Seorang Ibu Mampu Menjaga 12 Orang Anak, Tetapi Adakah 12 Orang Anak Mampu Menjaga Seorang Ibu??


Gombak – Menziarahi pesakit di Kg Kerdas 3, adalah tanngungjawab bersama dalam hidup bermasyarakat. Apatah lagi jika kita dikhabarkan berita jiran tertangga di timpa musibah samada di uji dengan kesakitan, kemalangan dan sebagainya.

Adalah Menjadi 1 kewajipan bagi kita sebagai orang yang beriman menziarahi jiran mereka kerana mereka adalah orang yang terhampir dengan kita, dan haruslah berbuat baik dengan jiran tertangga.

Tinjauan Ziarah Medic kali ini, bertemu dengan ibu tunggal yang berusia 79thn disahkan menghadapi penyakit 3 serangkai (Jantung, Darah Tinggi, Kencing Manis).

Pn. Zabidah Mohd Yusof juga didapati mengalami sakit gastrik, sakit tulang belakang dan pinggang.  Beliau hanya mengambil ubat di hospital bagi mengubat penyakitnya namun kadangkala beliau merasakan sampai bilakah akan berakhir penyakit ini hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.

Beliau yang mempunyai 12 orang anak  dan kini hidup bersama salah seorang anaknya iaitu Pn. Rafeah Bt Mohd yang mempunyai 4 orang anak.
Zabidah melahirkan perasaannya dalam keadaan hiba yang mungkin tersimpul 1 perasaan yang sukar dimengertikan oleh sesiapa, hanya kata kiasan untuk kita memahami jiwa seorang ibu, “12 orang anak mungkin tidak semua mampu menjaga seorang ibu, namun seorang ibu mampu menjaga 12 orang anak”.
Alhamdulilah, ada diantaranya yang sentiasa menjaga kebajikannya dalam usia yang semakin dimamah usia.

Rasa terkedu, hiba menghantui diri bagi yang mendengar dan hadir di rumah insan ini. Disini marilah kita yang bergelar anak sama-sama fikirkan dimanakah nilai kasih sayang kita kepada kedua ibubapa kita yang melahirkan kita?
Adakah segala tangungjawab kita telah ditunaikan dengan sebaiknya kepada ibubapa kita,walaupun mereka tidak mengharap pengorbanannya dibalas. Tetapi sebagai anak yang ALLAH swt berikan kita akal fikiran yang waras berfikirlah sewajarnya.
Setiap amal perbuatan kita didunia akan dibalas dengan setimpal oleh ALLAH swt bila-bila masa sahaja. Kesenangan yang dikecapi jika tidak kerana pengorbanan ibubapa kita sudah pasti, kita tidak akan mengecapinya.

Ada hikmahnya kunjungan PKM DUN Gombak Setia  bersama petugas sukarelawan  mewakili YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali yang tidak dapat hadir bersama kerana beliau mempunyai urusan penting .
Kehadiran Doktor Panel dan petugas sukaralewan dalam ziarah medic untuk memberi khidmat masyarakat di rumah warga emas ini mengetuk hati-hati petugas yang hadir.

Retetan daripada itu wajar untuk penulis berkongsi bersama mengetuk hati dan memberi kesedaran pada kita yang menbacanya agar berilah khidmat sebaiknya pada ibubapa kita sementara mereka masih hidup.

Sempena hari ibu, adakah hati kita terdetik untuk bersama mereka atau kita hanya biarkan mereka keseorangan dengan melayani perasaan terlukanya dengan sikap kita?? Walaupun bukan adat kita untuk meraikan hari ibu pada tarikh-tarikh tertentu, tetapi bagi penulis hari ibu ini boleh diraikan pada bila-bila masa sahaja, cuma mungkin dengan tarikh keramat ini adalah satu peringatan kita yang mungkin terlalu sibuk tidak sempat mengunjungi dan bertanyakan khabar ibu di kg.

Dengan tarikh sambutan hari ibu ini akan menyatukan hati seorang ibu dan anak-anak mereka. Dan 1 penghargaan  kita sebagai anak  kepada ibu kita untuk meraikannya bersama.

Rebutlah peluang yang ada untuk melakukan kebaikan dan kebajikan kita kepada ibubapa kita.  Seandainya diantara kita meletakkan ibubapa kita di rumah-rumah kebajikan, kita tidak menghantarkan berita kepada ibubapa di kg, maka mulakan kehidupan dan langkah yang baru untuk membawa mereka pulang dan berikan khidmat sebaiknya pada ibubapa. Insya-ALLAH semoga amalan dan kehidupan lebih diberkati dan diterima oleh ALLAH swt dalam kita menjaga ibubapa kita, waallahhualam..
Sebelum lawatan ziarah medic berakhir dirumah ini, Pn Zabidah yang telah dirawat rapi bersama anaknya telah menerima wang sumbangan ikhlas daripada pihak PKM Dun Gombak Setia / YB Dato’ Hasan Mohd Ali untuk membantu kos perubatan akan datang.
Berat hati untuk melangkah meinggalkan warga emas ini, namun masih ada tanggungjawab hendak dilaksanakan kepada rakyat lain dalam  memberi khidmat medic. Semoga kedatangan kami mewakili Adun Gombak Setia serba sedikit mengubat hati ibu tunggal ini, insya-ALLAH.
Editor : Khaulah Azwar

Assalamualaikum...

Siapa yang layak menjaga ibu bapa yang telah tidak lagi berupaya untuk menjaga dirinya sendiri ?

Jawapannya anak anaklah...siapa lagi?...tidak kiralah anak nombor berapa.Tugas menjaga ibu bapa adalah WAJIB ke atas semua anak anak tidak kira lelaki atau perempuan.

Apapun alasannya ..apapun masalahnya ..carilah jalan ..usahakanlah juga sedaya upaya supaya ibu bapa kita tidak terbiar tanpa penjagaan yang sempurna.Kasihanilah mereka..

Sedari kecil mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang.Mereka beri kita pendidikan sakit ..pening anak anak mereka yang jaga bukan sehari dua malahan bertahun tahun adakalanya sampai anak dah tuapun mereka masih bersusah susah untuk anak anak..tetapi bila mereka sudah tidak lagi berupaya menguruskan diri sendiri,tidak ada seorang anakpun yang sanggup membantu mereka.Bukankah itu kejam namanya...binatangpun tak buat macam tu.. tapi mana ada anak binatang yang jaga mak bapak dia orang bila dah tua...mak bapakpun dia orang tak kenal..itu cerita binatang sebab itulah saya suka memgumpamakan anak anak yang membiarkan ibubapa mereka itu tak ubah seperti binatang..

Saya bersyukur dapat menjaga ibu saya yang sedang sakit selama sepuluh bulan..saya tidak tahu adakah saya sudah menjaga ibu saya dengan sempurna atau tidak...hanya ALLAH yang mampu menilainya...tetapi saya telah cuba yang terbaik..melihat penderitaan ibu saya yang menanggung kesakitan dan tidak berupaya kerana usia tuanya menimbulkan keinsafan yang amat mendalam dalam jiwa saya...ibu saya bertuah kerana ada saya...tapi bila saya tua dan sakit tak berupaya mahukah anak anak saya menjaga saya nanti..yang pasti jika sudah tidak berupaya memang memerlukan bantuan orang lain ..nak mandi,nak makan,nak pakai lampin pakai buang malahan nak tidurpun kena ada orang tolong...kalau anak anak tak tolong ...macamana?

Sebagai ibu,saya berserah sahaja untung nasib saya kepada ALLAH kerana tugas utama saya sekarang membesarkan anak anak dan memberikan pendidikan yang terbaik semoga anak anak saya menjadi hambaMU yang beriman....Carilah ALLAH dalam semua situasi...

......Islam untuk semua...

Comments

Popular posts from this blog