Seven Habits of highly effective people..

Rasa macam banyak memori hilang. Kepala kena ketuk kot, dan memori diketuk itu sendiri juga turut hilang. Mungkin ini penyakit lelaki di awal 30-an kot, atau tanda-tanda nak ma...

Oh,,,

Sebenarnya tak tahu ke mana hilang mood nak buat kelakar. Mungkin the serious part of my view on this world had emerged from nowhere. Atau mungkin baru lepas kena pergi training motivasi.                                                                 

7 habits punya buku banyak ubah aku, dulu-dulu. Bila hari Isnin hari tu pergi training dia, aku expect to learn more. Tapi tak dapat banyak daripada training, sebab content tak banyak lari daripada buku, even contoh-contoh situasi pun banyak diceduk daripada buku yang aku dah hafal satu persatu. Justeru, tiada angle baru untuk aku kunyah. Score sheet untuk penceramah tersebut memang penuh dengan aku punya remarks.

Untuk kawan-kawan kat blog, aku ringkaskan.

7 habits adalah satu struktur sifat yg perlu kita ada.

Pertamanya, being proactive. Kedua, begin with end in mind. Ketiga, put first thing first. Keempat, think win-win. Kelima, seek first to understand and to be understood. Keenam, synergize. Ketujuh, sharpen the saw.

Kalau pembaca-pembaca senior di blog ni, yang dah follow lama penulisan dalam ni, dulu-dulu post-post banyak terkandung dalam kategori motivasi. Pos-pos tersebut banyak cerita berkenaan 7 habits, 8th habits, ESQ, dan perkaitan antara idealogi-idealogi psychologist barat dengan ajaran Islam.

Time tu, nak buat kelakar pun takut sebab tajuk amat serius.

Jadi, sekarang ni, sempena hari jumaat, mari saya perkenalkan pembaca sekalian dengan the 7 habits of highly effective people.

1) Proactive.

Bila trainer tanya aku, apa itu proactive. Aku jawab, thinking proactive is, you give the answer before the question come out. Seluruh dewan training gelak.

Actually, that is the most right answer. Proaktif adalah sifat berlawanan dengan reaktif. Reaktif adalah menjawab soalan, tetapi proaktif adalah mencari persoalan untuk dijawab, dan menjawabnya.

Proaktif adalah langkah pertama untuk seorang lelaki menjadi dewasa, independent. Without others to push us, tell us, ask us, we already know what to do base on our own logics, awareness, and principles.

Tanpa ada orang paksa kita untuk mencari, kita sendiri-sendiri berfikir, merenung, apakah sebenarnya hidup ini, siapakah kita, ke mana kita akan pergi, kenapa perlu mati, kalau kita yang uli gandum buat cekodok, siapa pula buat bumi, matahari, bulan dan anak dalam kandungan Erra Fazira?

2) Begin with End in mind.

Ini yang aku cakap mental creation precedes physical creation, iaitu everything created twice. First, dalam imaginasi si pembuat, second, on the ground in front of eyes.

Kita selalu plan apa yang kita buat. Daily, weekly, monthly, annually. Walaupun ada planner, tapi still, banyak benda yang tak ada dalam planner, ada dalam otak kita. Tak semua kita tulis dalam planner, our brain is good enough to catter those matters.

So, everything yang kita buat, otak kita dah buat dulu. Sebelum Richard Marks design Ferrari Fellisa, terlebih dahulu kereta itu dicipta dalam ruang imaginasi dia, sebelum dia translate ke blue print papers.

Jangan google Ferrari Felissa, aku belasah saja, malas nak refer akademik website.

Jadi, di dalam minda kita, kita boleh cantas masa, pejam mata dan bayangkan keadaan kita in next 50 years. Bagaimanakah rupa paras kita? Miskin kah, kayakah? atau sebenarnya sudah jadi tanah?

Begin with end in mind ni adalah satu tabiat orang yang ada matlamat hidup. Iaitu, dia ada cita-cita, sebelum mati, sekurang-kurangnya apa yang dia nak ada dalam genggaman dia, materialistically atau spiritually. Ada sebuah kebun buah naga yang dapat hasil RM1.2m setahun, dan di dalam kebun itu ada sebuah pondok dipenuhi buku-buku ilmiah, yang mana sambil jaga kebun sambil dia baca buku dekatkan diri dengan Tuhan dan masyarakat. Something like that.

The life goals, are the driving force. Cita-cita. Satu benda yang real, tapi belum ada, lalu mencipta satu vacuum yang akan menarik semua tenaga dan minat kita untuk bekerja.

Lebih lagi... [Matlamat hidup]
                                                                                 
3) Put first thing first.

Selepas kita ada self awareness (proactive) dan cita-cita, kita akan turun padang untuk realisasikan cita-cita tersebut. Jadi, kita perlu susun kerja kita ikut prioriti, dahulukan yang penting, kemudiankan yang kurang penting. Sekolah rendah dulu baru sekolah menengah. Janganlah pula nak masuk Lim Kok WIng nak ambil STPM kat sana, itu sudah tunggang terbalik.

4) Think win-win.

Win win situation ni kita dah familiar. Mentaliti menang menang ni sebenarnya ada dalam satu hadis, "Tak sempurna iman seseorang itu jika tidak dia cinta sedara-sedaranya (manusia lain) seperti mana dia cinta diri dia sendiri."

Jadi, dalam apa jua tindakan kita, kita mesti fikir, tindakan aku buat ni, baik untuk aku, apakah baik untuk orang lain juga? Atau tindakan aku ini sebenarnya baik hanya untuk aku, tapi tak bagus untuk orang lain.

Kalau kita ada mentaliti macam ni, kita takkan buka kilang babi dekat kawasan kampung. Kita takkan tipu dalam bisnes. Kita takkan makan rasuah. Kita takkan iklankan meggi, mamee, dan ibumi itu sedap dan lazat. Kita juga takkan tipu dalam pilihanraya. Kalau untung hanya masuk poket aku tapi rakyat DUN aku mungkin ditimpa kecelakaan bumbung masjid runtuh, maka aku rasa tak patut aku award tender ini untuk Long Lai Sdn Bhd, walaupun depa nak kasi aku satu juta sbg 'hadiah'.

Jadi pemikiran win-win ni pemikiran perkongsian, bukan rebut merebut. Kita kongsi sebaik-baik pemberian Allah di bumi ini, bukan rebut masuk poket kita, orang lain sendiri fikir.

5) Seek first to understand, then to be understood.

Dalam bahasa aku, DI ANTARA TELINGA DAN MULUT ANDA, PASTIKAN ADA OTAK.

Dengar dulu (telinga), fahamkan 100% situasi yang cuba disampaikan (otak), kemudian based on pengalaman, atau pengetahuan kita, kita cuba beri jawapan dalam bentuk pandangan atau nasihat. (mulut)

Kadang-kadang, isteri datang menceritakan something dekat kita, dia taknak jawapan pun, bahkan dia tahu dah jawapan tu, tapi dia just nak seseorang dengar saja cerita dia. Agar dia boleh buat 'third party transfer'. Bukan transfer duit, tapi transfer perasaan. Jadi, dalam situasi ini, cuba yakinkan dia perasaan yang dia transfer itu sampai kat kita dengan cara empathy.

"Abang, semalam gaduh lagi dengan bos."
"Ler, gaduh lagi? Apasal, bos bagi kerja on the spot lagi ke?"

Jangan macam tu. Apa saja prasangka kita, diamkan dulu, cuba dengar dahulu.

"Abang, semalam gaduh lagi dengan Bos Una."
"Kali ni sebab apa pula Una?"

Stop, bagi dia explain. Let's her take the time.

"Entahlah, biasalah dia, kerja orang lain bagi kat Una. Tension sangat."
"Hmm... kalau dapat kerja orang lain, ish, memang tension. Sebab kita kan ada dua tangan aje."
"Itulah fasal, pastu hari ni bagi, besok nak bagi siap. Mana boleh macam tu, Una nak kena check dengan IT lagi projek yang dah ada ni, tak sempat. Tapi dia suruh juga, katanya sempat, sempat pot pet pot pet mulut dia."
"Hmm... tak patut betul bos awak macam tu. Dia patut manage kerja tu baik-baik supaya tak kecoh sangat bila dah dekat dead line. Pastu, bila kurang staff, tiba-tiba transfer kerja tu kat kita, memanglah sapa-sapa pun akan tension."

Buat muka tension sikit, kerut sikit Agar isteri kita sahkan bahawa tension dalam kepala dia dah ditransfer ke dalam kepala kita. Lepas tu, cuba tanya dia...

"Jadi, apa plan awak, sempat siapkan tak besok?"
"Entah, cuba ajelah, kalau tak sempat, nak buat macam mana, hantar aje lah mana sempat, kan?"
"Betul! Kita buat mana yg mampu." Kita angkat tangan tanda setuju. Lepas tu melata ke lain.
"Ish awak ni, kot ya pun betul, tangan tu parking baik punya ya. geee... liiii... tauuu..." dia cubit lengan kita. mata lirik kasi beam berahi...
"Tadikan cakap tension, ni saya cuba nak hilangkan awak ni... he he."

Jadi, perbualan di atas, isteri dia taknak jawapan pun, sebab subjektif sangat. Just nak meluahkan, nak kongsi perasaan, itu saja.

6) synergize.

1+1 =3 contohnya. synergize adalah team work, atau kerja sama yang hasilnya berlipat kali ganda.

Contoh kalau kita buka restoran ABC, sebelah restoran kita, Nabil buka restoran pisang goreng. Promosi buat sendiri-sendiri. 10 customer dia, 10 customer kita. Sebab meja dia ada 5, kita pun ada 5.

Why not we do colaboration? Merge the space, buat promosi bersepadu, dan cipta lebih variasi selain ABC dan goreng pisang?

Bila kita rearrange balik premis kita dan premis Nabil, sebenarnya kita tengok ada banyak lagi ruang untuk letak meja tambahan. Banyak equipment redundant yang boleh dikeluarkan. Then, jumlah kipas kita boleh kurangkan, serta kos promosi, pembentungan, man power, dan bahan asas turut dikurangkan. Pada masa sama pelanggan bertambah.

Jadi, kalau dulu, dua restoran itu 5 + 5 jadi 10 customer.

Kini bila diorang kolaborasi, space 5 + 5 = lebih dari 10, mungkin 15.

Synergi adalah tambah/kerjasama beserta chemical reaction, iaitu mewujudkan entiti ketiga, empat, lima dan seterusnya. Bukan semata tambah pasir dan tanah, tetapi tambah asid dan alkali jadi garam. Something totally different and new.

7) Sharpen the saw.

Muhasabah. Orang kata, dalam kita duk pulun kerja, ambil masa untuk renung balik, muhasabah diri, apakah kita masih di landasan yang betul. Jadi, orang yang effective/berkesan, adalah orang yang sentiasa muhasabah diri.

Duk diam-diam, renung balik dalam minggu ni kita ada buat silap ke, buat salah ke, kita ada bertindak ikut emosi ke. Kemudian, kita refresh 6 habits yang tadi kalau-kalau lupa.

Benda-benda ni semua terkandung dalam ajaran Islam, tapi tak ramai ustaz nak synergize ilmu pshycology barat dan ilmu Islam. Sebab takut sesat. Sesat itu satu pemikiran negatif yang menghalang usaha. Saya tengok ESQ 165 yang sanggup sahut cabaran dan itupun masih dicop sesat.

Sesat tak sesat tu kita kena ukur pada prinsip asal. Selagi tak lari, tidaklah kita sesat. Kalau hanya berbeza dengan pandangan mazhab, itu bukan sesat tapi tajdid. Iaitu pembaharuan dalam konsep berfikir dan menghasilkan satu resolusi yang baru.

http://www.kubakoya.com/2011/03/penyakit-awal-30-kot.html

Comments

Popular posts from this blog