SAHABAT MEMOHON SYAFAAT NABI SAW
1
2
SYAFAAT iaitu perbuatan memohon bantuan dan
pertolongan yang menjadi isu di sisi sesetengah orang jika dilakukan
kepada selain daripada Allah SWT bukan isu yang sengaja diada-adakan.
Perkara ini pernah ditimbulkan oleh seorang pelajar dari negara Arab
dalam satu majlis yang dianjurkan. Pelajar terbabit dengan tegas telah
menegur apabila terdengar ada kata-kata berunsur memohon syafaat Nabi
SAW.
Mari kita melihat bagaimana sikap para sahabat dalam
hal ini. Terdapat hadis yang menegaskan bahawa beberapa orang sahabat
telah meminta syafaat daripada Nabi Muhammad. Baginda tidak pernah
mengatakan: "Bahawa meminta syafaat daripadaku adalah syirik. Maka
pohonlah terus daripada Allah dan jangan sesekali kamu menyekutukan
Tuhan kamu dengan sesuatu.
" Sebagai contoh, Anas ibnu Malik r.a pernah
berkata: "Wahai Nabi Allah! Syafaatkanlah aku pada hari Kiamat. " Maka
Rasulullah bersabda: "Aku akan melakukannya." (riwayat al-Tirmidzi dalam
Sunannya, Kitab al-Qiayamah).
Sawaad ibnu Qaarib juga pernah berkata di hadapan
nabi SAW: "Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan
sesungguhnya engkau dipercayai atas segala yang ghaib; Sesungguhnya
engkau adalah Rasul yang mempunyai wasilah paling hampir kepada Allah,
wahai anak keturunan orang-orang yang mulia dan baik!
" Hingga dia juga mengatakan: "Maka jadilah engkau
pemberi syafaat bagiku, pada hari tidak ada yang mempunyai (hak)
syafaat, selain engkau yang boleh menyelamatkan Sawad ibn Qarib."
(riwayat al-Baihaqi dalam Dalaail, Ibnu ‘Abd al-Barr, dan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari).
Rasulullah memperakuinya dan tidak mengingkari perbuatannya memohon syafaat daripadanya.
Sahabat lain yang pernah memohon syafaat daripada
baginda ialah Mazin ibnu al Ghadhubah setelah dia memeluk Islam. Dia
bernasyid: "Kepadamu, wahai Rasulullah! Bergerak kenderaanku merentasi
padang pasir dari ‘Uman ke ‘Araj. Agar engkau dapat mensyafaatkanku,
wahai sebaik-baik manusia yang memijak batu-batu kecil. Maka aku
diampunkan oleh Tuhanku, lalu aku pun pulang dengan membawa kejayaan."
(riwayat Abu Nu’aim dalam Dalaail al-Nubuwwah, ms: 77)
‘Ukkasyah ibnu Mihsan juga termasuk sahabat yang
pernah memohon syafaat daripada Nabi Muhammad. Ketika baginda menyebut
bahawa 70,000 orang akan masuk syurga tanpa hisab. ‘Ukkasyah berkata:
"Berdoalah kepada Allah supaya aku termasuk di kalangan mereka itu.
" Rasulullah SAW terus bersabda: "Engkau termasuk di kalangan mereka.
"Kita sedia maklum, bahawa tiada seorang pun yang
menerima nikmat syurga, kecuali setelah diberi syafaat atau ditolong
oleh Rasulullahmelalui Syafaat Kubra (terbesar), bagi orang
yang sedang berada di Padang Mahsyar sebagaimana telah dijelaskan jelas
dalam beberapa hadis mutawatir. Perkara ini dikategorikan sebagai
memohon syafaat.
Riwayat seperti ini banyak terdapat di dalam
kitab-kitab hadith yang mulia. Semua hadith tersebut menunjukkan
keharusan memohon syafa’at daripada Rasulullah SAW semasa di dunia. Di
antara mereka, ialah sahabat yang memohon dengan menentukan
permohonannya, “Berilah aku Syafa’at!” Ada yang memohon supaya dapat
masuk syurga, atau memohon termasuk dari kalangan orang-orang yang
dahulu masuk syurga, atau memohon supaya dapat meminum air telaga
Kauthar, atau dapat menjadi teman Baginda SAW di dalam syurga
sebagaimana yang dikecapi oleh Rabi’ah al Aslami RA yang pernah berkata,
“Aku memohon kepadamu supaya aku dapat menemanimu di syurga!” Lalu
Rasulullah SAW menunjukkannya jalan untuk mencapai cita-citanya itu.
Rasulullah SAW bersabda, “Bantulah aku untuk (menyempurnakan hajat)mu
itu dengan memperbanyakkan sujud.
”Baginda SAW tidak pernah bersabda kepadanya atau
kepada sahabat yang memohon masuk syurga, atau memohon dapat bersama
Baginda SAW, atau bercita-cita menjadi ahli syurga, atau memohon dapat
meminum air telaga Kauthar, atau tergolong di kalangan orang yang
mendapat keampunan, “Sesungguhnya permohonan seperti ini adalah haram
dan ia tidak boleh diminta sekarang, kerana waktunya belum tiba, dan
tunggulah hingga Allah mengizinkan aku untuk memberi syafa’at, atau
memasukkan seseorang ke dalam syurga, atau untuk memberi minuman dari
Telaga al Kauthar.” Padahal, sebenarnya semua yang diminta oleh para
Sahabat RA itu hanya akan terjadi setelah adanya Syafa’at Terbesar.
Dengan demikian, jelaslah bahawa apa yang mereka
minta itu ialah meminta Syafa’at. Nabi Muhammad SAW menggembirakan
mereka dengan perkara tersebut dan menjanjikan mereka dengan apa yang
menyedapkan hati dan menyejukkan mata mereka. Mustahil jika perkara
tersebut suatu perkara yang dilarang, kemudian tidak dijelaskan kepada
mereka hukumnya kerana bersikap manis di mulut sahaja atau berputar
belit. Rasulullah SAW tidak sekali-kali bersikap penakut atau takut
cacian dalam prinsipnya menegakkan kebenaran. Baginda SAW menyambut
permohonan mereka dengan meriangkan hati mereka dan menjanjikan
perlaksanaannya itu sesuai dengan tuntutan kebenaran dan berasaskan dari
asal-usul agama, serta sangat jauh dari segala kebatilan dan
kemunafiqan.
Apabila telah sah memohon Syafa’at daripada
Rasulullah SAW di dunia, sebelum di akhirat, bererti, Syafa’at yang
diminta daripadanya di dunia, benar-benar akan diperolehi apabila tiba
waktunya nanti, iaitu hari Kiamat, dan setelah Allah SWT mengizinkan
para pemberi Syafa’at untuk memberikan Syafa’at mereka. Bukan bererti
orang yang memohon Syafa’at daripada Nabi Muhammad SAW ketika di dunia
akan menerimanya sebelum sampai masanya.
Permasalahan ini sebenarnya sama seperti khabar
gembira daripada Rasulullah SAW tentang syurga yang dijanjikan kepada
kebanyakan orang Mukmin. Maknanya, mereka akan masuk syurga dengan
sebenar-benarnya pada masanya iaitu hari Kiamat, dan setelah Allah SWT
mengizinkan mereka memasukinya pada waktu yang telah ditentukan. Bukan
bererti bahawa mereka akan memasuki syurga di dunia, atau di alam
barzakh. Kita percaya bahawa tiada di sana terdapat umat Islam awam yang
berakal mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang bercanggah dari itu.
Dalam menimbang sesuatu persoalan agama seperti
Syafa`at, seharusnyalah kita turut merujuk kepada sikap dan amalan para
Sahabat Nabi RA. Merekalah generasi muslim terbaik yang pernah terhasil
dan amalan mereka menjadi salah satu sumber agama ini. Jika ini kita
lakukan, kita akan mendapati banyak peristiwa dimana para Sahabat RA
memohon bantuan dan pertolongan Nabi SAW tanpa merasakan bahawa itu
adalah salah.
Daripada Mukhallad ibn ‘Uqbah ibn Abdur Rahman ibn
Syarhabil, daripada datuknya, Abdur Rahman, daripada ayahnya, berkata:
“Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika telapak tanganku terkena
bisul. Aku berkata, “Wahai Nabi Allah! Bisul ini semakin membengkak dan
menggangguku semasa aku hendak memegang pedang dan mengendalikan haiwan
tunggangan.” Rasulullah SAW bersabda, “Dekatlah kepadaku!”
Aku pun menghampiri Baginda SAW, kemudian Baginda
SAW bersabda, “Bukalah telapak tanganmu itu.” Maka aku pun membukanya,
kemudian Baginda SAW bersabda, “Genggamlah telapak tanganmu.” Maka
akupun menggenggamnya. Rasulullah SAW bersabda, “Dekatlah kepadaku!” Aku
pun menghampiri Baginda SAW. Maka Rasulullah SAW membukakan telapak
tanganku, lalu meniupnya. Kemudian Baginda S meletakkan telapak
tangannya pada bisul itu. Baginda SAW mengusap-usapnya dengan telapak
tangannya sehinggalah Baginda SAW mengangkat tangannya, dan aku langsung
tidak lagi melihat kesan bisul itu di tanganku.” (diriwayatkan oleh
Imam Tabrani. Al Hafiz al Haithami menyebutnya di dalam Majma’ al
Zawa’id (Jld 8 H: 298).
Ketika Peperangan Badar sedang meletus, ‘Ikrimah ibn
Abu Jahal telah menetak bahu Mu’az ibn ‘Amru ibn al Jamuh. Mu’az RA
berkata: “Dia telah menetak tanganku hingga tanganku terkulai pada kulit
lambungku. Aku berasa begitu letih, berperang dalam keadaan sedemikian.
Padahal, aku telah seharian berperang dalam keadaan aku meletakkan
tanganku di belakangku. Apabila aku merasa sakit, aku meletakkannya ke
kakiku, kemudian aku mencabutnya sehingga aku melemparkannya.”
Di dalam kitab al-Mawahib disebutkan: Mu’az ibn
‘Amru membawa tangannya yang ditetak oleh ‘Ikrimah ibn Abu Jahal itu ke
hadapan Rasulullah SAW, sebagaimana yang disebutkan oleh al Qadhi ‘Iyadh
daripada Ibnu Wahhab. Lalu Rasulullah SAW meludah ke atas tangan itu.
Tiba-tiba tangan yang terputus itu bersambung kembali. (Kisah di atas
disebut juga oleh al Zurqani yang menyandarkannya kepada Ibnu Ishaq. Di
antara yang terdapat pada sanadnya ialah Imam al Hakim.)
Sesungguhnya terlalu banyak nas-nas yang sohih
menuturkan bahawa apabila sahaja mereka ditimpa musim kemarau dan tidak
dituruni hujan beberapa lama, maka para Sahabat RA akan menemui
Rasulullah SAW untuk memohon syafa’at, bertawassul, dan meminta bantuan
dengan perantaraan Baginda SAw kepada Allah SWT. Maka mereka akan
menceritakan keadaan mereka dan mengadu kepada Baginda SAW bala bencana
yang menimpa mereka. Sebagai contoh, seorang Arab Badwi pernah datang
kepada Rasulullah SAW ketika sedang menyampaikan khutbah Juma’at.
Dia berkata, “Wahai Rasulullah! Harta benda kita
telah musnah dan jalan-jalan kehidupan pula telah terputus. Pohonlah
kepada Allah agar Dia menurunkan hujan kepada kita!” Maka Rasulullah SAW
pun berdoa kepada Allah. Lalu hujan pun turun hingga Juma’at
berikutnya. (Setelah hujan turun tanpa henti) Orang Arab Badwi itu
datang lagi dan berkata, “Wahai Rasulullah! Rumah-rumah kita telah
musnah, jalan-jalan telah terputus, dan haiwan banyak yang telah mati
kerana hujan yang terlalu lebat menyebabkan banjir.” Maka Rasulullah SAW
pun berdoa kepada Allah SWT. Lalu, awan pun berkurangan; dan hujan
hanya turun di sekeliling Madinah sahaja.( Riwayat Bukhari dalam bab
al-Istisqa’)
Abu Daud juga meriwayatkan dengan sanad jayyid
(baik); daripada Sayyidatuna ‘Aisyah RA. Imam al Baihaqi meriwayatkannya
di dalam Dala’il al Nubuwwah, daripada Anas dengan sanad yang tiada
seorang pun dituduh sebagai pembuat hadith maudhu’. (kitab al Fath al
Bari jld 2 H: 495)
Diriwayatkan daripada Anas ibn Malik RA bahawa
seorang Arab Badwi datang menemui Nabi Muhammad SAW. Dia berkata: “Wahai
Rasulullah! Kita datang kepadamu kerana kita sudah tidak mempunyai unta
yang dapat bersuara lagi. Bahkan, kita juga tidak mempunyai anak yang
tidur lena.” Kemudian dia membaca syair yang turut mengandungi rangkap
yang berbunyi : “Tiada tempat untuk kita mengadu kecuali kepadamu, dan
di manakah lagi manusia hendak memohon pertolongan melainkan kepada
Rasul-rasul.” Maka Rasulullah SAW pun menarik selendangnya, lalu naik ke
atas mimbar.
Baginda SAW mengangkat kedua-dua belah tangannya,
lalu berdoa: “Ya Allah! Turunkanlah hujan kepada kita dengan hujan yang
dapat menolong, yang baik, menyuburkan, banyak, merata, bermanfa’at
tidak mudharat, dengan segera dan tidak lambat, yang memenuhi kantung
susu haiwan, dan menyuburkan tanaman, serta menghidupkan tanah yang
sudah mati.” Anas RA berkata, “Rasulullah SAW tidak menurunkan kedua-dua
belah tangannya hinggalah langit mula mendatangkan awannya. Maka
turunlah hujan dengan lebatnya. Namun kemudian, orang ramai datang
kepada Rasulullah SAW mengadu tentang banjir yang menimpa mereka pula.
Maka Rasulullah SAW berdoa: “(Ya Allah) turunkanlah
hujan itu di sekeliling kita dan bukannya ke atas kita.” Maka, hujan pun
menjauhi kota Madinah. Lihatlah, bagaimana Rasulullah SAW menyandarkan
pertolongan, kedatangan manfaat dan sebagainya kepada hujan secara majaz
atau kiasan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW membenarkan si penyair
(orang Arab Badwi itu) yang berkata: “Kita tidak mempunyai tempat untuk
meminta pertolongan kecuali kepadamu.” Namun, bait tersebut tidak
membuatkan Rasulullah SAW menuduhnya sebagai pelaku syirik. Pada
pandangan Rasulullah SAW, ungkapan itu bukan menurut hakikatnya,
melainkan secara idhafi (sandaran) atau nisbi (nisbah).
Adakah Rasulullah SAW masih tidak maklum tentang
firman Allah SWT yang telah diturunkan ke atasnya: “(Katakanlah wahai
Muhammad kepada mereka): “Maka segeralah kamu lari (kembali) kepada
Allah (dengan bertaubat dan taat).” Maksudnya, ‘pelarian’ yang
diharapkan manfaatnya itu adalah dihadapkan kepadaMu, bukan kepada
selainMu dan juga kepada para Rasul, bukan kepada orang yang selain
mereka, kerana para rasul itu manusia yang paling tinggi kedudukannya
yang dapat dijadikan sebagai tempat bertawassul kepada Allah SWT.
Mereka juga adalah makhluk yang paling agung dan
layak untuk ditunaikan oleh Allah segala hajat yang dipinta melalui
(perantaraan) tangan-tangan mereka bagi orang-orang yang meminta
perlindungan dan pertolongan kepada mereka. Perhatikan betul-betul
betapa Rasulullah SAW sangat terkesan dengan syair yang dibacakan oleh
orang Arab Badwi tersebut hingga Baginda SAW dengan segera berusaha
membantu mereka.
Baginda SAW segera naik ke atas mimbar tanpa
berlengah agar dapat memenuhi permintaan dan menolong orang yang meminta
daripada Baginda SAW. Hassan ibn Thabit RA pernah menyeru Rasulullah
SAW dan menyifatkan Baginda SAW sebagai tiang untuk bersandar dan tempat
berlindung yang diharapkan perlindungannya.
Beliau berkata: “Wahai tiang tempat bersandar orang
yang bersandar, tempat berlindung orang yang berlindung kepadanya,
tempat meminta tolong orang yang kesusahan, dan penyelamat orang yang
memohon penjagaan! Wahai makhluk pilihan Allah bagi makhlukNya! Maka
Allah menganugerahkan kepadanya akhlak yang suci bersih; Engkau adalah
Nabi dan sebaik-baik keturunan Adam. Wahai Nabi yang pemurah bagaikan
limpahan lautan yang luas! Mikail dan Jibril selalu menyertaimu.
Kedua-duanya bersedia untuk menolongmu, sebagai bantuan daripada Tuhan
Yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa.” (Al-Isti’ab: 1/264).
Kesimpulannya, para Sahabat RA sering memohon
Syafa`at Nabi SAW. Ini menunjukkan bahawa ia adalah suatu perkara yang
baik dan dibenarkan.
Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:
1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)
5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)
Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
10 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab
Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:
1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)
5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)
Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.
*Sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.
http://yayasansofa.blogsome.com
Comments
Post a Comment