Cikgu Shida | Motivasinya, buat apa pun, biar bersungguh!

Orang kata, kalau kita suka korek hidung, make sure kita gilap kesukaan kita itu sampai berjaya, sukses. Kalau dikumpul taik hidung tu sampai muat satu lori 3 tan, tak ke femes masuk Guiness Book of World Record, atau masuk Ripley's atau at least masuk Majalah Tiga. That's the basic success in life.

Effort.

Aku rasa begitu saja iktibar yang boleh kita ambil dari kisah cikgu shida. Pagi tadi ketika memandu ke ofis (sekarang ni kat ofis), aku dengar hot fm. Cikgu Shida masuk konti siol. Mungkin dah ikat kontrak dengan media prima, mungkin. Tapi, cara dia layan soalan para pendengar kira not bad for a beginner. 

Aku rasa dia pernah jenguk komen aku kat blog ni berkenaan video dia, aku rasalah (perasan). Cuma di post aku itu aku beri dua sisi pandangan, positif dan negatif. Dalam dunia ni, positif negatif tu macam aur dan tebing. Seperti bumi yang ada dua kutub, manusia pun macam tu. Bila Leman, 25, duk bayangkan keindahan Aishwarya Rai, dia duk nampak benda positif saja pada perempuan itu. Tetapi kalau betul Leman kahwin dengan Aishwarya Rai, Leman akan dapat gadis itu satu pakej. Positif dan negatif.

Bila realiti bini dia jauh lari dari imaginasi sebelum ini, Leman akan mula gelabah.

Muka cantik tapi sendawa dan kentut bunyi serupa. Mana nak letak muka wei kalau bini sendawa macam petir depan mak bapak atau kawan-kawan?

Dalam keghairahan cikgu Shida melempiaskan kegemaran beliau dia laman youtube, aku nampak dia punya positif dan negatif dia, dan aku nampak dua benda itu seimbang. Well, orang putih kata, we cannot make all people to like us. Yang bengkek pasti ada, samada sebab cemburu atau memang atas dasar morality concern.

So, guys, dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita buat, even pada pandangan orang perkara itu amat jelek, kalau kita percaya pada diri sendiri, put the best effort on it. It worth your life than doing nothing.Or, rather than people who do nothing except complaining.

Orang yang suka komplen itu biarlah dia dengan kerja dia, dah memang itu kegemaran dia. Malah, bila dia selalu komplen, dia akan jadi hebat dalam acara pengomplenan. Nanti-nanti dia boleh sertai mana-mana parti politik (especially pembangkang, I mean positive arguments), atau jadi pengkritik bola, atau at least jadi jaguh dia kedai kopi.

So, let them with their hobbies, kita go on dengan kita punya hobi.

Penghalang pada kejayaan bukan salah pilih bidang, tetapi sikap (attitude). Minat kartun tu tak salah. Minat baju perempuan tu tak salah. Minat tulis blog pun tak salah. Yang penting, how to upgrade your hobby into a money generating machine, that's the required skill. Dan satu 'penyakit sikap' yang akan menghalang semua kejayaan kita tadi ialah malas. Malas adalah satu bentuk nilai yang kita tak boleh nak develop untuk jadi x-faktor, untuk commercialize buat duit. Malaslah yang buat hobi/kegemaran kita tak berkembang ke tahap buat duit.

Aku tengok ramai budak-budak kita duk pamer aksi di youtube, aku tak boleh nak bagi contoh sebab takut salah. Kat ofis ni youtube kena blok. Baik punya blok. Jadi tak mustahil akan ramai lagi penghibur underground yang lahir dari free-based-talent-show website seperti youtube, blogger, etc. Dekat 2 minit juga aku fikir sebelum aku bubuh 'etc' kat situ sebab memang otak kena blogger's block. haha. So, apa lagi platform kat internet ni korang usha la sendiri.

Kita dah ada Ana Rafali. Cikgu Shida. Selepas ini siapa lagi akan muncul? Mungkin sebagai pelawak, atau pengacara? We will wait and see.

Related links:

Blog cikgu Shida - Gila panjang address dia.
Cikgu Shida buka tudung - Dahlia's Journal.
Youtube - kembangkan bakat korang di sini.


http://www.kubakoya.com/2011/03/cikgu-shida-motivasinya-buat-apa-pun.html

Comments

Popular posts from this blog