Rebutlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara
SUDAH
lumrah manusia sentiasa alpa selagi tidak diberi peringatan yang
mengakibatkan hilanglah kenikmatan hidup dan barulah mula mengingati
Allah.
Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
SIHAT SEBELUM SAKIT
Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.
Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.
KAYA SEBELUM MISKIN
Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat.
LAPANG SEBELUM SEMPIT
Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.
Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.
MUDA SEBELUM TUA
Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi. Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.
Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.
HIDUP SEBELUM MATI
Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.
Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.
Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.
Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)
http://fazakkeer.blogspot.com
Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara
Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud " Rebutlah
peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu
sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit,
masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya
waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...
1. Sihat sebelum sakit – Semasa
sihatlah kita boleh mencari rezeki, mencari ilmu, lakukan ibadat, jika
sudah sakit adalah sukar untuk melakukan semua ini. Lakukan sesuatu yang
berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan orang-orang di
sekeliling kita semasa masih sihat.
2. Muda sebelum tua –
waktu kita muda inilah saatnya kita perlu berusaha mencari kemewahan
disamping tidak lupa kewajiban kepada Maha Pencipta, kelak bila kita tua
tidak lagi memikirkan hal duniawi. Selagi ada masa, buat…jangan duduk
diam sahaja, cari selagi boleh cari! carilah mahupun harta, ilmu dan
ibadat. Nanti dah tua sudah terlambat. Cepat kita bermula, cepat kita
berjaya.
3. Kaya sebelum miskin –
Waktu kaya berharta itulah kita boleh menolong orang yang lebih susah
daripada kita kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan kita
menghadapNya nanti. Ingatlah kekayaan itu hanyalah pinjaman kita
kepadaNya. Allah boleh tarik bila-bila sahaja.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman bersama manusia.
5. Hidup sebelum mati –
Sesungguhnya sewaktu hidup, semua 4 perkara di atas adalah masa yang
boleh kita lakukan.. bila telah tiada nanti kita hanya menanti amal
soleh, sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita.
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu
dimandikan , Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan , Dan solatlah
kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan ,
Dengan kain kafan yang serba putih ,
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih ,
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
http://ringgoredz.blogspot.com/2011
Comments
Post a Comment