Wajibkah Pakai Telekung?
www.iLuvislam.com
NovaAdiLa
Editor : kasihsayang 
 
“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”
“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”
Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.
Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
Yang
lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!
Begitukah?
Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:
  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.
Jadi, wajibkah?
 
Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.
“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”
[ Al-Hajj : 7]
Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.
Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah. 
 
Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.
“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..” 
 
Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..? 

Jangan jadikan Telekung satu isu


“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex. Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’. Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat! Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:

    * Yakin telah masuk waktu
    * Menutup aurat
    * Mengadap kiblat
    * Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
    * Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung. Jadi, wajibkah?

Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.” [ Al-Hajj : 7]

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..”

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

Diterima melalui email dari qaramie. Artikel asal dari Nisa Melaka.

======================================================================
Yang dikatakan Pakaian Taqwa...

Wanita solehah adalah wanita yang menutup aurat ketika berpakaian, kerana ramai dikalangan wanita zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang, maksudnya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas (jarang atau ketat).

Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26)    

Jilbab adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita disebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik.

Firman Allah SWT maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al Ahzab ayat 59)    

Dengan tegas ayat Al Quran memerintahkan kepada wanita yang beriman agar memakai jilbab demi untuk meninggikan martabat kaum wanita itu sendiri, sebab dengan pakaian taqwa tersebut akan menghinarkan fitnah dan gangguan daripada orang-orang yang jahat dan munafik. Sedangkan memakai purdah dibolehkan jika kita khuatir akan menimbulkan fitnah demi menjaga diri dan akhlak kita.

p/s Jilbab ini macam jubah, yang dipakai oleh orang arab dari kepala hingga ke kaki, yang terbuka cuma muka sahaja dengan tangan, itu pun kalau dia tidak pakai purdah (penutup muka)

Ini contoh yang dikatakan jilbab, bukan jubah.

 

Gambar perempuan Arab saya ambil masa di Arab Saudi.


Berpakaian Menutup Aurat Bagi Wanita Dalam Islam

Berpakaian merupakan salah satu ciri kemanusian. Secara nalurinya seorang yang berakal dan telah sampai usia mukallaf merasa malu untuk bertelanjang di hadapan manusia lain. Justeru itu dia akan 

berusaha melindungi jasadnya daripada dilihat oleh orang lain dengan berpakaian sekurang-kurangnya untuk menutup dua kemaluan depan dan belakang. 

Islam menekankan persoalan berpakaian dengan meletakkan peraturan berkaitan bahagian jasad yang perlu dilindungi dan ditutup daripada pandangan mata orang lain. Namun ada perbezaan peraturan antara lelaki dan perempuan. Hikmah perbezaan ini merujuk kepada perbezaan bentuk fizikal yang dicipta oleh Allah dan juga perbezaan implikasi daripada pendedahan bahagian jasad kepada orang lain. Bahagian jasad yang perlu ditutup dngan pakaian diistilahkan dalam Islam sebagai aurat. Peraturan berpakaian ini pula disebut sebagai pakaian menutup aurat. Artikel ini membincangkan peraturan berpakaian menutup aurat bagi wanita lantaran ia menjadi ujian besar bagi umat akhir zaman ini.

Sejarah Manusia Berpakaian

 Apabila Allah mencipta Adam dan Hawa sebagai makhluk manusia yang awal, mereka berdua tidak dibiarkan bertelanjang malah diberikan pakaian. Buktinya ketika Adam di syruga dan melanggar perintah agar jangan makan pohon terlarang, pakaiannya tertanggal. Ia menunjukkan sememangnya mereka berdua berpakaian di syurga.

Apabila mereka berdua diturunkan ke bumi dan lahir zuriat manusia yang ramai merka diberikan tanggungjawab untuk berpakaian dan tidak bertelanjang. Allah berfirman:

Maksudnya: “Wahai anak Adam. Sememangnya Kami telah turunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan-kemaluan kamu dan juga (Kami turunkan pakaian) bulu. Dan pakaian taqwa, itu lebih baik. Itu adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka mengambil peringatan” (al-Araf: 26)


Kenyataan ini menafikan sejarah manusia rekaan barat yang menyatakan bahawa manusia awal bertelanjang tidak berpakaian. Apabila mereka semakin maju barulah mereka menyedari keperluan berpakaian. Teori ini sebenarnya adalah rentetan teori sesat dan kufur mereka yang menyatakan manusia adalah hasil evolusi yang panjang daripada kejadian binatang seumpama kera. Kera adalah binatang yng tentu sahaja tidak berpakaian. Apabila bertukar menjadi manusia yang berfikir maka manusia barulah berfikir tentang pakaian. Ini adalah teori sesat lagi kufur yang telah berjaya diserapkan dalam pemikiran masyarakat Islam menerusi pendidikan barat. Teori ini menafikan sejarah manusia bermula dengan Adam dan Hawa yang ditegaskan oleh islam dan diyakini juga oleh agama Yahudi dan Nasrani.Buku sejarah ketika saya di tingkatan 2 pada tahun 1987 jelas menjadikan teori ini sebagai sebahagian sukatan yang mesti dipelajari. Malang sungguh pemikiran kufur ini boleh meresap masuk dalam system pendidikan negara yang penduduknya lebih daripada separuh adalah muslim.

Kejayaan Iblis Menanggalkan Pakaian Adam Dan Hawa

Sejarah godaan pertama Iblis kepada manusia yang awal di syurga mempunyai kaitan sangat rapat dengan berpakaian dan bertelanjang. Ini memberi petunjk besarnya isu berpakaian ini bagi manusia sepanjang zaman. Dan ternyatalah inilah ujian besar bagi manusia sepanjang zaman.


Al-Qur’an menjelaskan, Iblis telah berjaya menanggalkan pakaian Adam dan Hawa dengan menggoda mereka berdua makan pohon yang dilarang oleh Allah dalam syurga. Cerita Iblis berusaha menggoda Adam dan Hawa agar tertanggal pakaian disebut dalam beberapa ayat.


Maksudnya: “Lalu syaitan menggoda mereka agar dia bejaya menyerlahkan kemaluan mereka yang terselindung.” (al-Araf: 20)


Maksudnya: “Lalu Iblis menghulurkan pada mereka berdua beberapa tipu daya. Maka tatkala mereka berdua merasai pokok tersebut, terserlahlah kemaluan mereka.Dan segeralah mereka menutupnya dengan daunan syurga” (al-Araf: 22)


Maksudnya: “Lalu kedua-duanya makan sebahagiannya, akibatnya terserlahlah bagi mereka berdua kemaluan mereka.” (Taha: 121).


Lanjutan itu dalam ayat seterusnya iaitu al-Araf: 26 Allah jelaskan bahawa pakaian telah Allah turunkan kepada zuriat manusia.


Maksudnya: “Wahai anak Adam. Sememangnya Kami telah turunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan-kemaluan kamu dan juga (Kami turunkan pakaian) bulu. Dan pakaian taqwa, itu lebih baik. Itu adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka mengambil peringatan” (al-Araf: 26)


Seterusnya, Allah memberi peringatan kepada zuriat Adam tentang usaha syaitan menelanjangkan manusia ini.


Maksudnya: “Wahai anak Adam. Janganlah kamu terpedaya dengan syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua-ibu bapa kamu dari syurga; dia menanggalkan daripada kedua mereka pakaian keduanya untuk dia menampakkan kemaluan mereka berdua.” (al-Araf: 27)

         

Sepanjang zaman Iblis dan syaitan sentiasa berusaha menanggalkan pakaian manusia agar bertelanjang. Kejayaan Iblis menanggalkan pakaian Adam dan Hawa dijadikan sebagai peringatan kepada zuriat Adam agar jangan lagi terpedaya dengan godaan syaitan ini.


Benarlah peringatan Allah. Kehidupan manusia moden hari ini menyaksikan bagaimana umat manusia terutama para wanita digoda oleh syaitan jin dan syaitan manusia untuk menanggalkan pakaian mereka dengan hujah fesyen terkini dan gaya hidup masyarakat maju. Justeru kita melihat syaitan-syaitan ini mencipta pelbagai fesyen terkini yang hakikatnya adalah usaha untuk mendedahkan sudut jasad yang sepatutnya diselindungi oleh wanita. Kehebatan dan kesenian rekaan pakaian diukur pada kejayaannya mendedahkan sudut-sudut menggiurkan pada jasad wania yang bakal menjadi daya tarikan yan kuat kepada lelaki. Pelbagai pertunjukan fesyen dibuat diperingkat nasional dan antarabangsa, malah ditaja oleh setengah-setengah kerajaan. Tujuannya tak lain  tak bukan ialah memaparkan sudut jasad yang menggiurkan yang tentu sahaja selari dengan nafsu dan keinginan seks yang memang telah sedia ada dalam diri manusia. Tujuannya membangkitkan nafsu dan keinginan seks. Namun matlamat jahat ini disalut dengan hujah kononnya fesyen terkini berpakaian.


Lebih dahsyat, berbogel menjadi satu perkara biasa bagi setengah artis barat. Filem-filem lucah dan bogel menjadi indutri yang menguntungkan. Sangat malang apabila kegiatan jahat seumpama ini telah menjadi industri yang menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Ia pasti melahirkan para pejuang yang berjuang mempertahankannya. Mereka tentu sanggup membunuh untuk memastikan industri yang menjadi sumber makan-minum ini tidak roboh dan hancur. Namun, disinilah perlunya lahir para pejuang kebenaran bagi menghancurkan industri syaitan ini. Allah berfirman:


Maksudnya: “Dan orang-orang yang kufur berperang di jalan taghut kejahatan mereka, dan orang-orang yang beriman  berperang di jalan Allah. Maka perangilah pembantu-pembantu syaitan. Sesungguhnya tipu daya syaitan amat lemah.

 =====================================

TELEKUNG JARANG a.k.a. kain sembahyang sy perhatikan, masih ramai muslimah (termasuk yang tudung labuh) yang bersolat dengan menggunakan SELAPIS TELEKUNG SAHAJA.. bukankah telekung yang kita biasa beli tu kainnya NIPIS DAN JARANG... (especially yang kain cotton biasa..) kalau jarang jadi tak sah hukumnya solat kita tu... kalau nak tau jarang ke tak telekung tu, layangkan kat bawah cahaya dan letak tangan kat belakangnya, kalau nampak warna kulit tangan kita..(cokat), maknanya jarang lah tu.. ataupun cuba bayangkan kain putih telekung yang kita pakai tu dibuat baju...sanggup tak kita pakai keluar rumah? kalau tak sanggup maksudnya jarang lah tu... sebaiknya,lapiskan telekung untuk solat dengan menjahitnya dengan kain lain ataupun pakai tudung di dalam telekung AURAT BAWAH DAGU ramai muslimat yang pakai tudung labuh TAPI MASIH TAK TUTUP AURAT..dengan mendedahkan bawah dagu.... sedangkan bawah dagu adalah aurat. dalil aqli: sempadan kawasan muka yang WAJIB DITUTUP ketika solat adalah termasuk BAWAH DAGU. maka, BAHAGIAN BAWAH DAGU adalah AURAT. kadang-kadang, ada juga muslimat yang bersolat tanpa menutup bawah dagu dengan sempurna... STOKIN DAN STONGAN begitu juga dengan stokin dan stongan, masih ramai yang mengabaikannya walaupun tahu kawasan tersebut adalah aurat.. dan kadang-kadang kelakuannya mendedahkan aurat dihalalkan dengan pelbagai alasan.. yang paling menyedihkan apabila mereka beralasan: ORANG PAKAI TUDUNG TAK SEMESTINYA BAIK BAGI sy, MENJAGA HATI, AKHLAK DAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH ADALAH PERKARA SUBJEKTIF YANG kadang-kadang SUKAR DIKAWAL OLEH DIRI KITA - MANUSIA BIASA YANG IMANNYA TURUN NAIK... MAKA, JAGALAH PERKARA ZAHIR YANG HAKIKATNYA ADALAH LEBIH MUDAH DILAKUKAN DAN DIKAWAL PELAKSANAANNYA...(menjaga aurat). "ALAH BISA TEGAL BIASA" kan... sama-samalah KITA MUHASABAH DIRI..SESUNGUHNYA PERINGATAN NI ADALAH UNTUK DIRI sy SENDIRI juga.. ALLAHUA'LAM BISSOWAB

 

 

 

 

 

Seluar adalah pakaian dalam muslimah bukan pakaian luar

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa muslimah hari ini suka berpakaian seluar di luar yang menampakkan bentuk batang betis dan peha. Muslimah boleh memakai seluar panjang dan besar sebagai pakaian dalam dan amat digalakan,bukannya pakai terus diluar.Kalau setakat alasan nak mudah pergerakan dan memudahkan urusan rasanya kurang tepat. Kasihan rasanya apabila dengan alasan sekecil itu seorang muslimah mempermudahkan larangan Allah dan Rasul.

Lagi pun kadang-kadang sekali pandang amat tidak menarik bila orang perempuan pakai seluar panjang sebagai pakaian luar walaupun longgar.Kalau yang ketat tu tak payahlah kita bincang lagi.Memang sah dah tak betul.

Apatah lagi muslimah yang separuh umur tu masih pakai jeans...insaflah di sisi Allah pun dah buat salah dan di mata orang bijaksana pun agak kurang manis. Tapi nak buat macamana kalau suami yang kat sebelah pun tumpang ceria berjalan bersama isteri yang dah patut dipanggil "nenek" masih berseluar jeans .

Tapi secara peribadi ana rasa gayatlah tengok orang perempuan pakai seluar sebagai pakaian luar.Aktif sangatkah kalau setakat nak ke pasar pilih ikan pun nak kena gadaikan aurat. Puteri ana pakai seluar dalam kain dan t shirt labuh muslimah pun boleh dapat johan dalam sukan.Masa kat kampus ana aktif tapi tak perlu sampai kena jadikan seluar yang sepatutnya pakaian dalam jadi pakaian luar.

Tolonglah wahai anda yang ada pandangan yang lebih jitu,ilmiah dan ada nas yang berkaitan..untuk membicarakan persoalan yang dah tak jadi persoalan lagi dalam masyarakat hari ini dek terlampau meringankan kewajipan agama dan cintakan dunia.

Cantikkah jika ke kuliah dan ke tempat kerja begini?




Comments

Popular posts from this blog