Malaikat takkan masuk rumah korang bila.....

23 February 2011
Assalamualaykum...

Wahai pembaca yang budiman, Pernah tak korang rasa tension je, duduk kat rumah pun tak rasa tenteram? Kenapa? Bukan ke sepatutnya kita merasa tenang di rumah kita sendiri? Aku nak tekankan kat sini teknik2 utk bagi malaikat dekat ngan umah korang, masuk umah korang... Kenapa perlu malaikat masuk? kalau malaikat tak masuk, sape yang akan masuk? Kalau masuk jugak? Sape yang akan masuk, sape yang akan tak masuk?  Uish.. Semangatnya korang baca.. Dah kompem la syaitan.. Bila syaitan masuk.. Ape jadi? Jadilah bermacam2 perkara yang tak diingini.... So, check it out, ape yang perlu korang buat utk menjemput kembali malaikat yang dah lame tawar hati nak singgah umah korang...



GAMBAR
RasululLah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya para malaikat tidak memasuki rumah yang terdapat di dalamnya PATUNG atau GAMBAR.

Gambar ni hanya merangkumi gambar yang dipamerkan. Kalau dalam laptop, hp, album, magazine, tak  termasuk.. Yang termasuk dlm hadith diatas adalah gambar yang digantung..

N biasalah, bila sebut je hadith ni... ramai yang tanye, 'Eh takkan gambar pun tak boleh, kenangan family tu.. lagi2 gambar kenangan time nikah, sayang ah.. Dah la haritu, posing sakan, paling cun dr sume org, takkan tak leh kot gantung, esok anak cucu nak tengok..



Ada jugak yang tanya, 'Kalau gambar Tok Wan ke, tak boleh ke, nak letak kat dinding tu besaq2, esok cucu cicit kenai sikit kat Tok Wan die...'

Ok... Gambar Tok Wan eh.. Hurmm.... Cuba korang tengok surah 71:23

Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd, dan jangan pula Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr".

Korang tau tak sape Wadd, Suwaa, Yaghuts, Yauq n Nasr ni?


Sebenarnya Bukhari meriwayatkan yang Wadd, Suwaa, Yaghuts, Ya'uq dan Nasr ni adalah orang alim di zaman nabi Nuh  dulu.. Bila dorang meninggal, gambar besar dibuatkan kerana tujuan yang baik, takut pegangan dorang lemah, supaya orang alim ni diingati, tapi bila dah berlalu zaman ke zaman, gambar tu diubahsuai kepada patung supaya benda tu tahan lama, hingga ke cicit, piut ape sume.. Bila muncul pulak generasi baru ni, yang tak tahu asal kejadian patung ni, dorang buat patung ni sebagai pujaan, sembahan, maka bermulalah sejarah penyembahan berhala, tuhan yang lain selain daripada Allah SWT.. Nampak tak pengaruh gambar ni? Mula2 memang tujuan korang baik, tapi zaman selepas kita siapa tahu kan?


Pada suatu hari, Jibril minta izin Nabi s.a.w, beliau berkata: Masuklah. Kata Jibril:
Bagaimana saya akan masuk sedangkan dalam rumah kamu ada langsir yang bergambar? Maka jika kamu potong kepala-kepalanya, atau kamu jadikan hamparan yang dipijak (barulah Jibril akan masuk). Kerana sesungguhnya para malaikat – tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada gambar-gambar.”





So sekarang ni, adakah kita masih nak menegaskan apa yang kita buat sedangkan dalil sahih dah ada...? Tepuk dada, tanya Iman...:)http://themeera9ty.blogspot.com/2011/02/malaikat-takkan-masuk-rumah-korang-bila.html

Comments

Popular posts from this blog