PANDANGAN DARI BLOG LAIN


SEBAB TAK BERTUDUNG MAKA TAK LAYAK MENYAMPAIKAN BENDA BAIK

Ya.. Betul Lekit memang tak bertudung, tidak menutup aurat dengan sempurna lagi. Diakui kekurangan dari sudut tu tapi dalam diri yang masih cuba mendalami ilmu agama apakah salah jika saya cuba berkongsi apa yang saya baca bersama biarpun diri di pandang tidak layak menegur. Apakah yang bertudung itu sudah sempurna?

Kes ni berlaku di FB ok.. Dimana sekarang ni ramai yang suka tag ramalan tarikh lahir.. Yang bercerita tentang perwatakkan diri berdasarkan bulan kelahiran tak kira dari sudut peribadi, percintaan & pelbagai la. Dulu Sang Lekit juga jahil dalam soal ni. Pernah juga seronok membaca walaupun tak mengambil 100% apa yang di tulis itu benar. Tapi hasil pembacaan Sang Lekit ia haram di percayai & berdosa jika membaca walau sekadar suka - suka. Jadi Sang Lekit berkongsi la ilmu yang seciput ni dengan yang lain malangnya.. Terasa diri umpama tidak layak pula bercakap benda baik sebab tidak cukup sempurna sebagai muslimah untuk memperbetulkan kesilapan orang lain.

Dari kata - kata yang selembut kapas menyatakan dalam ayat macam ni "semua orang ada dosa n pahala..dosa besaq..dosa kecik...so x yah gaduh...semua orang x perfect...kalau dah tau berdosa..jngn hanya amalkan yang ini..suluhkan...cerminkan diri kita.sama ada kita telah... ikut suruhanNYA

DENGAN BETUL ATAU X.ok x salah memberitahu..terima seadanya....ttapi rasanya..betul ckp AST...hanya sekadar membaca..terpulang pada akal kita yng waras..jika membaca pun tidak boleh....macam mana kita nak tahu.." buat sang Lekit sedikit terasa sebab niat Sang Lekit cuma berkongsi info mungkin ada di antara kita yang masih tidak tahu, kan??


Bukan Sang Lekit berniat untuk tekankan isu tu sahaja tapi pasal hukum - hukum lain di ketepikan, tapi masalahnya sekarang kita sedang bercakap tentang isu tu so pendapat, pandangan & info pun hanya berkaitan dengan benda yang di sebut la. Takkan la kita sedang belajar subject matematik tiba - tiba bincang subject pendidikan moral. Kan dah lari tajuk.Macam tu la perumpamaannya. Biarpun diri ini serba jahil tapi Lekit tak berani la pulak menolak hukum atau menidakkan apa yang benar. Dari pembacaan & ceramah Ustaz Kazim yang pernah Lekit dengar macam tu la hukumnya.. Membaca ramalan seumpama itu memang berdosa & haram mempercayainya.


Mungkin info yang cuba Sang Lekit kongsikan dengan mereka di pandang remeh sebab mereka menilai Sang Lekit ni sebagai tidak layak, Tapi mereka yang kononnya dengan imej muslim & muslimah tu kalau betul sempurna sangat takkan la tak tahu pasal benda ni, kan?? Tak kira siapapun yang memberi ilmu, kalau ia benar & membawa kebaikan bagi Sang Lekit tak salah kita untuk belajar.

Comments

Popular posts from this blog