tak boleh ke melawak sambil berdakwah?

pertama kali dalam sejarah blog ni, aku menulis entry yang agak lain dari kebiasaan.. sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni.. disebabkan entry aku baru-baru ini yang banyak menyentuh mengenai aurat dan pemakaian perempuan, ada lah dua tiga individu dikenali yang menyuarakan ketidak puasan hati mereka kepada aku lalu menjadi 'trigger' untuk aku untuk memberanikan diri membalas kritikan dan lemparan mereka terhadap aku..




hang pun bukan baik sangat, tak payah nak tunjuk alim


apakah punca utama mereka berkata begitu kepada aku? pertama skali aku rasa kerana attitude aku dan juga gaya aku.. ya! aku akui, kalau orang pertama kali kenal aku orang akan kata aku 'mat rempit' (aku suka pakai jeans dan tshirt.. juga menunggang motorsikal) dan tak pernah pula dalam sejarah aku ada orang jumpa aku  assuming aku ini ustaz (dalam ertikata lelaki budiman, lemah lembut, wara', alim)..  hahaha.. tambahan pula mulut aku TERlalu direct to the point dan kasar membuatkan orang mudah kecil hati dengan aku.. tapi aku tak suka menipu sesiapa.. jadi apa salah aku yang membuatkan anda mengatakan aku ni jahat (bukan orang baik)?


selain menjalani hari dengan pekerjaan seharian sebagai umat islam tak kiralah sebagai blogger, doktor, lawyer, pencuri, penyamun atau apa-apa pekerjaan lain yang wujud dalam dunia ni.. aku nak tanya anda balik, apakah kewajipan kita sebagai manusia kat bumi ni? jawapannya ialah kita kena berdakwah.. atau dalam erti kata lain, menyampaikan sesuatu yang baik atau menyeru ke arah kebaikan..

Definisi dakwah :

Dakwah ialah menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul. Dakwah ialah mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam bagi menghidup dan menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha mengingati fitrah manusia dan seruan kepada pembebasan manusia dari ilah-ilah palsu dan kuasa tirani. Dakwah ialah usaha-usaha pembaikan dan pembangunan masyarakat yang berkesinabungan.

Kewajipan Berdakwah :

Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam seluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”


Methodologi Dakwah :

Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah:“Tiada paksaan dalam beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan”(Al-Baqarah; 256)

bacaan penuh LINK




cara hang nak tegur orang tu salah.. kenapa hang perlu tegur cara sarkastik? nak berdakwah, berdakwah ja lah.. tak payah nak melawak-melawak..


sarkastik kalau dari istilah bahasa bermaksud mengejek, menghina, menyindir, berkata sesuatu yang sebaliknya atau dalam bahasa pasarnya melawak kasar yang 'makan dalam'.. kalau mengikut entry penyebab tercetusnya ketidak puas hatian mereka itu, aku rasa aku tak ada mengejek, menghina atau mengutuk sesiapa.. aku cuma bercerita tanpa menyebut nama sesiapa pun kerana tak mahu memalukan mana-mana pihak.. jadi salahkah aku melawak sambil memberi nasihat yang baik kepada anda semua?

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.”

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

bacaan penuh LINK


orang kita (kebanyakan) bila dengar dakwah dia tak fikir dakwah tu apa-apa saja nasihat ke arah kebaikan.. dia akan fikir dakwah itu cuma ceramah agama, ustaz, ustazah, kepiah, songkok dan bla bla bla.. sebab apa? sebab masa dibangku sekolah dulu, orang cina dan india belajar pendidikan moral, orang melayu belajar pendidikan islam.. bila ditanya kenapa perlu diasingkan? jawapan yang selalu didengari  masa kecik dulu ialah "sebab diorang kafir, mana boleh belajar islam sama-sama"..


come on laa.. takkan orang kafir bagi salam "sejahtera atas kamu" kita nak kena jawab "celaka ke atas kamu"? macam mana orang kafir nak nampak islam itu indah? penggunaan perkataan babi? khinzir? come on laa.. mana-mana pun sama.. dua-dua tu tak hina.. babi makhluk Allah jugak.. khinzir pun makhluk Allah jugak.. babi cuma haram dimakan.. anak babi pun comel dan adorable apa.. come on la..


aku tak pernah pakai terma 'dakwah' dalam blog ni.. aku lebih selesa menggunakan terma memberi nasihat, teguran dan menyeru ke arah kebaikan.. kenapa? sebab aku takmau orang kata "eleh.. tubelawak bajet alim"..  selaras dengan definisi dakwah tadi, apa-apa saja perkara yang baik sudah pasti mendekatkan diri kita dengan Allah.. sedangkan dah memang kewajipan kita semua untuk berdakwah tapi orang masih nak pertikai bila kita memberi nasihat yang baik (dakwah tak semesti dari pendakwah)


siapa yang makan cili, dia la yang rasa hot and spicy.. aku tak nafi, aku manusia yang suka berfikiran logik.. tapi nak logik pun kena berasaskan agama.. jadi kalau aku ni manusia super jahat sekalipun, tak salah rasanya aku menulis entry lawak yang menyeru ke arah kebaikan.. kalau aku tersalah, tolong betulkan aku..



http://tubelawak.blogspot.com/2011/03/tak-boleh-ke-melawak-sambil-berdakwah.html

Comments

Popular posts from this blog