Apa itu ‘aurat’ di mata wanita kini?
salam..
Pernah nampak ini?Jika tidak mungkin anda boleh bermula dari saat ini untuk mengatahui serta cuba mengelak daripadanya:-
Sememangnya
kita harus berbangga dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh
manusia dimuka bumi ini .Saban hari pelbagai kemudahan telah
dicipta.Jika dulu air perlu ditimba,kini paip yang menjadi saluran wajib
dirumah kita.Jika dulu tulang empat kerat inilah yang nenek moyang kita
guna untuk membasuh ,berhujan panas berjalan berkilo2 meter semata2
untuk mendapatkan anak2 sungai,kini semua itu tidaklagi menjadi pilihan
hati.Jika dulu lampu pelita ,unggun api menjadi penerang dikala malam
menjelma sambil digunakan untuk menghalau nyamuk,kini pelbagai ciptaan
telah wujud hasil dari pengkajian cendiakawan2 kita. Syukur pada Maha
Pemberi Rezeki ini..
Tapi masih ada yang
kurang.Semua pencapaian kita masih lagi perlu ditapis untuk diketahui
mana baik buruknya.Pegangan kita yang berTuhankan Allah swt juga perlu
lebih diperbaiki.Anak remaja pada hari ini terutamanya , masih mengambil
enteng tentang pelbagai hukum hakam yang telah ditekankan agama.Jika
mahu dibincangkan semuanya saya rasa tidak cukup satu hari untuk saya
menulisnya.
Pelbagai kesilapan boleh kita
lihat dikalangan umat muslim hari ini,lebih2 lagi isu yang kian mula
dibangkitkan oleh wanita muslim iaini mengenai isu ‘aurat’.
Alhamdulillah isu ini semakin mendapat tempat bukan sahaja dihati mereka
bahkan jua di minda serta pemikiran mereka.Ramai yang mula sedar
sedikit demi sedikit.
Kalau tidak benar2
berdassarkan dalil Al-Quran mahupun hadis nabi,saya rasa jika ditanya
kepada 100 wanita muslimah diluar sana pada hari ini,tidak mustahil 78%
daripada mereka masih jahil akan makna sebenar ‘aurat wanita
muslim’.Sedih bukan??
Mungkin ada yang
sekadar memakai tudung kerana ianya menjadi satu budaya?..,atau kerana
fesyen..atau mungin kerana takut dikutuk orang disatu2 tempat! Lebih2
lagi orang2 kampung y mengenali diri.Adakah sebab itu sebahagian dari
wanita kini hanya memakaii tudung apabila pulang kekampung dan kembal
NORMAL (freehair) apabila duduk diluar kawasan ibubapa?
Tidakkah
mereka tahu bahawa tujuan sebenar tudung adalah bagi memelihara
kehormatan mereka?.Mengangkat martabat mereka?.Memelihara maruah
mereka?.Juga supaya mereka dikenal sebagai wanita yang
baik-baik.Mengapa?.Anda tidak suka menjadi baik?.Tidak mengapa..
Barangkali
anda lebih takutkan manusia daripada yang maha Esa.Barangkali hipokrit
didepan Allah SWT lebih senang daripada hipokrit dihadapan
manusia.Barangkali takut anda kepadaNya hanya perlu dikala susah sahaja.
soalan saya inikah alasannya bagi mereka yang mengatakan tidak semua wanita freehair diluar sana itu JAHAT?
JAHAT
bukan hanya dilihat sesama manusia tetapi juga pada Allah! Adakah anda
cukup uuntuk dikatakan tidak jahat sekiranya syarat untuk jadi tidak
jahat itu lebih diutamakan pada kepentingn manusia berbanding
kepentingan serta hak Yang Maha Kuasa?.Fikir2 kanlah..
Tidak
payah lihat jauh,lihat saja disekeliling kita berapa ramai yang masih
tidak memakai tudung yang betul2 cukup syaratnya,bagaimana pula dengan
pakaiannya..solekannya??Cuba anda tanya mereka,mereka sedar tak apa yang
menjadi perhiasan mereka itu kadang kala boleh menjadikan mereka
Tabarruj?
Saya tidak terkejut jika mereka menjawab,"
eh..,yeke,bukan dah ok ke ni..saya tengok akak2 saya even mama ssaya pon
pakai macam ni,kawan saya..tak de hal la,ok la ni dah tutup semua la
ni….and Tabarruj tu apa?… bla bla bla”
@" kita masih muda..time muda nila kita boleh cuba segala benda..esok dah tua orang kata buang tabiat pula.. ”
Mungkin
juga pada yang datang dari kelas sedikit berada akan berkata," relax
la…kalau macam ni la pemikiran bangsa kita,macamana kita nak maju…tengok
negara barat tu walaupun diaorang bukan islam tapi macamana diaorang
boleh berjaya? ”Dan tak mustahil anda akan terkedu disitu jika anda
tidak mempunyai persiapan mempertahankan benteng keimanan anda.
Cuba
anda fikirkan dimana silapnya?.Nak disalahkan didikan..rasanya setiap
pelajar telah diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran agama islam
sewaktu mereka disekolah!malah ada ibu bapa yang telah mula menghantar
anak mereka ke sekolah agama dissamping sekolah kebangsaan,bagi
menyiapkan diri mereka sepenuhnya sebelum menempuh alam dewasa.Tapi mana
perginya nilai2 yang telah mereka pelajari disekolah dulu ??Adakah
belajar setakat belajar hanya untuk satu gred tambahan ‘A’.Terjamin
hidup anda dunia akhirat hanya dengan sederet bilangan A anda disehelai
kertas yang kononnya menggambarkan andalah yang terhebat??
Maka
tidak hairan jika ada dikalangan pelajar kita pada hari ini yang cukup
baik, punya latar belakang baik,datang dari keluarga yang elok2,sekolah
agama ,kebangsaan,menengah semua cukup…dengan matapeljaran agamanya yang
lengkap serba A tidak pernah tidak dengan alasan ianya pelajaran yang
mudah lulus! YA ! memang Islam itu mudah . Allah tidak akan memmbebankan
umatnya dengan satu bebanan yang tidak mampu ditanggung hambanya.Namun
mengapa ada diantara mereka yang maasih lagi ddengan mudah
menggelincirkan diri mereka pada sesuatu yang mungkar??Islam payah
??cerewet?? maka timbul pula yang mengatakan jadi jahat lagi mudah
daripada jadi baik.
Tidakkah anda takut
dengan azab Allah ??Nauzubillah!Saya juga manusia biasa .Saya ada
perasaan.Kadang kala saya merasa geram,tapi jauh disudut hati saya
sangat sedih..lebih2 lagi jika mereka adalah orang terdekat @seseorang
yang saya kenali.Sedih ,ye saya sedih!,kerna saya tahu apa balasannya
kelak diakhirat dan saya kuatir jika mereka berbuat begitu kerna mereka
tidak tahu atau buat2 tidak tahu.Maka terdetik disini saya mahu
memperingatkan kembali. Saya tahu manusia juga mudah lupa dan sering
leka.
Katahuilah para muslimah
bahawasanya saya peduli tentangmu.Ketahuilah bahawa hati saya tidak
sennang dengan melihat aurat kaum saya , yang cuba dipertahankan
lain,sewenang2nya diberikan pada mereka yang tiada hak keatasnya.Kerna
jika saya tidak menegur , mungkin saya juga turut dipertanggungjawabkan
kelak!.
“Katakanlah
kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan
kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali
kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara
lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau
putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau
budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu
sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu
beruntung.” (An-Nur:31).
Ketahuilah
sebab mengapa kaum ini punya harganya.Ketahuilah dari mana harga itu
ddiletakkan.Ketahuilah ajal maut ditangan Tuhan.Ia boleh menjemput bila2
masa.Jika dibilang masa yang masih panjang,fikirlah adakah ia ditangan
anda?.Fikirlah siapa yang bakal mendoakan anda kelak jika anda tidak
menjaga perilaku sejak sekarang kerna berkemungkinan besar anak2 kita
kelak akan mewarisi perlakuan kita atau mungkin lebih baik mahupun
sebaliknya.Bak kata pepatah bapa borek anak rintik…tetapi jangan lupa
bapa datng selepas 3kali kepentingan si ibunya.. =)
wassalam.
p/s : nasihat ini hadir kerana kami prihatin!
http://ainulfarahinlife.blogspot.com/2011/05/apa-itu-aurat-di-mata-wanita-kini.html
Comments
Post a Comment