KEDUDUKAN PEMBACA AL-QURAN DI SISI ALLAH SWT
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Allah SWT telah mengurniakan nikmat dan rahmat dengan mengutuskan Rasul-Nya dan menurunkan kitab-Nya al-Quran yang tidak ada sebarang keraguan dalam kandungan dari dahulu sehingga kini. Kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya ini dipenuhi mukjizat dan keagongan yang tiada tolak bandingnya dengan kitab-kitab yang lain. Bagi mengekalkannya al-Quran dalam kehidupan kita ianya perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
Rasulullah
SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari
segi bacaannya, kerana itulah kita dapati para sahabat RA seperti
Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, Ubay bin ka’ab dan lain-lain lagi,
mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya setiap hari
Jumaat. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dahulu juga
mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak. Anak-anak tidak di
benarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka
mengamalkan pembacaan al-Quran setiap malam selepas waktu maghrib secara
beramai-ramai. Walaupun perkara ini tiada dalam syariat, tetapi
membuktikan mereka sangat mengambil berat tentang pembacaan dan
pendidikan al-Quran.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Banyak hadith-hadith yang menjelaskan kedudukan mereka yang sentiasa membaca al-Quran begitu tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadith Qudsi di mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiku daripada meminta-minta kepadaku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaku itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas makluk-Nya. Dalam satu hadith lain yang bermaksud: Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya.
Mereka
yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa akan diberi
ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira
sebagai sepuluh pahala. Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: " Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf". (Riwayat Tirmizi)
Mereka
juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT sebagaimana yang
dikatakan oleh Amr bin Ash: Barangsiapa membaca al-Quran maka mereka
akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan
tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja. Muka pembaca al-Quran
sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya
dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ketika berada di alam
kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti.
Hadith Rasulullah SAW:
Bermaksud: " Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ". (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan para sahabat
yang membaca al-Quran dan yang menghafal dibandingkan dengan sahabat
yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah SAW apabila
menghantar sesuatu utusan, baginda akan memilih darpada kalangan sahabat
yang banyak menguasai al-Quran sebagai pemimpin. Begitu juga ketika
berhimpunnya para syahid yang terkorban untuk dikebumikan, Rasulullah
SAW sendiri menguruskannya sehingga ke liang lahad dengan mendahului
para syahid yang hafaz di kalangan sahabatnya.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dibaca, difahami dan dijadikan panduan dan sumber rujukan yang utama dalam apa juga kegiatan hidup samada dari sudut akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Namun
persoalannya pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang lemah
iman, goyah pegangan akidah dan akhlaknya, menjadi kaku bibir dan kelu
lidahnya untuk menyebut ayat-ayat Allah SWT dan keras hati apabila
terdengar ayat al-Quran. Mereka lebih gemar mengalunkan dan mendengar
nyanyian lagu-lagu yang melalaikan berbanding ayat al-Quran. Tidak
kurang pula ada dikalangan kita yang hanya berbangga dengan menggantung
ayat-ayat al-Quran yang mahal-mahal sebagai hiasan. Walhal Islam tidak
menyuruh sedemikian.
Justeru itu, mimbar menyeru marilah sama-sama
kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya hidup. Kita mesti
yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat dan penawar
kepada segala jenis penyakit samada rohani atau jasmani yang sedang
melanda masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al-Quran pada
masa-masa tertentu sahaja seperti ketika dalam kesusahan, ketika sakit,
ketika menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu sahaja.
Ibu-bapa
perlulah memprogramkan penghayatan al-Quran dalam keluarga terutama
kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa seperti selepas solat
maghrib sebagai waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran.
Mengambil usaha dengan menghantar anak-anak ke kelas pengajian al-Quran
samada di surau dan masjid atau di kelas yang telah disediakan. Di
samping itu mempelajari al-Quran juga boleh dilakukan dengan cara
mendengar bacaan di radio, kaset dan di media-media elektronik dan
sebagainya.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar mengambil kesempatan dengan sempena dengan majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa kali ke 52 yang diadakan di dewan merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur, bermula dari 27hb Julai hingga 3hb Ogos 2010, mimbar menyeru para jamaah sekalian untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut bagi mendengar dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan oleh para Qari dan Qariah dari seluruh dunia. Semoga dengan kehadiran kita ke majlis tersebut akan menyerikan lagi dan mendapat rahmat dari Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalm surah al-Israa’ ayat 45:

Maksudnya: " Dan apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, suatu dinding yang tertutup.
http://azizie.com
Comments
Post a Comment