Wanita Bukan Untuk Diiklan-Iklan!
Telefon bimbit, kereta dan komputer
riba apabila dipaparkan dan diiklankan bisa menaikkan kemahuan ramai
untuk memilikinya. Itu tidak mengapa. Kerana telefon bimbit, kereta
dan komputer riba dihasilkan dalam keadaan yang banyak dengan ciri yang
sama, harga yang sama dan kepuasan yang sama. Jika ada yang berminat
dengan model tertentu, dia boleh pergi ke kedai lalu beli. Model atau
spesifikasinya dihasilkan sama. Semua orang boleh beli jika
dia teringin memilikinya.
Tapi wanita tidak begitu!
Wanita apabila kalian memaparkan wajah
kalian ke internet (Facebook contohnya), pasti ramai akan timbul
keinginan untuk memiliki kalian. Masalahnya kalian hanya dihasilkan
satu sahaja, bukan berbilang-bilang. Model
dan spesifikasi kalian unik setiap satu. Dan hanya satu orang sahaja
yang boleh memiliki kalian iaitu suami. Selepas kalian dimiliki suami,
kalian tidak boleh lagi dimiliki oleh orang lain. Satu sahaja. Jika
orang lain mahu, sudah tidak boleh, melainkan lelaki yang satu itu
(suami) melepaskannya.
Jadi, sama ada kalian belum berumahtangga
atau sudah berumahtangga, elakkanlah memaparkan diri (mengiklankan diri)
kalian sehingga ramai yang melihat dan menimbulkan keinginan ramai
untuk memiliki. Kerana kalian hanya merosakkan hati lelaki, mengacau
hati mereka dan kadang-kadang sehingga mengecewakan mereka lantaran diri
kalian terhad satu sahaja.
Bukan tidak boleh papar wajah. Boleh
papar wajah kerana ia bukan aurat. Tetapi bukanlah menonjol-nonjolkan
diri di khalayak ramai dan di internet. Ini adalah untuk mengelakkan
fitnah buat kaum lelaki khasnya. Kawallah diri kalian dan malulah.
Kerana malu itu dari iman.
Kalian bukan telefon bimbit, kereta dan komputer riba!
Kalian wanita yang dimuliakan ALLAH!
- muzir.wordpress.com
Comments
Post a Comment