siapakah dajjal sebenarnya
Asal-Usul Keluarga dajjal
Dajjal
adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa
jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya
“Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt
ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya
turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan
di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para
malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.
Dajjal;
ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung
(kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya
pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al
Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah
seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah
dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai
hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran
dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya
Hadis
Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah
orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang)
rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan
Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada
beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah
S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar
dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari
belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;
Pertama:
Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala
mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana
bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua:
Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat
dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam
diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut
riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau
dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat
hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa
Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt
utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu
ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada
pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin
di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring
terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan
pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan
piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik
dunia), Rome, Italy.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya
Dajjal
akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama
empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn
setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu
minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan
dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami
bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka
bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari.
Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan
hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu
37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu
kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti
setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja
(iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti
mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang..”
Maksud
sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita
lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada
hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor
itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib
kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib,
Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama
panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari
itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga
pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal
telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana
itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di
antara kemampuan Dajjal ialah:
1.
Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku
akan mematuhinya – Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji
dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.
Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun
kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan
turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu
Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu
Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu
hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi,
perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn
Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal, mereka
akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan
ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan)
sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan
kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi
apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?” Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang
akan menggantikan makanan.” HR Ibnu Majjah
2.
Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka – Di antara ujian Dajjal
ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga
sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini
untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari
apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa
yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Secara
analoginya kita lihat sekarang, syurga dunia seperti maksiat dan
hiburan tanpa batasan adalah ibarat syurga. Dan mereka yang terpengaruh
dengannya akan berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan tersebut
seperti hidup di dalam syurga. Juga keluarnya bermacam alat – alat
canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan camam2
lagi. Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah
jalan ke neraka jika kita terlampau leka dan terpesona dengannya.
Dan
kehidupan yang tidak bermewah, tidak berhibur dan berseronok adalah
ibarat berada dalam neraka dunia sekarang. Sehinggakan mereka yang sudah
biasa berseronok akan merasa boring dan tidak puas hati jika tidak
dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan duniawi. Sedangkan
kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh membuka jalan ke
syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud dengan
dunia.
3.
Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya –
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu.
Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih
pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu
kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai
Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?
Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al
Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” HR
Muslim
Dan
ada lagi kenderaan yang lebih pantas dari jet, yang dapat bergerak
sepantas cahaya iaitu piring terbang. Mengikut gambar-gambar yang dapat
dirakam oleh NASA dan bukti-bukti dari banyak pihak, memang mereka dapat
bergerak selaju cahaya dan menghilang dengan sekelip mata.
Namun
demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam
iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4.
Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya – Syaitan
juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg
terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Syaitan-syaitan
dari jin dan juga manusia akan berusaha membantunya, kerana mereka
ingin mewujudkan satu pemerintahan di muka bumi ini. Iaitu pemerintahan
sebuah kerajaan yang akan diperintah oleh Lucifer (IBLIS). Dan gerakan
yang mewakili syaitan-syaitan dari kalangan manusia ini dikenali sebagai
gerakan Illuminati yang pecahan-pecahannya terdiri dari banyak kumpulan
seperti Skull and Bones, Freemasons, Bohemian Grove, The Bilderberg
Group, The Trilateral Commission, The Council on Foreign Relations dan
beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan rahsia.
Dajjal Akan Muncul dari Khurasan, Iran
(tempat asal Dajjal)
Di
akhir zaman Dajjal akan muncul dari Khurasan di Iran. Ketika baru
keluar/terlepas dari belenggunya tinggi Dajjal hanyalah sepuluh dzira’.
Pada mulanya tingkah laku Dajjal layaknya tingkah laku orang-orang
saleh, iaitu menyeru kepada kebajikan, hingga kerana itu banyak orang
yang terkagum-kagum kepada akhlaknya.
Tapi
lama kelamaan Dajjal pun mengaku sebagai Nabi. Maka mendengar pengakuan
itu orang-orang yang beriman kepada Allah pun berpaling darinya, sebab
kaum yg beriman mengetahui benar bahawa sesudah Nabi Muhammad saw tak
akan pernah lagi Allah mengutus seorang nabi baru.
Akhirnya,
ketika perjalanan Dajjal sampai ke Khillah, iaitu sebuah jalan yg
terletak antara Iraq dan Syam, dia pun menggembar-gemburkan kiri kanan
menyatakan bahawa dirinya adalah tuhan yang dapat menghidupkan dan
mematikan, ditambah lagi dengan menunjukkan kemampuannya mengadakan
kejadian-kejadian yang menyalahi keadaan normal. Sejak itu orang-orang
mu’min semakin menjauh darinya dan menolak mengakui Dajjal sebagai
tuhan.
“wa
man qaala fid dun-ya yaraahu bi ‘ainihi fa dzaalika zindiiqun thaghaa
wa tamarrada”. Siapapun yg mengaku di dunia ini telah melihat Tuhan dgn
matanya, maka dia telah menjadi zindiq, keluar batas, dan jatuh ke dalam
kesesatan.
(Mundzir
Nadzir: Fafirruu ila Allah: hal.29 s/d hal 30). Maktabah Muhammad bin
Ahmad bin Nabhaan wa Aulaaduhu. Surabaya, Indonesia. 1956 M / 1375 H.
Tempat bermulanya fitnah Dajjal
Agaknya
menarik perhatian sekali bahawa menurut Hadits Tamim Dari, Dajjal
tinggal di sebuah pulau yang letaknya di sebelah Barat Syria, sedang
tempat munculnya dikatakan oleh Hadits lain, berada di Timur.
Lengkapnya, Hadits itu maksudnya:
“Tidak!
Ia (Dajjal) akan muncul disebelah Timur; tidak, ia akan muncul di
sebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sabelah Timur” (Kanzul-’Ummal
jilid VII, halaman 2988).
Dan ada satu hadith lain yang bermaksud;
“Nabi Muhammad SAW menunjuk hampir dua puluh kali ke arah Timur” (Kanzul-’Ummal, jilid VIl, halaman 2991 ).
Dalam
sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan: “Tidak !
Ia akan muncul di Timur” diikuti dengan kalimat: “Beliau menunjuk dengan
tangannya ke arah Timur”. Jadi jika di suatu Hadits dikatakan bahawa
tempat tinggal Dajjal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain Hadits
diterangkan bahawa tempat munculnya Dajjal, atau lebih tepat lagi,
tempat munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.
Ini
menunjukkan bahawa merajalelanya Dajjal akan membahayakan bangsa-bangsa
di Timur. Adapun kenyataan yang tak dapat dibantah lagi, bahawa
fitnahnya Dajjal tak akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan
memperolehi keuntungan dari hasil porak-peranda di Timur. Jadi yang
dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah merajalelanya fitnah Dajjal di
negara-negara Timur dengan jalan memperbudakkan penduduknya, baik secara
jasmani mahupun rohani, lahiriyah mahupun batiniyah.
Menurut
apa yang diterangkan dalam Hadits, terang sekali bahawa pada zaman
Nabi, Dajjal itu sudah ada, akan tetapi pada waktu itu tangan dan
kakinya dirantai. Inilah gambaran yang sebenarnya bagi bangsa-bangsa
Eropa pada waktu itu. Mereka mengurung diri dalam tanah air mereka
sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka mengalir ke seluruh dunia untuk
menakluki dan menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar
menguasai, atau setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya terhadap
negara-negara itu, sehingga gerak-geri negara-negara itu dipimpin dan
diawasi oleh bangsa-bangsa Eropa.
Itulah
sebabnya mengapa di dalam Hadits diterangkan bahawa Dajjal mengaku
Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia dikerjakan menurut perintah
Dajjal, seakan-akan dialah yang menguasai dan menentukan nasib
bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang dimaksud oleh Hadits lain yang
menerangkan bahawa Dajjal ialah yang menentukan hidup-matinya
orang-orang. Dengan perkataan lain, Dajjal akan meninggikan dan
merendahkan darjat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai
dengan tujuannya.
Dalam
Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya
manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar
daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).
Kata-kata
seperti itu, terdapat pula dalam kitab Hadits yang lain. Misalnya,
dalam sebuah Hadits, Nabi SAW diriwayatkan bersabda sbb : “Wahai manusia
! Semenjak Allah menciptakan bani Adam, tak ada fitnah di muka bumi
yang lebih besar dari pada fitnahnya Dajjal” (Kanzul-’Ummal, jilid VII,
halaman 2028).
Hadits-hadits
tersebut membuktikan bahawa fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah
merejalelanya Imperialis Eropah (Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya)
sekarang ini dan menangnya agama Nasrani. Kenyataan menunjukkan bahawa
sejarah ummat manusia tak dapat mempertunjukkan fitnah lain yang
besarnya seperti itu.
Memang
dalam sejarah pernah terjadi suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan
menguasai aspek kehidupan mereka, tetapi contoh tentang penjajahan yang
menyeluruh seperti yang kita saksikan sekarang ini berupa merajalelanya
imperialis dan kebudayaan Eropah di seluruh dunia, belum pernah terjadi.
Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh imperialis Eropah.
Demikian
pula kita tak dapat menemukan persamaannya tentang cara-cara kaum
imperialis Barat memperhambakan bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih
istimewa lagi ialah bahawa mereka memiliki segala macam senjata yang
dengan senjata itu, orang ramai dapat tersesat dari jalan benar dan
jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka menyesatkan orang ramai melalui
sistem pendidikan, dan di sebelah sana, mereka mencapai tujuan mereka
melalui penyiaran agama; kadang-kadang untuk mencapai tujuan mereka,
mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka
kemewahan dan kesenangan jasmani; dan kadang-kadang diberikan kepada
mereka hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.
Sering
pula ilmu pengetahuan mereka digunakan untuk menghancurkan rohani ummat
manusia. Pendek kata, di seluruh sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak
ada taranya, dan sabda Nabi SAW bahawa tak ada fitnah yang lebih besar
daripada fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa merajalelanya kaum
imperialis Eropah, yang bukan saja membahayakan aspek kehidupan jasmani,
melainkan pula membahayakan aspek kehidupan moral dan rohani.
Berikut adalah khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal
Dari
Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah
berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak
menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak
ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada
fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT
ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir
sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil
datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan
aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela
bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap
orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang
mukmin.
“Dajjal
itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah,
wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu
ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada
umatnya.
“Pada
mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak
ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan.
Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu
mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan
tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu
tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca
atau buta huruf.
Di
antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya
itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.
Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia
meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah
Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar
Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di
antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya
aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal
dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu
akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah
atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya
dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni
dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai:
“Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan
kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia
bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah
Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus
dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di
syurga.”
Kata
Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit
supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian
yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan
orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi.
“Dajjal
itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan
turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak
ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal
kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi
oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak
pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa
bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak
tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan
orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan
hari pembersihan kota Madinah.
Rujukan:
1- Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di Segitiga Bermuda – Muhammad Isa Dawud
2- Dajjal, ya’juj wa ma’juj – Maulana Muhammad Ali
http://kisah-kisah-nabi.blogspot.com
Comments
Post a Comment