Manfaatkan Usia Muda Sebelum Tiba Hari Tua 

 

1
2
3

4
5
6
7
8
 
Memetik syair Arab"Laisa shababu yauudu yauman" yang bermaksud Waktu muda itu tidak akan kembali". Konsep hidup sewaktu muda ini maka ia perlu dipenuhi dengan perkara yang manfaat

Kenapa perlu manfaat semasa muda? Mudah sahaja kerana bila datang usia tua segala kudrat semakin berkurang, memberi halangan untuk beribadat. Masa muda semangat masih membara,masa lebih panjang walaupun kematian tiada mengenal siapa.

Waktu muda ini adalah saat untuk menimba ilmu sebanyak mungkin, jika diusia tua baru ingin belajar solat,baru merasa insaf untuk kembali kepada agama kerana merasa usia tua adalah ketikanya. Jika kita ada kesempatan untuk bertaubat Alhamdulillah.

Realitinya dewasa ini ramai remaja/belia Muslim kita tersasar dari ajaran Islam.Mereka leka dengan hiburan,suka dengan cara hidup bebas, mengejar material dan kebendaan.

Menangani cabaran ini remaja atau belia perlu disuntik dengan kefahaman aqidah yang jelas,Mereka perlu ditarbiyyah tentang matlamat sebenar kehidupan.Ini terbukti bila seseorang remaja jelas kefahaman tentang Islam,ia menjamin ke arah kelansungan hidup yang memanfaatkan masa muda dengan sebaik-baiknya.

Ingatlah,masa yang berlalu tidak akan kembali oleh itu para remaja/belia perlu menggunakannya dengan bijak, mengatur kehidupan serta mengabdikan masa tersebut mencari Mardhatillah.

Wallahuaalam 
 
 http://travelogempayarjiwa.blogspot.com
 

Comments

Popular posts from this blog