Baca Al Quran Online Sambil Berinternet

 Sambil beriternet atau berblogwalking pun boleh baca Al Quran. Hari ni Nuriz nak share sikit pasal Al quran online ni, nama website ni ialah Tanzil.net. 

Website tanzil.net ni merupakan website yang menyediakan Al quran versi online memang lengkap dengan terjemahan dalam pelbagai bahasa.

Boleh cari ayat mana, surah mana yang kita nak baca, sudah tersedia, surah surah dan juzuk dan halaman dalam web tanzil ni.

Tanzil jugak menyediakan lebih kurang 25 orang qari yang terkenal seperti Al Sudais, Al Ghamadi, Abdul basit dan lain lain.
Ada pelbagai bahasa terjemahan, selain  bhs Inggeris, bhs Melayu dan Indonesia.

Boleh adjust saiz font dan ukurannya. Nak lihat terjemahan,  kita bawa kursor je kat ayat tu nanti akan keluar le terjemahannya.

Mudah membaca quran sambil meneliti makna ayat ayat suci. Di samping tu jugak kita boleh dengar ayat ayat suci dibaca dan semak, boleh jugak kita memperbaiki bacaan kita. Berinternet sambil menambahkan lagi pahala.
 
Sangat canggih teknologi masa kini, kita tak perlu lagi nak bawa al quran terjemahan yang tebal, dan kalau terlupa nak bawa ke mana mana, kat ofis ke, kita boleh buka je kat internet. Mudah je kan.
Tanzil.net

http://tanzil.net/#19:1

Comments

Popular posts from this blog