Reaksi bila result exam keluar..
1, straight A! ini dia bukti hasil usaha kerja keras dan
penat lelah aku selama ini!
“Maka sebenarnya bukan engkau yang membunuh mereka, tetapi
Allah yang membunuh mereka, juga bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar
tetapi Allah yang melempar, untuk menguji orang-orang yang beriman dengan UJIAN
YANG BAIK (kemenangan Perang Badar) sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui” (Surah al Anfal : ayat 17)
Kesimpulannya : Ingat, bukan engkau yang gagah, tapi Allah
yang menggagahkan engkau untuk study, bukan engkau yang beri jawapan exam
dengan tepat tapi Allah yang menerangkan hati kamu semasa jawab exam dan straight
A tu adalah ujian, untuk menguji sama ada hambanya bersyukur dan merendah diri
atau bongkak bangga diri.
2, Menjerit!!!!!!!
“ Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (Fathul
Makkah), Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah berduyun-duyun,
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mintalah keampunan, sesungguhnya
Dia Maha Penerima taubat” (surah an Nasr : ayat 1-3)
Kesimpulan 1 : Sepatutnya, bila kita peroleh kejayaan,
kemenangan atau pertolongan, kita kena memuji Allah, Alhamdulilah (segala puji
bagi Allah) malah segala puji-pujian yang kita peroleh selayakkan untuk Allah.
Kalau kita dipuji kerana kepandaian kita, siapa yang jadikan kita pandai dan
orang lain tak pandai? Kalau kita dipuji kerana kita cantik, hensem, siapa yang
jadikan? Kalau kita dipuji kerana kita gagah perkasa, kaya, berpangkat, siapa
yang kurnia? Jadi, segala puji-pujian itu memang selayaknya hanya untuk Allah
s.w.t. so, jangan perasanla ko hebat..
Kesimpulan 2 : Bila datang kejayaan, mintalah keampunan
dengan beristighfar.
“astaghfirullahal Azim! Aku dapat straight A!” tu menyindir ayat
Allah namanya..
Rendahkan diri, mungkin kejayaan ini belum cukup memberatkan
timbangan neraca mizanku dipadang mahsyar nanti sedangkan hidupku selama ini penuh
dengan kelalaian dan selalu melupakanMu Ya Allah.. Ampunilah dosaku selama ini
Ya Allah!
# mood : sedang menghitung hari menanti keputusan exam SPM.. moga
kejayaan mengiringi anak2 muridku dunia dan akhirat.
http://fakir-ilallah.blogspot.com/2012/12/reaksi-bila-result-exam-keluar.html
Comments
Post a Comment