Mencari Ketenangan Hati

By: USTAZ PAHROL MOHD JUOI 


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yg bagaimana dpt memberi kesan dan impak kpd hati? Ramai yg berzikir tetapi tidak tenang.

Ada org berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar beratus2 malah beribu2 kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dgn "membaca" kalimah zikir. Zikir yg berkesan melibatkan 3 dimensi : dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.

Namun, pada masa yg sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yg kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan

Jika seorg hamba yg berdosa bertaubat kpd-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kpdnya. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)

Firman Allah lagi:

"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)

Sifat ini berbeza sekali dgn kita manusia yg kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan org lain. Dan segelintir yg mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kpd org yg bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?

Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yg sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yg begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa2 inilah yg harus diresapkan ke dlm hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah org yg bertasbih itu memastikan perlakuannya benar2 menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yg selaras dgn suruhan Allah yg Maha Suci dan meninggalkan apa yg dilarang-Nya. Yg halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yg haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain2 dosa yg keji dan kotor dijauhi. Bila ini dpt dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga2 dimensi zikrullah itu dpt dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kpd hati. Sekurang-kurangnya hati akan dpt merasakan 4 perkara:

1) Rasa kehambaan. 2) Rasa bertuhan. 3) Memahami maksud takdir. 4) Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala2nya dlm hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jgn sampai hati kita kotori dgn hal2 yg dpt merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Utk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu utk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal2 yg dilarang oleh Allah SWT. Dgn menjaga hal2 tersebut kita dpt menjaga kebersihan hati kita. Dgn hati yg bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasa Kehambaan

Rasa kehambaan ialah rasa yg perlu ada ddlm hati seorg hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain2 lagi. Bila diuji dgn kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorg yg memiliki rasa kehambaan nampak segala2nya itu dtg daripada Allah.

Firman Allah:

"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)

Seorg hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorg hamba? Dia akur dgn apa yg berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yg diuji? Kenapa aku, bukan org lain? Ini samalah dgn mempersoalkan Allah yg mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorg hamba dikatakan sudah "memberontak" kpd Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan2 dlm hidupnya apabila diuji Allah dgn sesuatu yg tidak disukainya.

Misalnya, dia tidak lalu mahu mkn-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain2 yg menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.

Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, mkn tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorg yg sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar utk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun.

Firman Allah:

"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?

Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kpd-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dlm hidup ini.

Rasa Bertuhan

Rasa kehambaan yg serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kpd yg Maha Kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kpd yg Maha Sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kpd yang Maha Kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat2 Allah yg Maha sempurna itulah yg dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorg hamba yg paling kuat di kalangan manusia ialah dia yg merasa lemah di sisi Allah.

Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yg dialami oleh Rasulullah SAW yg menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dgn katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"

Rasa bertuhan inilah yg menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yg menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yg mempunyai kuasa.

Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dlm kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendpt pertolongan Allah.

Firman Allah:

"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)

Dlm apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang.

Firman Allah:

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yg dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

Memahami Maksud Takdir Allah

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yg mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kpd Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yg terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dlm pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yg bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kpd Allah – yakin kpd kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dlm apa jua takdir yg ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yg terbatas, namun pada pandangan-Nya yg Maha luas, semua yg ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah utk kita menyelesaikan masalah yg menimpa (bahkan kita dituntut utk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dpt diselesaikan, bersangka baik kpd Allah berdasarkan firman-Nya:

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Seorg ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barangsiapa yg menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dlm takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dgn Allah... mungkin itu caranya utk kita mendpt pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah utk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yg baik), itulah jln utk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dlm apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin utk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dgn ujian hidup. Hayatilah kata yg ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Utk meringankan kepedihan bala yg menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yg menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yg terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik2nya, namun ingatlah takdir Allah sentiasa mengatasi tadbir insan. Jgn cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dlm kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dgn meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"

Mendapat Hikmah Bila Diuji

Hikmah adalah sesuatu yg tersirat di sebalik yg tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dgn satu ujian. Hikmah hanya dpt ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian2-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yg taat itu hendak mendpt pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Allah? Maka dgn ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kpd darjat Ulul Azmi – yakni mereka yg paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yg sentiasa diuji.

Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi org beriman, ujian bukanlah sesuatu yg negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud2 yg baik di sebaliknya. Malah dlm keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dlm keadaan taat, ujian didatangkan utk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (org yg hampir dgn Allah) tentang hikmah ujian dgn berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dlm kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dlm kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kpd sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dpt kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dgn setiap pekerjaan yg dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dgn berkasih sayang antara satu dgn lain.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dgn memperbanyak zikrullah. Itulah satu2nya jln utk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yg baik, pangkat yg tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

In shaa Allah, dgn zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk ddlm pondok yg sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yg luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yg dpt dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.

Dgn itu semua org layak utk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jln yg sebenar dlm mencarinya. Rupa2nya yg di cari terlalu dekat... hanya berada ddlm hati sendiri!


- Artikel iluvislam.com

Comments

Popular posts from this blog