DUA PULOH PERKARA MEMBAWA KE SYURGA
1
- Sesiapa bertemu dengan Allah swt tanpa syirik
dengan sesuatu, masuk syurga..
2
- Sesiapa
beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan
Ramadhan, maka dia berhak memasuki syurga.
3- Sesiapa membina masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT,
Allah membina sebuah mahligai yang sama nilai dengan masjid di dalam syurga
kelak.
4- Sesiapa solat Subuh
dan Isyak, masuk syurga.
5- Sesiapa berulang-alik pagi dan petang ke masjid dia akan mendiami syurga.
6- Sesiapa dapat menjaga mulut dan kemaluannya pasti dapat memasuki syurga.
7- Sesiapa menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang pasti memasuki
syurga.
8- Sesiapa berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT memudahkan baginya
laluan ke Syurga.
9- Sesiapa menjawab azan dengan sempurna pasti masuk syurga.
10- Sesiapa berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2
rakaat, pasti masuk syurga.
11- Sesiapa meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan
Nabi Muhammad sebagai nabinya pasti masuk syurga.
12- Sesiapa mengakhiri hidupnya denga kalimah di atas pasti masuk Syurga.
13- Sesiapa membaca doa diatas dia akan memetik tamar di dalam syurga.
14- Sesiapa mati dan
tidak memiliki sifat takbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang
maka masuk syurga.
15- Sesiapa berdoa dengan doa di atas pada siang hari lalu dia meninggal di
malam hari, maka masuk Syurga serta menjadi ahli syurga dan begitulah
disebaliknya.
16- Sesiapa melaungkan azan selama 12 tahun, pasti dia dapat memasuki
Syurga.
17- Sesiapa berdoa memohon syurga sebanyak 3 kali dengan lafaz di atas
pasti masuk syurga.
18- sesiapa menziarahi pesakit, sama ada suadaranya, Allah kan menyuruh
malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari
rumah pesakit yang diziarahinya. pasti dia memasuki Syurga.
19- Bersedekah membawa kepada kebaikan, setiap kebaikan pasti memperolehi
Syurga.
20- Membenarkan agama Allah swt dan berjihad Di jalan Allah swt pasti masuk
syurga.
21-Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung
silaturrahim pasti masuk Syurga.
22- Mereka yang berjaya mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang
dosa di antara dua umrah.
23- Sesiapa menghafaz 99 nama Allah SWT, masuk Syurga.
24- Membuang kayu yang menghalang laluan orang ramai, atau yang menyakiti
orang ramai.
25- Sesiapa membebaskan
dua orang hamba jariah. Aku dan dia bersama dalam syurga.
http://taubatnasuhaachik.blogspot.com/2012/07/dua-puluh-lima-amalan-membawa-ke-syurga.html
Comments
Post a Comment