DOA PEMBUKA HATI DAN MINDA





Wahai Tuhan yang ditangan-Nya terdapat sumber-sumber segala kebaikan. Dan kepada-Nya kembali segala urusan. Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka, wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, bukakanlah kepadaku dengan penyingkapan yang dekat. Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka, wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui. (2 kali)


 DOA UNTUK MENDAPAT REZEKI ILMU DAN KETANGKASAN KEFAHAMAN



Ya Allah, tambahkan ilmu kepadaku dan kurniakanlah kefahaman yang bagus kepadaku.

 DOA AGAR DIKURNIAKAN CAHAYA PADA HATI DAN SELURUH TUBUH BADAN

Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, pada penglihatanku cahaya dan pada pendengaranku cahaya. Juga jadikanlah di kiriku cahaya, di atasku cahaya, dibawahku cahaya, di depanku cahaya dan di belakangku cahaya. Jadikanlah dalam diriku cahaya dan besarkanlah cahaya bagiku.

 DOA MOHON DIANUGERAHKAN ILMU KEBIJAKSANAAN
 

Ya Allah, bukakanlah kepadaku penyingkapan para a'rifin (wali yang mengenali dan rapat dengan Engkau) dengan mengurniakan ilmu kebijaksanaan Engkau. Dan bentangkanlah kepadaku rahmat-Mu. Dan peringatkanlah apa yang aku lupai, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
 

DOA MOHON DIKURNIAKAN ILHAM KECERDASAN

 

 
Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ilham kecerdasan dan peliharalah daku dari kejahatan nafsuku.
 
UNTUK MENERANGKAN HATI SUPAYA DAPAT MEMILIKI ILMU YANG LUAS DENGAN CEPAT 
 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu ( yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. Katakanlah (wahai Muhammad) : "Kalaulah semua jenis lautan menjadi dakwat untuk menulis perkataan-perkataan Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis perkataan-perkataan (ilmu) Tuhanku walaupun Kami (allah) tambahi lagi dengan lautan sepertinya sebagai tambahan." Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu. Oleh itu sesiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amalan yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadah kepada Allah".
 

DIBUKAKAN PERBENDAHARAAN ILMU, HIKMAH DAN KECERDASAN 

 

 
Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmah (kebijaksanaan) Engkau dan bentangkanlah kepada kami perbendaharaan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Amat Mengasihani dari segala yang mengasihani.
 

AMALAN SELAWAT PEMBUKA CAHAYA HATI DAN PENGUAT HAFAZAN

 

 
Ya Allah, limpahkanlah Allah, selawat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda yang tiada berkesudahan kesempurnaannya. Ya Allah, jadikanlah jiwaku tenang dengan mempercayai akan perjumpaan dengan-Mu, redha dengan keputusan-Mu dan berpada dengan pemberian-Mu. Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku. Hilangkanlah kegagapan lidahku supaya mereka memahami perkatanku.
 
 DOA UNTUK MENAMBAH KUASA MEMORI DAN KEPINTARAN
 
 
Maka Kami telah memberikan kefahaman kepada Nabi Sulaiman mengenai hukuman (yang lebih tepat). Dan Kami berikan hikmat dan ilmu pada kedua-duanya. Dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semuanya bertasbih bersama Nabi Daud. Dan Kamilah yang (berkuasa) melakukannya.Wahai Tuhan Yang Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri, Wahai Tuhan Nabi Musa, wahai Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Muhammad s.a.w. Muliakanlah daku dengan mengurniakan cahaya kefahaman. Dan kurnialah daku ilmu, hikmat dan akal yang cerdas dengan berkat nama-namaMu, wahai Tuhan Yang Mulia. Ya Allah, limpahilah keselamatan dan ksejahteraan kepada penghulu kami Muhammad serta keluarga dan para sahabatnya.
 

MANTERA AGAR TIDAK LUPA APA YANG TELAH DIPELAJARI

 

 
Ya Allah, sesungguhnya aku menyerahkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku. Maka kembalikanlah (peringatan) semula kepadaku apabila aku memerlukannya dan janganlah Engkau menjadikan aku melupainya. Limpahkanlah selawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. yang memiliki cahaya untuk menghilangkan kelupaan dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabatnya.
 

UNTUK MENGHAPUSKAN KEGELAPAN KALBU DAN MENGHIDUPKAN HATI

 

 
Wahai Tuhan Yang Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri, wahai Tuhan Pencipta langit dan Bumi, wahai Tuhan Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menghidupkan hatiku dengan cahaya hidayah-Mu, wahai Tuhan Yang Amat Mengasihani.
 

ISTIGFAR UNTUK FIKIRAN CERDAS DAN MUDAH MENANGKAP PELAJARAN 

 

 
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, Tiada Tuhan melainkan Dia. Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi serta menciptakan semua benda yang berada di antara keduanya (Aku memohon ampun) dari segala dosaku, kezalimanku dan keterlaluanku terhadap diriku. Aku bertaubat kepada-Nya. 
  
Sekadar ingat mengingati.. ... SEBELUM Tidur
 
 Perkara Sebelum Tidur ( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu:
 
 1. Sebelum khatam Al Qur'an,
 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
 3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
 
 "Bertanya Aisyah:
 
 "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
 
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
#Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
 Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad'   ( 3 x )
 
# Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
 
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Alloohumma sollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
 
# Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
 
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
 
 #Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil & bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
 
 Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu allahu akbar (3 x )

 Sekian untuk ingatan kita bersama.
 
 * Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

*Allahummakhtimlana bihusnilkhootimah wala takhtim 'alaina Ya Allah bisuuil khootimah*
Ya muqollibalqulub, thabbit qulubana 'ala dinik wa'ala too'atik..

#wallahua'lam..
 
Sumber:
http://www.facebook.com/#%21/note.php?note_id=124848650904906&id=100000604682285
 http://daniasdiaries.blogspot.com
 

Comments

Popular posts from this blog