perempuan seksi..lelaki terseksa!

Sukakan kecantikan sememangnya lumrah manusia. Lelaki mana tak suka perempuan cantik? Tambahan pula, setiap manusia dikurniakan gharizatun-nau' (naluri seksual/berkasih-sayang). Cuma kita perlu tahu, bagaimanakah cara yang betul untuk memuaskan naluri tersebut.

Sebut saja tentang seksual, segar-bugarlah mata kaum Adam. Mula-mula mengantuk, tapi bila belajar bab pembiakan, segar-bugar mata kaum Adam ni. Itu baru belajar tentang pembiakan, belum lagi melihat sendiri depan mata. Lihat apa? Faham-fahamlah...

Sebenarnya, 'kesukaan' kaum lelaki ini sememangnya mengundang bahaya sekiranya tiada kawalan. Melihat realiti hari ini, keadaan bukan sahaja tidak dikawal, malah sebilangan besar kaum hawa cukup suka untuk menayang aset-aset mereka untuk tatapan kaum lelaki. Siapa yang sering diperhatikan oleh kaum lelaki, dialah perempuan yang 'hot' mengikut kepala otak kaum Barat.

Memang kaum lelaki yang tidak sejenis dengan Azwan Ismail akan terangsang dengan serangan-serangan mata ini! Dari mata, turun ke hati. Bila tengok macam-macam yang ditayang, jiwa kaum lelaki ini mula bergelora dan bergelojak. Gharizatun-nau' kaum lelaki yang tidak sejenis dengan Azwan Ismail ini meronta-ronta supaya pemuasan dilakukan.

Inilah penyeksaan batin yang amat perit bagi kaum lelaki. Jika luka di tangan nampak darah, seksanya batin lelaki siapa yang nampak? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Masakan tidak, badan yang ramping disarung dengan baju dan seluar yang ketat lagi sendat. Tidak cukup dengan pakaian ketat, tali coli pula sengaja ditayang. Boleh tahu warna apa. Merah jambu? Hitam? Ungu? Jelas kelihatan. Seluar dalam juga bagaikan sengaja ditayang. Boleh tahu juga jenis apa seluar dalam mereka. Mungkin para pembaca lebih arif seluar dalam yang macam mana mereka suka sangat nak tayang.

Buat apa aset-aset mereka ditayang dengan bangga untuk tatapan umum? Ya, memang dengan bangga. Kalau tak bangga, apa rasionalnya menayang buah dada yang besar dengan memakai baju ketat? Yang bertudung pun ikut sama nak tayang. Elok-elok tudung tu menutup dada, diselempang pula tudung tu, supaya buah dada tu ditayang dengan penuh kemegahan.

Cukup-cukuplah menyeksa kaum lelaki. Sedarlah, nafsu seksual lelaki amat berbahaya sekiranya ia tidak disalurkan dengan jalan yang halal. Kalau nak berseksi-seksi pun, seksilah dengan suami sahaja. Bahkan, kalau tak nak pakai apa-apa 24jam depan suami pun boleh. Kerana ia telah dihalalkan oleh Allah SWT.

Janganlah terus menyeksa kaum lelaki. Tutuplah aurat. Ketahuilah, seluruh anggota badan perempuan berpotensi untuk menaikkan ghairah kaum lelaki, termasuk rambut, lengan, leher, hatta kaki sekalipun. Sayangilah diri anda, kasihanilah kaum lelaki. Hentikan penyeksaan ini. Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki!

Comments

Popular posts from this blog