AMALAN HARIAN YANG PERLU DIPRAKTIKAN
Pernahkah
kita terfikir di fikiran, adakah amalan yang kita lakukan setiap hari,
yang telah sebati dan menjadi rutin harian kita telah cukup, untuk
dikira sebagai amalan seorang Mukmin. Bermula dari masa kita bagun
daripada tidur, sehinggalah kita melelapkan mata dan bersedia untuk hari
esok pula. Adakah amalan harian kita adalah berkualiti dan produktif.
Adakah semuanya dikira ibadah setiap masa? Jawapannya adalah pada niat
kita. Jika niat kita adalah kerana Allah, insya-Allah akan dikira
ibadah. Berniat adalah mudah, namun adalah lebih baik jika kita serikan
niat kita dengan doa-doa yang membawakan lagi rasa kesyukuran dan
ketaatan kita kepada Allah.
Oleh
itu, kali ini, marilah kita bersama-sama berkongsikan apakah contoh doa
untuk menjadikan kehidupan seharian kita lebih baik dan insya-Allah
dikira ibadah.
Bermula ketika bangun dari tidur.
- Bacalah doa bangun dari tidur sebagai tanda bersyukur Allah memberikan kesempatan kepada kita untuk menjalani kehidupan sekali lagi.
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepahttp://www.rakanmasjid.coms mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali."
- Di saat memasuki bilik air untuk membersihkan diri. Bacalah:
"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".
- Di saat memakai pakaian. Bacalah:
"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".
- Saat meninggalkan kediaman, mulakanlah langkah kita dengan langkah kaki kanan.
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".
- Ketika menaiki kenderaan menuju ke destinasi:
سُبْØانَ الَّØ°ِÙŠ سَØ®َّرَ Ù„َÙ†َا Ù‡َØ°َا ÙˆَÙ…َا ÙƒُÙ†َّا Ù„َÙ‡ُ Ù…ُÙ‚ْرِÙ†ِينَ . ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙ‰ رَبِّÙ†َا Ù„َÙ…ُنقَÙ„ِبُونَ
"Maha
Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami
sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan
kamilah, kami akan kembali."
Saat memulakan kerja harian:
- Ketika memulakan pelajaran di dalam kelas:
"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan
limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang."
limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang."
- Ketika ditimpa kesusahan.
"Ya
Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan,
Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."
- Ketika memasuki masjid untuk solat jemaah dan meninggalkan masjid:
"Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu".
"Ya Allah, Peliharalah daku dari syaitan yang direjam"
- Selepas mengambil wuduk
"Aku
mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi
Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya"
- Pulang dan sampai ke tempat kediaman:
"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal."
Ketika sudah selesai kerja harian dan di malam hari:
- Membaca al-Quran, dan berdoa:
"Ya
Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya,
petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami
lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami
untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya.
Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam."
- Ketika hendak tidur, ambillah wuduk dan kejakan solat witir.
- Bacalah doa tidur berserta amalan bacaan ayat al-Kursi, atau seumpamanya.
بِاسْÙ…ِÙƒَ اللّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َØْÙŠَاوَØ£َÙ…ُوتُ
"Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati"
Ayat Kursi:
Apa yang penting, niatkan segalanya kerana Allah..Insya-Allah dikira ibadah.
Wallahualam..http://www.rakanmasjid.com
Comments
Post a Comment