwi
sebelum salam. Dalilnya adalah sebuah hadis daripada
Abdurrahman bin ‘Auf radhiallahu’anh, daripada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam:
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ أَوَاحِدَةً
صَلَّى أَمْ ثِنْتَيْنِ
فَلْيَجْعَلْهَا وَاحِدَةً
وَإِذَا لَمْ يَدْرِ
ثِنْتَيْنِ صَلَّى أَمْ ثَلاَثًا فَلْيَجْعَلْهَا ثِنْتَيْنِ
وَإِذَا
لَمْ يَدْرِ أَثَلاَثًا صَلَّى أَمْ أَرْبَعًا فَلْيَجْعَلْهَا
ثَلاَثًا
ثُمَّ يَسْجُدْ إِذَا فَرَغَ مِنْ صَلاَتِهِ
وَهُوَ جَالِسٌ
قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ سَجْدَتَيْنِ.
Jika salah seorang di antara kalian ragu dalam solatnya,
sehingga
dia tidak tahu, apakah baru satu rakaat atau sudah dua rakaat, maka
baiklah ditetapkannya sebagai satu rakaat sahaja. Jika dia tak tahu
apakah dua atau sudah tiga rakaat, baiklah ditetapkannya dua rakaat.
Dan jika tidak tahu apakah tiga ataukah sudah empat rakaat, baiklah
ditetapkannya tiga rakaat, kemudian hendaklah dia sujud bila selesai
solat di waktu masih duduk (tasyahhud akhir - pen) sebelum memberi
salam, iaitu sujud sahwi sebanyak dua kali.[12]
Demikianlah penjelasan tentang keadaan yang memerlukan sujud
sahwi dilakukan sebelum atau sesudah salam seperti yang terdapat
dalam hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.
Bacaan Ketika Sujud Sahwi
Jika kita teliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi
wasallam berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda
shalallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengajar bacaan
khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang
dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi
adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ.
Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.
Tentang bacaan
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو
Subhaana
man laayanaamu walaa yashuu
(Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa), ianya bukan dari
sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, tidak pernah
diamalkan oleh para sahabat dan seluruh salaf al-Ummah
termasuk imam-imam mazhab yang empat.
Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry rahimahullah berkata:
Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud
sahwi daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.
Doa yang dibacanya (shalallahu 'alaihi wasallam dalam sujud
sahwi - pen) adalah sama seperti doa yang dibaca ketika sujud
biasa. Adapun pendapat yang mengatakan bahawa bacaan saat sujud
sahwi adalah
سُبْحَانَ مَنْ
لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو
adalah
tidak benar kerana ianya tidak pernah diamalkan oleh Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabatnya. Tidak ada
dalil yang berasal dari sunnah yang menunjukkan bacaan ini. Doa itu
sebenarnya adalah doa yang diperolehi dari mimpi sebahagian kaum
sufi. Oleh kerana itulah, jangan mengerjakan doa tersebut. Ambillah
urusan agamamu dari kitab-kitab hadis yang sahih.[13]
Begitulah amaran tegas dari Muhammad Abdussalam al-Syaqiry
rahimahullah tentang doa tersebut. Ini kerana doa tersebut
merupakan perkara baru yang diada-adakan (bid’ah) dan Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam sendiri telah memerintah kita dengan
tegas untuk menolak segala amalan yang tidak ada contohnya dari
al-Qur’an dan al-Sunnah:
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى
مُحَمَّدٍ
وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ
ضَلاَلَةٌ.
Maka sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an)
dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah),
serta
seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan
dan setiap yang
diada-adakan (bid’ah) adalah sesat.[14]
Oleh itu sewajarnya untuk kita meninggalkan amalan tersebut dan
tetap berada di atas sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.
[1] Muhammad
bin Shalih al-‘Utsaimin, Risalah Sujud Sahwi, Majalah
As-Sunnah, edisi 12/VII/1424H/2004M, ms. 41.
[2]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya,
hadis no. 631.
[3] Sayyid
Sabiq, Fikih Sunnah, jld.2, ms. 98
[4] Muhammad
bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa: Bab Ibadah,
ms. 382
[5]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim
dalam Shahihnya, hadis no.
572.
[6]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya,
hadis no. 1226.
[7]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya,
hadis no. 482.
[8]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya,
hadis no. 829.
[9]
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh
al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.
1208.
[10] Muhammad
bin Shalih al-‘Utsaimin, Prostration For Forgetfulness In
The Prayer, (edisi Bahasa Inggeris diterjemah oleh Abu
Talhah Dawood), ms. 11.
[11]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam
Shahihnya, hadis
no. 401.
[12]
Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya
– hadis no: 1656 (Jld. 1, ms. 190) dan dalam sanadnya
terdapat Muhammad bin Ishaq, seorang perawi yang terkenal
melakukan tadlis. Akan tetapi yang seumpama
dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya – hadis
no: 2663 daripada Abu Sa’id al-Khudri dan berkata Syu’aib
al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban bi
Tartil Ibn Balban: “Para perawinya thiqah.”
Justeru dalam semakannya ke atas Musnad Ahmad,
Syu’aib al-Arna’uth mengklasifikasikan hadis di atas sebagai
hasan lighairihi.
[13]
Muhammad
Abdussalaam Khadr al-Syaqiry, Bid’ah-Bid’ah Yang Dianggap
Sunnah (edisi terjemahan oleh Achmad Munir Awood
Badjeber & Sulaiman, Qisthi Press, Jakarta, 2004), ms.
76-77.
[14]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam
Shahihnya, hadis
no. 867.
Comments
Post a Comment