Mengapa manusia dicipta~



Suatu petang~


Suatu petang ana berjalan sendirian,kadang kala kita perlu bersendirian untuk muhasabah diri sendiri bukan untuk melayan perasaan tapi untuk menguatkan lagi semangat kita untuk hidup.
Tiba-tiba terlintas di fikiran ana, tujuan manusia hidup di dunia memang untuk diuji. "Allah nak uji ana rupanya,nak tengok ana kuat hadapi dugaan-dugaan yang ana terima,seterusnya nak uji keimanan ana"."SubhanaAllah,kenapa sekarang baru ana sedar." Mulai dari petang itu,fikiran ana memang sentiasa ingat hidup manusia memang untuk diuji untuk pembalasan di akhirat nanti. Barulah ana yakin,ana tidak layak langsung untuk mengeluh dan mencemuh apa-apa yang terjadi.Walaupun kadang-kadang ana lupa,tapi bila teringat tujuan manusia dicipta,barulah ana mendapat kekuatan kembali. SubhanaAllah,ana bersyukur kepadaMu atas penghayatan yang telah Engkau berikan. Seterusnya memberi minat pada ana untuk mengkaji tentang asal usul manusia dicipta..Terima kasih Ya Allah!

Tujuan manusia diciptakan?


"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." - Surah Al-Baqarah: Ayat 30


Bukan kita tidak tahu semuanya ada dalam al-Quran,tapi kita kurang penghayatan tentang makna tersirat yang ada dalamnya. Dalam ayat ni,Allah hendak menjadikan manusia khalifah. 
Allah juga nak memberi kita nikmat syurga pada hambaNya yang inginkan syurga. Tapi kenapa masih ada manusia termasuk ana memandang remeh tentang khalifah(menjadi hamba Allah yang betul taat pada suruhanNya).



Ana teringat dulu ana mempersoalkan dalam hati "Kenapa ya Allah ciptakan khinzir sedangkan khinzir menjadi haram" Astaghfirullah..ampunkanlah dosa ana..Ana pernah tanyakan pada ibu ana,tapi ibu ana hanya tersenyum,mungkin ana tanya soalan yang pelik.Tapi Alhamdulillah sekarang ana sudah mendapat jawapan untuk semua itu. Ana membuat tanggapan sekarang Allah ciptakan semua benda hidup untuk kita mentaati perintahNya atau tak. Kalau kita tahu khinzir itu haram,maka ikutlah perintah Allah iaitu haram untuk dimakan.Terima Kasih Ya Allah memberikan jawapan ini kepada ana!=)

Terdetik di fikiran ana,adakah kita benar-benar menepati tujuan kita hidup.
kenapa masih ada manusia yang leka. " Ya Allah ssesungguhnya ana tidak mahu menjadi manusia yang leka,begitu juga dengan keluarga,sahabat-sahabat ana,ana tidak ingin mereka leka"="(


Ana terjumpa lagi ayat lain:



"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." -Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56


SubhanaAllah,sudah terang-terangan Allah menciptakan manusia untuk menyembahNya.
Tapi mengapa masih ada manusia yang sombong?Ana sendiri jadi malu dengan Allah. Apakah manusia sudah lupa asal usul manusia dicipta. Allah  jualah yang mencipta. Pada saat ini ana terfikir,ana sepatutnya mendekatiNya. Ana menyeru pada-pada hambaNya yang lain juga. Ya,kita memang menyembah Allah,tapi adakah kita berusaha betul-betul untuk mendekatiNya? Kita seolah-olah tertipu dengan godaan syaitan dengan hidup di dunia ini. Seolah-olah kita hidup selama-lamanya di dunia ini.


‎"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)"(Surah Al-'Ankabut:64)


Manusia suka mengeluh

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir." (Surah Al-Ma'aarij:19)


Aduhai manusia,suka mengeluh apabila ditimpa bermacam-macam walhal memang itu tujuan kita hidup. Peringatan buat ana dan sahabat-sahabat untuk menyedari memang itu tujuan hidup kita di dunia. Segala kesabaran dan usaha amalan kita untuk dibekalkan di alam lain kelak.


Pesanan ana~


Sentiasalah kita bersabar setiap dugaan yang melanda kehidupan. Sememangnya kita tidak layak langsung untuk mengeluh pada ketentuan yang ditetapkan olehNya. Mungkin kalian biasa mendengar pesanan ini. Tapi ana nak kita semua lihat dengan mata hati. Apa guna syurga dan neraka?Inilah jawapannya untuk mereka yang berjaya menghadapi ujian Allah. SubhanaAllah tidakkah kalian semua merasakan bertapa hebat dan adilnya Allah Yang Maha Esa?
Jadi,apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Ayuhlah sahabat-sahabat ana fikirkan alam akhirat,pentingkan alam akhirat dulu. InshaAllah,alam dunia kita dapat tanggungjawab kita dan sentiasa ikhlas bila semuanya kerana Allah. 
Peringatan buat ana dan semua dunia hanyalah sementara. Janganlah kita terlalu leka mengejar keduniaan sehingga kita lupa pada hari akhirat kelak.
Ayuhlah sama-sama kita baiki kelemahan kita untuk terus mencari keredhaan Illahi.
Yang ana harapkan kita sama-sama dapat mengecapi alam syurga kelak.Amin..
Ana yakin banyak yang harus kita pelajari untuk jadikan Islam sebagai cara hidup.


Ya Allah,bantulah kami semua agar kami tidak tersesat dan tertipu dengan godaan syaitan....
Berikanlah kami semua kesudahan yang baik..
Amin Ya Rabbul Alamin...=)


Maaf sekiranya tersalah bicara..


Sebagai penutup hayatilah video ini...=)







Salam..http://iaminspired90.blogspot.com/2011/01/mengapa-manusia-dicipta.html

Comments

Popular posts from this blog