Skip to main content






TULISAN ANAK BUAH YANG BARU AKU TAHU - AKU SEORANG BOSS


PENDAHULUAN

Hari ini, aku gerdak2 internet, sekali aku terserempak dgn satu blog.....baca punya baca, rupanya blog anak buah yg telah berblog sejak tahun 2009 lagi.  

inilah cerita anak buah "Aku Seorang Boss"  - jemput baca:  


SELAMAT BEKERJA!
 
SATU

korang teringin nak jadi boss?? Aku teringat Mat Skem punya buku.. “AKU MAHU JADI BOSS”. Macam best je kan?? 
Sapa tak nak jadi boss?? boleh keluarkan arahan, boleh minit sesuka hati, surat tak yah buat, lepas tu pegi bilik officer boleh tanya” dah siap dah keja yang saya bagi tadi”..
boss mana ada keja nak buat… goyang kaki dan bagi arahan je.. pastu kuar awal main golf! best gile!!
Sapa tak nak jadi boss?? kuar opis tak yah bagitau sapa? anak buah keluar, tanya bagai..

boss e.l takpe, anak buah e.l, banyak pulak tanya..
BEST KAN JADI BOSS???
 
DUA
 
Kalau boleh aku pilih bos, aku nak bos yang lagi muda dari aku.. boleh melawan, boleh buat muka masam, boleh merungut banyak, boleh tunjuk pandai bila boss tak pandai sangat subjek matter yang aku pandai.. lagi best boleh outshine boss.. Laaaaaaaagi best boleh kutuk kat FB(kutuk ker??) dengan andaian boss takde FB.

Lagi ignorance bos aku lagi aku suka. lagi boss tak kisah nak brief dia ke tak lagi aku suka. Lagi boss tak tegur perangai ‘tak apa’ aku lagi aku suka. Lagi boss tak kisah aku siap keja ke tak lagi aku suka.. pendek kata yang paling aku suka bila aku boleh buat apa aku suka tapi boss kena tanggung semua.. 
 
TIGA
 
Dulu dan skarang aku ada boss .. sampai bila-bila aku ada boss.
Tugas aku memberi nasihat, pandangan, buah fikiran. Selebihnya adalah tanggungjawab bos aku nak buat keputusan. Even sometimes i was wrongly advise my boss.
Kalau ikut hati.. semua menda aku nak decide… tapi aku ada boss. Boss la decide, gaji boss banyak kan?
Aku belajar hormat boss walaupun aku rasa macam hormat aku dah hilang somewhere kadang-kadang.. 
 
Suka tak suka dia boss aku.. aku sedar aku ada boss. Dan perkara yang paling besar pada seorang boss adalah tanggungjawab Boss suruh aku buat kerja, tapi tanggungjawab dia yang pikul.

Boss suruh aku stayback, aku merungut, tapi bila aku buat salah dia jugak yang tukang menjawab kat boss kepada boss.
Sebab bila aku jadi boss aku esok-esok pun tak suka anak buah kurang ajar kat aku…
Tapi…
zaman berubah, aku rasa sangat tidak sama zaman aku ada boss dan menjadi boss?? Boss kah aku??
Aku bukan boss, aku cuma ketua Unit. Sapa-sapa nak jadi boss dipersilakan.
titik!!

Siapakah bos yang pandai??

Bos yang pandai mengarah?? Bos yang pandai manage?? Bos yang pandai sembunyi diri bila ada isu dengan KSN? Bos yang pandai salahkan anak buah?? Bos yang ada experience 30 tahun?? Bos yang ada knowledge power?? Bos yang pandai main golf?? Bos yang pandai bermain kata-kata?? Bos yang pandai dress up??
 
Siapa pula bos yang bijak??
 
Semua persoalan di atas aku tinggalkan untuk korang jawab. ..Sebab ada diantara korang dah jadi bos. Tak kira la bos besar ke bos kecik. Tapi yang penting bila korang jadi bos jangan la rasa bossssssssss la sangat atau omputeh kata sangat bossy. 
Jangan la dok menjaja kehampehan anak2 buah korang di merata-rata tempat. Sebab refleknya kat atas kepala korang jugak. Korang la hampeh sebenarnya. Korang jugak yang tak reti nak manage officer/staff, sapa suruh?. 
 
Lagi satu, jangan la jugak korang ada hobi dimasa lapang mengutuk pegawai2 muda yang naik pangkat cepat. Dah rezeki dorang nak wat cemana. Bukan korang yang Maha pemberi rezeki . Dah zaman korang dulu lambat.. nak buat macamana.. (ke korang tak perform time tu.. Itu yang naik lambat tu). Tak yah la nak mendengki- dengki ngan generasi baru ni. Kang tak pasal2 hati korang jadi busuk (or sememangnya dah busuk). Masuk neraka okkkk!! korang nak??
 
Daripada korang dok mendengki , down gred pegawai-pegawai ni, lebih baik bagi tunjuk ajar. Ada gak pekdah.. Kan experience korang 30 tahun?? Budak2 ni baru servis 5-6 tahun.. kan? What do u expect when it comes to your service period?? They all still in the learning curve. Teach them, they will listen. They won’t disrespect you if you don’t do something to make them to.
 
Yang paling best, bila korang tak nampak pegawai/staff kat opis, korang kata diorang takde kat opis or mengular (padahal dorang sikit punya bz dok dalam bilik ngadap keja yang berlambak- (kadang2 bukak la jugak email @ facebook…kantoi). Tapi bila pegawai/staff korang kehulu kehilir berjalan, korang kata diorang Look Like Busy (LLB).. Apa motifnya kitaorang nak ber look like busy. Korang biasanya yang buat2 busy bila semua menda korang dah delegate kat pegawai/staff korang.. kan? Lepas tu petang-petang baru korang nak keluarkan semua surat dalam bilik korang, esok pagi-pagi korang dah tanya status tindakan surat semalam. Korang ingat pegawai/staff korang takde life? Takde family? Ada korang nak jaga dorang bila dorang sakit? Korang nak jenguk pun tak tentu lagi. 
 
Ni lagi satu, korang jangan la jadi bos yang asyik nak salahkan pegawai/staff je. Betulkan la. Macam KSU aku. Sangat cool dan stood tall bila ada apa2 isu. Berani betulkan keadaan dan defend anak buah atas menda2 yang tidak disengajakan kesilapan. Bukan KSU tak penah marah (aku), tapi the way dia betulkan keadaan sangat merespekkan aku. (tiada niat nak bodek KSU-ala, KSU bukan baca blog aku pun). Sangat professional. Terserlah ciri-ciri sorang leader dalam this small Ministry. 
 
So, aku rasa pegawai/staff takde la bebulu sangat dengan korang bila korang tegur/marah staff korang dengan tidak menjatuhkan maruah dorang. Aku sure dorang mesti respek dengan korang punya. Ini korang baru nak lead satu Bahagian/Unit/Sub-Unit pun dah menggelabah biawak komodo. KSU panggil suruh jawab e-mail KSN pun korang dah peluh-peluh nak pengsan.
 
 Ada isu korang tunjuk pegawai salah. Habis yang korang dibayar gaji besar2 tu watpe bila bertanggungjawab taknak. Hallo, korang ketua, korang la responsible. Work as a team la. Baru ada shared value dan sense of belonging tu tinggi. Ni bila berjaya ja korang claime korang hebat. Dah la tak sebut langsung sumbangan anak buah, terima kasih pun korang tidak.. Kalau salah cepat aje korang tunding anak buah.
 
Ni ada lagi. Toksah la korang nak bangga sangat dengan darjat korang dalam servis ni. Tak kemana pun. Mati sok takde orang nak usher or tagging kubur korang “khas untuk JUSA A, B, C” .. ha, yang belah sini gred 41 – 54.. yang belah ni staff sokongan… Takde korang oi.. Ada ke malaikat nak tanya korang PEGAWAI gred apa?? Korang JUSA sekalipun, seksa tetap seksa.
 
Ni lagi satu, Kalau dah tau gaji korang besar, tak yah la create kursus jauh2 semata-mata nak berjalan. Pegi la pakai duit sendiri. Tak berapa sen pun. Penat tau pegawai/staff nak arrangekan untuk korang. Dah tu bila salah sikit, mengamuk bagai. Semua tak kena. Korang ingat korang anak raja semua Kerajaan nak tanggung. Banyak cantik muka korang.

Wahai sahabat2ku. Seperti yang aku janjikan. terimalah boss
 
 part 3.
 
Macam mana agaknya kalau korang jadi bos yang sangat terer. Ketereran korang mengalahkan Tan Sri KSN. Depan korang anak buah korang puji melambong. Belakang kutuk tak hingat.
Kalau korang bos yang hebat sangat la kan, mesti korang ada team yang hebat. korang dapat membimbing anak buah menjadi hebat macam korang.
 
Kalau korang banyak pengalaman la kan, mesti korang dapat kongsi pengalaman dengan anak-anak buah korang yang sangatlah cetek pengalamannya.
Aku nak bagitau korang yang berangan nak jadi bos yang hebat,
 
Kalau jadi bos, jangan la dok peleceh anak buah merata. Dok mengumpat mengata anak buah tak tau buat kerja. Maki hamun anak buah dalam kereta depan driver.
 
Kalau anak buah salah, tunjukkan yang mana betul. Kalau nak marah, pofesional la. Jangan take thing personally.
 
Aku tau la korang experience 30 tahun. Tapi perlu ke korang jadi bongkak dan sombong. 30 tahun pengalaman tidak menjanjikan korang menjadi bos yang bijak-sana, sini tak tentu bijak lagi. 
 
Korang pun kena la berenti dengki-mendengki bila anak buah korang naik pangkat. Udah rezeki dorang. Dah tau anak buah korang kurang pengalaman, sila la ajar. Tapi ajar dengan adap dan tertib. Jangan ajar anak buah korang secara kurang ajar. Ajar orang cara beradap yang tidak biadap. Bukan ajar dengan biadap cara nak beradap.
 
Berenti rasa diri korang sangatlahhhhh penting. Sapa kata diri korang tak penting?? tapi korang kena ingat juga, tanpa anak-anak buah korang, korang ingat korang boleh perform sorang-sorang.? maknanya, anak-anak buah, kerani, cc, par, driver hatta tukang kebun sekalipun amatlah penting.. tau??
 
Korang kena tukar hobi. Buatlah hobi lain yang lebih berpekdah dari dok pelekeh anak buah sendiri. 
 
Team korang bagus sebab ketuanya memimpin dengan baik. Kalau team korang teruk, boleh ke korang claim korang ketua yang baik (tapi anak-anak buah yang teruk)? Koranglah teruk… Ketua yang teruk. Apa yang korang mengata mengutuk pasal team sendiri sebenarnya reflek kat diri korang sendiri as a team leader
 
Lepas tu, bila anak buah korang done something good, deliver job excellently, korang puji la sikit. ucap terima kasih ke, tahniah ke??. payah sangat ke? bukan kena bayar pun. Sejuk gak hati anak buah korang.
 
Kalau korang ada masalah keja dengan anak buah korang, panggil la diorang ke bilik, tegur la baik-baik. bukan maki hamun sesedap rasa. Ko ingat ni company mak bapak korang??
Ada lagi ni, jadi la korang bos yang professional. Ada intergriti. Don’t take thing personally. Kerja-kerja la. pehal korang nak emo sampai tujuh keturunan. Siap dengan dendam kesumat tu.
Dengan menjadi bos yang baik, budi bahasa, tidak memalukan anak buah depan khalayak, korang ingat akan dipijak ke? Tidak? Korang akan dihormati. Korang akan disanjungi.
 
Korang bila jadi bos pun jangan la makan bodek sangat. Nak dengar yang sedap2 ja. Idea anak buah korang cantas. Lagi best korang claim idea anak buah tu idea korang. Eh, 30 tahun kerja pun korang nak curi idea budak hingusan?? Sangat memalukan.
 
Korang kalau nak out station jangan la lama sangat. Banyak menda yang tertangguh. Kalau tak urgent takpela. Kalau urgent? 
 
Bila anak buah korang by pass korang, korang marah. Bila anak buah cari, korang takda opis. 
 
Bila anak buah setelkan kerja tu korang marah, korang kata by pass korang. Bila anak buah nak brief pun korang marah. Anak buah mintak opinion korang kata anak buah independent. kalau anak buah pandai-pandai korang kata anak buah tak consult dengan korang dulu. Apa ni? Sms malas reply, henfon dah tentu korang tak angkat..
 
Aku nak bagi tau korang. Kalau korang rasa korang best sangat.. korang kerja sorang-sorang la. Tak payah la kerja dengan kami yang setahun jagung ni, cetek ilmu, kurang pengalaman. Woi! Dah tentu la kami masih baru nak bandingkan dengan korang. Sebab tu kami nak tunjuk ajar. Bukan maki hamun. pandai!
 
Kalau korang nak marah anak buah korang ikut talipon sekalipun pastikan bukan berada disebelah driver opis. Korang ni memang jenis tak reti nak jaga maruah dan air muka anak buah korang ek?
 
Bila anak buah benci korang, korang marah. Bila anak buah hilang hormat korang melatah.
 
Sekarang sapa yang kurang ajar? siapa yang terpelajar?siapa pula yang terpelajar yang kurang ajar? korang ingat korang layak bergelar bos?
 
Kalau Korang bos, korang pikir la sendiri.
Btw bos, jadikanlah opis tempat yang seronok bekerja, bukan seperti bekerja dalam neraka.

Comments

Popular posts from this blog