Kadang Untung Kadang Rugi.. Hikmah Dari Allah..
Assalamualaikum
Sedapnya...
"Nak lagi"
Tempe...
Memang Enak Jika Dimakan...
Disapu Sambal Kicap..
Sambal Merah...
Pasti Nice...
Tapi..
Disini Saya Ada Satu Cerita Tentang TEMPE
Orang Jawa Jowo Reti Pangan Tempe..
Enak Kok...
Hahaha
Ok
Tajuk..
Kadang UNTUNG Kadang RUGI
Jom Baca..
Dapat From Ustaz Zaidi Wall Facebook
Kisah Pengajaran: Kenapa Tempe Mak Cik Ini Tidak Terjual
Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti
juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh
kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa
diperbanyakkan rezeki dari Allah. Kisah yang berkisarkan tentang penjual
tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak
menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya,
memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak
bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa.
Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.
Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia
merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe
yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau
sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia
tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu
masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak
sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.
Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab
tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah
rezekinya pada hari itu.Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang
memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa
Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada
yang mustahil.
Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin“
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan
sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan
doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal
tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu
untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia
termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya
berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun
mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Tuhan, aku tahu
bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku
dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar
jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun
sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia
termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu
hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai
orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg
sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar
kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan
terjadi semasa perjalanannya ke pasar.
Sebelum keluar dari rumah, dia sempat
mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Tuhan, aku percaya, Engkau
akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau
kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia
pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa
di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia
meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya
sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia
punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan
tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan
melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia
pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.
Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia
berasakan Tuhan tidak adil.Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan
bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan
pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia
meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah
hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan,
pasti Tuhan akan menolongnya.
Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia
tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali
terakhir, “Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang
belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran
seorang wanita.”Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual
tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini
untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika.
Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah
seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia
menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam
hatinya”Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah
tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu,
dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia,
ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira
dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis
kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya
wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu
menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan
tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si
ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila
sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau
dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak
elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada
Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang
kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan
seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus
asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan
doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
http://khairulhafizstory.blogspot.com
Comments
Post a Comment