Skip to main content

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Alhamdullillah,kerana Allah masih lagi bagi aku kesempatan utnuk aku menulis.Minggu-minggu ini aku amat sibuk.Seusai aku menyertai Program Lawatan ke Melaka dan Program ProSTAR,yang bertemakan Remaja Hebat.Memang penat,namun pada aku..amat berbaloi kerana aku berpeluang mengenali sahabat dan sahibbah dari setiap KM dan KPM.Cuma aku amat terkilan apabila mengetahui bahwa kami,yakni pelajar KPM hanyalah trial atau percubaan.rasa terkilan itu menghantui aku di mana-mana.Azamku,akan aku ubah persepsi itu..!insyaAllah…
Okeylah,topik yang ingin aku bentangkan pada kali ini ialah berkaitan wanita.Wanita??
Wanita merupakan insan yang penuh dengan kelembutan,bila mana seseorang yang benar-benar wanita itu akan membuat aku memilih untuk memujanya.Wanita juga insan yang memerlukan bimbingan dari seorang lelaki.Konteks lelaki yang dimaksudkan ialah seorang ayah,seorang suami,seorang anak dan seorang pemimpin.
Secara peribadinya,aku menggagumi wanita.namun,kekaguman aku terhadap wanita ini hanyalah insan yang tertentu saja.Wanita yang mempunyai segala ciri-ciri yang aku idamkan.Chewaah!!!
  • Wanita yang mempunyai rasa malu
Sesngguhnya aku mencari malu yang ada pada wanita,bukanlah kerana kecantikannya.Jika kecantikan diukur dengan level Malu,nescaya pastinya perasaan malu itu yang lebih penting.Secara nuraninya,jika dunia berpaksiakn kecantikan semata-mata.Percayalah hai adam,kita tidak akan pernah puas dengan kecantikan wanita.Malu yang ada pada wanita itu yang dicari,tetapi harus diingat.Tak salah perigi mencari timba.gunakan orang tengah..
  • Wanita yang mempunyai ketegasan terhadap dirinya.
Ketegasan itu teramat penting.Namun ketegasan itu tidak bermakna bahawa wanita itu mestilah seorang yang ‘ganas’.Pada aku ketegasan itu sebagai benteng yang akan melindungi wanita itu dari mana-mana lelaki yang berniat jahat.Apa yang aku risaukan adalah apabila seseorang wanita sudah benar-benar jatuh cinta,maka apa pun sanggup dikorbankan untuk membuktikan ‘cinta sejati’ itu.Bukan bermaksud aku menuding jari pada wanita,cuma sikap wanita itu sendiri.semoga akan lahir wanita yang tegas menolak cinta lelaki durjana,mendamba cinta lelaki sejati.
  • wanita yang menghormati ibu bapanya
Mestilah yang hormatkan ibu bapanya.Kalau tak hormat ibu bapa,bagaimana ya dia mahu hormat suaminya?Jadilah,pilihlah insan wanita yang taat pada ibu bapanya.Ada impak yang tersendiri juga ya.Apabila si ibu mempunyai sifat hormatkan ibu dan bapa,maka secara tak langsung anak kepada sang ibu juga akan menghormati ibu dan bapanya juga.Bonus percuma tu!!
  • Wanita yang benar cintakan agamanya
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.JAdi,yang mana pilihan hati.
Talunkan kerinduan seindahnya,maka cintakan dia seadanya.InsyaAllah..

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإذَا خَرَجَتْ اِسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ
Wanita itu aurat maka bila ia keluar rumah syaitan menyambutnya.” (HR. At-Tirmidzi no. 1183, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Irwaul Ghalil no. 273, dan Asy-Syaikh Muqbil dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36), Nasehat bagi wanita baca selanjutnya.
Saudariku muslimah…
Telah termaktub dalam Al Qur’an, ayat yang berbunyi :
وَقَرْنَ فِي بُيُوْتِكُنَّ
Dan tetaplah kalian tinggal di rumah-rumah kalian.”
Perintah untuk berdiam di dalam rumah ini datang dari Dzat Yang Maha Memiliki Hikmah, Dzat yang lebih tahu tentang perkara yang memberikan maslahat (kebaikan) bagi hamba-hamba-Nya. Ketika Dia menetapkan wanita harus berdiam dan tinggal di rumahnya, Dia sama sekali tidak berbuat zalim kepada wanita, bahkan ketetapan-Nya itu sebagai tanda akan kasih sayang-Nya kepada hamba-Nya.
Saudariku muslimah…
Walaupun syariat menetapkan engkau harus tinggal di rumahmu, namun bila ada kepentingan darurat, dibolehkan bagimu keluar rumah dengan memperhatikan adab-adab berikut ini:
- Kenakanlah hijabmu yang syar’i.1
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِيْنَ يُدْنِيْنَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلاَبِيْبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ
Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu dan putri-putrimu serta wanita-wanitanya kaum mukminin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka di atas tubuh mereka. Yang demikian itu lebih pantas bagi mereka untuk dikenali (sebagai wanita merdeka dan wanita baik-baik) sehingga mereka tidak diganggu…” (Al-Ahzab: 59)
- Hindari memakai wangi-wangian karena Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ. وَالْمَرْأَةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا
Setiap mata itu berzina. Bila seorang wanita memakai wewangian kemudian ia melewati majelis laki-laki (yang bukan mahramnya) maka wanita itu begini dan begitu.” (HR. At-Tirmidzi no. 2937, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi, no. 2237)
Dalam riwayat Ahmad (4/414):
أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِقَوْمٍ لِيَجِدُوْا رِيْحَهَا فَهيِ َ زَانِيَةٌ
Wanita mana saja yang memakai wangi-wangian, kemudian ia melewati satu kaum agar mereka mencium wanginya, maka wanita itu pezina.” (Dihasankan oleh Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’us Shahih, 4/311)
- Ketika berjalan, janganlah menggesek-gesekkan sandal/sepatumu dengan sengaja dan jangan pula menghentak-hentakkan kakimu agar terdengar suara gelang kaki yang engkau kenakan, karena Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّ
Dan janganlah mereka (para wanita) memukulkan kaki-kaki mereka ketika berjalan agar diketahui apa yang disembunyikan dari perhiasan mereka.” (An-Nur: 31)
- Jangan pula engkau berlenggak lenggok ketika berjalan sehingga mengundang pandangan lelaki sementara Rasulmu Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mulia telah mengabarkan:
الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإذَا خَرَجَتْ اِسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ
Wanita itu aurat maka bila ia keluar rumah syaitan menyambutnya.” (HR. At-Tirmidzi no. 1183, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Irwaul Ghalil no. 273, dan Asy-Syaikh Muqbil dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36)
Setan menjadikan pandangan lelaki tertuju kepada si wanita, menghias-hiasi dan mempercantiknya dalam pandangan lelaki sehingga mereka terfitnah dengan wanita tersebut.2
- Apabila engkau berjalan bersama saudaramu ataupun temanmu sesama wanita sementara di sana ada lelaki, maka tahanlah untuk berbicara, bukan karena suara wanita itu aurat namun karena kekhawatiran lelaki akan terfitnah ketika mendengar suara wanita. Bila terpaksa berbicara dengan lelaki (yang bukan mahrammu), berbicaralah dengan wajar tanpa mendayu-dayu dan melembut-lembutkan suaramu. Demikianlah yang Allah Subhanahu wa Ta’ala perintahkan dalam firman-Nya:
فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوْفًا
Maka janganlah kalian melembut-lembutkan suara3 ketika berbicara sehingga berkeinginan jeleklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Al-Ahzab: 32)
- Apabila engkau telah menikah, minta izinlah kepada suamimu ketika keluar rumah sampaipun engkau hendak keluar untuk shalat di masjid, sebagaimana diisyaratkan permintaan izin ini dalam sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
إِذَا اسْتَأْذَنَتِ امْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعْهَا
Apabila istri salah seorang dari kalian minta izin ke masjid maka janganlah ia melarangnya.” (HR. Al-Bukhari no. 873 dan Muslim no. 442)
- Bila jarak perjalanan yang ditempuh adalah jarak safar maka engkau harus didampingi mahrammu karena Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
وَلاَ تُسَافِرِ الْمَرْأَةُ إِلاَّ مَعَ ذِيْ مَحْرَمٍ
Tidak boleh seorang wanita safar kecuali bersama mahramnya.” (HR. Muslim no. 1341)
- Hindarilah dari berdesak-desakan dengan lelaki
- Berhiaslah dengan rasa malu
- Tundukkanlah pandangan matamu, jangan melemparkannya ke kiri dan ke kanan kecuali bila ada kebutuhan, karena Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ
Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminat: Hendaklah mereka menundukkan pandangan-pandangan mereka…” (An-Nur: 31)
Saudariku muslimah…
Demikianlah beberapa adab Islami yang sepatutnya engkau pegangi saat keluar dari rumahmu, sungguh kemuliaan kan kau raih bila senantiasa berpegang dengan adab yang diajarkan agamamu. Sebaliknya kehinaan kan kau terima ketika ajaran agamamu engkau tinggalkan jauh di belakang punggungmu. Semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk selalu mengikuti kebenaran dan berpegang teguh dengannya sampai tiba saatnya pertemuan dengan Allah. Amin… Wallahu a’lam bish-shawab.
1Lihat pembahasan tentang hijab dalam rubrik Wanita dalam Sorotan, Asy-Syariah/lembar Sakinah no. 08/1425 H/2004
2 Tuhfatul Ahwadzi , 4/283
3 Berbicara dengan mendayu-dayu sehingga membangkitkan syahwat lelaki yang mendengarnya sebagaimana seorang istri berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Katsir , 3/491)
Dikutip dari http:darussalaf.ci.id Penulis : Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah Judul: Adab Keluar Rumah
Sudah hampir setahun aku memakai tudung. Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:
“Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?”.
“Apa mimpi kau bertudung?”

“Baguslah kau dah insaf, macam poyo!”.

“Macam baik sangat pakai tudung.”.

“Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung”.

“Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?”
Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
“Baru MASUK ISLAM ke kak?”.
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.
Peristiwa Pertama Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap, memandang ke luar. Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit. Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye? Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?

Hampir sejam aku memikirkan jawapannya. Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku. Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.

“..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.”
(Ali -Imran:173-174)
Peristiwa Kedua Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda, yang lebih muda dariku, meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati). Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur, pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.
Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya. Aku melihat, ibubapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak. Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah. Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini. Diriku tidak sempurna mana, kerana aku insan biasa, yang punya kelemahan, yang punya kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri. Dekatkanlah diri dengan penciptamu, kerana di situ ketenanganmu. Peganglah pada tali yang satu, tali agamamu, kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung. Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.


*Sumber: Dipetik Daripada Blog Penulis



“Adik, jom mandi,” saya memujuk Solehah. Seperti biasa, Solehah menggeleng kepala. Bibir merahnya dicebekkan tanda tidak suka. Saya faham, dia keberatan. Saya merapati Solehah. Cebekannya semakin ketara.
“Ala..mandi ya. Nanti Solehah bersih, wangi, cantik..” saya memujuk lagi beserta kata-kata pujian. Tapi, Solehah tetap bertahan. Tidak berganjak dari tempat duduknya. Bila-bila masa sahaja, riak ‘mendung’ di wajahnya bakal menurunkan hujan air mata.
Melihat itu, saya diam sebentar. Memikir-mikir cara lain yang boleh diguna untuk melembutkan hatinya. Tanpa begitu memaksa.
Oh! Ya! Saya teringat sesuatu di minda.

UMPAN
“Solehah mandi ya. Lepas mandi Ummi beri gula-gula.” Kali ini, saya memujuk dengan sedikit ‘imbuhan’ sebagai ‘umpan’. Jika tidak, tentu semakin sukar pujukan saya.
Mendengar perkataan gula-gula, wajah murungnya berubah ceria. Solehah bingkas bangun tanpa dipaksa. Saya pula yang menggeleng kepala melihat telatahnya.
Begitulah kebiasaan yang berlaku setiap kali saya mengajak Solehah mandi. Jika tidak diumpan dengan gula-gula atau makanan lain yang digemarinya, ajakan saya sukar berjaya.
Padanya, mandi bukan satu aktiviti yang menyeronokkan. Ditambah pula dalam cuaca dingin seperti ini, walaupun pemanas elektrik telah dihidupkan, kesejukan selepas ke bilik air, boleh menggigil seluruh badan.
“Ha..kan dah cantik..wangi lagi,” saya memuji Solehah sebaik selesai menyisir rambutnya yang halus.
“Adik cantik,” Solehah mengulangi pujian kepada dirinya. Saya tersenyum.
Sejurus, saya dan Solehah turun ke ruang tamu. Janji perlu ditepati, kata harus dikota. Tiga biji gula-gula pelbagai rasa saya berikan kepadanya. Solehah tertawa gembira sambil memeluk anak patung kesayangannya.
TENTANG HATI
Saya melirik jam di dinding. Masih berbaki lebih kurang sejam sebelum anak-anak pulang.
Sementara Solehah, masih leka bermain anak patung dan kereta. Lalu, kesempatan yang ada saya gunakan untuk menjengah ke ruangan komentar di blog ummuhusna99 dan akaun Facebook saya. Masih banyak komentar dari pengunjung dan mesej daripada beberapa kenalan yang belum saya jawab.
Sebaik membuka kotak pesanan Facebook, saya tertarik membaca satu pertanyaan dari seorang teman :
“Bagaimanakah selayaknya untuk seseorang itu bertindak bagi mengelak maksiat dalam hatinya, setelah segala amal-amal pencegahan seperti baca Al-Quran, zikir, solat malam telah dilakukan… namun hasilnya, maksiat masih membelenggu akal fikiran. Apakah caranya lagi, kak?
Moga perkongsian dari akak, dapat memberikan pencerahan kepada hati-hati yang ketagih ilmu.”
SUKARNYA MENJAGA HATI
Termenung seketika memikirkan persoalan darinya. Saya akui, menjaga hati sebagai ‘rumah’ bagi jasad luaran bukan suatu tugas yang mudah.
Syaitan dan iblis yang begitu konsisten dengan kerjayanya untuk menyesatkan manusia, sentiasa memiliki teknik dan taktik yang licik dan cerdik. Kekuatannya akan bertambah dengan bantuan dan kerjasama nafsu ammarah yang selalu mengajak kepada keburukan dan kebinasaan.
Sungguhpun telah melakukan kebaikan dan amal soleh, tanpa pengawasan dan sikap berjaga-jaga seseorang itu dengan mudah boleh terjebak ke dalam perangkap dosa tanpa disedarinya. Dosa hati yang mengundang penyakit yang akan memusnahkan amalan. Penyakit riak, ‘ujub, sum’ah dan pelbagai lagi hasil tusukan halus jarum hasutan Syaitan laknatullah.
Lantaran itu, pada saya, hati yang sihat sempurna ialah hati yang dipenuhi oleh nilai ibadah yang benar iaitu melakukan setiap suruhan dan perintah hanya kerana Allah. Hati sebegini mampu memahami manfaat dan hikmah dari sesuatu perintah Allah. Tidak menambah atau menguranginya.
Mengerti dengan kesedaran yang amat dalam, bahawa perintah yang dilakukan bukan kerana menjalankan tanggungjawab sebagai hamba semata-mata, tetapi lebih dari itu, merasai ghairah dan kenikmatan dalam melaksanakan suruhan Yang Maha Esa.

BUKAN MINTA BALASAN

Menyebut tentang ini, saya teringat kepada perbualan bersama Kak Long dan Kak Ngah, usai solat berjamaah bersama.
“ Kak Long, Kak Ngah..Ummi nak tanya, kenapa Allah perintahkan kita solat, puasa, baca Quran, berzikir dan sebagainya?” saya bertanya.
“Allah suruh solat, puasa dan lain-lain sebab nak balasan ke ?” saya menambah tanya.
“Taklah, Ummi. Allah nak kita jadi orang baik la,” jawab Kak Ngah mendahului Kak Longnya.
“Kalau tak solat dan buat ibadat? Allah rugi ke?” sekali lagi saya mengasak anak-anak dengan soalan yang menguji minda mereka.
“Kitalah yang rugi, Ummi,” balas Kak Long pantas.
“Bagus..betul tu. Allah tak rugi apa-apa kalau manusia tak mahu beribadah dan taat kepada-Nya. Tetapi yang rugi adalah manusia sendiri. Allah sentiasa mendengar dan melihat, manusia sahaja yang menjauhkan diri dengan berbuat maksiat.
Kekuasaan Allah tidak bertambah sedikitpun walau semua manusia mengerjakan perintah-Nya. Dan kemuliaan Allah sebagai Tuhan sekelian alam tidak akan berkurang sedikit pun, walau seluruh manusia melakukan kemaksiatan kepada-Nya. Semua itu sama sekali tidak akan menambah apapun bagi Allah,” saya menjelaskan penuh keinsafan.
“Apa yang perlu kita faham, Allah perintahkan solat, puasa dan ibadah lain bukan sebagai balasan kepada apa yang telah diberi-Nya kepada kita, tetapi semua itu sebagai salah satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita,” saya menambah bicara.

MATANGKAN IBADAH

Memang benar, Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Kaya, dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya menawarkan manusia peluang untuk meraih redha dan maghfirah ( keampunan ) daripada-Nya.
Perintah dan gesaan agar manusia melaksanakan ibadah yang benar, bermujahadah ( bersungguh ) melawan nafsu yang membuat onar, bertaubat dari segala khilaf dan salah, tujuannya adalah supaya kelak kita kembali kepada-Nya bersama jiwa mutmainnah ( tenang ). Bersih dari noda dan dosa sebagaimana ketika lahirnya kita ke dunia.
Firman Allah SWT :
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةًفَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي
Maksudnya : “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.” ( Surah al Fajr ayat 27 – 30 )
Justeru itu, dalam usaha meraih hati yang sihat sempurna, antara perkara pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mematangkan ibadah yang dilakukan seharian. Matang, dalam ertikata tiada maksud dunia yang berselindung disebaliknya.
Solat wajib dan sunat yang didirikan bukan kerana inginkan kekayaan dan pangkat, sedekah yang dihulur bukan untuk meraih pujian masyarakat, puasa yang dilaksanakan bukan semata-mata kerana ingin cantik dan sihat, tetapi semua itu dilaksanakan adalah semata-mata ikhlas kerana Allah yang Maha Hebat.

UMPAMA ANAK KECIL

“La, dah tidur..” saya berkata tatkala menoleh kepada Solehah yang sudah pun melabuhkan tubuhnya ke sofa berhampiran. Tenang dan damai melihatnya.
Terimbas kembali kesukaran memandikan Solehah. Betapa kerdilnya saya untuk memahami bahawa setiap yang berlaku di hadapan mata sebenarnya adalah satu bentuk pendidikan dari Allah buat saya menilai diri.
Betapa anak yang masih kecil tidak memahami kebaikan dari mandi untuk kesihatan tubuh dan kebersihan diri, sehinggalah diumpan dengan gula-gula atau makanan kegemarannya, barulah dia mahu mengikut ajakan saya.
Begitulah perumpamaan ibadah yang belum matang. Laksana kanak-kanak yang memerlukan umpan!
Pelaksanaannya hanya kerana tertarik dengan maksud dunia yang ditawarkan di sebaliknya. Jika tiada, hilanglah kesungguhan dan keghairahan di dalam jiwa.
Oleh itu, amat penting untuk memastikan ibadah yang dibuat adalah didasari ilmu. Biar pun sedikit tetapi istiqamah, itu akan lebih mudah untuk menerapkan ikhlas kepada Allah.
Rasulullah SAW pernah menegaskan hal ini melalui sabda Baginda yang bermaksud :
“ Sebaik-baik amalan yang disukai Allah ialah amalan yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit.” ( Hadith Riwayat Bukhari ).


USAHA TAMBAHAN


Saya membalas secara ringkas pertanyaan yang diajukan itu. Di dalamnya saya senaraikan serba sedikit usaha tambahan yang dapat dilakukan bagi memastikan hati sentiasa terarah kepada ketaatan dan terhindar dari godaan Syaitan yang menyesatkan. Antaranya ialah :
1) Melazimi istighfar dan taubat walau belum melakukan dosa yang berat. Firman Allah SWT :
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya : “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa.” ( Surah Ali Imran ayat 133 )
2) Melihat orang yang di atas dalam hal ehwal akhirat dan keagamaan, sebaliknya melihat kepada orang yang dibawah dalam perkara keduniaan. Dengan itu, kesyukuran atas setiap kurnia dan ujian daripada-Nya akan terus berpanjangan.
3) Menginsafi dengan hati yang tulus bahawa setiap kebaikan yang dilakukan adalah kerana rahmat Allah dan petunjuk-Nya, lantas ia menjadi pendorong untuk lebih merendah diri, tidak sombong, belas kasihan serta mendoakan mereka yang belum menerima hidayah Allah SWT.
4) Menginsafi bahawa setiap kejahatan atau kemungkaran yang dilakukan adalah kerana kealpaan dan kelalaian. Dengan itu usahakan mujahadah yang berterusan melawan bisikan syaitan.
5) Berkawanlah dengan teman yang soleh atau solehah yang sentiasa membawa sahabatnya dekat kepada Allah. Dan bukan sebaliknya.
Kebaikan yang ada diterima, keburukan yang terlihat dinasihati penuh cinta. Sahabat yang baik kerana Allah bukan sekadar menyayangi sahabatnya yang lain kerana dunia, tetapi lebih dari itu kerana inginkan kebahagiaan di akhirat sana dapat dikecapi bersama-sama.

KITA YANG BERNAMA MANUSIA

Akhirnya, mari kira renungi, bahawa sebagai manusia biasa, kita memang tidak akan pernah sunyi dari dosa sama ada yang sengaja dilakukan tatkala nafsu menguasai minda dan jiwa, atau lebih-lebih lagi yang tidak disengajakan kerana sifat lalai dan lupa ini.
Allah menciptakan manusia dan jin bukan untuk melahirkan hamba-Nya yang sifar dosa, tetapi tujuan dari penciptaan ini adalah untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada DIA Yang Maha Mencipta. Tiada manusia yang tidak berdosa, kecuali para Rasul dan Nabi yang mulia.
Firman Allah SWT :
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya : “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Surah az-Zumar, ayat 53 )
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka.” ( Hadis riwayat Muslim, no 2749, 4/2106 )
Namun perlu diingat, At Tibi menjelaskan :
“Bukanlah hadis ini untuk menggembirakan puak-puak yang sibuk melakukan dosa sebagaimana yang disangka oleh orang-orang yang tertipu dan terpedaya. Tetapi hakikatnya, ia bagi menjelaskan bahawa dibangkitkan para nabi bagi menghalang manusia dari terus ditutupi dosa-dosa, lalu menerangkan keampunan Allah serta membangkitkan semangat ahli maksiat untuk bertaubat.” ( Tuhfatul Ahwazi, 7/193 )
Kerana itu, teruslah mengharap kasih sayang-Nya, basahkan bibir mengucapkan istighfar, Kembalilah kepada-Nya dengan taubat yang sebenar-benarnya. Taubatan nasuha…
Pintalah keampunan kerana rahmat-Nya sangat luas mengatasi dosa semua manusia di dunia.
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Jumpa lagi, InsyaAllah.
Artikel ini dipetik dari laman sesawang ummu hUsna,isteri kepada UStaz Zaharuddin
Kecuali jika seseorang itu mengalami masalah mental, atau mempunyai obsesi yang pelik-pelik, tiada manusia di dunia ini yang tidak menyukai kecantikan.
Saya suka kepada kecantikan. Anda pun tentu suka. Malah kita pun disunnahkan menjaga kecantikan, asalkan jangan sampai melampaui batas.
Tapi kadang-kadang saya keliru. Ada orang yang melihat kecantikan sebagai segala-galanya. Mahu cantik, mahu bergaya, mahu nampak menyerlah, biarlah banyak berbelanja, biarlah agama digadai.
Bukanlah kecantikan fizikal yang diutamakan, tapi kecantikan rohani. Apalah gunanya wanita yang cantik, yang rupawan, tapi mendedahkan aurat. Bentuk badannya diketahui ramai, rambutnya pula digayakan dengan fesyen yang berbagai. Ditambah pula dengan gaya yang manja dan mesra yang melampau, dia menayangkan ‘keindahan’ ini kepada lelaki yang haram untuk melihatnya. Sesiapa yang memandang dengan sengaja akan mengundang dosa. Kita khuatir si penayang auratlah yang akan paling banyak menanggung dosa akibat perbuatan tersebut.
Semoga Allah memberikan hidayah dan keampunan kepadanya dan kita semua!
Sedangkan di sisi yang lain, mungkin ada wanita yang tidaklah cantik pun. Tapi agamanya dipelihara seteguh-teguhnya. Quran dan Sunnah dijunjung tinggi. Inilah wanita yang cantik sebenarnya. Sebagai seorang muslim, saya tentu mahukan wanita seperti ini sebagai isteri. Begitu juga lelaki muslim lain, harus berfikiran serupa, sebab inilah yang dituntut agama kita dalam soal mencari bakal isteri. Inilah kecantikan yang ditekankan Islam, malah ini adalah sejenis kecantikan yang boleh dibina dan dibaiki. Sesiapa saja boleh memilikinya, dengan izin Allah, soalnya nak atau tak nak sahaja. Ingat betul-betul sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika datang kepada kalian orang yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Sebab, jika kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di atas bumi dan kerosakan yang luas” (At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya, disetujui oleh Az-Zhahabi. Lihat Sahihul-Jami’)
Pada masa yang sama, janganlah lupa, jika inginkan suami atau isteri yang baik, diri sendiri harus diperbaiki terlebih dahulu. Jangan sesekali berubah kerana berniat ingin mencari pasangan, tapi mestilah ikhlas kerana Allah. Bila anda berubah kerana Allah, barulah anda bakal ditemukan oleh Allah dengan jodoh yang baik-baik. InsyaAllah.
Jika anda mahu sangat isteri yang cantik, sedarlah bahawa kecantikannya itu pasti akan hilang. Jika anda meletakkan kebahagiaan kepada kecantikan fizikal semata-mata, tentu anda akan semakin kurang bahagia apabila isteri anda semakin menua. Tapi jika anda meletakkan kebahagiaan anda kepada keimanan dan ketaqwaan si isteri tersebut kepada Allah, anda akan bahagia selama-lamanya. InsyaAllah.
Bukannya saya kata tidak boleh mencari isteri yang cantik. Maksud saya di sini ialah kecantikan rohani jauh lebih utama berbanding kecantikan jasmani.
Sedihnya, pada zaman ini, konsep Islami yang unggul tentang kecantikan ini telah semakin pupus. Idea dan konsep tentang kecantikan banyak dipengaruhi falsafah barat. Mereka perjuangkan kecantikan fizikal dan materialistik. Wanita dilihat sebagai objek. Pada masa yang sama, pemikiran kaum wanita diperdaya dengan konsep bahawa penyerlahan tubuh badan wanita itu sebagai satu hak asasi dan simbol kemuliaan wanita. Padahal ini konsep yang keliru dan karut.
Menurut Islam, wanita adalah kaum yang mulia, harus dilindungi dan dipelihara baik-baik. Keindahan fizikal yang ada pada mereka bukanlah untuk tayangan umum, tapi untuk suami-suami mereka. Sedangkan suami berperanan menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan isterinya dengan sebaik-baiknya. Peranan wanita bukanlah sebagai hamba kepada kecantikan duniawi, tapi sebagai khalifah Allah, selain peranan spesifiknya sebagai ibu yang mendidik generasi baru umat Islam.
Bak berlian yang cantik, mengapa mahu ditunjuk-tunjukkan? Adakah kita mahu ianya dicuri? Dirompak? Tentu tidak. Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua.
SUmber

Comments

Popular posts from this blog