··¤(`×[¤salah akukah..¤]×´)¤··
Assalamualaikum
buat semua.. Sedihnya hati hanya ALLAH saja yang tahu.. Ya ALLAH ujian
apakah yang Engkau berikan pada hamba kali ini Ya ALLAH.. Sakit sungguh
rasanya, perit yang teramat.. Aku tidak pernah meminta mereka bercerita
kepada ku, apatah lagi bertanyakan masalah rumahtangga yang mereka
alami. Tapi kenapa harus aku yang dipersalahkan? Sedangkan selama ini
mereka yang beria-ia mencurahkan segalanya padaku. Mereka minta aku
untuk mendengar keluh kesah mereka. Tapi kenapa harus aku yang
dikaitkan?
Selama
ini aku ikhlas meminjamkan telinga aku untuk mereka. Aku pinjamkan bahu
aku supaya mereka dapat bersandar. Aku sedar tidak seharusnya aku
mencampuri urusan rumahtangga mereka. Tapi aku tidak pernah meminta apa
lagi mempromosikan diri untuk menjadi pendengar setia. Tidak! mereka
yang datang kepadaku untuk berkeluh kesah. tapi kenapa aku yang mereka
persalahkan?
Sebenarnya
aku tidak layak untuk menjadi pendengar masalah rumahtangga mereka. Aku
sendiri belum pernah mengalami hidup berumahtangga. Tapi kenapa aku
juga yang mereka jadikan sebagai tempat untuk berkeluh kesah.. Buntu aku
memikirkan nya.
Sejak
hari pertama adik saudaraku bercerita perihal masalah rumahtangga
abangnya aku sudah mula merasa kurang enak. Tetapi mendengarkan tangisan
adik saudaraku yang hiba menjadikan aku tidak sampai hati membiarkan
kesedihan terus menyelubunginya. Tidak sepatutnya dia yang mengalirkan
airmata. Aku tidak rela andai hatinya terluka. Kerana rasa kasih yang
menggunung aku bersedia menjadi telinga buatnya. Ya ALLAH kenapa harus
dia yang menanggung kesedihan itu.. Sepatutnya abang saudaraku lah yang
bijak menangani masalah rumahtangga nya sendiri. Dia sudah bergelar
suami, pemimpin rumahtangga. Sepatutnya sebagai nakhoda dia yang
menentukan perjalanan bagi pelayaran itu. Bukan aku, bukan ibunya dan
bukan juga adiknya.
Aku
masih ingat lagi saat sebelum dia mengambil keputusan untuk bernikah,
aku pernah bertanya kepadanya sudah bersediakah dia untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang suami? Bersediakah dia menerima kekurangan
dan kelemahan bakal isterinya? Bersediakah dia menerima keluarga
mertuanya? Mampukah dia mendidik isterinya menuju jalan yang diredhai?
dengan penuh keyakinan dia berkata bahawa dia sudah bersedia. Ku katakan
lagi kepadanya nikah kahwin bukan lah perkara yang boleh dibuat main,
kalau hendak ambik, kalau tak nak campak macam kain buruk. Perkahwinan
ini untuk seumur hidup Insya ALLAH. Bukannya hari ini kahwin, esok lusa
kalau dah bosan bercerai. Dan sekali lagi dengan yakin dia menjawab
bahawa dia sudah siap dengan segala rintangan yang bakal dia tempuhi.
Tapi ternyata akhirnya setiap apa yang dia katakan tidak ubah seperti
angin lalu.
Usia
perkahwinan yang belum pun sampai setahun bakal menemui titik
penamatnya. Salah siapa? Dia menyalahkan isterinya kerana tidak pandai
masak segala bagai, tapi kenapa sebelum berkahwin kemungkinan itu tidak
dia fikirkan? Katanya lagi isterinya malas, tapi kenapa masa bercinta
semua itu dia tidak pedulikan? Kenapa setelah melangkah ke gerbang
perkahwinan baru semuanya timbul? Sebagai ketua sepatutnya dia tahu apa
yang harus dia lakukan. Bukannya menjadi anak emak yang sedikit masalah
saja asyik mak, mak, mak dan mak. Mak ini, mak itu dan segala bagainya
mak!
Si
isteri pulak kenapa sebelum berkahwin tidak mempersiapkan diri untuk
menjadi seorang isteri? Kalau sebelum berkahwin kita biasa makan di
luar, bila dah berkahwin sila la masak untuk suami. Jagalah makan pakai
minum suami dan begitulah sebaliknya. Ini tidak, perkahwinan dianggap
gelanggang permainan. Akhirnya si adik mengadu padaku, si isteri pun
sama.
Kalau
hanya si adik aku masih tidak kisah kerana aku tahu keluh kesah itu
tidak sampai ke mana. Tapi bila si isteri yang membuka pekung di dada,
aku jadi serba salah. Hendak ku reject aku menghormati dia sebagai
seorang kakak, nak ku layan aku takut aku di cop sebagai penyibuk.
Akhirnya aku biar dia bercakap seorang diri. Handphone aku letakkan di
tepi. Biarlah dia berkeluh kesah asal aku tidak mendengarnya. Walaupun
begitu sungguh aku tak sangka, rupa-rupanya aku dijadikan mangsa. Saat
dia bergaduh dengan suaminya, dia katakan aku yang bercerita kepadanya
tentang apa yang berlaku. Padahal sebaliknya yang terjadi. Dia mendengar
pihak lain yang bercerita dan dia mengkhabarkannya padaku tapi aku
tidak mendengarnya. Tapi dia??? Tergamaknya dia menghancurkan
perhubungan aku dengan abang saudara ku. Mungkin kami lahir dari rahim
yang berbeza tapi susu yang mengalir dalam badan kami asalnya dari satu
sumber. Ibuku, ibuku, ibuku..!
Sungguh
aku tidak menyangka dia akan melakukan itu. Kalau la aku tahu pasti aku
tidak menjawab panggilan telefonnya. Pasti aku biarkan saja dia
menangis seorang. Pasti aku biarkan saja dia meratapi nasib dirinya.
Tapi kerana rasa hormat dan simpati yang melimpah aku jawab juga. Tapi
kini, abang ku hilang kepercayaan pada diriku. Aku dikatakan penyibuk,
suka masuk campur hal rumahtangga orang. Padahal aku sendiri tidak tahu
apa yang kakak iparku khabarkan padaku.
Ya
ALLAH kenapa ujian ini yang hamba terima Ya ALLAH. Hamba tidak kuat Ya
ALLAH. Ya ALLAH jangan Engkau uji hamba melebihi batas kemampuan hamba
Ya ALLAH. Hamba takut hamba tidak cukup kuat untuk menghadapinya. Ya
ALLAH hamba mohon dari secebis Kebesaran Kasih SayangMu Ya ALLAH andai
ini ujian yang harus hamba terima, Engkau tabahkanlah hati hamba dalam
menerimanya Ya ALLAH. Berilah hamba kekuatan untuk mengharunginya Ya
ALLAH. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui segala apa yang berlaku.
Tabahkanlah hati hamba Ya ALLAH. Ampunilah hamba sekiranya dengan
menjadi telinga buat saudara hamba itu suatu kesalahan Ya ALLAH. Hamba
tidak bermaksud untuk mencapuri urusan rumahtangga mereka. Hamba cuma
tidak mampu mendengar tangisan adik saudara hamba. Hamba menyayanginya
selagi hayat masih ada.
http://damaikasih.blogspot.com/?expref=next-blog
Comments
Post a Comment