Dajal, Dan Yakjud Dan Makjud: Pemahaman Semula
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Mukadimah
Sungguh menarik perhatian adanya persamaan kejadian yang terjadi di dunia sekarang ini. Di satu segi, kita melihat adanya tekanan kuasa Barat yang dilancarkan dengan rancangan yang teratur terhadap dunia Islam, dan usaha mereka yang keras untuk mengenyahkan Islam sama sekali, tetapi di lain segi, kita menemui sejumlah besar Hadis Nabi yang meramalkan fitnah dan cubaan yang akan menimpa kaum Muslimin pada akhir zaman, ramalan yang hampir semuanya dipenuhi, berupa peristiwa yang menimpa dunia Islam sekarang ini. Lebih menghairankan lagi, kerana ramalan itu diucapkan pada ketika Islam sedang dalam keadaan menang, dan seluruh dunia merasa gentar menghadapi pesatnya kemajuan Islam.
Bukan rahsia lagi, bahawa kini sedang berlangsung pergolakan sengit antara Barat dan Islam, khususnya antara kekuatan material melawan kekuatan spiritual. Pihak Barat menganggap kekuatan Islam sebagai ancaman yang berbahaya bagi peradaban materialnya, dan dengan dalih palsu ini mereka berusaha untuk menghancurkan Islam, agar mereka dapat "menyelamatkan" dunia dari pengaruh politik Islam. Mereka jelas-jelas menyebut agama lain sebagai non-Kristian, tetapi terhadap agama Islam mereka dengan tegas menyebutkan sebagai anti-Kristian. Sekalipun kaum mubaligh Kristian Barat aktif menyebarkan agama di segenap penjuru dunia, tetapi tujuan mereka yang paling utama ialah umat Islam. Ini adalah fakta yang tidak boleh dipandang remeh oleh kaum Muslimin.
Akan tetapi alangkah sedihnya bahawa kaum Muslimin sendiri terlibat dalam permasalahan dalaman mengenai masalah-masalah kecil, sehingga mereka tidak sempat langsung memikirkan persoalan yang lebih penting. Seandainya mereka menaruh perhatian sedikit sahaja pun terhadap pergolakan sengit yang sekarang ini sedang berlangsung antara kekuatan material dan kekuatan spiritual, nescaya mereka akan melihat dengan jelas, bahawa amukkan Dajal dan bermaharajalelanya Yakjud dan Makjud bukanlah satu dongengan kosong, malah bukannya sesuatu yang masih dinanti-nantikan lagi.
Bagi tiap-tiap orang Islam wajib kiranya melupakan perbalahan di kalangan umat Islam sendiri mengenai masalah-masalah kecil yang kurang penting, kerana kemenangan dan hidup matinya Islam di dunia bergantung kepada hasil perlumbaan antara dua agama ini (Islam dan Kristian), bukan kerana mengurus perbezaan kecil yang tidak akan mendatangkan keuntungan atau kerugian bagi sesama kaum Muslimin itu sendiri.
Makna Dajal Dan Yakjud Dan Makjud
Dajal disebutkan berulang-ulang dalam Hadis, sedangkan Yakjud dan Makjud bukan sahaja disebutkan dalam Hadis, malah di dalam Al-Quran. Dan kemunculannya yang kedua kalinya ini dikaitkan dengan turunnya Al-Masih.
Perkataan Dajal berasal dari kata dajala, bermaksud menutupi (sesuatu). Kamus Lisanul-'Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajal. Menurut satu pendapat, ia disebut Dajal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan. Pendapat lain mengatakan, kerana ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar. Pendapat ketiga mengatakan, kerana ia menutupi manusia dengan kekafiran. Keempat, kerana ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.
Pendapat lain mengatakan, bahawa Dajal itu suatu bangsa yang menyebarkan barang dagangannya ke seluruh dunia, bermaksud menutupi dunia dengan barang dagangannya. Ada juga pendapat yang mengatakan, bahawa ia dipanggil Dajal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya, bermaksud ia menutupi maksud yang sebenar dengan kata-kata palsu.
Perkataan Yakjud dan Makjud berasal dari kata ajja atau ajij dalam wazan Yaf'ul; Kata ajij bermaksud nyalaan api. Tetapi kata ajja bermaksud pula asra'a, bermaksud berjalan cepat. Itulah makna yang tertera dalam kamus Lisanul-'Arab. Maka Yakjud dan Makjud dapat diibaratkan sebagai api menyala dan air bergelombang, kerana hebatnya gerakan.
Dajal Dan Yakjud Dan Makjud Menurut Al-Quran
Kata Dajal tidak terdapat dalam Al-Quran, tetapi dalam Hadis sahih dijelaskan, bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi melindungi manusia dari fitnah Dajal, jadi menurut Hadis ini, Al-Quran memberikan isyarat bahawa siapakah Dajal itu. Mengenai hal ini dijelaskan dalam Kitab Hadis yang amat sahih sebagai berikut:
"Barang siapa menghafal sepuluh ayat pertama Surah Al-Kahfi, dia akan selamat dari
(fitnah) Dajal."
"Barang siapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi, dia akan selamat dari (fitnah) Dajal."
Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surah Al-Kahfi, anda akan melihat sejelas-jelasnya bahawa yang dibicarakan dalam dua tempat tersebut adalah umat Kristian.
Surah Al-Kahfi
http://terjemahanalquranpuisi.blogspot.com/2012/08/dengan-nama-allah-yang-maha-pemurah_7.html
Mula-mula dihuraikan aspek keagamaan, yang pada ketika itu Nabi Muhammad SAW dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan umum kepada sekalian manusia (ayat 2), lalu dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan khusus kepada umat Kristian (ayat 4), iaitu umat yang berkata bahawa Allah mengambil anak lelaki. Demikianlah bunyinya:
Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya, Kitab suci Al-Quran. Sesungguhnya Dia tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok. Sebagai bimbingan lurus bagi memperingatkan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberikan berita gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. Mereka tinggal tetap di dalam itu selama-lamanya. Dan Al-Quran memberikan amaran kepada orang-orang yang berkata “Allah mempunyai anak”.
Jelas sekali bahawa yang ditujukan oleh ayat tersebut ialah umat Kristian, yang ajaran utama agamanya ialah Tuhan mempunyai anak lelaki. Dalam sepuluh ayat terakhir surah Al-Kahfi dihuraikan sejelas-jelasnya, bahawa umat ini mencapai hasil kegemilangan di lapangan duniawi. Demikianlah bunyinya :
Dan adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Dan Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang yang kafir itu sebagai tempat bertamu. Katakanlah “Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya di dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul lagi baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”
Ini adalah gambaran mengenai bangsa-bangsa Barat yang agama Kristian merupakan pegangan utama mereka, yang diramalkan dengan kata-kata yang jelas. Menghasilkan barangan adalah kepakaran dan kebanggaan bangsa Barat, dan ciri khas inilah yang ditujukan oleh ayat tersebut. Mereka berlumba-lumba menghasilkan barang-barang, dan mereka begitu sibuk dalam urusan ini, sehingga penglihatan mereka akan nilai-nilai kehidupan yang tinggi, menjadi kabur sama sekali. Menghasilkan barang-barang, sekali lagi menghasilkan barang-barang, adalah satu-satunya tujuan hidup mereka di dunia. Jadi, sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surah Al-Kahfi menerangkan dengan jelas bahayanya ajaran Kristian mengenai anak lelaki Allah, dan mengenai kegiatan bangsa-bangsa Barat di lapangan kebendaan, dan inilah yang dimaksudkan dengan fitnah Dajal.
Yakjud dan Makjud dihuraikan dua kali dalam Al-Quran. Yang pertama dihuraikan dalam surah Al-Kahfi, sehubungan dengan huraian mengenai gambaran Dajal. Sebelum berakhimya surah Al-Kahfi, dihuraikan mengenai perjalanan Raja Zulqarnain dalam berbagai jurusan untuk melebarkan sempadan penguasaan kerajaannya.
Terdapat pendapat mengatakan bahawa raja ini ialah raja Persi yang bernama Darius I. Namun begitu, kami tidak berminat untuk membincangkannya secara lanjut di sini. Berikut merupakan nukilan kisah mengenai Zulkarnain, Yakjud dan Makjud berdasarkan Al-Quran.
Surah Al-Kahfi
[85]
Kemudian dia menempuh suatu jalan.
[86]
Sehingga apabila dia sampai ke tempat matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di dalam laut berlumpur hitam, dan dia mendapati di sisinya suatu kaum. Kami berfirman (mengilhamkannya) “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”
[87]
Dia berkata “Adapun orang yang melakukan kezaliman, maka kami akan menyeksanya. Kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkanNya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
[88]
Adapun orang yang beriman dan berbuat baik, maka baginya balasan sebaik-baiknya. Dan kami akan memerintahkannya perintah-perintah kami yang tidak memberati”
[89]
Kemudian dia menempuh jalan.
[90]
Sehingga apabila dia sampai di tempat matahari terbit, dia mendapati matahari berkenaan menyinari suatu kaum yang Kami tidak jadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripada matahari tersebut.
[91]
Demikianlah. Dan sesungguhnya Kami mengetahui secara menyeluruh akan segala yang ada padanya.
[92]
Kemudian dia menempuh jalan.
[93]
Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan gunung berkenaan suatu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perbicaraan.
[94]
Mereka berkata “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjud dan Makjud sentiasa melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membinakan sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
[95]
Dia menjawab “Apa yang telah dianugerahkan Tuhanku kepadaku, adalah lebih baik. Oleh itu bantulah daku dengan kekuatan, aku akan binakan antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
[96]
Bawakanlah kepadaku ketulan-ketulan besi” Sehingga apabila ia terkumpul separas ketinggian di antara dua gunung itu, dia memerintahkan mereka supaya membakarinya dengan berkata “Tiuplah dengan alat-alat kamu” Sehingga apabila dia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia “Bawakanlah tembaga cair supaya aku tuangkan di atasnya”
[97]
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok tersebut, dan mereka tidak juga dapat menebuknya.
[Yakjud dan Makjud]
[98]
Berkatalah Zulkarnain “Ini adalah suatu rahmat dari Tuhanku. Maka, apabila tiba janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur, dan janji Tuhanku itu adalah benar”
[99]
Dan Kami biarkan mereka pada hari itu bercampur-baur antara satu dengan yang lain…
http://terjemahanalquranpuisi.blogspot.com/
Persoalan yang timbul di sini adalah adakah tembok ini telah runtuh, dan adakah kita sekarang ini sedang bercampur baur bersama-sama mereka? Jawapannya akan kami berikan di akhir nanti.
Dajal Adalah Sama Dengan Yakjud Dan Makjud
Sambungan ayat Al-Quran yang menceritakan nukilan kisah mengenai Zulkarnain, Yakjud dan Makjud di atas, adalah 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi. Maka jelas sekali bahawa Al-Quran mempersamakan Dajal dengan Yakjud dan Makjud. Mereka diberi nama yang berbeza kerana mempunyai dua fungsi yang berbeza.
Adapun mengenai identiti Yakjud dan Makjud, para mufassir tidak mempunyai pendapat yang sama. Ibnu Katsir berkata, bahawa Yakjud dan Makjud adalah keturunan Adam, dan pendapat ini dikuatkan oleh Hadis Bukhari dan Muslim. Menurut kitab Ruhul-Ma'ani, Yakjud dan Makjud adalah dua kabilah keturunan Yafits bin Nuh, yang mana bangsa Turki merupakan sebagian dari mereka; mereka disebut Turki, kerana mereka turiku (ditinggalkan) di sebelah tembok. Selain itu, menurut huraian Al-Quran, jelas sekali bahawa mereka adalah berbangsa manusia, yang mana untuk menghalangi serbuan mereka, terpaksa didirikan sebuah tembok.
Adapun yang kedua, Yakjud dan Makjud dihuraikan dalam Al-Quran sbb : "Sehingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, lalu mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi" (21:96). Ternyata bahawa yang dimaksudkan dengan kalimat "meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi " ialah bahawa mereka akan menguasai seluruh dunia. Meneliti cara Al-Quran menerangkan Yakjud dan Makjud dalam dua tempat tersebut, jelas sekali bahawa akan tiba masanya Yakjud dan Makjud mengalahkan sekalian bangsa di dunia. Dan jelas pula bahawa pada waktu Al-Quran diturunkan, Yakjud dan Makjud telah ada, tetapi gerak-gerik mereka masih tetap terkekang hingga saat tertentu, yang setelah itu, mereka akan terlepas untuk menguasai seluruh dunia.
Mengapa Al-Quran Tidak Menyebut Dajal
Mungkin orang akan bertanya, jika sekiranya Dajal dan Yakjud dan Makjud adalah dua sebutan yang berbeza untuk menamakan satu bangsa, mengapa Al-Quran hanya menyebutkan nama Yakjud dan-Makjud sahaja, dan tidak sekali-kali menyebutkan nama Dajal? Sebabnya ialah bahawa kata Dajal, sebagaimana kami jelaskan di atas, bermaksud "pembohong" atau "penipu", dan tidak seorangpun suka disebut pembohong atau penipu, walaupun dia benar-benar seorang pembohong atau penipu yang ulung.
Sebaliknya, oleh kerana Yakjud dan-Makjud itu nama suatu bangsa, maka tidak seorangpun akan merasa keberatan menggunakan nama itu. Bahkan sebenarnya, bangsa Inggeris sendiri telah memasang patung Yakjud dan Makjud di hadapan Guildhall di London. Inilah sebabnya mengapa Al-Quran hanya menggunakan nama Yakjud dan Makjud, dan tidak menggunakan nama Dajal yang bermaksud pembohong. Sebaliknya, kitab-kitab Hadis menggunakan kata Dajal, kerana nama Dajal atau Anti Christ, dan ramalan-ramalan yang berhubungan dengan ini, disebutkan dalam Kitab Suci yang terdahulu. Oleh kerana itu, perlu sekali dijelaskan bagaimana dipenuhi ramalan-ramalan tersebut.
Selain itu, kata Dajal hanya menunjukkan satu aspek persoalan, iaitu kebohongan dan penipuan yang dilakukan oleh bangsa itu, baik mengenai urusan agama, mahupun mengenai urusan duniawi. Akan tetapi selain dari segi sifat-sifatnya yang buruk, ada pula segi kebaikannya.
Dipandang dari segi duniawi, kesejahteraan material mereka harus dipandang sebagai segi kebaikan mereka. Itulah sebabnya mengapa dalam Hadis digambarkan, bahawa mata Dajal yang hanya satu, iaitu mata duniawi; gemerlap bagaikan bintang. Al-Quran juga menerangkan kemahiran mereka dalam menghasilkan barang-barang. Jadi julukan Dajal hanyalah sebahagian dari gambaran bangsa tersebut.
Oleh kerana dalam urusan duniawi, mereka lebih maju dari bangsa-bangsa lain, maka bangsa lain itu mengikuti mereka secara membuta-tuli, kerana terpikat oleh keuntungan-keuntungan duniawi yang dijamin oleh mereka.
Jadi, bangsa-bangsa Barat menyesatkan bangsa-bangsa lain di dunia, bukan sahaja dengan pengertian yang salah mengenai anak lelaki Allah dan Penebusan dosa, melainkan pula dengan cita-cita mengejar-ngejar kebendaan secara membuta-tuli, dengan mengabaikan sama sekali nilai-nilai hidup yang lebih tinggi. Oleh kerana itu, dalam Hadis, mereka diberi nama Dajal, atau penipu ulung.
Yakjud Dan Makjud Menurut Kitab Injil
Dalam kitab Injil, Yakjud dan Makjud dihuraikan dengan kata-kata yang amat jelas, sehingga tidak diragukan lagi siapakah Yakjud dan Makjud itu.
Dalam Kitab Yehezkiel 38:1-4, dijelaskan sbb:
"Dan lagi datanglah firman Tuhan kepadaku, bunyinya: Hai anak Adam! Tujukanlah mukamu kepada Juj dan tanah majuj, raja Rus, Masekh dan Tubal, dan bernubuatlah akan halnya. Katakanlah: Demikianlah firman Tuhan Hua. Bahwasanya Aku membalas kepadamu kelak, hai Juj, raja Rus, masekh dan Tubal. Dan kubawa akan dikau berkeliling dan kububuh kait pada rahangmu ... "
Di sini Juj dihuraikan sejelas-jelasnya, dan Juj di sini adalah sama dengan Yakjud dalam Al-Quran. Dia dikatakan sebagai raja Rusia, Moscow dan Tubal. Adapun Majuj (Makjud), hanya dikatakan "tanah Makjud".
Tiga nama yang disebutkan dalam kitab Injil ialah: Rus atau Rusia, Masekh atau Moscow, dan Tubal atau Tobolsk. Rusia adalah nama negara, sedangkan Omask dan Tubal adalah nama dua sungai di sebelah Utara pergunungan Kaukasus. Di sungai Omask terletak kota Moscow, dan di sungai Tubal terletak kota Tobolsk; Kedua-duanya merupakan kota Rusia yang termasyur. Berdasarkan gambaran ini, maka tidak diragukan lagi siapakah Yakjud itu.
Jadi jelas sekali bahawa Juj ialah Russia, tempat kediaman bangsa Slavia. Adapun Makjud adalah negara itu juga. Jadi di satu segi, Juj dikatakan sebagai raja Rusia, di lain segi, ia digambarkan mendiami tanah Majuj. Rusia terletak di Barat. Penduduk Barat terdiri dari dua suku-bangsa utama, iaitu Slavia dan Teutonia. Bangsa Teutonia meliputi bangsa Britis dan bangsa Jerman. Ini menunjukkan sejelas-jelasnya bahawa Juj adalah nama bangsa-bangsa Barat Timur (Slavia), sedangkan Majuj adalah nama bangsa-bangsa Barat Barat, iaitu bangsa Teutonia.
Dan jelas pula bahawa dua bangsa ini mula-mula sekali mendiami tanah yang sama. Boleh jadi, Juj dan Majuj adalah nama atau julukan nenek-moyang dua bangsa ini. Hal ini dibuktikan adanya kenyataan bahawa patung Yakjud dan Makjud itu sejak zaman dahulu telah berdiri di hadapan Guildhall di London yang termasyur. Jika dua nama itu tidak ada hubungannya dengan nenek-moyang bangsa-bangsa ini, mengapa patung mereka itu dipasang di hadapan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat?
Berdasarkan kejelasan tersebut dalam kitab Injil ditambah dengan bukti sejarah yang dilengkapi dengan dua patung di London, telah dapat dipastikan bahawa Yakjud dan Makjud bukanlah nama khayalan, melainkan nama dua suku bangsa yang mendiami Benua Barat, dan yang seluruhnya menutupi dataran Barat. Menelusuri tanda-tanda yang jelas mengenai identiti bangsa-bangsa itu, maka apa yang dihuraikan dalam Al-Quran bahawa Yakjud dan Makjud akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi, ini tidak dapat diertikan lain selain bahawa bangsa-bangsa Barat akan menguasai seluruh muka bumi.
Bahkan kalimat "kulli hadabin" yang bermaksud tiap-tiap tempat tinggi ini menunjukkan, bahawa mereka bukan sahaja unggul dalam bidang fizik, melainkan pula dalam bidang intelektual, sehingga bangsa-bangsa lain di dunia bukan sahaja diperhambakan jasmaninya, melainkan pula rohaninya. Jadi, Al-Quran memberi gambaran yang nyata kepada kita mengenai memaharajalelanya kekuasaan politik dan kebudayaan Barat di seluruh dunia, dan runtuhnya umat Islam pada akhir zaman; kenyataan ini memang pelik, tetapi ini membuktikan sejelas-jelasnya akan kebenaran Islam.
Terdapat beberapa masalah penting yang harus diingat sehubungan dengan gambaran Dajal yang termuat dalam Al-Hadis. Yang pertama ialah bahawa ramalan Nabi Muhammad SAW mengenai kemunculan Dajal itu didasarkan atas kasyaf. Sebuah Hadis sahih dari Nawas bin Sam'an mengenai Dajal, yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, terdapat kata-kata sbb:Berikut ini kami kutipan beberapa Hadis yang menerangkan tanda-tanda yang mengiringi kemunculan Dajal. Adapun makna tanda-tanda itu akan kami jelaskan kelak.
"Seakan-akan ia (Dajal) mirip dengan "Abdul-'Uzza". Kata seakan-akan ini jelas sekali menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW menggambarkan keadaan yang beliau lihat dalam kasyaf; Hal ini memberi keyakinan kepada kita bahawa ramalan beliau mengenai Dajal itu berasal dari kasyaf atau ru'yah. Tetapi pada waktu menceritakan ramalan-ramalan itu, biasanya tidak dijelaskan bahawa kenyataan itu dilihat dalam kasyaf atau ru'yah.
Apa-apa yang dilihat dalam ru'yah (kasyaf) itu biasanya harus ditafsirkan. Al-Quran sendiri menceritakan beberapa penyataan, yang bermaksud berbeza sekali dengan makna kalimatnya. Misalnya, dalam mimpi Nabi Yusuf melihat matahari, bulan dan sebelas bintang bersujud kepada beliau. Tetapi makna penyataan ini yang sesungguhnya ialah bahawa Allah akan menaikkan darjat dan kedudukan beliau.
Selanjutnya dalam mimpi Raja melihat tujuh ekor lembu kurus menelan tujuh ekor lembu gemuk. Adapun bermaksud ialah simpanan gandum selama tujuh tahun musim baik akan habis dimakan dalam tujuh tahun musim kering.
Dalam Hadis juga diriwayatkan Penyataan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud berbeza sekali dengan kejadian yang dilihat dalam mimpi. Misalnya, dua gelang yang beliau lihat dalam mimpi, bermaksud dua nabi palsu; Tangan panjang bermaksud dermawan. Selain itu, pada umumnya orang mengakui bahawa ramalan-ramalan itu diliputi dengan kalam ibarat.
Menurut Al-Quran Dan Al-Hadis, Kemenangan Gereja Itu Sama Dengan Fitnah Dajal
Sebagaimana kami jelaskan sebelum ini, Al-Quran tidak menyebutkan nama Dajal secara khusus. Tetapi dalam Hadis sahih dijelaskan bahawa barang siapa membaca surah Al-Kahfi, dia akan diselamatkan dari fitnah Dajal, padahal surah ini khusus membahas agama Kristian dan ajarannya yang palsu. Terutama sekali sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah ini, khusus dibahas kepercayaan dan kegiatan bangsa-bangsa Barat. Ini menunjukkan sejelas-jelasnya bahawa menurut Al-Quran, fitnah Dajal itu hanya sebutan lain sahaja bagi kemenangan agama Kristian Barat. Dengan perkataan lain, apa yang digambarkan dalam Hadis sebagai fitnah Dajal itu tiada lain hanyalah kemenangan agama Kristian Barat.
Dengan sebulat suara semua kitab Hadis mengumumkan bahawa fitnah Dajal adalah fitnah yang paling besar, sehinggakan kaum Muslimin diajarkan agar pada tiap-tiap kali bersolat berdoa kepada Allah untuk diselamatkan dari fitnah Dajal: "Ya Allah, aku mohon perlindungan Dikau dari fitnah Masih ad-Dajal". Selanjutnya dijelaskan pula dalam Hadis bahawa setiap Nabi memperingatkan umatnya terhadap fitnah Dajal. Dalam Hadis dinyatakan sejelas-jelasnya sbb:
"Tidak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnah Dajal, semenjak terciptanya Adam hingga Hari Kiamat".
Semua kitab Hadis mempunyai pendapat yang sama mengenai hal ini, dan peringatan ini diulang berkali-kali dalam berbagai bentuk kalimat. Oleh kerana itu timbullah pertanyaan, mengapa Al-Quran tidak membicarakan peristiwa yang digambarkan dengan tegas oleh Nabi Muhammad SAW sebagai fitnah yang paling besar?
Sebelum kami menjawab pertanyaan ini, ada baiknya kita mengkaji terlebih dahulu sifat dua jenis fitnah yang kaum Muslimin diperingatkan akan terjadi pada akhir zaman. Pertama mengenai fitnah Yakjud dan Makjud, ini dihuraikan sejelas-jelasnya, baik dalam Al-Quran mahupun dalam Hadis; Akan tetapi Al-Quran tidak menerangkan mengenai Dajal, melainkan sebagai penggantinya, Al-Quran hanya menerangkan fitnah besar berupa ajaran Kristian Barat mengenai Ketuhanan nabi Isa. Dengan kata-kata yang tegas, Al-Quran mencela ajaran ini sebagai fitnah yang paling besar bagi manusia:
"Langit nyaris-nyaris pecah akibat ucapan tersebut, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, dan gunung-ganang nyaris-nyaris runtuh, Kerana mereka mendakwa mengatakan Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak." (19:90-91)
Selanjutnya Al-Quran menerangkan, bahawa ajaran semacam itu tidak pernah diajarkan oleh nabi Isa. bahkan sebenarnya, ajaran itu bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh nabi Isa.
"Dan ketika Allah berfirman “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia “Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain Allah?” Nabi Isa menjawab “Maha Suci Engkau! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang bukan hakku. Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui akan apa yang ada pada diriMu. Dan sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya iaitu “Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu" (5:116-117).
Jadi menurut Al-Quran, ajaran mengenai Ketuhanan nabi Isa tidak diajarkan oleh beliau, melainkan diajarkan oleh Anti-christ atau Dajal. Walaupun Al-Quran tidak menyebut-nyebut nama Dajal, namun Al-Quran membicarakan ajaran Dajal yang sesat berupa ajaran Kristian Barat mengenai anak lelaki Allah.
Sekiranya kami memerhatikan Hadis yang bersangkutan, inipun membenarkan apa yang tersebut di atas. Dalam perhubungan ini, hal yang terlebih dahulu menarik perhatian kami ialah, bahawa Hadis yang menerangkan turunnya Al-Masih, hampir semuanya (Hadis-Hadis) menyandarkan satu tugasan kepada beliau, iaitu "mematahkan kayu palang" (yaksirus-saliba).
Jarang sekali Hadis yang menerangkan, bahawa beliau ditugaskan untuk membunuh Dajal. Hal ini memang pelik sekiranya difikirkan bahawa menurut Hadis, fitnah Dajal itu fitnah yang paling besar di dunia. Fitnah ini hanya akan disingkirkan oleh tangan Al-Masih. Akan tetapi pada ketika membicarakan turunnya Al-Masih, Hadis hanya menerangkan bahawa tugas beliau yang paling besar ialah mematahkan kayu palang; ini menunjukkan sejelas-jelasnya bahawa mematahkan kayu palang adalah bermaksud membunuh Dajal.
Sungguh mengesankan bahawa ketika Hadis menerangkan fitnah zaman akhir, maka fitnah yang paling besar adalah fitnah Dajal; Tetapi ketika Hadis menerangkan ubat yang dapat memberantas fitnah itu, maka hanya disebut patahnya kayu palang. Mengingat bahawa tugas utama Al-Masih ialah mematahkan kayu palang, maka jelaslah bahawa fitnah Dajal dan bermaharajalelanya agama Kristian Barat adalah, dua sebutan belaka bagi satu idea yang sama.
Mengapa Dajal Disebut Al-Masih
Sebenarnya bagi mereka yang suka berfikir sejenak sahaja, pasti akan menemui kebenaran, mengapa Dajal disebut Masihid-Dajal. Namun begitu Dajal disebut Al-Masih, Mengapa? Kerana Dajal selalu menunaikan tugasnya atas nama "Al-Masih", yang mana julukan ini diberikan oleh Allah kepada nabi Isa berdasarkan wahyuNya. Diberikannya julukan Al-Masih kepada Dajal menunjukkan, bahawa Dajal akan menunaikan pekerjaan atas nama orang suci ini, dan inilah sebenarnya yang menyebabkan ia disebut Dajal atau penipu, kerana ia menggunakan nama "Al-Masih", seorang Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi ia berbuat sesuatu yang bercanggah sama sekali dengan ajaran beliau (Nabi Isa AS).
Al-Masih Isa mengajarkan bahawa Allah itu Esa, dan tidak ada Tuhan selain Dia yang wajib disembah; Tetapi Dajal mengangkat nabi Isa itu sendiri sebagai Tuhan. Selanjutnya, Al-Masih Isa mengajarkan bahawa semua Nabi adalah hamba Allah yang tulus, tetapi Dajal mengutuk semua Nabi yang suci sebagai orang berdosa. Mengapa demikian ? Kerana jika para Nabi Utusan Allah ini tidak dikutuk sebagai orang berdosa, maka tidak perlu timbul anak lelaki Allah yang tidak berdosa, untuk menebus dosa sekalian manusia.
Selanjutnya, Al-Masih Isa mengajarkan bahawa setiap orang akan mendapat ganjaran atau hukuman sesuai perbuatan yang dia lakukan, tetapi Dajal yang mendakwa Al-Masih mengajarkan bahawa anak lelaki Allah telah cukup menebus dosa umat Kristian. Al-Masih Isa mengajarkan bahawa orang kaya tidak dapat masuk ke dalam kerajaan Syurga, tetapi Dajal yang mengaku Al-Masih mengajarkan supaya manusia mengumpul kekayaan. Ringkasnya, kitab-kitab Hadis menggunakan julukan "Al-Masihid Dajal" hanyalah untuk menjelaskan, bahawa Dajal adalah nama lain belaka bagi agama Kristian Barat sekarang ini. Nama Al-Masih dan agama Al-Masih hanyalah digunakan sebagai umpan untuk menutupi penipuan (dajal) yang ada di belakang itu.
Hadis Mengenai Dajal
Hadis mengenai Dajal adalah banyak sekali, dan diriwayatkan oleh sejumlah besar Sahabat Nabi, sehingga tidak perlu dipersoalkan lagi mengenai keasliannya; Walaupun masih perlu dipersoalkan mengenai adakah telah dipenuhi ramalan itu secara terperinci. Hadis-Hadis itu termuat dalam kitab-kitab Hadis yang amat sahih, bahkan yang termuat dalam kitab Bukhari dan Muslim tidak sedikit jumlahnya.
Hadis mengenai Dajal yang termuat dalam Musnad Imam Ahmad bin Hambal berjumlah seratus, dan di antara yang meriwayatkan Hadis; terdapat sahabat kenamaan, seperti sayyidina Abu bakar, 'Ali, Siti 'Aisyah, Sa'd bin Abi Waqqas; Abdullah bin Abbas, Abdullah bin 'Umar, Abdullah bin 'Amr, Abu Hurairah, Abu Said Khudri, Anas bin Malik, Jabir, Hisyam bin Amir, Samrah bin Jundab, Ubayya bin Ka'b, Safinah, Imran bin Husain, Nawas bin Sam'an, Ummu Syarik, Fatimah binti Qais, Ubadah bin Samit, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, Asma' binti Yazid, dan Mughirah bin Syu'bah.
Masih banyak Sahabat lagi yang meriwayatkan Hadis mengenai Dajal. Para Sahabat ini semua sependapat bahawa Nabi Muhammad SAW berkali-kali menceritakan Dajal, sehingga tidak perlu diragukan lagi mengenai adanya keyakinan bahawa sumber yang memberikan ramalan tersebut adalah Nabi Muhammad SAW itu sendiri.
Apakah Dajal Itu Orang Atau Bangsa?
Memang benar bahawa kebanyakan Hadis menggambarkan seakan-akan Dajal itu orang yang bermata satu, yang di dahinya terdapat tulisan Arab yang terdiri dari huruf kaf, fa' dan ra' (atau kafara, bermaksud kafir), dan yang membawa keldai, sungai, dan api. Tetapi jika Hadis-Hadis itu kita sesuaikan dengan huraian Al-Quran, maka akan nampak dengan jelas, bahawa Dajal bukanlah nama orang, melainkan suatu bangsa, atau lebih tepat lagi, segolongan bangsa.
Dengan tegas Al-Quran mempersamakan Dajal dengan bangsa-bangsa Kristian Barat, dan juga Al-Quran menyatakan bahawa Dajal dan Yakjud dan Makjud bukanlah dua jenis makhluk yang berbeza, kerana fitnah yang ditimbulkan oleh mereka itu disebutkan bersama-sama.
Kami juga mempunyai bukti dari kitab Injil yang menerangkan, bahawa Yakjud dan Makjud merupakan bangsa-bangsa Barat. Dengan demikian jelaslah bahawa Dajal juga bermaksud bangsa. Sebagaimana telah kami jelaskan sebelum ini, fitnah Dajal itu bersumber pada menangnya agama sesat Kristian Barat.
Ada sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang membuktikan bahawa Dajal itu bukan orang melainkan bangsa, sebagaimana Roma dan Parsi yang dihuraikan dalam Hadis itu bukanlah tempat melainkan bangsa. Hadis itu berbunyi sbb:
"Rasulullah SAW bersabda: Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan bertempur dengan Parsi, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; Kemudian kamu akan bertampur dengan Rom, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; Kemudian kamu akan bertempur dengan Dajal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu".
Di sini pertempuran dengan Dajal dihuraikan dengan kalimat yang sama seperti pertempuran dengan Arab, Persi dan Rom. Ini menunjukkan bahawa Dajal adalah bangsa, seperti halnya Arab, Persi dan Rom. Boleh jadi yang diisyaratkan di sini ialah Perang Salib, tetapi mungkin pula mengisyaratkan peristiwa yang terjadi di dunia pada zaman sekarang. Namun satu hal telah pasti, iaitu bahawa menurut Hadis ini, Dajal bermaksud bangsa atau segolongan bangsa; Seperti halnya Parsi atau Rom.
Tetapi masih sahaja harus dijelaskan, mengapa dalam Hadis dijelaskan seakan-akan Dajal itu orang. Sebagaimana telah kami jelaskan, semua ramalan Nabi Suci itu didasarkan pada ru'yah atau kasyaf, dan dalam ru'yah atau kasyaf, suatu bangsa hanya digambarkan sebagai orang-seorang. Sebenarnya, bangsa itu dikenal dari ciri-cirinya; dan dalam ru'yah, ciri-ciri ini hanya dapat diperlihatkan dalam bentuk orang-seorang. Bahkan dalam bahasa sehari-hari, bangsa itu diajak bicara bagaikan orang. Misalnya, Al-Quran mengajak bicara bangsa Israel, seakan-akan bangsa Israel itu orang. Contohnya, ayat Al-Quran berikut ini:
"Wahai Bani Israel! kenangkanlah akan nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat." (2:47).
Kaum Bani Israel yang diperingatkan di sini ialah mereka yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW, tetapi peristiwa yang dimaksudkan ialah yang terjadi pada zaman nabi Musa, atau beberapa abad setelah beliau. Kenikmatan yang dihuraikan dalam ayat ini telah diberikan, kepada kaum Bani Israel zaman dahulu, tetapi ayat Al-Quran ini diucapkan kepada kaum Bani Israel zaman Nabi SAW. Jelas di sini seluruh kaum Bani Israel dikatakan sebagaikan satu orang.
Demikianlah seluruh bangsa Dajal diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam ru'yah bagaikan satu orang, padahal Dajal seperti yang digambarkan oleh Al-Quran menunjukkan bahawa Dajal adalah segolongan bangsa yang ciri-ciri khasnya telah dikenali.
Gambaran Dajal Menurut Al-Hadis
Segala macam keistimewaan yang kami lihat pada peradaban Barat sekarang ini, semuanya sesuai dengan ciri-ciri Dajal yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW dalam ru'yah. Memang benar bahawa bangsa-bangsa ini mempunyai sedikit perbezaan satu sama lain, tetapi terdapat satu perkara yang semuanya sama. Dan ciri yang sama inilah yang digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam memberi gambaran mengenai Dajal.
Kami hanya akan mengutip Hadis-Hadis yang menghuraikan ciri-ciri Dajal. Marilah kita mulakan dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :
1. "Dan aku melihat orang yang berambut ikal pendek, yang mata-kanannya buta. Aku bertanya: Siapakah ini? Lalu dijawab, bahawa ia adalah Masihid - Dajal" (Bukhari 77:68,92)
2. "Awas! dia pecak (buta sebelah)… dan di antara dua matanya, tertulis 'Kafir'…" (Bukhari 93:27).
Adapun disebut bahawa mata kanan Dajal buta, dan pada dahinya tertulis kaf, fa'dan ra' atau kafir, ini menggambarkan keadaan rohani Dajal yang sebenarnya. Sebagaimana telah kami jelaskan, Dajal menggambarkan suatu bangsa. Sebagai bangsa, tidak mungkin semuanya buta mata jasmaninya.
Selain itu, Dajal yang digambarkan buta mata kanannya, mata kiri Dajal digambarkan bersinar gemerlapan bagaikan bintang. Dengan perkataan lain, mata kanan Dajal digambarkan hilang cahayanya, tetapi mata kirinya bersinar terang. Penjelasan yang diberikan oleh Imam Raghib mengenai mata Dajal yang buta sebelah kanannya, sungguh ilmiyah sekali. Pada ketika menjelaskan makna kata Al-Masih, beliau menerangkan bahawa kata masaha bermaksud menghapus sesuatu, dan beliau menambahkan keterangan sbb:
"Diriwayatkan bahawa mata kanan Dajal hilang penglihatannya, sedangkan nabi Isa mata kiri beliaulah yang hilang penglihatannya; dan ini bermaksud bahawa Dajal tidak mempunyai sifat-sifat akhlak tinggi, seperti misalnya kearifan, kebijaksanaan dan rendah hati; sedangkan nabi Isa tidak mempunyai kejahilan, ketamakan, kerakusan dan sebagainya yang termasuk jenis akhlak yang rendah".
Jadi, gambaran Dajal buta mata kanannya janganlah ditafsirkan secara harfiyah, melainkan secara kalam ibarat, iaitu harus diertikan bahawa Dajal tidak mempunyai akhlak yang baik.
Bahawa dua mata manusia itu, yang satu digunakan untuk melihat hal-hal yang berhubungan dengan kerohanian dan agama, dan yang satu lagi digunakan untuk melihat hal-hal yang berhubungan dengan kebendaan dan keduniaan. Oleh kerana hal-hal yang berhubungan dengan agama dan kerohanian itu lebih tinggi kedudukannya daripada hal-hal yang berhubungan dengan kebendaan dan keduniaan, maka buta mata kanan Dajal bermaksud bahawa Dajal sedikit sekali perhatiannya terhadap hal-hal yang berhubungan dengan agama atau kerohanian, dan ini sesuai sekali dengan apa yang dialami oleh bangsa-bangsa Barat hari ini.
Seluruh parhatian mereka ditujukan kepada hal-hal yang berhubungan dangan kebendaan dan keduniaan dan kemajuan mereka dalam bidang ini tidak ada bandingannya. Inilah yang dimaksudkan dengan apa yang dihuraikan dalam Hadis, bahawa mata kiri Dajal bersinar gemerlapan bagaikan bintang. Bermaksud, Dajal mampu melihat segala macam barangan duniawi, yang bangsa-bangsa lain tidak mempunyai pengertian mengenai itu. Tetapi mata rohani Dajal tidak mempunyai penglihatan yang tajam, kerana semua kekuatan Dajal dihabiskan untuk kepentingan urusan duniawi. Kejayaan Dajal yang tidak ada taranya dalam urusan duniawi mengakibatkan buta sebelah. Penjelasan ini sungguh mengagumkan dan sesuai sekali dengan apa yang dikatakan oleh Al-Quran mengenai bangsa-bangsa Barat:
"Orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya di dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul lagi baik pada apa sahaja yang mereka lakukan" (18:104)
Hadis Nabi melukiskan hal ini dengan kalam ibarat, bahawa mata kiri Dajal, iaitu mata duniawi bersinar gemerlapan bagaikan bintang. Adapun keadaan rohani bangsa-bangsa Dajal, Allah berfirman sbb:
"Merekalah orang-orang yang ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya." (18 : 105).
Hadis Nabi menjelaskan hal ini dengan caranya tersendiri, iaitu bahawa mata kanan Dajal tidak mempunyai kekuatan untuk memerhatikan ayat-ayat Tuhan.
Tanda Dajal yang lain, iaitu tulisan kafara atau kafir pada dahinya ini berkaitan pula dengan keadaan rohaninya. Jika orang berkata, bahawa pada dahi seseorang terdapat tulisan anu, ini samalah bermaksud dengan mengatakan, bahawa anu itu adalah fakta senyata-nyatanya bagi dia. Maka dari itu, huraian Hadis bahawa pada dahi Dajal terdapat tulisan kafir, ini hanyalah bermaksud bahawa kekafiran itu merupakan kenyataan yang senyata-nyatanya bagi dia.
Kata-kata Hadis itu sendiri telah menerangkan; Bahawa demikian itulah nyatanya. Pertama, Hadis menerangkan bahawa tiap-tiap mukmin dapat membaca tulisan itu; jadi bukan tiap-tiap orang dapat membaca tulisan itu iaitu hanya orang mukmin sahaja. Lalu ditambahkan kata penjelasan mengenai orang mukmin itu, iaitu, "baik dia buta huruf atau tahu menulis." Bermaksud, tiap-tiap orang mukmin dapat memahami tulisan itu, baik dia tahu menulis atau tidak.
Telah jelas bahawa tulisan yang dapat dibaca oleh tiap-tiap orang mukmin, baik dia dapat menulis atau buta huruf, tidak mungkin menuju kepada kata-kata atau huruf. Jika tulisan itu menuju kepada kata-kata atau huruf, nescaya tidak dipersoalkan lagi apakah pembacanya mukmin atau kafir, demikian pula tidak perlu dinyatakan bahawa orang mukmin dapat membaca tulisan itu sekalipun dia seorang yang buta huruf.
Kepandaian membaca tulisan, tidak ada kaitannya dengan urusan iman. Setiap orang yang tidak buta huruf pasti dapat membaca tulisan, sedangkan orang buta huruf, sekalipun dia orang mukmin sejati, dia tetap tidak dapat membaca tulisan. Oleh kerana itu, tulisan yang dimaksudkan bukanlah tulisan biasa, melainkan mewakili sifat peribadi seseorang. Dan dalam konteks agama Islam, mereka ini (Dajal) merupakan golongan yang kuat sekali penentangan dan penafiannya terhadap kenyataan bahawa Islam adalah agama yang sebenar-sebenarnya. Sehingga digambarkan sebagai pada dahinya terdapat perkataan kafir.
Tempat Tinggal Dajal Pada Zaman Nabi
Sebuah Hadis menerangkan, bahawa pada suatu hari selepas solat berjemaah, Nabi Muhammad SAW menahan para Sahabat dan berkata sbb : "Tamim Dari, seorang Kristian yang memeluk Islam, dia menceritakan kepadaku mengenai Dajal, yang sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu". Lalu beliau menceritakan kisah tersebut sbb :
"Pada suatu hari dia berlayar dengan beberapa orang dari kabilah Lakhm dan Judham. Setelah berlayar sebulan lamanya, mereka mendarat di sebuah pulau, dimana mereka berjumpa untuk pertama kalinya dengan seekor makhluk yang pelik, yang menamakan dirinya Jassassh (makna aslinya mata-mata). Jassasah memberitahukan kepada mereka mengenai seorang lelaki yang tinggal dalam Gereja. Kemudian mereka mengunjungi orang itu dalam Gereja, yang nampak seperti raksasa, yang tangannya diikat pada lehernya, dan kakinya diikat dengan rantai, dari lutut hingga buku lali. Mereka bercakap-cakap dengan orang ini, yang tiba-tiba dia bertanyakan kepada mereka mengenai Nabi SAW, dan dia mengakhiri percakapannya dengan ucapan: 'Aku adalah Masihid Dajal, dan aku berharap semoga aku segera dibebaskan, lalu aku dapat menjelajahi seluruh dunia, kecuali Makkah dan Madinah".
Satu perkara yang telah pasti ialah bahawa seluruh kisah ini bukanlah kejadian biasa, melainkan sebuah ru'yah. Adapun bukti bahawa kejadian itu terjadi dalam ru'yah ialah adanya kenyataan bahawa Dajal bertanya kepada mereka sbb: "Ceritakanlah kepadaku mengenai Nabi bangsa Ummi (bangsa Arab), apakah yang dia kerjakan".
Pertanyaan mereka dijawab sbb: "Beliau meninggalkan Makkah dan sampai di Madinah". Dalam Hadis lain, Dajal diriwayatkan bertanya sbb: "Orang ini yang muncul di antara kamu, apakah yang dia kerjakan?" (Kanzul-Ummal jilid VII, hal 2024).
Bagaimana mungkin Dajal dapat mengetahui bahawa Nabi bangsa Arab telah muncul? Apakah Dajal telah menerima wahyu? Sudah tentu tidak. Dan pula tidak mungkin bahawa ini adalah perkara tekaan.
Kejadian-kejadian lain yang diceritakan dalam Hadis ini, semuanya menguatkan pendapat bahawa ini terjadi dalam ru'yah. Misalnya, siapakah yang mengikat tangan Dajal pada lehernya? Siapakah yang mengikat kakinya dengan rantai? Bolehkah kami menganggap bahawa Dajal dilahirkan dalam keadaan demikian? Mengapa Jassasah tidak melepaskan rantai Dajal? Segala persoalan yang rumit ini hanya dapat dirungkai apabila kami menganggap kisah ini berasal dari ru'yah Tamim Dari.
Segala sesuatu yang diketahui oleh Nabi SAW yang berkait dengan masalah ini juga berlandaskan ru'yah. Allah tidak pernah membawa beliau ke sebuah pulau, dan menyuruh beliau melihat Dajal dengan mata-kepala sendiri. Sebaliknya, hanya melalui ru'yah sajalah, beliau melihat sifat-sifat Dajal. Beliau menyajikan ru'yah Tamim Dari ini, sekadar untuk memperkuat apa yang diketahui oleh beliau dalam ru'yah. Hadis ini memberikan petunjuk kepada kita, mengenai tempat tinggal Dajal :
1. Ia bertinggal di sebuah pulau.
2. Lokasi pulau ini sejauh satu bulan pelayaran dari Syria.
Masih terdapat satu lagi yang kita dapat ketahui dari Hadis ini, iaitu bahawa pada zaman Nabi, Dajal telah ada, tetapi ia belum diizinkan keluar. Hal ini akan kami huraikan nanti dengan panjang lebar.
Dua catatan di atas memberikan petunjuk sejelas-jelasnya akan tempat tinggal Dajal. Telah jelas bahawa Barat didiami pula oleh bangsa-bangsa lain, tetapi bangsa Inggeris mempunyai kekuasaan dan kebesaran yang tidak pernah jatuh ke tangan bangsa lain di benua itu. Itulah sebabnya mengapa benua Barat disebutkan secara khusus sebagai tempat tinggal Dajal.
Agama Dajal
Terdapat sebuah Hadis yang menerangkan bahawa kaum Yahudi akan menyertai Dajal. Dari Hadis ini orang menyangka bahawa Dajal akan memeluk agama Yahudi. Akan tetapi Al-Quran menerangkan sejelas-jelasnya bahawa bangsa Dajal mengakui Allah mempunyai anak lelaki. Oleh sebab itu tidak diragukan lagi bahawa bangsa Dajal adalah bangsa Kristian Barat.
Kelak akan kami jelaskan apakah yang dimaksudkan kaum Yahudi menyertai Dajal. Bahkan kaum Yahudi akan menyertai Dajal tidaklah bermaksud bahawa Dajal adalah kaum Yahudi. Kerana jika bermaksud demikian, bagaimana pula pengertian Hadis lain yang menerangkan bahawa sebahagian umat Nabi Muhammad SAW akan mengikuti Dajal dan menjadi korban tipu dayanya. Adapun Hadis itu berbunyi sbb :
"Tujuh puluh ribu ummatku akan mengikuti Dajal" (Misykat, ha1.477)
Sebagaimana telah kami jelaskan, julukan Masihid-Dajal itu menunjukkan, bahawa bangsa Dajal akan mengaku sebagai pengikut Masih-Isa. Hal ini dijelaskan sejelas-jelasnya dalam Hadis Tamim Dari tersebut di atas. Isyarat supaya mengunjungi orang yang berada di dalam Gereja itu seperti yang dijelaskan dalam Hadis itu, adalah membawa maksud yang penting.
Telah jelas bahawa Gereja adalah simbol agama Kristian, dan raksasa yang menjadi simbol makhluk yang terdapat dalam Gereja itu tidak lain ialah umat Kristian Barat. Adapun Jassasah (mata-mata Dajal) hanya mempunyai satu tugas, iaitu menganjurkan supaya orang ramai pergi ke Gereja, bermaksud supaya menjadi orang Kristian. Berikut ini adalah ucapan Jassasah yang sebenarnya: "Gereja yang kamu lihat itu, masuklah ke dalam".
Tempat Munculnya Dajal.
Agak menarik perhatian bahawa menurut Hadis Tamim Dari, Dajal tinggal di sebuah pulau yang terletak di sebelah Barat Syria, sedang tempat munculnya dikatakan oleh Hadis lain, berada di Timur. Lengkapnya, Hadis ini berbunyi sbb:
"Tidak! Ia (Dajal) akan muncul di sebelah Timur; Tidak, ia akan muncul di sebelah Timur; Tidak, ia akan muncul di sabelah Timur" (Kanzul-'Ummal jilid VII, halaman 2988).
Sebelum kami menerangkan secara terperinci, marilah kita tinjau terlebih dahulu Hadis-Hadis lain yang membawa maksud yang sama, iaitu bahawa Dajal akan muncul di Timur. Salah satu Hadis berbunyi sbb :
"Nabi Muhammad SAW menunjuk hampir dua puluh kali ke arah Timur" (Kanzul-'Ummal, jilid VIl, halaman 2991 ).
Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan: "Tidak! Ia akan muncul di Timur" diikuti dengan kalimat: "Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah Timur". Jadi jika di suatu Hadis dikatakan bahawa tempat tinggal Dajal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain Hadis dijelaskan bahawa tempat munculnya Dajal, atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajal ialah di Timur.
Ini menunjukkan bahawa bermaharajalelanya Dajal akan membahayakan bangsa-bangsa di Timur. Adapun kenyataan yang tidak dapat dibantah lagi, bahawa fitnah Dajal tidak akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan memperoleh keuntungan dari hasil perompakan di Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajal di Timur ialah bermaharajalelanya fitnah Dajal di negara-negara Timur dengan jalan memperhambakan penduduknya, baik jasmani mahupun rohani, secara zahir mahupun batin.
Menurut apa yang dijelaskan dalam Hadis, jelas sekali bahawa pada zaman Nabi, Dajal itu telah ada, akan tetapi pada waktu itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah gambaran yang sebenarnya bagi bangsa-bangsa Barat pada ketika itu. Mereka mengurungkan diri dalam tanah air mereka sendiri, sehingga pada suatu ketika, mereka mengalir ke seluruh dunia untuk menakluk dan menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar menguasai, atau setidak-tidaknya menyebarkan pengaruhnya terhadap negara-negara itu, sehingga gerak-geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi oleh bangsa-bangsa Barat.
Itulah sebabnya mengapa di dalam Hadis dijelaskan bahawa Dajal mengaku Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia dikerjakan menurut perintah Dajal, seakan-akan dialah yang menguasai dan menentukan nasib bangsa-bangsa lain. Inilah apa yang dimaksudkan oleh Hadis lain yang menerangkan bahawa Dajal ialah yang menentukan hidup-matinya manusia. Dengan perkataan lain, Dajal akan meninggikan dan merendahkan darjat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai dengan tujuannya.
Fitnah Yang Paling Besar
Dalam Sahih Muslim terdapat sebuah Hadis yang berbunyi sbb: "Semenjak terciptanya manusia hingga kedatangan Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnah Dajal" (Misykat, hal. 472).
Kata-kata seperti itu, terdapat juga dalam kitab Hadis yang lain. Misalnya, dalam sebuah Hadis, Nabi SAW diriwayatkan bersabda sbb : "Wahai manusia! Sejak Allah menciptakan bani Adam, tidak ada fitnah di muka bumi yang lebih besar daripada fitnah Dajal" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2028).
Hadis-Hadis tersebut membuktikan bahawa fitnah Dajal itu tidak lain ialah bermaharejalelanya Imperialis Barat sekarang ini dan menangnya agama Kristian Barat. Kenyataan menunjukkan bahawa sejarah umat manusia tidak dapat menonjolkan fitnah lain yang lebih besar daripada itu.
Tidak dinafikan dalam sejarah pernah terjadi suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan menguasai aspek kehidupan mereka, namun contoh penjajahan yang menyeluruh seperti yang kita sedang saksikan sekarang ini yang berupa bermaharajalelanya imperialis dan kebudayaan Barat di seluruh dunia, menguatkan lagi bukti. Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh imperialis Barat.
Demikian pula kita dapat melihat kegiatan kaum imperialis Barat yang telah memperhambakan bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa lagi ialah bahawa mereka memiliki segala jenis senjata yang dengannya, orang-orang dapat tersesat dari jalan yang benar dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka menyesatkan orang ramai melalui sistem pendidikan, dan di sebelah sana pula, mereka mencapai tujuan mereka melalui penyebaran agama; kadang-kadang untuk mencapai tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka kemewahan dan kesenangan jasmani; dan kadang-kadang diberikan kepada mereka hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.
Sering pula ilmu pengetahuan mereka digunakan untuk menghancurkan rohani umat manusia. Pendek kata, di seluruh sejarah manusia, fitnah Dajal tidak ada taranya, dan sabda Nabi SAW bahawa tidak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnah Dajal, ini dipenuhi berupa bermaharajalelanya kaum imperialis Barat, yang bukan sahaja membahayakan aspek kehidupan jasmani, malah membahayakan aspek kehidupan moral dan rohani.
I. Syurga dan Neraka Dajal
"Ia (Dajal) akan datang dengan membawa semacam syurga dan neraka; dan apa yang ia katakan syurga itu sebenarnya, neraka" (Misykat, halaman 473).
"Dan ia akan membawa air dan api. Dan apa yang manusia melihatnya air, itu sebenarnya api yang menghanguskan; dan apa yang manusia melihatnya api, itu sebenarnya air tawar yang sejuk" (Misykat, halaman 473)
"Ia akan membawa api dan sungai dan barang siapa jatuh dalam apinya, ia akan memperoleh ganjaran dan disingkirkan bebannya." (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2975)
"la akan membawa gunung roti dan sungai penuh air "(Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2985).
"Ia membawa dua sungai, yang satu penuh air, dan satu lagi penuh api" (idem, halaman 2985)
"Dajal akan muncul dengan membawa sungai dan api; barang siapa masuk dalam sungainya; dia akan memikul beban dan dilenyapkan ganjarannya; dan barangsiapa masuk dalam apinya, akan memperoleh ganjaran dan dihilangkan bebannya" (idem, halaman 2029).
Di antara fitnah Dajal ialah bahawa ia akan membawa syurga dan neraka; adapun neraka Dajal ialah syurga, dan syurga Dajal ialah Neraka. Maka barangsiapa diuji dengan neraka Dajal, hendaklah dia memohon pertolongan Allah sambil membaca permulaan surah Al-Kahfi, maka neraka akan menjadi dingin dan damai" (idem, halaman 2028).
"Dan ia akan membawa semacam syurga dan neraka. Dan syurga Dajal penuh dengan asap, sedangkan neraka Dajal adalah kebun yang menghijau" (idem, halaman 2074).
Hadis yang lain berbunyi:
"Sesungguhnya ia akan membawa syurga dan neraka. Adapun neraka Dajal ialah syurga, dan syurga Dajal ialah Neraka. Maka barang siapa diuji dengan neraka Dajal, hendaklah dia menutup matanya dan mohon pertolongan Allah, dan neraka itu akan dingin dan damai" (idem, halaman 2079).
"Bagaimana perasaan kamu jika kamu diuji oleh seseorang yang sungai-sungai dan buah-buahan di bumi akan dibuat tunduk kepadanya" (idem, halaman 2090).
"Ia akan menjelajah dengan membawa dua gunung. Yang satu, penuh dengan pohon, buah-buahan dan air, dan yang lain, penuh dengan api dan asap. Ia berkata: Ini adalah syurga, dan ini adalah neraka" (idem, halaman 2110).
II. Kecepatan dan kenderaan Dajal
"Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah cepatnya perjalanan Dajal di muka bumi? Beliau menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin" (Misykat bab Dajal).
"Bumi akan digulung untuknya; ia menggenggam awan di tangan kanannya, dan mendahului matahari di tempat terbenamnya; lautan hanya sedalam buku lalinya; di dihadapannya adalah gunung yang penuh asap" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2998).
"Ia akan melompat-lompat di antara langit dan bumi" (Abu Dawud).
"Dajal akan muncul dengan menaiki keldai putih; yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh ela" (Misykat, halaman 477)
"Ia mempunyai seekor keldai yang ia naiki, yang jarak antara dua telinganya adalah empat puluh ela" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2104).
"Ia menaiki seekor keldai putih, yang masing-masing telinganya tiga puluh ela panjangnya, dan jarak antara kaki yang satu dengan kaki yang lain adalah perjalanan sehari semalam" (idem, halaman 2998).
III. Harta kekayaan Dajal
"Dan ia melalui hutan rimba, dan ia berkata kepadanya: Keluarkanlah kekayaanmu, maka kekayaaan rimba itu mengikuti dia, bagaikan lebah mengikuti ratunya" (Misykat, halaman 473).
IV. Kawan-kawan Dajal hidup senang, dan musuh-musuh Dajal hidup sengsara
"Ia datang pada suatu kaum dan mengajak mereka (supaya mengikuti ia), dan kaum itu beriman kepadanya, ia memberi perintah kepada langit, maka turunlah hujan, kemudian ia memberi perintah kepada bumi, maka keluarlah tumbuh-tumbuhan. Kemudian ia datang kepada kaum yang lain, dan mengajak mereka (supaya mengikuti dia), dan kaum itu menolak ajakannya, maka berpalinglah ia dari mereka, lalu kaum itu tertimpa kelaparan, dan tidak ada sedikit kekayaan pun yang mereka kuasai" (Misykat, halaman 473).
"Dan di antara fitnah Dajal ialah, apabila ia datang pada suatu kaum yang tidak mahu beriman kepadanya, maka tiada lagi ternakan mereka yang tertinggal, melainkan binasalah semuanya; dan apabila ia datang pada kaum lain yang beriman kepadanya, maka ia memberi perintah kepada langit, lalu turunlah hujan, dan ia memberi perintah kepada bumi, lalu keluarlah tumbuh-tumbuhan" (Kanzul-'Ummal, jilid VII. halaman 2028).
"Sungai-sungai dunia dan buah-buahan akan tunduk kepada Dajal; maka barangsiapa mahu mengikutinya, ia akan memberi makan kepadanya dan menjadikan dia seorang kafir dan barang siapa menentang dia, maka persediaan makanannya akan dirampas dan dihentikan mata-pencariannya" (Kanzul-'Ummal; jilid VII halarnan 2090).
"Ada beberapa kaum yang bersahabat dengan Dajal akan berkata: "Sesungguhnya kami tahu bahawa Dajal adalah kafir, tetapi kami bersahabat dengan Dajal, agar kami dapat makan dari makanannya, dan agar kami dapat memberi makan ternak kami dari pohon-pohonnya" (idem, halaman 2092).
"Dan ia (Dajal) akan membawa gunung roti, dan sekalian manusia akan mengalami kesukaran, melainkan orang yang mengikutinya" (idem, halaman 2104).
V. Kaum Yahudi di belakang Dajal
"Dan di belakangnya ialah Dajal yang bersama-sama dia adalah tujuh puluh ribu orang Yahudi" (idem, halaman 2028)
"Kebanyakan orang yang mengikuti Dajal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, hal. 2065).
"Kebanyakan orang yang menyertai Dajal ialah kaum Yahudi, dan para wanita" (idem, halaman 2214).
"Dajal musuh Allah, akan muncul dan dia akan disertai oleh bala tentera yang terdiri dari kaum Yahudi dan segala macam bangsa" (idem, halaman 2974).
VI. Pengaruh Dajal Terhadap Wanita
"Dan orang yang paling akhir yang mendatangi Dajal ialah kaum wanita, sehingga seorang lelaki mendatangi ibunya, anaknya perempuan, saudaranya perempuan dan bibinya, kemudian mengikat mereka, agar mereka tidak datang kepada Dajal" (idem, hal. 2116).
VII. Dajal dan anak-anak yang tidak sah
"Awas! Kebanyakan kawan dan pengikut Dajal ialah kaum Yahudi dan anak-anak yang tidak sah" (idem, halaman 2998)
VIII. Lelaki sperti wanita, dan wanita seperti lelaki
"Dan para wanita akan nampak seperti lelaki dan lelaki akan nampak seperti wanita" (idem, halaman 2998)
IX. Penyembuhan Ajaib
"Dan Dajal akan menyembuhkan orang buta, orang sakit lepra, dan akan menghidupkan orang mati" (idem; halaman 2080)
X. Bisikan Jahat Dajal
"Barangsiapa mendengar perihal Dajal, hendaklah menyingkir daripadanya. Demi Allah! Orang akan mendatangi Dajal, dan dia menyangka bahawa ia adalah orang mukmin, dan dia akan mengikutinya (Dajal) kerana syak wasangka yang ditimbulkan dalam batinnya" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2057)
XI. Munculnya Dajal
"Ia (Dajal) akan berkata: Apabila rantai yang mengikat aku ini lepas, aku tidak akan membiarkan sejengkal tanah pun yang tidak dipijak oleh kakiku, melainkan kota suci Madinah" (idem, halaman 2991)
"Dan tidak sejengkal tanah pun di muka bumi ini yang tidak dikuasai oleh Dajal, melainkan kota Makkah dan Madinah" (idem, hal. 2028).
"Dan tidak lama lagi, aku (Dajal) akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar dan mengadakan perjalanan di muka bumi, dan tidak satu tempat tinggal pun yang tidak kusinggahi selama empat puluh malam, melainkan Makkah dan Madinah" (idem, halaman 2988).
Syurga Dan Neraka Dajal
Menurut Hadis, tanda Dajal yang paling besar adalah bahawa ia akan membawa syurga dan neraka. Apa yang harus diingat sini ialah, ketika dalam suatu Hadis, kata-kata jannah dan nar diguna untuk menunjukkan syurga dan neraka Dajal, maka di lain Hadis, syurga dan neraka Dajal itu dinyatakan dengan kata-kata lain. Misalnya, sebagai pengganti kata-kata syurga dan neraka Dajal, digunakanlah kata-kata ma' (air) dan nar (api); dan di lain Hadis digunakan kata-kata nahar (sungai) dan nar (api). Dan di lain Hadis digunakan kata-kata dua sungai, sungai air dan sungai api.
Kemudian ada Hadis lagi yang menerangkan, bahawa Dajal akan membawa "Gunung roti dan sungai air". Bahkan ada Hadis lagi yang sebagai pengganti kata-kata syurga dan neraka Dajal, digunakan kata-kata "dua gunung; yang satu penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dan air, sedang yang lain, penuh dengan api dan asap.
Dari huraian tersebut, jelas bahawa kata jannah dan nar tidaklah bermaksud Syurga dan Neraka yang sesungguhnya; Demikian pula kata-kata sungai, api , asap, gunung roti, dll, janganlah diertikan secara harfiyah. Semuanya itu adalah kata ibarat; Misalnya kata jannah, ini mengibaratkan melimpahnya kesenangan dan kemewahan, sedang kata nar mengibaratkan kepayahan hidup. Adapun maksud sebenarnya ialah, barangsiapa mengikuti Dajal, dia akan hidup mewah, dan barang siapa menentangnya, dia akan hidup melarat.
Bandingkanlah keadaan kehidupan dua bangsa, iaitu bangsa-bangsa Islam yang hidup serba kekurangan, dan bangsa-bangsa Barat yang hidup serba mewah; dan inilah yang dimaksud dengan syurga dan neraka Dajal. Kata-kata syurga dan neraka tidaklah bermaksud bahawa Dajal benar-benar membawa syurga dan neraka seperti pedagang membawa barang dagangannya. Namun yang sebenarnya dimaksud ialah bahawa Dajal akan menguasai syurga dan neraka sebagaimana dijelaskan dalam Hadis berikut ini:
"Sungai dan buah-buahan dunia akan tunduk kepadanya".
Inilah makna yang sebenarnya dari kata-kata itu, iaitu bahawa segala jenis persediaan yang mendatangkan kesenangan, kemewahan dan kenikmatan hidup di dunia, semuanya dikuasai oleh Dajal. Dan inilah yang disebut syurga Dajal bagi orang yang lalai; akan tetapi sebenarnya, ini semua disebut neraka, kerana siapa sahaja yang tenggelam dalam kesenangan hidup seperti bersenang-lenang, bersukaria, menonton wayang, membeli belah, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, minum, berjudi, melacur, pasti tidak ingat kepada Allah.
Akibatnya jiwanya menjadi rosak; dan inilah neraka yang sebenarnya; dan sekalipun tidak terlihat oleh mata jasmani, tetapi di Akhirat akan nampak dengan jelas. Sebaliknya apa yang disebut neraka Dajal yang berupa kehidupan yang tidak diliputi oleh kesenangan duniawi, adalah Syurga yang sebenarnya, kerana semakin manusia tidak lemas dalam kesenangan duniawi, semakin besar pulalah keuntungan rohaninya, sehingga dia dapat terus meningkat sehingga mencapai hubungan yang erat bersama Allah. Jadi syurga Dajal itu terdiri dari kesenangan jasmani, yang diperoleh dengan mengorbankan kehidupan rohani. Barangsiapa tenggelam dalam kehidupan senang lenang, dia akan kehilangan kesenangan di zaman yang akan datang.
Kecepatan Dajal, Kenderaan Dajal Di Darat, Di Laut Dan Di Udara.
Apabila Nabi SAW ditanya, mengenai kecepatan perjalanan Dajal, Beliau menjawab sbb: "Kecepatan Dajal adalah seperti awan yang ditiup angin". Pada waktu Nabi SAW mengucapkan kata-kata ini, tampaknya seperti dongeng sahaja, atau ucapan yang berlebih-lebihan. Akan tetapi pada dewasa ini kapal terbang bergerak melebihi kecepatan angin.
Selanjutnya Nabi SAW bersabda sbb: "Bumi akan digulung untuknya". Ini bermaksud Dajal akan bergerak begitu cepat seolah-olah bumi yang luas ini kelihatan ciut. Gerakan Dajal melalui udara dikatakan sebagai berikut: "la akan menggenggam awan di tangan kanannya". Bermaksud ia akan terbang menembusi awan. Selanjutnya Nabi SAW menerangkan bahawa "Dajal akan melompat-lompat di antara bumi dan langit". Semua ini mengisyaratkan perjalanan Dajal melalui udara. Lebih lanjut dijelaskan bahawa Dajal akan bergerak begitu cepat sehingga ia:
"Mendahului matahari di tempat terbenamnya"
Pada dewasa ini kapal terbang bergerak lebih cepat berbanding peredaran matahari; orang yang berangkat dari Timur pada pagi hari, akan sampai di Barat sebelum matahari terbenam. Penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur, hanya memakan waktu beberapa jam sahaja. Mungkin juga suatu masa nanti, kita akan terbang lebih cepat lagi daripada keadaan sekarang. Selanjutnya dijelaskan bahawa "lautan hanya sedalam buku lali Dajal" Hal ini terjadi dengan sebenar-benarnya oleh pergerakan kapal selam di bawah permukaan laut.
Kenderaan Dajal disebut keldai, kerana keldai digunakan untuk mengangkut manusia dari sini ke sana, dan pula digunakan untuk mengangkut muatan bagi manusia. Akan tetapi keldai Dajal bukanlah keldai yang sebenar, kerana keldai ini digambarkan mempunyai telinga yang jaraknya tujuh puluh ela dan warnanya putih mengkilat. Gambaran ini sebenarnya sesuai menggambarkan kereta api.
Adapun Hadis yang menerangkan satu langkah Dajal akan mencapai jarak perjalanan sehari semalam, ini bermaksud bahawa jarak yang ditempuh sehari semalam, itu hanyalah satu langkah sahaja bagi Dajal. Gambaran mengenai kemampuan Dajal menundukkan alam sebagai contohnya menurunkan hujan tidak dapat dinafikan lagi menuju kepada kemampuan mereka mengadakan hujan buatan melalui pembenihan hujan yang sekarang ini banyak dijalankan.
Dajal Mengeluarkan Kekayaan Bumi
Dalam Hadis dijelaskan bahawa kekayaan bumi akan mengikuti Dajal. Ini mengisyaratkan penemuan orang-orang Barat akan kekayaan bumi yang terpendam. Di mana terdapat kekayaan bumi yang terpendam, baik yang berupa emas, perak, besi, minyak, dan bahan-bahan mineral lain, pasti ditemuikan oleh orang-orang Barat.
Semua kekayaan itu, baik di Barat mahupun di Timur, diusahakan oleh orang-orang Barat. Setelah dikeluarkan dari perut bumi, bahan-bahan itu digunakan untuk menghasilkan barang-barang yang digunakan oleh bangsa Barat untuk menjajah bangsa lain di dunia. Selain itu mereka mengusahakan daerah padang pasir yang tandus dijadikan daerah yang subur dengan memberikannya saluran air.
Secara ringkanya, semua kekayaan bumi baik yang berupa mineral mahupun hasil tanaman, dikuasai oleh bangsa-bangsa Barat. Semua kekayaan mengikuti Dajal, dan keuntungan bangsa-bangsa Barat semakin bertambah, sedangkan bangsa-bangsa lain di dunia hanya dijadikan buruh mereka untuk menghasilkan bahan-bahan mentah untuk kepentingan industri mereka.
Sejumlah besar emas dan kekayaan dunia baik di Malaysia, di Indonesia dan negara-negara Timur, semuanya dilombong untuk dikumpulkan di Barat dan Amerika. Alangkah hebatnya ru'yah Nabi SAW tiga belas abad yang lalu mengenai keadaan yang kita alami sekarang ini. Alangkah baiknya jika ru'yah itu diberitahukan kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh kekayaan, kemewahan, dan kekuasaan bangsa-bangsa Barat, sehingga berlutut di hadapan mereka. Hendaklah mereka merenungkan ketajaman penglihatan rohani Nabi SAW yang beberapa ratus tahun sebelumnya, dapat melihat gambaran dunia sekarang ini dengan segala perinciannya sehingga beliau mampu memberi gambaran yang jelas kepada bangsa Arab ketika itu.
Kawan-Kawan Dajal Hidup Senang, Dan Musuh-Musuh Dajal Hidup Sengsara.
Telah jelas bahawa menuruti Dajal adalah cara yang sebaik-baiknya untuk menghormati dan bersahabat dengan Dajal. Hadis yang menerangkan bahawa pengikut-pengikut Dajal akan senang hidupnya, ini berlaku bagi orang-orang yang bersumpah setia kepadanya. Kita dapat perhatikan kepada keadaan dunia hari ini di mana golongan alim ulama adalah banyaknya terdiri daripada orang-orang yang hidup sederhana kerana mereka tidak mahu menuruti cara hidup Barat.
"Ia (Dajal) akan membawa gunung-roti, semua orang menderita kesukaran, kecuali orang-orang yang mengikutinya".
Memang benar bahawa jaminan terbaik bagi keamanan ekonomi sekarang ini ialah dengan menuruti bangsa barat. Orang-orang yang tidak mahu mengambil jalan ini dan tidak mahu hidup menuruti cara mereka, pasti akan mengalami kehidupan yang sukar dan sengsara. Alangkah benarnya gambaran yang diberikan oleh Nabi SAW:
"Barang siapa mengikuti Dajal, ia akan diberi makan, akan tetapi ia dijadikan kafir" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2104).
Kita dapat perhatikan pada zaman ini, orang-orang yang menjalani cara hidup moden amat sedikit sekali yang patuh menuruti ajaran agama.
"Kami bersahabat dengan Dajal, sekalipun kami tahu bahawa ia kafir. Kami bersahabat dengan Dajal agar kami dapat makan dari Persediaannya."
Inilah hamba-hamba yang menari-nari menuruti irama Dajal. Mereka mengerjakan hal-hal yang bertentangan dengan agama, bangsa dan negara, hanya kerana wang.
Kekuatan Yahudi Di Belakang Dajal.
Ramalan Nabi SAW mengenai Dajal adalah bukti yang mengagumkan mengenai hebatnya ru'yah beliau mengenai peristiwa yang akan terjadi di kemudian hari. Dalam Hadis dijelaskan bahawa beliau menunjuk Gereja sebagai tempat Dajal, dan Al-Quran juga memberi petunjuk mengenai identiti Dajal dengan kata-kata sbb. "Dan Al-Quran memberikan amaran kepada orang-orang yang berkata “Allah mempunyai anak" (18:4).
Adapun kebencian orang-orang Yahudi terhadap Nabi Isa, Al-Quran menghuraikan begitu jelas, sehingga Al-Quran menyebutkan surah mengenai kaum Yahudi yang menuduh Siti Maryam, Ibu Nabi Isa. Allah berfirman sbb:
"Demikian juga kerana kekufuran mereka, dan tuduhan mereka terhadap Maryam" (4: 156).
Sikap permusuhan kaum Yahudi terhadap Nabi Isa adalah yang paling besar yang pernah dilancarkan oleh suatu bangsa terhadap seseorang. Sifat permusuhan yang abadi ini dihuraikan dalam Al-Quran sbb:
"Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, hingga ke hari kiamat" (5:14).
Kaum Yahudi mengalami berbagai jenis penindasan, baik di zaman Nabi SAW mahupun sebelum beliau, dan penindasan ini berlangsung terus-menerus setelah beliau. Bahkan dapat dikatakan sehingga muncul Dajal, kaum Yahudi tetap mengalami penindasan oleh kaum Kristian Barat. Namun demikian Nabi Suci meramalkan sbb:
"Dajal akan disertai oleh tujuh puluh ribu orang Yahudi."
"Kebanyakan orang yang mengikuti Dajal ialah kaum Yahudi."
"Dajal musuh Allah, akan muncul dan akan disertai oleh bala tentera yang terdiri dari kaum Yahudi."
Harus diingat bahawa tidak ada satu Hadis pun yang menerangkan bahawa Dajal adalah orang Yahudi. Sebaliknya Hadis menerangkan bahawa Dajal adalah sepadan dengan kaum Kristian Barat.
Namun kita berhadapan dengan kenyataan yang paling pelik, iaitu bahawa Pemerintahan Barat sangat-sangat berkerja sama dengan baik bersama kaum Yahudi. http://islamdankeselamatannya.blogspot.com/2013/04/ramalan-kerjasama-erat-di-antara-yahudi.html Bahkan Pemerintah Inggeris yang begitu jayapun membantu kepentingan Yahudi untuk menghancurkan kaum Muslimin di Palestina.
Kaum Muslimin di Palestina dibuat melarat, sehingga ladang-ladangnya terpaksa dijual kepada orang-orang Yahudi yang tinggal di sana dalam jumlah yang besar. Harus ditekankan di sini yang mengadakan penindasan itu adalah pihak Barat iaitu Dajal disebabkan kekuatan ketenteraan mereka, bukannya Yahudi. Kaum Yahudi hanya berselindung di belakang pihak Barat sesuai dengan penyataan Hadis Nabi SAW "Dajal akan disertai oleh tujuh puluh ribu orang Yahudi". Perkataan "tujuh puluh ribu orang Yahudi" dalam Hadis ini mengandungi erti jumlah yang besar. Sebagaimana kita maklum, bahasa Arab "tujuh" atau "tujuh puluh" itu digunakan untuk menunjukkan jumlah yang besar. Jadi, tujuh puluh ribu orang Yahudi ini bermaksud banyak sekali kaum Yahudi yang mahu bekerjasama dengan Dajal. Jika penduduk dunia tidak tahu bagaimana kaum Yahudi secara senyap-senyap membantu Pemerintah Inggeris dan Pemerintah Barat lainnya, atau bagaimana Pemerintah Inggeris membantu kaum Yahudi, maka tindakan Pemerintah Inggeris memindahkan bangsa Yahudi ke Palestina telah cukup sebagai bukti benarnya ramalan Nabi SAW mengenai adanya persekutuan rahsia ini.
Bahkan banyak lagi campur tangan pihak Barat ke atas negara-negara Asia Barat seperti Iraq, Kuwait, dan sebagainya. Namun kami tidak akan membincangkannya secara lanjut di sini.
Meskipun begitu, gabungan kekuatan antara kaum Yahudi dan kaum Kristian Barat tidak sekali-kali menggentarkan kaum Muslimin, asalkan kaum Muslimin menyedari sepenuhnya bahawa Nabi SAW disamping meramalkan adanya kekuatan gabungan yang menakutkan ini, beliau tiga belas abad yang lalu juga meramalkan bahawa pada akhir zaman, Islam akan memperoleh kemenangan.
Pengaruh Dajal Terhadap Wanita.
Dalam Hadis dijelaskan bahawa Dajal tidaklah kecil pengaruhnya terhadap kaum wanita. Kenyataan menunjukkan bahawa walaupun manusia mempunyai kesanggupan untuk berbuat baik, namun pelaksanaannya harus disertai dengan usaha keras seakan-akan mendaki puncak gunung. Tetapi tidak demikian pula halnya perbuatan buruk. Tanpa susah payah sedikitpun, manusia sentiasa bersedia dan tidak segan silu melakukan perbuatan yang merosakkan moral dan perbuatan biadab.
Celakanya pada dewasa ini, Eropahlah yang membuka pintu segala macam godaan berupa pergaulan bebas yang melebihi batas antara lelaki dan wanita. Adegan-adegan yang membangkitkan nafsu berahi, baik yang dipentaskan dalam panggung mahupun di layar putih, menjadi sebab tempat-tempat yang menjatuhkan itu banyak dikunjungi orang ramai, terutama para pemuda. Foto-foto cabul, tarian bogel, pakaian wanita separuh bogel, semua kejahatan yang ditimbulkan oleh cara hidup berfoya-foya ini menyebabkan jiwa manusia cepat menjadi rosak. Rosak tubuh badannya, demikian pula rosaknya moral.
Meluncur ke bawah adalah lebih mudah daripada naik ke atas. Kejadian-kejadian tersebut buruk sekali pengaruhnya terhadap karakter bangsa kita sendiri. Perbuatan orang-orang Barat yang tidak sepatutnya itu, semakin lama semakin dianggap tidak menjijikkan lagi oleh bangsa kita. Pelacuran dan seumpamanya tidak memuakkan perasaan kita lagi. Perbuatan buruk ini, yang cepat sekali menjalar di kalangan kaum lelaki, kini mulai menjalar di kalangan kaum wanita.
Tepat sekali sabda Nabi SAW sbb:
"Orang terakhir yang akan datang kepada Dajal adalah kaum wanita."
Memang sifat pemalu kaum wanita dapat bertahan lama menghadapi godaan Dajal. Akan tetapi sekarang mereka telah jatuh menjadi korban godaan Dajal, dan sekalipun di negeri kita belum begitu memuncak seperti di Barat, namun sekarang banyak wanita Timur yang mengucapkan selamat tinggal kepada kesopanan Islam dan menggantikannya dengan kesopanan separuh bogel ala barat. Mereka semakin biasa mengunjungi tempat-tempat hiburan.
Apabila pengaruh Dajal tidak dapat dibendung lagi dan kebudayaan Islam telah diganti dengan kebudayaan Barat, pasti akan tiba saatnya bahawa di negara kita seperti halnya di negara Barat, pelacuran dan segala yang seumpamanya, bukan lagi hal yang memuakkan batin kita. Memang benar bahawa agama Islam tidak menyuruh kaum wanitanya agar berkurung di dalam bilik, dan memakai pakaian yang menutupi keseluruhan tubuh badan seperti wanita di tanah Arab dan negara Islam lainnya.
Sebaliknya Islam mengizinkan kaum wanita keluar untuk bekerja, berniaga, memenuhi tugas sosial, ekonomi dan keperluan lainnya. Wanita dapat bekerja sebagai buruh, sebagai peniaga, dan sebagai tentera. Akan tetapi dengan segala kebebasan bergerak, Islam tidak mengizinkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, demikian pula tidak mengizinkan memakai pakaian yang tidak sopan sekiranya berkumpul bersama kaum lelaki dalam suatu keperluan. Kaum wanita dilarang mempertontonkan kemolekan tubuhnya yang dapat mencairkan kaum lelaki. Cara-cara memperlihatkan kemolekan dan pergaulan bebas inilah ciri-ciri khas Dajal dalam pergaulan, yang buruk sekali pengaruhnya terhadap wanita Islam yang bermartabat tinggi.
Dajal Dan anak Yang Tidak Sah.
Hubungan bebas yang tidak sah dan melebihi batas antara lelaki dan wanita, menyebabkan sumbang mahram, dan menyebabkan bertambahnya anak-anak yang tidak sah (anak-anak zina), dan ini adalah ciri khas bandar-bandar besar di Barat dan Amerika. Dalam ru'yah Nabi Suci melihat hubungan seks yang tidak sah yang mendasari materialisme:
"Awas! Sebagian besar kawan dan pengikut Dajal adalah kaum Yahudi dan anak-anak yang tidak sah."
Sejumlah besar anak-anak zina ini dilindungi oleh undang-undang yang mengesahkan anak-anak itu. Misalnya, seorang wanita mengandung kerana hubungan yang tidak sah, akan tetapi sebelum bayi lahir, mereka melangsungkan penikahan, maka bayi itu dianggap sah. Sehinggakan undang-undang tersebut begitu lunak, sehingga apabila lelaki dan wanita yang berbuat maksiat melangsungkan perkawinan pada bila-bila masa, maka anak-anak yang dilahirkan sebelum perkawinan, semuanya dianggap sah.
Akan tetapi sekalipun undang-undang itu lunak sekali, namun di bandar-bandar Barat (dan Amerika), masih terdapat banyak anak-anak yang tidak sah. Bahkan anak-anak yang lahir dalam situasi perang, diberi julukan sebagai "anak pahlawan". Jika seseorang itu mahu meninjau betapa bermaharajalela pergaulan bebas antara lelaki dan wanita di Barat dan Amerika, kita dapat meramalkan bahawa tidak lama lagi penduduk daerah ini akan berpaling dari jalan yang benar dan kembali kepada kehidupan biadab bagaikan binatang, sepanjang mengenai hubungan seks antara lelaki dan wanita.
Lelaki Seperti Wanita Dan Wanita Seperti Lelaki.
Tanda-tanda Dajal lain lagi yang dihuraikan dalam Hadis ialah bahawa wanita akan seperti lelaki, dan lelaki akan seperti wanita. Satu perempat abad yang lalu, hal ini masih sukar difahami. Akan tetapi sekarang ramalan ini terjadi sebenar-benarnya, iaitu bahawa wanita memakai cara-cara kaum lelaki, sebagai contohnya memotong rambut, memakai seluar dan sebagainya, sedangkan kaum lelaki memakai mengikut kaum wanita. Perubahan dalam hal kelakuan dan kebiasaan ini begitu jauh, sehingga kadang-kadang terlalu sukar dibezakan antara wanita dan lelaki.
Sabda Nabi SAW: "Wanita akan nampak seperti lelaki dan lelaki akan nampak seperti wanita" Ini terjadi dengan sebenar-benarnya.
Penyembuhan Ajaib
Di samping meramalkan keburukan, Nabi SAW meramalkan juga kebaikan Dajal. Di satu segi, dalam Al-Quran terdapat ayat yang menerangkan bahawa bangsa-bangsa Dajal memperoleh kemajuan besar di lapangan usaha dan lapangan industri (18:104); dan di lain segi, ada sebuah Hadis yang menerangkan bahawa bangsa Dajal akan menyembuhkan penyakit secara ajaib :
"Ia (Dajal) akan menyembuhkan orang buta, orang sakit lepra, dan menghidupkan orang mati." (Kanzul-'Ummal, jilid VII Halaman. 2080)
Di sini yang dimaksud "menghidupkan orang mati" ialah menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan, seakan-akan Dajal dapat menghidupkan orang mati. Memang benar bahawa dalam soal perubatan, bangsa Dajal memperlihatkan keluar biasaannya melalui teknologi perubatan yang dipersembahkannya, dan ini adalah hasil yang patut dipuji. Akan tetapi menurut Hadis, hal ini termasuk salah satu fitnah Dajal, seperti halnya kecepatan dan kenderaan Dajal, di darat, di laut dan udara. Kerana dengan kemajuan yang luar biasa ini, ramai orang akan terdetik difikirannya bahawa agama hanyalah kepercayaan warisan yang tidak mendatangkan apa-apa makna malah mengekang kemajuan cara hidup. Hal ini dikuatkan lagi dengan bukti dan realiti hari ini bahawa negara-negara Islam adalah jauh ketinggalan sekiranya dibandingkan dengan negara-negara Barat. Namun harus difikirkan di sini, kemajuan-kemajuan mereka di lapangan kebendaan, telah menyesatkan ramai manusia dari segi kehidupan rohani.
Bisikan Jahat Dajal
Dari huraian tersebut, jelas sekali bahawa Dajal tidak akan menyesatkan manusia dengan jalan paksa, melainkan dengan mempengaruhi mereka agar mereka terpikat oleh gemerlapnya harta benda duniawi dan kesenangan yang melimpah ruah, demikian pula dengan mempengaruhi orang melalui hasil pengolahan kekayaan alam dan ilmu pengetahuan yang luar biasa. Akan tetapi dalam Hadis, Nabi SAW menjelaskan hal ini sbb:
"Barang siapa mendengar perihal Dajal, hendaklah menyingkir daripadanya. Demi Allah, orang akan datang kepadanya, dan mengira bahawa ia adalah mukmin, namun dia mengikuti ia (Dajal) kerana keraguan yang ditimbulkan oleh ia (Dajal) dalam batinnya." (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2057).
Sekiranya kita menyelidiki persoalan ini, maka jelas sekali bahawa tipu muslihat yang digunakan oleh bangsa-bangsa Barat tidak ada taranya dalam sejarah dunia. Dengan cara yang halus, mereka meniupkan bisikan jahat ke dalam batin manusia, sehingga fikiran menjadi goncang kerananya.
Munculnya Dajal Dan Bermaharajalelanya Di Dunia.
Sebagaimana dijelaskan dalam Hadis, Dajal akan menjelajahi seluruh dunia:
"Tidak ada satu tempat pun di dunia yang tidak dipijak dan dilalui oleh Dajal".
Hadis lain menerangkan bahawa Dajal mengucapkan kata-kata sbb:
"Tidak ada satu tempat tinggalpun yang tidak aku masuki."
Ini bukan sahaja menunjukkan penglihatan Nabi SAW yang luar biasa, malah menunjukkan bahawa Dajal bukanlah nama orang, melainkan suatu bangsa atau segolongan bangsa, yang anggotanya tersebar di tiap-tiap tempat di dunia. Kerana jika Dajal itu satu orang, nescaya ia tidak dapat melaksanakan segala sesuatu yang diramalkan oleh Nabi SAW, sekalipun ia dapat bergerak secepat kilat. Tidak mungkin satu orang dapat membawa syurga dan neraka ke seluruh dunia, dan membuat pengumuman di mana-mana dan memberi ganjaran kepada orang yang menerimanya, dan memberi siksaan kepada orang yang menolaknya, dan tidak satu tempat tinggal pun yang tidak dikunjunginya.
Semua pekerjaan ini tidak mungkin dilakukan oleh satu orang. Bukannya mengenai masalah kecepatan sahaja, melainkan berkait pula beberapa masalah, misalnya dengan cara bagaimanakah supaya orang-orang mahu mengikutinya dan bagaimanakah cara memberikan ganjaran dan siksaan. Padahal semua ini harus ia lakukan di tiap-tiap kampung dan bandar; dan sekalipun singkatnya waktu yang ia perlukan untuk menjalankan penyiaran dan segala perbuatan, namun pekerjaan dan perjalanan dari satu tempat ke tempat lain pastilah memakan masa.
Seandainya di tiap-tiap tempat hanya diperlukan satu jam sahaja, maka untuk mengelilingi beribu-ribu kampung dan bandar di Malaysia sahaja, ia memerlukan masa seratus tahun. Dengan demikian ia memerlukan masa beribu-ribu tahun agar dapat mengelilingi semua tempat di seluruh dunia. Akan tetapi jika semua pekerjaan itu dilakukan oleh suatu bangsa, maka pelaksanaan itu semua bukan sahaja masuk akal, melainkan pula fakta-faktanya telah kami saksikan dengan mata kepala sendiri; dan ini sekaligus menunjukkan tajamnya penglihatan rohani Nabi Muhammad SAW.
Di satu segi, kami melihat cepatnya pergerakan bangsa-bangsa Barat; jangankan empat puluh hari, beberapa hari sahaja sudah cukup bagi mereka untuk mengelilingi dunia. Di lain segi pula kami menyaksikan mereka mendatangi dan menguasai tiap-tiap tempat di dunia. Jika pada suatu saat, orang amat terpengaruh oleh gunung-gunung roti yang dibawa oleh mereka, pada saat yang lain pula, orang amat tercengang menyaksikan kehidupan yang serba mewah.
Jika pada suatu saat orang melihat bagaimana mereka mengolah kekayaan alam, pada saat yang lain, orang melihat kejanggalan sistem pendidikan mereka yang menyebabkan masalah moral dan sikap acuh tak acuh terhadap agama sendiri. Jika di satu tempat mereka mendapat simpati kerana baiknya layanan hospital mereka, di lain tempat pula mereka tidak mengakui Islam.
Ringkasnya, jika semua pekerjaan itu dilakukan oleh suatu bangsa atau segolongan bangsa, segala sesuatu pasti menjadi jelas dan masuk akal. Akan tetapi jika semua pekerjaan itu dilakukan oleh satu orang, segala sesuatu pasti akan membingungkan. Misalnya, ramalan bahawa Dajal akan mengelilingi dan menguasai seluruh dunia. Jika ramalan ini diterapkan kepada satu orang, nescaya orang ini memerlukan bantuan berjuta-juta orang, untuk dapat menguasai sekalian bangsa di dunia. Akhirnya, yang memegang kekuasaan bukanlah satu orang, melainkan sejumlah besar manusia.
Sekiranya seseorang itu masih lagi mahu berpegang teguh kepada keyakinan bahawa Dajal itu adalah seekor makhluk yang bermata satu fizikalnya, maka kami cuma boleh katakan bahawa kami berlepas diri.
Kerana ramalan bahawa Dajal akan mendatangi tiap-tiap tempat dan menguasai seluruh dunia, sekarang ini telah dipenuhi, dan kita menyaksikan itu dengan mata kepala sendiri, berupa penjajahan bangsa-bangsa Barat dan bermaharajalela mereka di seluruh dunia. Sampai bilakah kita dapat menutup mata dan menunggu-nunggu kedatangan Dajal yang tidak akan timbul kecuali dalam khayalan sahaja, jika kita tidak mahu mengakui kenyataan pahit yang kita hadapi sekarang ini?
Pengertian bahawa seorang Dajal akan berada di tiap-tiap tempat di dunia dan menakluki dunia seorang diri, tidak mungkin dapat dibayangkan oleh fikiran manusia, lebih-lebih oleh manusia zaman sekarang. Akan tetapi jika kita mahu menggunakan fikiran yang sihat, seseorang itu pasti akan tahu bahawa pada dewasa ini tidak ada satu tempat pun di dunia yang Dajal tidak menempati tempat itu.
Tidak ada satu tempat pun, baik di hutan mahupun di padang pasir, di kepulauan besar mahupun di kepulauan kecil, di lembah mahupun di gunung-ganang yang tidak dimasuki oleh Dajal. Orang yang amat bodoh tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan yang sebenarnya, tetapi kita melihat hal itu benar-benar terjadi di hadapan mata kita sendiri. Barangsiapa mahu melihat kejadian ini secara serius, orang itu pasti akan tertunduk dan kagum kepada Nabi SAW atas tajamnya penglihatan rohani beliau.
Sebagaimana telah kami jelaskan, pada bahagian terakhir Surah Al-Kahfi,
setelah menerangkan Yakjud dan Makjud, kemudian Al-Quran menerangkan
mengenai bangsa-bangsa Kristian Barat. Ini menunjukkan bahawa Al-Quran
tidak menaruh perbezaan antara dua bangsa tersebut. Demikian pula
dijelaskan dengan jelas dalam Injil, bahawa Yakjud dan Makjud itu tidak
lain hanyalah bangsa Rusia dan bangsa-bangsa Barat lainnya. Kesalah
fahaman umum mengenai Yakjud dan Makjud itu disebabkan kerana ada Hadis
yang menggambarkan seakan-akan Yakjud dan Makjud itu suatu makhluk yang
pelik; akan tetapi banyak pula Hadis yang menerangkan bahawa Yakjud dan
Makjud itu manusia biasa.
Nabi SAW bersabda sbb :
"Sesungguhnya Yakjud dan Makjud adalah dari keturunan Adam (Kanzul 'Ummal, jilid VII halaman. 2158.)
Hadis lain menerangkan bahawa Allah memberitahukan kepada Al-Masih Isa sbb:
"Sesungguhnya Aku telah menciptakan segolongan manusia, yang tidak seorangpun dapat membinasakan, kecuali Aku sendiri" (Kanzul 'Ummal, jilid VII, halaman 3021).
Dalam kitab Kanzul 'Ummal jilid VII, halaman 3032, ada sebuah Hadis yang menerangkan sejelas-jelasnya bahawa Yakjud dan Makjud adalah keturunan Adam. Kesalah fahaman mengenai hal Yakjud dan Makjud itu berkemungkinan berasal dari suatu Hadis yang menerangkan bahawa Yakjud dan Makjud akan meminum semua air di dunia.
Hadis itu berbunyi sbb :
Mereka akan minum semua air di dunia, sehingga apabila mereka melalui sebuah sungai, mereka minum semua airnya dan meninggalkan sungai itu dalam keadaan kering." ( Kanzul 'Ummal jilid VII, halaman 2157).
Ada lagi sebuah Hadis yang menerangkan bahawa barisan hadapan Yakjud dan Makjud akan melintasi Teluk Tiberius dan mereka akan meminum semua airnya (Idem halaman 3021). Namun peliknya Hadis Tamim Dari juga menerangkan bahawa Dajal menanyakan kepada Tamim Dari mengenai Teluk Tiberius sbb :
"Ceritakanlah kepadaku perihal Teluk Tiberius. Adakah air di sana?" (Kanzul 'Ummal jilid VII, halaman 2027).
Sepintas lalu ini menunjukkan bahawa Dajal dan Yakjud dan Makjud adalah sama. Adapun yang dimaksud meminum air, ialah bahawa mereka akan menguasai semua sumber kehidupan, kerana air adalah sumber segala kehidupan. Selanjutnya, adanya kenyataan bahawa ramalan mengenai Dajal dan Yakjud dan Makjud itu dikaitkan dengan kedatangan Al-Masih, ini membuktikan bahawa Dajal dan Yakjud dan Makjud adalah sama. Apalagi jika kita tidak fanatik dan mahu berfikir sejenak, maka akan jelas sekali bahawa secara praktikalnya apa yang dilukiskan dalam Hadis mengenai mereka adalah sama, hanya kata-katanya sahaja yang berbeza. Kedua-duanya digambarkan akan menjadi penguasa yang paling besar di dunia. Kedua-duanya menguasai segala jenis keperluan hidup "dan tidak seorangpun dapat mengalahkan mereka."
Mereka akan membanjiri seluruh muka bumi, dan merupakan fitnah yang paling besar bagi kaum Muslimin. Semua ciri-ciri umum ini menunjukkan bahawa mereka adalah sama dan bangsa yang sama, dan ini adalah sesuai dengan gambaran sifat-sifat bangsa Barat. Sebenarnya, digunakan dua nama tersebut sekadar untuk menyatakan dua jenis aspek mengenai keadaan mereka. Mereka diberi nama Dajal, kerana perbuatan mereka menipu dan memperdaya manusia dengan bahan keperluan hidup, sedangkan nama Yakjud dan Makjud adalah untuk menyatakan mereka itu adalah suatu kaum atau suatu bangsa. Hendaklah diingat bahawa ramalan mengenai bermaharajalelanya bangsa-bangsa Barat ini diucapkan pada waktu kekuasaan kaum Muslimin menyilaukan kekuasaan lain di dunia.
Dajal Akan Dikenal Oleh Seseorang Di Antara Kaum Muslimin
Sungguh pelik sekali bahawa di satu segi, tanda-tanda Dajal dapat difahami oleh orang-orang biasa, akan tetapi di lain segi, Hadis menerangkan bahawa banyak sekali orang yang akan jatuh sebagai korban penipuan Dajal. Jika semua tanda bahawa Dajal buta mata kanannya, dan mata kirinya gemerlapan bagaikan bintang, dan bahawa kata-kata kafir akan tertulis di atas dahinya yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik dia buta huruf atau tidak, dan bahawa ia mempunyai keldai pelik yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh ela, bahawa ia membawa syurga dan neraka, bahawa ia membawa gunung roti dan sungai, bahawa ia menyuruh awan supaya menurunkan hujan, dan sebagainya; jika semua tanda itu telah dipenuhi, maka tidak diperlukan lagi adanya orang di antara kaum Muslimin yang harus memperkenalkan Dajal dan menyatakan kepada mereka bahawa inilah Dajal yang Nabi SAW memperingatkannya kepada kita.
Adapun Hadis tersebut berbunyi sbb:
"Seseorang di antara kaum mukmin akan berkata: 'Aku akan pergi kepada orang itu untuk melihat apakah dia itu orang yang Nabi SAW memperingatkannya kepada kita atau bukan'..."
Jika tanda-tanda Dajal telah terlihat seperti yang diramalkan oleh Nabi SAW, mengapa masih diperlukan adanya orang yang harus mengenalinya dan mengumumkan bahawa Dajal benar-benar telah datang. Ini menunjukkan bahawa kehadiran Dajal di kalangan kita adalah suatu yang tidak disedari. Maka dengan tanda-tanda yang jelas, telah cukup sebagai bukti bahawa Dajal telah datang, dengan demikian tidak perlu dijelaskan lagi.
Jadi dengan adanya Hadis tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tanda-tanda Dajal tidak dapat diertikan secara wajar, melainkan harus diertikan sebagai kalam ibarat. Untuk ini sangat diperlukan adanya orang yang mempunyai penglihatan tajam yang dapat memahami tanda-tanda itu, dan menerangkan bilakah munculnya Dajal.
Siapakah Yang Berkata: "Inilah Dajal Yang Dijelaskan Oleh Nabi SAW"
Sungguh pelik sekali bahawa orang yang dapat menerangkan bahawa Dajal dan Yakjud dan Makjud itu sebenarnya bangsa Barat, adalah orang kampung biasa, orang bertapa yang sedikit sekali pengetahuannya mengenai masalah dunia. Separuh abad yang lalu tatkala penduduk dunia tidak tahu sama sekali akan identiti Dajal dan Yakjud dan Makjud, bahkan orang tidak menduga sama sekali bahawa bangsa-bangsa Barat yang menguasai seluruh dunia dan yang menjajah negara kita adalah Dajal dan Yakjud dan Makjud yang diramalkan oleh Nabi SAW. Sebaliknya, ramai yang berfikir bahawa Dajal adalah makhluk pelik yang bermata satu, yang berkenderaan keldai yang pelik, yang membawa syurga dan neraka dan benda pelik yang lain.
Pada ketika manusia mempunyai fikiran semacam itu, Allah memberi tahu bahawa Dajal dan Yajuj dan Makjud adalah bangsa-bangsa Barat yang menguasai seluruh dunia, yang mata duniawinya gemerlapan bagaikan bintang dan yang mata rohaninya buta sama sekali. Selain itu, walaupun seandainya ada yang tahu mengenai rahsia ini, diapun tidak mempunyai keberanian untuk mengatakan itu.
Orang Islam tidak tahu bahawa mereka sedang bersama-sama dengan Dajal, bahkan mereka secara tidak sedar menjadi korban tipu muslihat Dajal, sebagaimana digambarkan dalam Hadis.
Nabi Saw Bersabda: Dia Adalah Pengikutku Yang Terdekat
Dewasa ini banyak kaum Muslimin, baik golongan terpelajar mahupun bukan, secara jelas menyatakan bahawa Dajal dan Yakjud dan Makjud yang diriwayatkan dalam Hadis itu tiada lain hanyalah bangsa-bangsa Barat dan Amerika, yang secara jelas mengaku mempunyai kekuasaan Ketuhanan, dan bahawa kenderaan mereka yang berupa kereta api, adalah keldai Dajal. Pada dewasa ini, banyak kaum Muslimin yang tidak ragu-ragu lagi melukiskan bangsa-bangsa Barat sebagai Dajal dan Yakjud dan Makjud. Sebagai puncaknya, almarhum Sir Muhammad Iqbal, seorang pujangga Islam yang besar, mengabadikan pengertian ini dalam syairnya yang termasyhur sbb : "Bala tentera Yakjud dan Makjud semuanya telah terlepas. Hendaklah mata kaum Muslimin melihat tafsir kata yansilun".*
"[Kata yansilun bermaksud mereka mengalir, adalah kata-kata terakhir ayat Al-Quran yang menerangkan bermaharajalelanya Yakjud dan Makjud di dunia yang berbunyi sbb: "Sehingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, lalu mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” (21:96). Mengenai hal ini, kami teringat akan pidato Sir Winston Churchill dalam satu jamuan yang diadakan oleh Wali Kota London di Guildhall (Bangunan DPR), pada hari Jumaat 9 November 1951, dalam rangka memasang kembali patung Gog and Magog (Yakjud dan Makjud), yang antara lain berbunyi sbb :
Agaknya mereka (Yakjud dan Makjud) tidaklah menggambarkan keadaan politik dunia sekarang ini yang begitu buruk. Politik dunia, seperti halnya sejarah Yakjud dan Makjud, amatlah kacau dan banyak percanggahan. Namun menurut fikiran saya, masih sahaja memberikan tempat kepada mereka.
Di sebelah sini Yakjud, dan di sebelah sana Makjud. Tetapi awas Wali Kota! Jika anda memasang patung itu kembali, berjaga-jagalah jangan sampai mereka saling beradu; kerana jika terjadi demikian, Yakjud dan Makjud akan hancur berkeping-keping, dan kita akan mulai dari permulaan lagi, dan dimulai dari lubang yang paling bawah." (Majalah Times London, 10 Nop. 1931)…]
Dajal Dibunuh, Tetapi Yakjud Dan Makjud Tidak
Sebagaimana kami jelaskan sebelum ini, Dajal dan Yakjud dan Makjud adalah dua sebutan untuk menamakan suatu bangsa. Mereka disebut Dajal kerana kebohongan dan penipuan mereka mengenai perkara agama, sedangkan sebutan Yakjud dan Makjud kerana mereka merupakan satu kaum. Akan tetapi orang akan menjadi bingung mengenai Hadis yang menerangkan Al-Masih akan membunuh Dajal, menerangkan pula bahawa beliau tidak dapat membunuh Yakjud dan Makjud, padahal sebenarnya, jika Dajal telah dibunuh, dengan sendirinya Yakjud dan Makjud pasti akan terbunuh. Namun Hadis itu berbunyi sbb:
"Maka akan diwahyukan kepada Al-Masih, bahawa aku telah menciptakan sebagian HambaKu, yang tidak seorangpun dapat membunuh mereka kecuali Aku sendiri" (Kanzul-' Ummal, jilid VII halaman. 3021).
Hadis lain lagi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, berbunyi sbb :
"Lalu orang akan datang kepada nabi lsa… Tatkala beliau dalam keadaan demikian, Allah bersabda kepada Nabi lsa: Aku telah menciptakan sebagian hambaKu yang tidak seorangpun mempunyai kekuatan untuk mengalahkan mereka, maka dari itu bawalah hamba-hambaKu ke bukit. Dan Allah akan membangkitkan Yakjud dan Makjud, dan mereka akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi". (Misykat, halaman 473).
Sungguh pelik sekali, bahawa sekalipun Dajal mati terbunuh, dan nafas Al-Masih begitu berbahaya sehingga sesiapa terkena nafas beliau, dia akan mati seketika itu juga, dan nafas beliau akan mencapai jarak sejauh penglihatan beliau, namun demikian, Yakjud dan Makjud adalah begitu kuat sehingga orang yang menyertai Al-Masih diperintahkan supaya melarikan diri ke bukit. Bukan Yakjud dan Makjud yang mati terbunuh oleh nafas Al-Masih, melainkan Al-Masih itu sendiri yang terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan diri dari kekuatan mereka yang tidak terkalah, selanjutnya dijelaskan bahawa Al-Masih pun tidak mempunyai kekuatan untuk memerangi dan membunuh Yakjud dan Makjud. Kemudian apakah kebaikan membunuh Dajal, jika bangsa yang lebih kuat daripada Dajal (Yakjud dan Makjud), akan menggantikan kedudukannya?
Akhirnya, setelah dipertimbangkan sedalam-dalamnya, hanya terdapat satu kesimpulan sahaja bahawa yang dimaksudkan membunuh Dajal bukanlah menyembelih seseorang, kerana Dajal bukanlah orang, melainkan segolongan bangsa, demikian pula bukanlah bermaksud membinasakan bangsa-bangsa itu, Kerana sebagaimana yang kami jelaskan di atas, bangsa-bangsa itu akan tetap ada hingga Hari Kiamat, dan Al-Masih sendiri dimaklumkan oleh Allah melalui wahyuNya, bahawa beliau tidak dapat mengalahkan mereka. Semua itu menunjukkan sejelas-jelasnya bahawa kejahatan mereka di lapangan agama, disebut fitnah Dajal akan dipadamkan, kerana mereka sebelum itu telah menyesatkan manusia dari jalan yang benar dengan tipu muslihat mereka; Dan harus ditekankan di sini fitnah Dajal itu ataupun pengaruh Dajal itu akan dipadamkan di kalangan hati orang-orang Islam iaitu kesedaran mereka bahawa selama ini, mereka telah diperdaya dan diperangkap oleh cara hidup Barat. Di samping tumbangnya kepercayaan sesat agama Kristian yang ada hari ini. Sedangkan Yakjud dan Makjud merupakan satu bangsa yang tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Itulah sebabnya mengapa sekalipun Dajal mati terbunuh, tetapi Yakjud dan Makjud masih tetap hidup.
Kini jelaslah bahawa walaupun fitnah Dajal dalam bidang agama telah dibasmi oleh Al-Masih, namun kewujudan mereka di muka bumi ini tidak dapat dipupuskan.
Tidak mustahil kita semua orang-orang Islam akan bersatu pada suatu ketika di masa hadapan seperti yang telah diramalkan oleh Nabi SAW mengenai kemenangan umat Islam di akhir zaman, iaitu selepas diselamatkan daripada fitnah Dajal. Namun terlalu sukar untuk kita mengalahkan bangsa Barat (Yakjud dan Makjud) disebabkan kehebatan teknologi ketenteraan mereka di samping jumlah mereka yang ramai.
Nabi SAW bersabda sbb :
"Sesungguhnya Yakjud dan Makjud adalah dari keturunan Adam (Kanzul 'Ummal, jilid VII halaman. 2158.)
Hadis lain menerangkan bahawa Allah memberitahukan kepada Al-Masih Isa sbb:
"Sesungguhnya Aku telah menciptakan segolongan manusia, yang tidak seorangpun dapat membinasakan, kecuali Aku sendiri" (Kanzul 'Ummal, jilid VII, halaman 3021).
Dalam kitab Kanzul 'Ummal jilid VII, halaman 3032, ada sebuah Hadis yang menerangkan sejelas-jelasnya bahawa Yakjud dan Makjud adalah keturunan Adam. Kesalah fahaman mengenai hal Yakjud dan Makjud itu berkemungkinan berasal dari suatu Hadis yang menerangkan bahawa Yakjud dan Makjud akan meminum semua air di dunia.
Hadis itu berbunyi sbb :
Mereka akan minum semua air di dunia, sehingga apabila mereka melalui sebuah sungai, mereka minum semua airnya dan meninggalkan sungai itu dalam keadaan kering." ( Kanzul 'Ummal jilid VII, halaman 2157).
Ada lagi sebuah Hadis yang menerangkan bahawa barisan hadapan Yakjud dan Makjud akan melintasi Teluk Tiberius dan mereka akan meminum semua airnya (Idem halaman 3021). Namun peliknya Hadis Tamim Dari juga menerangkan bahawa Dajal menanyakan kepada Tamim Dari mengenai Teluk Tiberius sbb :
"Ceritakanlah kepadaku perihal Teluk Tiberius. Adakah air di sana?" (Kanzul 'Ummal jilid VII, halaman 2027).
Sepintas lalu ini menunjukkan bahawa Dajal dan Yakjud dan Makjud adalah sama. Adapun yang dimaksud meminum air, ialah bahawa mereka akan menguasai semua sumber kehidupan, kerana air adalah sumber segala kehidupan. Selanjutnya, adanya kenyataan bahawa ramalan mengenai Dajal dan Yakjud dan Makjud itu dikaitkan dengan kedatangan Al-Masih, ini membuktikan bahawa Dajal dan Yakjud dan Makjud adalah sama. Apalagi jika kita tidak fanatik dan mahu berfikir sejenak, maka akan jelas sekali bahawa secara praktikalnya apa yang dilukiskan dalam Hadis mengenai mereka adalah sama, hanya kata-katanya sahaja yang berbeza. Kedua-duanya digambarkan akan menjadi penguasa yang paling besar di dunia. Kedua-duanya menguasai segala jenis keperluan hidup "dan tidak seorangpun dapat mengalahkan mereka."
Mereka akan membanjiri seluruh muka bumi, dan merupakan fitnah yang paling besar bagi kaum Muslimin. Semua ciri-ciri umum ini menunjukkan bahawa mereka adalah sama dan bangsa yang sama, dan ini adalah sesuai dengan gambaran sifat-sifat bangsa Barat. Sebenarnya, digunakan dua nama tersebut sekadar untuk menyatakan dua jenis aspek mengenai keadaan mereka. Mereka diberi nama Dajal, kerana perbuatan mereka menipu dan memperdaya manusia dengan bahan keperluan hidup, sedangkan nama Yakjud dan Makjud adalah untuk menyatakan mereka itu adalah suatu kaum atau suatu bangsa. Hendaklah diingat bahawa ramalan mengenai bermaharajalelanya bangsa-bangsa Barat ini diucapkan pada waktu kekuasaan kaum Muslimin menyilaukan kekuasaan lain di dunia.
Dajal Akan Dikenal Oleh Seseorang Di Antara Kaum Muslimin
Sungguh pelik sekali bahawa di satu segi, tanda-tanda Dajal dapat difahami oleh orang-orang biasa, akan tetapi di lain segi, Hadis menerangkan bahawa banyak sekali orang yang akan jatuh sebagai korban penipuan Dajal. Jika semua tanda bahawa Dajal buta mata kanannya, dan mata kirinya gemerlapan bagaikan bintang, dan bahawa kata-kata kafir akan tertulis di atas dahinya yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik dia buta huruf atau tidak, dan bahawa ia mempunyai keldai pelik yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh ela, bahawa ia membawa syurga dan neraka, bahawa ia membawa gunung roti dan sungai, bahawa ia menyuruh awan supaya menurunkan hujan, dan sebagainya; jika semua tanda itu telah dipenuhi, maka tidak diperlukan lagi adanya orang di antara kaum Muslimin yang harus memperkenalkan Dajal dan menyatakan kepada mereka bahawa inilah Dajal yang Nabi SAW memperingatkannya kepada kita.
Adapun Hadis tersebut berbunyi sbb:
"Seseorang di antara kaum mukmin akan berkata: 'Aku akan pergi kepada orang itu untuk melihat apakah dia itu orang yang Nabi SAW memperingatkannya kepada kita atau bukan'..."
Jika tanda-tanda Dajal telah terlihat seperti yang diramalkan oleh Nabi SAW, mengapa masih diperlukan adanya orang yang harus mengenalinya dan mengumumkan bahawa Dajal benar-benar telah datang. Ini menunjukkan bahawa kehadiran Dajal di kalangan kita adalah suatu yang tidak disedari. Maka dengan tanda-tanda yang jelas, telah cukup sebagai bukti bahawa Dajal telah datang, dengan demikian tidak perlu dijelaskan lagi.
Jadi dengan adanya Hadis tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tanda-tanda Dajal tidak dapat diertikan secara wajar, melainkan harus diertikan sebagai kalam ibarat. Untuk ini sangat diperlukan adanya orang yang mempunyai penglihatan tajam yang dapat memahami tanda-tanda itu, dan menerangkan bilakah munculnya Dajal.
Siapakah Yang Berkata: "Inilah Dajal Yang Dijelaskan Oleh Nabi SAW"
Sungguh pelik sekali bahawa orang yang dapat menerangkan bahawa Dajal dan Yakjud dan Makjud itu sebenarnya bangsa Barat, adalah orang kampung biasa, orang bertapa yang sedikit sekali pengetahuannya mengenai masalah dunia. Separuh abad yang lalu tatkala penduduk dunia tidak tahu sama sekali akan identiti Dajal dan Yakjud dan Makjud, bahkan orang tidak menduga sama sekali bahawa bangsa-bangsa Barat yang menguasai seluruh dunia dan yang menjajah negara kita adalah Dajal dan Yakjud dan Makjud yang diramalkan oleh Nabi SAW. Sebaliknya, ramai yang berfikir bahawa Dajal adalah makhluk pelik yang bermata satu, yang berkenderaan keldai yang pelik, yang membawa syurga dan neraka dan benda pelik yang lain.
Pada ketika manusia mempunyai fikiran semacam itu, Allah memberi tahu bahawa Dajal dan Yajuj dan Makjud adalah bangsa-bangsa Barat yang menguasai seluruh dunia, yang mata duniawinya gemerlapan bagaikan bintang dan yang mata rohaninya buta sama sekali. Selain itu, walaupun seandainya ada yang tahu mengenai rahsia ini, diapun tidak mempunyai keberanian untuk mengatakan itu.
Orang Islam tidak tahu bahawa mereka sedang bersama-sama dengan Dajal, bahkan mereka secara tidak sedar menjadi korban tipu muslihat Dajal, sebagaimana digambarkan dalam Hadis.
Nabi Saw Bersabda: Dia Adalah Pengikutku Yang Terdekat
Dewasa ini banyak kaum Muslimin, baik golongan terpelajar mahupun bukan, secara jelas menyatakan bahawa Dajal dan Yakjud dan Makjud yang diriwayatkan dalam Hadis itu tiada lain hanyalah bangsa-bangsa Barat dan Amerika, yang secara jelas mengaku mempunyai kekuasaan Ketuhanan, dan bahawa kenderaan mereka yang berupa kereta api, adalah keldai Dajal. Pada dewasa ini, banyak kaum Muslimin yang tidak ragu-ragu lagi melukiskan bangsa-bangsa Barat sebagai Dajal dan Yakjud dan Makjud. Sebagai puncaknya, almarhum Sir Muhammad Iqbal, seorang pujangga Islam yang besar, mengabadikan pengertian ini dalam syairnya yang termasyhur sbb : "Bala tentera Yakjud dan Makjud semuanya telah terlepas. Hendaklah mata kaum Muslimin melihat tafsir kata yansilun".*
"[Kata yansilun bermaksud mereka mengalir, adalah kata-kata terakhir ayat Al-Quran yang menerangkan bermaharajalelanya Yakjud dan Makjud di dunia yang berbunyi sbb: "Sehingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, lalu mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” (21:96). Mengenai hal ini, kami teringat akan pidato Sir Winston Churchill dalam satu jamuan yang diadakan oleh Wali Kota London di Guildhall (Bangunan DPR), pada hari Jumaat 9 November 1951, dalam rangka memasang kembali patung Gog and Magog (Yakjud dan Makjud), yang antara lain berbunyi sbb :
Agaknya mereka (Yakjud dan Makjud) tidaklah menggambarkan keadaan politik dunia sekarang ini yang begitu buruk. Politik dunia, seperti halnya sejarah Yakjud dan Makjud, amatlah kacau dan banyak percanggahan. Namun menurut fikiran saya, masih sahaja memberikan tempat kepada mereka.
Di sebelah sini Yakjud, dan di sebelah sana Makjud. Tetapi awas Wali Kota! Jika anda memasang patung itu kembali, berjaga-jagalah jangan sampai mereka saling beradu; kerana jika terjadi demikian, Yakjud dan Makjud akan hancur berkeping-keping, dan kita akan mulai dari permulaan lagi, dan dimulai dari lubang yang paling bawah." (Majalah Times London, 10 Nop. 1931)…]
Dajal Dibunuh, Tetapi Yakjud Dan Makjud Tidak
Sebagaimana kami jelaskan sebelum ini, Dajal dan Yakjud dan Makjud adalah dua sebutan untuk menamakan suatu bangsa. Mereka disebut Dajal kerana kebohongan dan penipuan mereka mengenai perkara agama, sedangkan sebutan Yakjud dan Makjud kerana mereka merupakan satu kaum. Akan tetapi orang akan menjadi bingung mengenai Hadis yang menerangkan Al-Masih akan membunuh Dajal, menerangkan pula bahawa beliau tidak dapat membunuh Yakjud dan Makjud, padahal sebenarnya, jika Dajal telah dibunuh, dengan sendirinya Yakjud dan Makjud pasti akan terbunuh. Namun Hadis itu berbunyi sbb:
"Maka akan diwahyukan kepada Al-Masih, bahawa aku telah menciptakan sebagian HambaKu, yang tidak seorangpun dapat membunuh mereka kecuali Aku sendiri" (Kanzul-' Ummal, jilid VII halaman. 3021).
Hadis lain lagi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, berbunyi sbb :
"Lalu orang akan datang kepada nabi lsa… Tatkala beliau dalam keadaan demikian, Allah bersabda kepada Nabi lsa: Aku telah menciptakan sebagian hambaKu yang tidak seorangpun mempunyai kekuatan untuk mengalahkan mereka, maka dari itu bawalah hamba-hambaKu ke bukit. Dan Allah akan membangkitkan Yakjud dan Makjud, dan mereka akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi". (Misykat, halaman 473).
Sungguh pelik sekali, bahawa sekalipun Dajal mati terbunuh, dan nafas Al-Masih begitu berbahaya sehingga sesiapa terkena nafas beliau, dia akan mati seketika itu juga, dan nafas beliau akan mencapai jarak sejauh penglihatan beliau, namun demikian, Yakjud dan Makjud adalah begitu kuat sehingga orang yang menyertai Al-Masih diperintahkan supaya melarikan diri ke bukit. Bukan Yakjud dan Makjud yang mati terbunuh oleh nafas Al-Masih, melainkan Al-Masih itu sendiri yang terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan diri dari kekuatan mereka yang tidak terkalah, selanjutnya dijelaskan bahawa Al-Masih pun tidak mempunyai kekuatan untuk memerangi dan membunuh Yakjud dan Makjud. Kemudian apakah kebaikan membunuh Dajal, jika bangsa yang lebih kuat daripada Dajal (Yakjud dan Makjud), akan menggantikan kedudukannya?
Akhirnya, setelah dipertimbangkan sedalam-dalamnya, hanya terdapat satu kesimpulan sahaja bahawa yang dimaksudkan membunuh Dajal bukanlah menyembelih seseorang, kerana Dajal bukanlah orang, melainkan segolongan bangsa, demikian pula bukanlah bermaksud membinasakan bangsa-bangsa itu, Kerana sebagaimana yang kami jelaskan di atas, bangsa-bangsa itu akan tetap ada hingga Hari Kiamat, dan Al-Masih sendiri dimaklumkan oleh Allah melalui wahyuNya, bahawa beliau tidak dapat mengalahkan mereka. Semua itu menunjukkan sejelas-jelasnya bahawa kejahatan mereka di lapangan agama, disebut fitnah Dajal akan dipadamkan, kerana mereka sebelum itu telah menyesatkan manusia dari jalan yang benar dengan tipu muslihat mereka; Dan harus ditekankan di sini fitnah Dajal itu ataupun pengaruh Dajal itu akan dipadamkan di kalangan hati orang-orang Islam iaitu kesedaran mereka bahawa selama ini, mereka telah diperdaya dan diperangkap oleh cara hidup Barat. Di samping tumbangnya kepercayaan sesat agama Kristian yang ada hari ini. Sedangkan Yakjud dan Makjud merupakan satu bangsa yang tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Itulah sebabnya mengapa sekalipun Dajal mati terbunuh, tetapi Yakjud dan Makjud masih tetap hidup.
Kini jelaslah bahawa walaupun fitnah Dajal dalam bidang agama telah dibasmi oleh Al-Masih, namun kewujudan mereka di muka bumi ini tidak dapat dipupuskan.
Tidak mustahil kita semua orang-orang Islam akan bersatu pada suatu ketika di masa hadapan seperti yang telah diramalkan oleh Nabi SAW mengenai kemenangan umat Islam di akhir zaman, iaitu selepas diselamatkan daripada fitnah Dajal. Namun terlalu sukar untuk kita mengalahkan bangsa Barat (Yakjud dan Makjud) disebabkan kehebatan teknologi ketenteraan mereka di samping jumlah mereka yang ramai.
Gagasan Nabi SAW Untuk Mengalahkan Dajal Dengan Dalil.
Jika Hadis itu kita baca dengan teliti, nescaya akan bertambah jelas apa yang dimaksudkan dengan membunuh Dajal, Hadis-Hadis itu berbunyi sbb:
"Apabila ia (Dajal) muncul, dan aku ada di tengah-tengah kamu, aku akan mengalahkan dia dengan dalil, dan apabila ia muncul sedangkan aku tidak ada di tengah-tengah kamu hendaklah tiap-tiap orang berbantah dengan dia" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, hal. 2076).
Hadis lain lagi berbunyi sbb:
"Maka apabila ia (Dajal) muncul dan aku ada di tengah-tengah kamu, aku akan mengalahkan dia dengan dalil atas nama kaum Muslimin; akan tetapi apabila ia muncul setelahku, hendaklah tiap-tiap orang berbantah dengan dia atas nama sendiri" (kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2025 dan 2079).
Hadis-Hadis tersebut menerangkan sejelas-jelasnya bahawa apabila Dajal muncul di zaman Nabi SAW, beliau akan mengalahkan dia dengan dalil. Ini menunjukkan bahawa membunuh Dajal bermaksud memberantas kejahatan Dajal; oleh kerana Dajal menyesatkan manusia dengan tipu muslihatnya yang halus dan dengan menimbulkan keraguan dalam batin manusia, maka kejahatan Dajal hanya dapat diberantas dengan dalil. Maka dari itu, Nabi SAW bersabda bahawa beliau akan mengalahkan Dajal dengan dalil.
Demikian pula terbunuhnya Dajal oleh Al-Masih, ini harus diertikan seperti dikalahkan Dajal oleh Nabi Suci dengan dalil. Dengan perkataan lain, Al-Masih juga akan mengalahkan Dajal dengan dalil atau menyelamatkan manusia dari fitnah Dajal dengan jalan dakwah. Bahawa perkataan qotala mempunyai pula maksud seperti tersebut di atas, ini diberikan dalam Kamus Arab. Dalam kitab Nihayah, Kitab Kamus Hadis, di situ dihuraikan bahawa kata-kata Qotalallohu Sa dan (yang makna aslinya, semoga Allah membunuh Sa'adj ini bermaksud dafallohu syarrahu, bermaksud "semoga Allah mengelakkan kejahatannya". Hadis tersebut dikutip sehubungan dengan peristiwa Tsaqifah.
Selanjutnya, tatkala orang-orang membicarakan sumpah setia kepada dua Khalifah yang saling bermusuhan, salah seorang berkata sbb: uqtulul - akhira (makna aslinya, bunuhlah khalifah yang lain).
Jika kita ingat akan Hadis lain yang ada hubungannya dengan Hadis tersebut; kita akan menemui bukti lagi, bahawa yang dimaksud membunuh Dajal ialah menangkis kejahatannya. Ada beberapa Hadis yang menerangkan bahawa barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi, dia akan selamat dari fitnah Dajal. Ini bermakna bahawa Dajal bukan akan membunuh manusia, melainkan akan menyesatkan mereka dari jalan yang benar dengan menimbulkan keraguan dalam batin mereka.
Oleh sebab itu; supaya manusia selamat dari fitnah Dajal, manusia dianjurkan supaya membaca ayat-ayat Al-Quran.
Setidak-tidaknya jelas sekali bahawa Hadis ini sahih. Fitnah Dajal bukanlah bermaksud membunuh manusia, melainkan menyesatkan mereka dengan bisikan jahat dan menimbulkan rasa ragu-ragu. Jika demikian itulah yang dimaksud dengan fitnah Dajal, maka cara pemberantasannya harus sama pula. Bacalah sekali lagi Hadis berikut ini :
"Demi Allah! Orang akan datang kepadanya (Dajal) dengan keyakinan bahawa ia adalah mukmin, akan tetapi dia mengikutinya; kerana keraguan yang ditimbulkan dalam batinnya".
"Makanan orang Mukmin pada zaman Dajal adalah makanan para malaikat, iaitu memuliakan dan mensucikan Allah; maka barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka bagi dia, Allah akan menghilangkan kelaparan" (Kanzul'Ummal, jilid VII, halaman 2041 ).
"Barangsiapa berkata, Allah adalah Tuhanku, dan terus berbuat demikian sehingga dia mati, Allah akan menyelamatkan dia dari fitnah Dajal" (idem, jilid VII, halaman 2080).
"Sesungguhnya, Allah akan menyelamatkan orang Mukmin dengan hal yang sama seperti Allah menyelamatkan para malaikat, iaitu dengan mengagungkan Allah" (idem, jilid VIII, hataman. 2090).
Dari Hadis-Hadis tarsebut jelas sekali bahawa orang mukmin akan diselamatkan dari fitnah Dajal dengan jalan mengagungkan Allah. Yang dimaksud makanan orang mukmin pada zaman fitnah Dajal ialah makanan rohani; kerana sebagaimana makanan jasmani itu dimaksudkan untuk memelihara tubuh, makanan rohani itu dimaksudkan untuk memelihara jiwa.
Jadi Hadis tersebut menerangkan bahawa manusia akan diselamatkan dari kerosakan moral dan rohani yang dilakukan oleh Dajal dengan penyembuhan rohani, iaitu zikir kepada Allah. Memang benar bahawa ada sebuah Hadis yang menerangkan berperang melawan Parsi dan Romawi, akan tetapi Hadis ini mungkin mengisyaratkan Perang Salib, tatkala seluruh bangsa-bangsa Kristian Barat dikerahkan untuk menghancurkan Islam dengan pedang:
Satu hal telah jelas, bahawa ubat yang dapat menyembuhkan manusia dari fitnah Dajal yang berhubung kait dengan masalah agama, adalah bersifat rohani. Dalam sebuah Hadis dijelaskan bahawa jika pada waktu munculnya Dajal Nabi SAW masih hidup, maka beliau akan mengalahkan Dajal dengan dalil-dalil bahkan beliau menganjurkan agar para pengikut beliau juga berbuat demikian, jika nanti Dajal muncul setelah beliau.
Selanjutnya, beliau menganjurkan agar para pengikut beliau membaca Surah Al-Kahfi, yang isinya membahas ajaran Kristian Barat dan sejarah agama Kristian, sudah tentu mempunyai tujuan. Iaitu agar para pengikut beliau mengumpulkan kekuatan rohani untuk menolak segala pujukan-pujukan duniawi yang disajikan oleh pihak Kristian Barat. Dalam Hadis lain Nabi SAW menganjurkan agar manusia banyak berzikir kepada Allah, kerana dengan jalan ini mereka akan semakin dekat kepada Allah, dengan demikian dia memperoleh kekuatan rohani. Kedatangan Al-Masih mempunyai tujuan yang sama, iaitu menghidupkan kembali iman manusia, dan memperbaiki kembali rohani manusia, yang telah kalut disebabkan bermaharajalelanya peradaban kebendaan.
Jadi yang dimaksud membunuh Dajal oleh Al-Masih ialah, bahawa propaganda dan pengaruh Dajal akan ditolak, dan orang-orang Islam akan diselamatkan dari fitnah Dajal.
Persoalan mengenai adakah tembok yang memisahkan kita daripada Yakjud dan Makjud telah musnah atau tidak. Kami menerangkan bahawa tidak mustahil tembok ini telah musnah berdasarkan hukum fizik, dan kita sekarang ini sedang bercampur baur dengan mereka, walaupun ramai di kalangan kita menafikannya.
Akhir sekali kami hendak kongsikan mengenai satu Hadis Nabi SAW yang berbunyi sbb;
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku.” (Hadis Riwayat Malik Ibn Anas)
Namun persoalan yang kami hendak tujukan, pernahkah anda membaca terjemahan Al-Quran secara menyeluruh walaupun sekali? Maka dengan cara bagaimanakah anda dapat berpegang kepada sesuatu yang anda tidak pernah ketahui selain cuma mengikut sangkaan semata-mata. Oleh sebab itu, bacalah terjemahan Kitab suci Al-Quran supaya anda lebih memahami.
Karya disunting daripada Hasil Kerja Maulana Muhammad Ali yang telah diterjemahkan oleh H.M. Bachrun.
Comments
Post a Comment