Hutang: Keburukannya dan kesan terhadap masyarakat



Kini masayarakat Malaysia dilingkungi hutang yang pelbagai. Hutang rumah,hutang kad kredit,hutang kereta dan sebagainya. Namun disebalik hutang yang menimbun-nimbun dan berkepuk ini, pernahkah kita tahu betapa buruknya hutang ini?

Hutang, suatu perkara yang bukan lagi menjadi perkara aneh dalam kehidupan manusia. Hutang juga boleh dikenali sebagai sumber kewangan bagi seseorang samada ianya kehendak atau keperluan. Namun begitu, masyarakat kini masih belum sedar betapa buruknya hutang, tabiat suka berhutang, dan tabiat suka menangguh membayar hutang.

KEBURUKAN BERHUTANG

1) Hutang merupakan punca kemiskinan. Mungkin ramai yang memandang ianya sebagai suatu perkara yang remeh tetapi ingat, perkara remeh ni yang banyak membawa manusia ke lembah kemiskinan. Sabda Rasulullah S.A.W
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

2) Hutang adalah punca tekanan jangka panjang. Ramai orang terlupa tabiat berhutang menyebabkan mereka hidup dalam keadaan tertekan. Pada mereka, duit aku, aku punya hal. Memanglah duit kamu,kamu punya hal, tapi bila kamu tak ada duit nak bayar hutang, kamu meminjam dari orang. Bukankah itu menambah lagi tekanan kepada kamu? Contoh, seseorang itu membuat kad kredit yang mempunyai kadar faedah tahunan 13.5% setahun. Ketika membuat kad kredit, dia merasa kadar itu cuma kecil sahaja. Maka dia pun berbelanja bagai tak ingat dunia. Beli sana sini apa yang nak. Asal nampak je, nak, terus beli bayar pakai kad kredit. Bila hujung bulan, sampai sahaja bil kad kredit, terus jatuh terjelepok macam biawak jatuh pokok kelapa bila tengok kadar hutang menimbun-nimbun. Mulalah tertekan nak bayar hutang kad kredit. itu baru hutang kad kredit, belum hutang along lagi. Kalau hutang along lagi, silap hari bulan, nyawa pulak jadi taruhan.

3) Hutang memupuk sikap boros. Ini yang selalu menjadi punca mengapa seseorang tu berpendapatan besar tapi hidup mengalahkan orang pendapatan kecil. Tabiat berhutang menyebabkan seseorang tu bersikap boros berbelanja. Kita selalu dengar masa kita sekolah sampailah ke universiti, selalu mak ayah pesan jangan boros berbelanja. Tetapi bila kita dah bekerja, dah ada duit sendiri, kita mula boros berbelanja. Bila tiada duit untuk berbelanja, kita berhutang sana sini semata-mata untuk memenuhi kehendak berbelanja kita. Kita berbelanja sakan tak ingat dunia. Tetapi, bila sampai hujung bulan, bil hutang-hutang semua sampai, kita tepuk dahi kat dinding sebab duit gaji kita yang besar tu lesap habis bayar hutang. Akhirnya orang lain awal bulan sampai hujung bulan makan nasi lauk macam-macam sebab tak suka berhutang banyak-banyak,kita makan nasi lauk garam sahaja sebab duit habis bayar hutang terlalu banyak…

4) Hutang memupuk sikap suka berbohong dan memungkiri janji. Sabda Rasulullah S.A.W:
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : ” إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف”
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, ” Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; ” Benar ” Jawab Rasulullah” ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Seseorang yang suka berhutang akan berbohong kepada pemiutang apabila dia tidak mempunyai wang untuk membayar hutang dengan janji-janjinya. Apabila dia berjanji untuk melangsaikan hutangnya, dia akan memungkirinya apabila dia tidak mampu untuk menyediakan wang untuk membayar hutang.

5) Hutang adalah sumber berlakunya jenayah. Perkara ini nampak macam kememeh(mengarut) sedikit. Apabila seseorang itu berhutang dengan along atau ceti haram, apabila cukup masa, dia perlu melangsaikan hutangnya. Jika dia gagal, maka along akan memberikan kepadanya saguhati berupa tumbukan, rembatan ala Cristiano Ronaldo dan macam-macam lagi. Maka timbullah isu “Saya dipukul along” menjadi panas di dada akhbar. Timbul isu ini kerana serangan along terhadap peminjam wang ceti haram itu diklasifikasikan sebagai suatu kesalahan menurut Seksyen Kanun Keseksaan 330 sabit kesalahan hukuman penjara 10 tahun dan denda atas kesalahan ‘Dengan sengaja mendatangkan luka supaya orang mengaku salah atau mengembalikan harta dlll’.

Jadi, tabiat berhutang sebenarnya lagsung tidak membwa kepada kekayaan, malah ianya membawa kepada keburukan dan keharu-biruan dalam hidup kita. Jauhilah berhutang kerana hutang yang tidak diselesaikan di dunia akan di kira di akhirat. Lebih baik selesai di dunia dari selesai di akhirat.

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : ” Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38)

 http://ceriteralensakamera.wordpress.com

Comments

Popular posts from this blog