Mazhab Akidah Qadariah, Jabariah, dan Muktazilah
Penghujung
abad pertama Hijrah berlaku beberapa fahaman menyebabkan kafir
mengkafirkan sesama islam dan sehingga menimbulkan perpecahan di
kalangan umat islam serta muncul beberapa mazhab yang cuba mentajsimkan
atau mentasyhbihkan sifat ALLAH sehingga terpesong dari akidah islam,
beberapa mazhab yang dapat penulis kongsi disini antaranya:
Qadariah
Qadariah
dinisbahkan dari perkataan Qudrat. Golongan ini beriktikad bahawa
segala perbuatan manusia itu samada baik atau buruk adalah lahir dari
usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri, tiada hubung kait dengan kuasa
ALLAH, pengasas mazhab ini ialah Ma’bad ibn Khalid al Juhani dan Ghailan
al-Dimasyqi. Mazhab ini lahir di Basrah oleh sebab pertikaian umat
islam tentang persoalan qada dan qadar ALLAH, nama mazhab ini diambil
dari al-qadar. Mereka mengatakan bahawa segala usaha dan perbuatan
manusia itu terjadi dengan kehendak mereka sendiri. Antara lain mengenai
iktikad qadariah ini ialah:
a.
Manusia bebas melakukan sesuatu mengikut kemahuan yang kesannya adalah
dari manusia, akan tetapi dengan qudrat yang diberikan ALLAH kepada
manusia.
b. Percaya ALLAH tidak membuat apa-apa takdir kepada manusia
Iktikad
ini tidak tepat kerana setiap perbuatan manusia kebanyakan tidak
tercapai dimana jika manusia itu berkuasa mestilah tiada yang sakit,
hidup kemiskinan sengsara dan sebagainya. Fahaman ini adalah melampau
sama sekali.
Jabariah
Berasal
dari perkataan al-jabr atau jabrun yang bermaksud tergagah atau
digagahi. Muncul di Kufah pada zaman pemerintahan Umaiyah yang dibawa
oleh seorang lelaki bernama Jaham ibn Safuan dari Khurasan, mazhab ini
beriktikad bahawa manusia itu dipaksa dan digagahi sepenuhnya oleh
ALLAH, manusia itu langsung tidak berkemampuan melainkan ALLAH dan
manusia seperti kapas dan debu yang ditiup angin. Segala buruk dan baik
itu ALLAH yang melakukannya ke atas manusia. Antara lain mazhab Jabariah
mengatakan:
a.
Syurga dan neraka tidak kekal kerana yang kekal adalah zat ALLAH
sahaja, kekal yang di dalam al-Quran itu bermaksud lama sahaja
b. Kitab ALLAH baru
c. Allah tidak dapat dilihat pada hari akhirat kelak
Ini kerana mereka berpegang kepada firman ALLAH:
اللهُ خَلِقُ كُل شَيْء ٍ(الزمر 62)
Terjemahan : ALLAH yang menciptakan tiap-tiap sesuatu….
Muktazilah
Berasal
dari perkataan I’tazlaa yang bermaksud mengasingkan diri dari puak,
lahir semasa kurun kedua Hijrah dan diasaskan oleh Wasil ibn ‘Ata’ yang
keluar dari halaqah imam Hasan al- Basri yang tidak sependapat dengan
gurunya tentang masalah dosa besar, bagi Wasil orang yang melakukan dosa
besar tidak mukmin dan tidak kafir, akan tetapi mereka berada di satu
tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain atas dasar
tersebut mereka menubuhkan mazhab baru dan bergantung kepada 5 prinsip
mereka iaitu:
a. al tauhid
b. al-Adl
c. al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)
d. satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain
e. al-Amr bi al-ma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.
Prinsip pertama (tauhid)
- menafikan sifat azali ALLAH mengatakan semua sifat ALLAH itu baru
- menafikan azali kalam ALLAH dan al-quran itu baru
- ALLAH tidak dapat dilihat di hari akhirat
Prinsip kedua (al-Adl)
-manusia
betanggungjawab ke atas perbuatan mereka dan ALLAH tidak mencipta
perbuatan manusia samada baik atau buruk, hanya kudrat diberi kepada
manusia untuk membuat pilihan melakukan atupun tidak, segala keburukan
ALLAH tidak bertanggungjawab,dengan prinsip ini mereka menggelarkan diri
mereka ahli tauhid dan keadilan.
Prinsip ketiga (al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)
-
golongan ini yakin bahawa ALLAH wajib tunaikan janjinya, amalan baik
akan mendapat pahala, amalan buruk akan mendapar dosa dan ditempatkan di
neraka,tuhan tidak boleh memungkiri janji, bagi mereka yang melakukan
dosa besar mereka tidak diampun melainkan bertaubat,orang yang baik
tidak boleh dihalang dari mendapat pahala.
Prinsip keempat (satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain)
Prinsip
yang paling penting dalam Muktazilah,golongan ini beriktikad bahawa
melakukan dosa besar selain syirik tidak mukmin dan tidak kafir tetapi
mereka mengambil jalan tengah dengan mengatakan ‘fasik’. Maksiat bagi
mereka terbahagi dua iaitu 1. Syirik: hukumnya kafir 2. Melakukan dosa
besar hukumnya fasik
Prinsip kelima (al-Amr bi al-Alma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.)
Berkait
rapat dengan taklif hukum fiqh dan kepercayaan atau tauhid, mereka
berdakwah kepada orang yang jahil dan sesat serta tanpa segan silu
mereka melakukan hukuman bunuh walaupun sesama islam jika orang
menyalahi pendirian mereka.
Pengaruh dari ahli falsafah Yunani menyebabkan golongan ini melampau dalam tauhid dan tanzih dalam ajaran islam yang sebenar.
http://persisbayu.blogspot.com/
Comments
Post a Comment